Gogoprint Malaysia | Printing Online Mudah, Murah Dan Pantas

Monday, March 20, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Gogoprint Malaysia | Printing Online Mudah, Murah Dan Pantas  |  Di zaman yang terlebih canggih sekarang ni, tak hairanlah banyak perkhidmatan secara online yang dah wujud sekarang... Begitu juga la dengan perkhidmatan printing.. Sekarang korang dah boleh tempah bisness card, bookmark, flyers, kad kahwin dan macam-macam lagi secara online aje tau.. Korang dah tak payah nak pergi kedai printing lagik untuk buat tempahan... Buang masa aje.. Dengan adanya perkhidmatan printing secara online ni korang dah boleh jimatkan masa dan tenaga korang... Ianya lebih mudah dan cepat.. 

Baru-baru ni aku tempah bookmark dan sticker.. Kenapa bookmark dan sticker?? Haaaa bookmark sebab aku suka baca buku dan dikelilingi oleh kengkawan yang juga suka baca buku.. Sticker pula untuk aku gunakan untuk bisness kecil-kecilan aku.. Hiks..


Kali ni aku memilih perkhidmatan printing dari Gogoprint.. Hah, kenapa Gogoprint pulak?? Sebabnya ofkos la perkhidmatan printing di Gogoprint mudah, murah dan pantas.... Jom aku cerita sikit tentang Gogoprint ni kat korang..

Kalau korang nak tahu, Gogoprint ni telah mencipta kejayaan yang besar di Thailand dan kini telah bertapak di Malaysia pada Oktober 2016 yang lalu.. 


Di Gogoprint pelbagai perkhidmatan printing ditawarkan seperti Bisness Card, Greeting Card, Flyers, Tags, Bookmark, Sticker dan lain-lain lagi dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi... Lagi best, penghantaran adalah percuma tau... Memang terbaik..!!

Macam mana nak menggunakan printing service di Gogoprint ni?? Jangan risau, ianya sangat mudah.. Meh aku tunjukkan kat korang step by step..

Step 1
Macam biasa, harus register dahulu... 
Selesai register, click "product" dan pilih apa yang korang nak print.. Pilihan aku Bookmark... 


Step 2
Seterusnya, pilih format, jenis kertas dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing


Step 3
Dah setel pilih format, seterusnya korang boleh pilih tarikh untuk penghantaran... Lagi cepat tarikhnya maka lagi mahallah harganya.. Biasa la kan.. Nak cepat, mahal la sikit harganya.. So, aku pilih Normal Production sahaja sebab tak urgent pun.. hiks..


Step 4
Selesai pilih tarikh, click "Add to cart"...  Yeahh pilihan aku Bookmark dan Sticker...
Seterusnya, click "Procees to checkout"... 


Step 5
Selepas checkout korang akan ke bahagian "billing Address" dan pastikan alamat dan segala detail korang betul ye.. Seterusnya, click "Go to payment"


Step 6
Ok, di bahagian Payment Method ni, korang boleh pilih cara bayaran yang korang suka... Dah pilih cara bayaran terus aje click "Confirm & Upload Files" dan terus buat pembayaran..


Step 7
Dah setel buat bayaran, korang akan dapat "Confirmation & Upload File"... Yeayy Payment Successfull!! Seterusnya korang kena upload artwork.. File mestilah dalam bentuk PDF ye.. Kalau korang nak tukar design, korang hanya perlu ke "My Order" dan "Re-upload" dalam masa yang telah ditetapkan..



Dah setel semua, korang akan terima email "Order Confirmation" daripada pihak Gogoprint... Last sekali korang tunggu lah barang korang sampai... Haha.. 

Mudah kan??

Gile tak mudah!! Segalanya hanya dihujung jari.. Tak perlu dah susah payah pergi kedai.. Sekarang hanya perlu mengadap PC dan order... Tak sabar rasanya nak tengok hasil tempahan aku tu depan mata... Haha!!

Ok, untuk keterangan lebih lanjut atau untuk membuat tempahan,
korang boleh layari :-

Website

Facebook

Email
info@gogoprint.com.my

Contact No.
03-2856 0791


Read More

Giveaway March by herneenazir.com

Friday, March 17, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway March by herneenazir.com  |  Wahh hari ni ada mood join giveaway... Nampak aje hadiah berbentuk BUKU terus teruja nak join.. GILA BUKU betul la kan.. hehe.. Kesihatan makin beransur baik.. Alhamdulillah.. Okeh, syarat-syarat mudah aje.. Just follow memollow.. 

Jom korang sesama join GA ni.. 

Tarikh Tamat
26 Mac 2017

Read More

Blog Hampir Berlumut Tebal

Monday, March 13, 2017

20 comments
Assalamualaikum wbt..


Blog Hampir Berlumut Tebal  |  Dah kenapa lumut tebal sangat tuuuu?? Hehe lama sangat dah rasanya aku abaikan blog ni.. Last posting pown pada  6 Mac 2017 ritu pasal Scandalsss aku... Bukan atas faktor malas aku tak apdet blog tetapi kesihatan aku agak terganggu minggu lepas.. Cuti Sakit berpanjangan... Sampai kerja kat opiz pown banyak tertangguh... Hari ni baru aku start kerja balik.. Cover semua kerja yang tertangguh.....


Rindu gile nak update blog sebenarnya... Banyak benda yang nak aku apdate tetapi perlu masa yang betul-betul free baru rasa selesa untuk keluarkan idea... Ada juga aku dapat job berbayar tetapi terpaksa aku tolak kerana aku takut tak dapat beri komitmen disebabkan kesihatan aku ni.. Huhuhu.. Mungkin bukan rezeki aku untuk kali ni kan...

Rindu jugak untuk blogwalking blog korang semua... Nak tahu perkembangan terkini korang.. Rasa dah seminggu aku tak ikuti perkembangan korang.. Insyaallah hari ni aku cuba untuk blogwalking blog korang semampu mungkin ye... hehe

Moga korang tak pernah melupakan aku... (Drama sangat aku... hahaha)... K la.. nak sambung kerja pulak... Banyak lagi yang perlu dibereskan... Hiks..  Doa aku moga korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera... :)

Read More

My Scandal's

Monday, March 6, 2017

18 comments
Assalamualaikum wbt..


My Scandal's  |  Petang ni nak cerita pasal scandal-scandal aku.... Scandal-scandal okeh!! Itu menunjukkan betapa banyaknye scandalsssss aku.. Hahaha.. Haaaa tu nak mengumpat hakak la tuuu... Lex ar lu weh.. Tunggu aku habis cerita dulu..

Sebenarnya, aku nak habaq kat hampa semua aku dah ada senarai 'scandal' aku yang baru... Bilangannya mungkin akan bertambah nanti.. Untuk permulaan ini aku ambil beberapa orang dulu sebagai scandal aku... Harap korang redha la ye untuk dimasukkan kedalam list scandal aku.. Wahaha!!

Saboooo ni nak kasi tunjuk la ni, siapa yang terlibat dalam scandal aku ni... Tak menyabooo betul korang ni.. Haha!!


Wohaaa!! Ini la list scandal aku... Haha.. Bloglist sebenarnya.. Untuk memudahkan aku blogwalking nanti.. Tak de la aku terkial-kial ingat satu-satu blog kengkawan yang selalu terjah blog aku... Kalau ada list ni, senang sikit aku blogwalking... Tak perlu nak perah otak aku yang dah berlumut ni untuk ingat satu-satu.. 

Untuk permulaan ni aku amek yang selalu komen kat blog aku.. Yang selalu terjah blog aku dan tinggalkan jejak.. Kalau ada yang tak tersenarai tu , insyaallah aku akan masukkan nanti ye... Tak tercapai dek akal ni nak masukkan semua sekali.. Slow n stedi bak kata orang... Tunggu ada masa terluang sikit aku akan selidik balik list ni.. Haha.. Ayat tak leh blah.. huh!!

Okeh la.. Harap korang sudilah masuk dalam list scandal aku ni ye... Yang dah terkutuk tu baik mintak maap sekarang kat aku.. Hahaha!!


Read More

Mummy Ayu's Giveaway

12 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk turut serta

Mummy Ayu's Giveaway  |  Macam dah lama jerk tak join Giveaway... Bila kesihatan tak berapa nak mengizinkan, nak mengadap blog pown tak berapa nak selera.. Untuk tidak terus dilupakan, aku usahakan jugak untuk blogwalking ke blog-blog rakan blogger... hehe..

Pagi ni terasa terpanggil untuk join GA dari Mummy Ayu ni.. Hadiahnya terlalu kiut dan comel... Kalau ikutkan kemasalan ni memang tak daya nak join.. Bila terpandang hadiah yang begitu berwarna warni tu, ku gagahkan diri jugak untuk join.. Haha.. Cenggitu sekali yek.. Tapi yang sebetulnya aku dah buntu nak apdet blog ni.. Jalan terbaik aku join la GA.. Hahaha.. Jangan kecam hakak hokek...!!

Kalaulah ada rezeki untuk menang, aku nak pilih warna pepel tu.. Hahaha.. Contikkk songattt!!

Adehh terpanjang pulak entry GA kali ni.. Okeh la... Buat semua blogger melaysia, moh le kite join GA ni... Tak lama dah nak tamatnya... Support sesama kita... 

Tarikh Tamat
8 Mac 2017

Read More

Review Novel | Ketika Azazil Berputus Asa By Hadi Fayyadh

Thursday, March 2, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..


Beli Buku Hadi Fayyadh Lagi  |  Rasa macam dah lama tak beli buku.. Semalam jejak kedai buku popular ternampak la buku Ketika Azazil Berputus Asa karya Hadi Fayyadh ni.. Menarik.. Lagi pown sebelum ni aku pernah baca buku dari penulis yang sama iaitu Semusim Di Barzakh... Dan aku suka hasil karya dan penulisan dari penulis ni.. Jadinya, untuk buku beliau yang kedua ni, aku tertarik jugak untuk memilikinya dan aku dah pown beli.. Hahaha!!

Ketika Azazil Berputus Asa... Tajuknya pun dah menarik minat aku untuk membacanya.. Tapi aku belum start baca lagi.. Tunggu ada masa terluang sikit baru aku akan mula pembacaan.. Tak sabar sebenarnya nak hadam buku ni.. Tapi masa tak mengizinkan lagi.. Nanti dah baca aku buat review lain ye.. Tungguuuuu..!!


Aku harap buku ini pown sehebat buku Semusim Di Barzakh... Harga buku ni Rm 29.90 sahaja... Harga mampu milik.. Kalau korang rasa nak baca buku ni jugak, pergi la terjah kedai-kedai buku yang berdekatan ngan korang yekk.. Hiks..

New Update!!

Jom baca review aku di goodreads...

REVIEW AKU DI GOODREADS

Ketika Azazil Berputus AsaKetika Azazil Berputus Asa by Hadi Fayyadh
My rating: 5 of 5 stars
Start : 05.03.2017
Finish : 08.03.2017

Buku karya Hadi Fayyadh memang tak pernah mengecewakan.. Jalan cerita yang digarap dalam novelnya sangat menginsafkan.. Sebuah cerita yang membuatkan kite terfikir dan mengingati kita sebagai pendosa di atas muka bumi tuhan ni.. Sangat menginsafkan.. Semua orang harus baca buku ni.. Buku terbaik yang ada di pasaran...

View all my reviews



Read More

Tukar Plan Internet

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Tukar Plan Internet  |  Kemahennn payah lagik nak dapatkan talian customer service RedONE hari ni.. Mungkin dorang terlebih bizi kowt... Dari pagi call, jam 2 lebih baru dapat disambungkan... Hadoii.. Berkeladak telinga dok tekap hp kat telinga ni.. Hehe..

Aku sebenarnya nak tukar plan internet je.. Sebelum ni aku pakai internet RM40 untuk 3G... 3G korang rasa cukup tak untuk sebulan?? Untuk FB, IG, Blog, Email, Smule (ehhh!!) dan sebagainye.. Haha.. Memang tak cukup la wehh.. IG saje dah rabak internet... Tu pown dok kontrol guna IG sebab takut tak dan sebulan internet dah habis.. Tapi tetap jugak kehabisan kuota sebelum waktunye.. Abeh cenggane nak buat... 


Mula-mula plan nak tukar jerk pakai WEBE.. Tapi bila tengok RedONE ada buat promosi plan baru, tangguhkan dulu niat tu.. Kita try dulu plan baru dari RedONE ni tengok macam mana kekdahnye.. Hehe... Bagi aku 3G sebulan memang tak mencukupi.. So, tadi aku dah tukar ke plan Amazing48 untuk 20GB sebulan.. Perghhh 20GB tu weh... Tapi ada term & condition nya... Hehe... Jom tengok...


Ok, korang boleh tengok jadual kat atas ni.. Plan Amazing48 ni, sebulan RM 48.. Dapat 20GB data dan free call 200 minit.. Tapinya 20GB tu terbahagi kepada dua keadaan.. Korang dapat pakai 8GB dengan speed yang laju dan selebihnya 12GB lagi untuk speed slow selepas korang dah habis pakai speed laju 8GB tadi.. Faham tak?? Kalau tak faham tanye CS la ye.. Haha.. 

Aku rasa cukup kowt 8GB untuk sebulan... Insyaallah.. Hari ni baru daftar so, kite tengok cenggane nanti ye.. Untuk bil pertama dengan plan yang baru ni, aku kene tambah RM10 lagi sebagai pendaftaran plan.. So, bulan ni pakej internet yang aku kene bayar RM 58... Huhu..

Lepas ni boleh la aku berIG lebih sikit.. Haha...


Read More