MOMMA® Pregolact™ | Susu Bernutrisi Pilihan Ibu Hamil Dan Menyusu

Wednesday, May 3, 2017

6 comments
MOMMA® Pregolact™ | Susu Bernutrisi Pilihan Ibu Hamil Dan Menyusu  |  Sekarang kandungan aku dah pun berusia 5 bulan.. Sebelum ni aku tercari-cari susu yang sesuai untuk aku yang sedang hamil ni... Tak dinafikan kat pasaran sekarang ni memang banyak susu untuk ibu mengandung tetapi susah nak cari yang betul-betul sesuai dengan tekak aku ni... Banyak juga yang dah aku cuba, kebanyakannya tak tertelan oleh aku.. Mungkin rasanya tak sesuai dengan selera aku.. Hehe.. Alhamdulillah, lepas aku diperkenalkan dengan susu MOMMA® Pregolact™ susu bernutrisi pilihan ibu hamil dan menyusu ni, aku dapat minum dengan jayanya tanpa rasa mual.. Rasanya memang sedap.. Aku suka!!

MOMMA® Pregolact™ | Susu Bernutrisi Pilihan Ibu Hamil Dan Menyusu
MOMMA® Pregolact™ | Susu Bernutrisi Pilihan Ibu Hamil Dan Menyusu

Banyak lagi yang menarik tentang susu MOMMA® Pregolact™ ni sebenarnya.. Bukan setakat rasanya sahaja yang sedap tetapi banyak khasiatnya.. Aku akan share dengan korang satu persatu keistimewaan yang ada pada susu MOMMA® Pregolact™ ok... 

Kalau korang nak tahu, MOMMA® Pregolact™ merupakan susu bernutrisi yang diformulasi dengan Activ-4 Plus...


MOMMA® Pregolact™ dengan Activ-4 Plus ini sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan bayi yang baik  dan mampu meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan.. 

Aku teruja bila dapat tahu yang susu MOMMA® Pregolact™ ni mempunyai kelebihan 4in1+Milk Booster.... Apa yang 4in1 tu? Haa 4in1 tu adalah CANTIK, SIHAT, BERTENAGA dan BIJAK... Kalau dan bergelar wanita tu, sebut saja pasal cantik mesti terus teruja.. haha!! Jom aku rungkaikan satu persatu 4 aspek penting tersebut..

CANTIK
Membantu menghaluskan, melicinkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi

SIHAT
Membantu memberi kesihatan yang baik dan merawat stress

BERTENAGA
Membantu memberi tenaga ekstra untuk ibu-ibu yang sering keletihan

BIJAK
EPA dan DHA membantu meningkatkan perkembangan otak bayi


Masa mengandung pun kita boleh kelihatan cantik dengan mengamalkan susu MOMMA® Pregolact™ ni tau.. Tak dinafikan keempat-empat aspek ni sangat penting semasa mengandung dan perlu dititikberatkan.. Biasalah time mengandung tekanan dia lain sikit dari biasa... Stress di tempat kerja lagi.. Dekat rumah lagi.. Begitu juga dengan keletihan.. Ibu-ibu mengandung ni cepat sangat berasa letih.. Yelah, nak membawa kandungan yang semakin membesar disamping melaksanakan tugasan harian, mesti perlukan tenaga yang lebih.. Ye dak?? Sebab tu aku memilih susu MOMMA® Pregolact™ ni supaya aku dapat kebaikan dari 4 aspek tersebut.. Oh ya, untuk ibu menyusu pula, susu MOMMA® Pregolact™ bertindak sebagai milk booster..

MILK BOOSTER
Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang


Orite, MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni didatangkan dengan 2 perisa iaitu Coklat dan Vanilla Bliss.. Pilihan aku haruslah COKLAT... Aku ni memang penggemar perisa coklat tak kirelah untuk produk minuman apa sekali pun... Perisa coklat akan menjadi pilihan utama aku.. Hehe.. Aku suka rasa MOMMA® Pregolact™ perisa coklat ni.. Rasanya sangat sedap dan tak pahit sekiranya mengambil dengan sukatan yang betul.. Memang terbaik rasa dia.. 


Yang lagi best tentang susu berkhasiat ini adalah MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ini tidak mengandungi gula, tiada krimer, rendah lemak, PureMilk, penggunaan untuk 30 kali bersamaan sebulan dan diperbuat daripada 12 bahan semulajadi seperti Buah Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic), coklat serta vanilla.. Banyak makanan sunnah dalam susu ni kan.. Sebab itulah susu ni sangat sesuai dijadikan pilihan no.1 bagi ibu-ibu hamil dan menyusu.. Paling penting MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni HALAL dan LULUS KKM.. Baru dapat minum tanpa was-was... 

Ok, jom kite tengok khasiat MOMMA® Pregolact™ ni pula..


Khasiat MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster

  • Menaikkan HB
  • Kurangkan alahan (Morning Sickness)
  • Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
  • Anak cerdas dan bijak
  • Meningkatkan perkembangan otak bayi
  • Elakkan sakit pinggang dan kejang kaki
  • Merawat stress
  • Merawat masalah kulit gatal / rambut gugur
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Kulit ibu dan bayi cantik dan halus
  • Penggalak susu ibu (Milk Booster)
  • Kurangkan masalah kulit kering / eczema
  • Mengurangkan risiko demam kuning
  • Tenaga ekspress buat ibu yang sering kepenatan

Dalam tempoh 7 hari pengambilan MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya.. MOMMA® Pregolact™ ni sangat membantu dari segi memberikan aku tenaga dalam melaksanakan tugas harian aku.. Biasanya aku akan cepat letih dan lesu tak bermaya.. Terutama time balik kerja.. Sampai aje kat rumah, mesti cari sofa dulu untuk baring rehatkan diri.. Lepas aku consume susu ni selama 7 hari secara konsisten, memang jauh bezanye.. Bila balik kerja, aku dah boleh terus buat kerja rumah.. 

Aku juga sebenarnya ada masalah HB rendah.. Aku harap dengan pengambilan susu ni, HB aku akan naik.. Nak bagi result sekarang pun, aku belum pergi check up lagi.. hehe.. Mungkin di entry lain aku akan beri feedback tentang HB aku pula.. Aku mungkin akan teruskan pengambilan susu MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni sehingga aku melahirkan anak nanti untuk tujuan milk booster pula.. 


Cara Bancuhan

1.  Ambil 4 skoop MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster
2.  Tuang 150ml air suam
3.  Kacau dan sedia untuk diminum..

Aku lebih prefer menggunakan sudu plastik sebab dalam MOMMA® Pregolact™ ada MADU..


Boleh di minum ketika sarapan atau sebelum tidur.. Untuk lebih keberkesanan, minum sebelum tidur..

Tips :-
  • 3 hari pertama minum 1x sehari. Tingkatkan kepada 2x sehari sekiranya perlu.. Ibu hamil minum 1x sehari sahaja..
  • Minum air masak yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • Kerapkan penyusuan (direct feeding/pam)

Ok lah, rasanya semua dah aku kongsikan kat sini... Tentang kandungan dan khasiat MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni... Jadi, aku sangat sarankan kepada ibu-ibu yang sedang hamil mahupun wanita yang merancang untuk hamil serta ibu-ibu yang menyusu untuk mengambil MOMMA® Pregolact™ kerana ia sangat baik untuk kesihatan dan membantu memberikan tenaga sepanjang kehamilan serta meningkatkan kuantiti susu ibu.. 

Ramai yang dah mencuba MOMMA® Pregolact™ - Susu untuk ibu mengandung dan milk booster dan berpuas hati dengan hasilnya.. Jom tengok testimoni para pengguna MOMMA® Pregolact™ ni...






Kalau korang tak berpuas hati baca testimoni yang aku upkan kat sini dan nak tengok lebih banyak testimoni pengguna MOMMA® Pregolact™ - susu untuk ibu mengandung dan milk booster ni, korang boleh terjah kat sini ye >>> http://bit.ly/testimonialMOMMA <<<


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian produk MOMMA® Pregolact™, 
sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Atau boleh datang terus ke kedai beralamat :-

MOMMA® Industries Sdn Bhd
No. 6-25-3, Tingkat 2,
Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Hotline Tempahan :-
016-923 6962 / 016-924 6962

Google Map / Waze :-
Momma Club


Read More

Best Usop Nyanyi Lagu Menahan Rindu

13 comments
Best Usop Nyanyi Lagu Menahan Rindu  |  Beberapa minggu aku tak ikuti program Mentor Millenia dek kerana terlalu banyak urusan yang perlu dibereskan... Kalau tak de kerja nak di buat pun, bila bertembung dengan perlawanan bola, harusss tak dapat nak tonton jugak.. TV akan di konker oleh encik suami.. Huh... Baru-baru ni aku dapat tahu yang usop nyanyikan lagu Menahan Rindu dari Wany Hasrita yang agak femes tu di minggu yang ke-11.. Teruja jugak aku nak tengok.. Bukak youtube dan tonton.. Best Usop nyanyi lagu Menahan Rindu... Memang terbaik...

sumber foto : google

Korang dah tonton ke? Kalau belum, boleh tonton kat bawah ni ye.. Hehe..


Aku tengok Mentor Millenia pun sebab adanya Usop ni la.. Kalau tak de dia, rasanya tak tengok kot.. Suara Usop best..


Read More

Hadiah Sempena Hari Ibu | Mother's Day Mug From BestSub Malaysia

Tuesday, May 2, 2017

10 comments
Hadiah Sempena Hari Ibu | Mother's Day Mug From BestSub Malaysia  |  Hi korang!! Sekarang dah masuk bulan Mei.. Ini bermakna, tak lama lagi semua kaum wanita yang bergelar IBU akan menyambut hari ibu.. Korang dah fikir ke nak kasi hadiah apa buat ibunda tercinta korang? Kalau belum ada idea nak kasi apa, meh sini aku nak share dengan korang hadiah menarik yang boleh korang hadiahkan buat ibu kesayangan korang tu...  Hadiah sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug from BestSub Malaysia.. 

Hadiah Sempena Hari Ibu | Mother's Day Mug From BestSub Malaysia
Hadiah Sempena Hari Ibu | Mother's Day Mug From BestSub Malaysia

Haaa ni la hadiah menarik yang aku maksudkan tu.. Mother's Day Mug... Yang ni aku buat khas untuk mak aku sempena Hari Ibu yang bakal tiba nanti.. Nak tahu tak aku tempah dekat mana Mug comel ni... Harus lah aku tempah di BestSub Malaysia.. Jom kenali serba sedikit tentang BestSub Malaysia..

Tentang BestSub Malaysia
BestSub Technologies Co Limited ditubuhkan pada tahun 2000, khusus dalam pembuatan produk pemejalwapan.. Sebagai pembekal sehenti untuk produk pemejalwapan, BestSub Malaysia menawarkan pelbagai jenis produk seperti produk bersalut seramik (contohnya :- Mug, Jubin, Plat dan lain-lain lagi), sublimation cases, sublimation gadgets, heat press machine, aksesori, produk kain dan lain-lain produk pemejalwapan..
BestSub adalah pembekal terkemuka dalam industri pemejalwapan dan telah membangunkan perniagaannya di lebih 200 buah negara dan 40 ejen di seluruh dunia.. Dan kini BestSub telah ditubuhkan di Malaysia..



Ok, korang dah tahukan serba sedikit tentang BestSub Malaysia.. Sekarang aku nak kongsi dengan korang pulak tentang keistimewaannya Mother's Day Mug ni.. Mug ni kalau korang nak tahu bukan mug biasa-biasa tau.. Ia agak special sikit sebab mug ni bercetak luar dan dalam.. Biasa kalau kita tengok mug yang dijual, kebanyakannya hanya bercetak diluar sahaja kan.. Tapi yang ni, bercetak penuh di luar dan di dalam.. 

Ni contohnya... Kat luar bercetak dengan gambar dan kat dalamnya bercetak dengan motto "Happy Mother's Day!".. Bersesuaian dengan Hari Ibu... Cute sangat uolls... Rugi tak tempah..!! Mug ni korang bukan hanya boleh hadiahkan sempena hari ibu sahaja tau, tetapi untuk hadiah hari jadi dan untuk hadiah istimewa buat yang tersayang pun boleh kerana BestSub Malaysia menyediakan 2 jenis design motto mug lagi selain "Happy Mother's Day!" iaitu  "Happy Birthday" dan "I Love You".. Korang hanya perlu pilih saja yang mana satu yang korang berhajat nak tempah.. Untuk cetakan depan mug pun, terpulang pada korang nak letak gambar apa.. Bukan takat gambar aje boleh letak dekat depan tu, tapi kata-kata ucapan pun boleh letak.. Bestkan!! Hehe


Contoh Motto yang disediakan

Cantikkan motto yang sedia ada.. Bertepatan dengan Motto Mug tersebut iaitu Creative Sublimation Motto Mugs from BestSub...



Orite, aku membebel pun dah panjang lebar, jom la tengok mug yang aku tempah untuk mak aku tu... Gambar atas sekali tu aku tunjuk hanya 1 side aje kan.. Ada beberapa side lagik nak tunjuk ni.. Jom tengok.. Ahakz..

Bahagian tepi kanan mug
Aku masukkan kata-kata buat mak terchenta..

Bahagian tepi kiri mug

Bahagian dalam mug

Bahagian tepi dalam mug

Cantik kan?? Printingnya sangat jelas dan menarik.. Aku sangat berpuas hati dengan kualiti printing daripada BestSub Malaysia ni.. Sesuai sangatlah dengan slogan mereka "Best Sublimation Expert".. Hasil yang diberikan sangat baik.. Harganya pun berpatutan tau.. Harga mampu milik.. Nak tahu berapa untuk sebiji mug yang comel ni.. Hanya RM 30.00  sahaja hokeh!! Murah kan?? So, aku sangat-sangat-sangat recommended korang untuk tempah personalized gift di BestSub Malaysia ni.. Korang tak kan kecewa dengan hasilnya.. Percayalah!!

Okey lah, kalau korang berminat untuk tempah mug macam mug aku yang super duper kiut ni, korang boleh la terjah laman web yang aku akan sertakan link-nya kat bawah ni nanti.. Mane lah tahu korang nak tempah hadiah korporat, cenderamata dan sebagainya, bolehlah tempah dengan BestSub Malaysia.. Barulah hadiah korang tu bermakna buat penerimanya nanti.. Tak gitu?? Hiks..

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, korang boleh layari :-

Website

Facebook

Youtube

Blog

Contact Number
019-985 8151 (Ms. Elaine) / 019-323 1515 (Mr. Steven)

Email
enquiry@libertyprinting.com.my

Alamat
BestSub Malaysia,
Liberty Printing Sdn. Bdh. (1080784-T)

Sublimation Blank Supplier 
Address : 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Jalan Klang Commercial Centre,
42100 Klang.

Waktu Operasi
Isnin hingga Sabtu
9.00 pagi hingga 6.00 petang


Read More

Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway

6 comments
Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway  |  Hari ni agaknya hari giveaway sedunia.. Aku dok join giveaway jerk rini... Mencelah-celah diwaktu terluang.. Buat kerja sambil bergiveaway.. hehe.. Okeh, kali ni aku nak join pulak giveaway anjuran blogger Luqman Zakaria, Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway.. Hadiah menarik menanti korang tau.. 

Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway
Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway
Kalau korang nak join, giveaway ni boleh disertai di blog atau instagram... So, korang pilih la yang mane satu korang nak join.. Syarat pun mudah aje.. Jom la join reramai.. Baru havoc... :)

Tarikh Tamat
05 Mei 2017


Read More

Giveaway Free Name Card By BusyraTakiyudin

14 comments
Giveaway Free Name Card By BusyraTakiyudin  |  Beberapa hari bercuti dari berblogging.. Tumpuan lebih kepada family bila bercuti panjang ni.. Banyak pulak cerita baru dari member blogger yang tertinggal untuk aku ikuti.. Hiks.. Pagi ni untuk menghiasi blog aku yang dah agak suram ni, aku nak join Giveaway Free Name Card by BusyraTakiyudin sebagai pembuka hari ini.. hehe.. (aku pun dah lama tak buat giveaway ni.. Hurmm)

Giveaway Free Name Card By BusyraTakiyudin
Giveaway Free Name Card By BusyraTakiyudin
Klik banner untuk join ya!!

Syarat untuk giveaway ni ada 5 sahaja.. Untuk syarat yang ke-4 tu, aku kena nyatakan 3 perkataan yang menggambarkan Blog Busyra Takiyudin.. Ok, honestly aku memang suka dengan blog Busyra ni.... So, 3 perkataan itu adalah :-

KEMAS

RINGAN

MENARIK

Orite.. Settle syarat no.5.. hehe.. Kalau korang rasa nak menang dan milik bisness card sendiri, boleh la join giveaway ni reramai yek..

Tarikh Tamat
25 Mei 2017


Read More