Aku Yang Terlalu Busy..!!

Friday, November 25, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Aku Yang Terlalu Busy..!!  | Minggu yang terlalu bizi untuk aku.. Pelbagai bende nak kena hadap.. Rasa tak cukup kaki tangan kengkadang.. Tak cukup masa pown iya juga... Di tambah pula hari, di hari permulaan gaji ni.. Hadoii lagi banyak bende nak kena fikir dan settlekan.. 

Ehhh panjang pulak aku mengeluh ye.. Bukan nak mengeluh kosong, tetapi saje nak luah perasaan kat sini... Haha.. Buat kengkawan blogger yang kenal diri ini, aku harap jangan berkecik hati ye kalau aku tak punya kesempatan untuk melepak dekat laman rumah korang sebab korang sangat setia datang jengok laman aku ni.. Hehe.. Thankz sangat-sangat..

Esok pown tataw lagi punya kesempatan tak untuk jengok blog aku ni.. Esok hari panjang yang sangat sibuk dengan urusan keluarga... Kesana kemari menguruskan hal keluarga pula..

Minggu hadapan juga merupakan hari bizi sedunia aku.. Haha.. Gile dah macam PM dah bizi aku ni.. Tahap naga bizi nye.. Bila nye aku tak bizi ni?? Adehh.. Time tak bizi time tidooo.. Wahahaha..

Ok lah.. tu jerk la aku nak menceceh kat sini dan meluahkan apa yang terbuku dalam hati ni.. Cewahh Gitu sekali yek.. Cam sengsara sangat jerk gayanya.. Ada yang sudi mereview blog aku ni, aku ucapkan bebanyak terima kasih.. Kengkadang tak sangka, aku terjun dalam dunia blogging ni tetiba dapat pulak perhatian daripada blogger-blogger yang sentiasa sokong aku.. Thankz uolls.. Moga korang terus maju dalam dunia blogging.. Aminn...

Read More

Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul

Thursday, November 24, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul  |  Kebanyakan orang bila balik dari klinik atau hospital dan dibekalkan dengan ubat, mesti simpan dalam peti ais kan.. Samalah dengan aku... Peti ais la tempat aku simpan segala macam ubat.. Bebaru ni, aku terbaca satu artikel tentang cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul ni.. Barulah aku tahu cara yang sebenar simpan ubat ni.. Bila dah tahu, terpanggil pulak nak kongsikan dengan korang semua..

Bukan saja cara pengambilan ubat aje yang kena betul, tetapi cara simpan ubat pown kena betul tau supaya kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat tu terjamin..


PANDUAN PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL

1. Tempat Khas

Simpan ubat di tempat yang selamat dan yang dikhaskan adalah penting supaya memudahkan pencarian ubat yang diinginkan jika berlaku sebarang kecemasan.. Selain itu juga, ia memudahkan kita mengingati tempat ubat yang disimpan disamping itu dapat mendisiplinkan diri untuk mengambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan..

2.  Asing Mengikut Jenis

Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis yang berbeza seperti ubat makan (tablet dan sirap) dan ubat kegunaan luar (krim, salap dan ubat titis) supaya dapat mengurangkan kekeliruan .. Mencampur adukkan ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat..

3.  Mengikut Suhu Yang Disarankan

Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk label bungkusan ubat) dapat mengelakkan kerosakan ubat tersebut kerana terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu.. Jika ubat berkenaan rosak disebabkan kesilapan cara penyimpanan, maka kualiti ubat juga akan terganggu dan keberkesanan ubat tidak terjamin serta berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan yang tak diingini..

4.  Simpan Dalam Bekas Asal Yang Berlabel

Simpan ubat dalam bekas asal dan jangan sesekali tanggalkan label ubat yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput..

5.  Jauh Dari Kanak-Kanak

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..


PERKARA YANG PELU DIELAKKAN DALAM PENYIMPANAN UBAT


  • Jangan simpan ubat di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  • Jangan simpan ubat berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  • Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk atau di dalam bilik air..
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (rujuk label bungkusan ubat)
  • Jangan simpan ubat yang sudah tamat tarikh luput, rosak dan hilang labelnya.


sumber : Portal Rasmi MyHealth KKM


Read More

Ruam Bayi Powder Penawar Untuk Segala Jenis Penyakit Kulit

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Ruam Bayi Powder Penawar Untuk Segala Jenis Penyakit Kulit  |  Ruam adalah dimana keadaan kulit yang mengalami iritasi seperti kemerah-merahan, rasa gatal, bersisik, kulit yang mengeras atau benjolan melepuh... Ruam bukan sahaja berlaku dalam kalangan dewasa, malahan kanak-kanak dan juga bayi juga turut mengalaminya.. Ruam kebiasaannya berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh dan ianya adalah antara masalah kulit yang agak membimbangkan ramai orang..

Sebenarnya ruam boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja.. Namun dalam keadaan tertentu, ruam turut memerlukan rawatan klinikal sekiranya keadaan ruam tersebut agak teruk.. Ruam kebiasaannya mengakibatkan kemerahan pada kulit atau terdapat tompokan merah.. Sekiranya ruam berada ditahap yang lebih teruk, ianya boleh menyebabkan bengkak, kemerahan dan luka..

Allahuakbar... Bayangkanlah sekiranya ianya berlaku kepada anak kita?? Bagaimana untuk kita merawatnya??

Kini, korang tak perlu lagi bimbang kerana dengan Ruam Bayi Powder, segala masalah kulit dapat diatasi...


Ruam Bayi Powder diperbuat daripada tanah liat putih kaolin yang berkualiti tinggi dan terbaik di dunia.. Ianya ditambah dengan air bertapis tanpa klorin.. Ruam Bayi Powder ini juga sesuai untuk semua peringkat umur dan sesuai untuk semua jenis penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, gatal-gatal kulit, kudis buta, kayap, demam campak dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan penyakit kulit..

KELEBIHAN RUAM BAYI POWDER

  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit
  • Cepat meresap dalam kulit dan kulit akan terasa sejuk serta lembut
  • Satu bekas tahan agak lama dan selalunya dapat digunakan dalam beberapa bulan
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, tetapi Alhamdulillah setiap kali sapu pada ruam atau penyakit kulit, penyakit tersebut akan berkurangan
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya
  • Selamat untuk kanak-kanak dan bayi kerana kandunganya 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus
  • Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutamanya untuk ruam..

Ruam Bayi Powder berbentuk asli daripada tanah liat..
100% semulajadi serta mengikut sunnah Nabi S.A.W.. Ini kerana ia salah satu cara Nabi S.A.W mengubati penyakit kulit seperti yang terdapat di dalam Hadith Sohih di atas yang membuktikan Nabi S.A.W menggunakan tanah liat untuk mengubati penyakit kulit dan lain-lain penyakit.



CARA MENGGUNAKAN RUAM BAYI POWDER

Pakai bedak ini di bahagian yang bermasalah.. Di sebelah pagi, sapu selepas mandi, manakala disebelah malam pula sapu sebelum tidur.. Untuk mendapatkan kesan yang maksima, boleh disapu dengan kerap...

Pemakaian waktu siang :-

Selepas beberapa jam, jika bedak kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersih dengan air, lap dan keringkan kemudian sapu lagi..

Pemakaian waktu malam :-

Sebelum tidur, sapukan di tempat yang diperlukan.. Sapuan diwaktu malam lebih berkesan kerana semasa tidur kita kurang bergerak.. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air yang bertapis sahaja atau air zam-zam bagi mengelakkan klorin air paip..


PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI !!

Zaman sekarang ni, asal saje produk tu laris dan mujarab pasti ada yang mengambil kesempatan untuk memalsukan produk tersebut bagi mengaut keuntungan dengan mudah.. Begitu juga dengan Ruam Bayi Powder ni..

Bagi mengelakkan korang terbeli Ruam Bayi Powder yang tak original, meh aku tunjuk camne nak kenal pasti yang ORIGINAL...

Ini adalah label Ruam Bayi Powder yang Original dan tidak pernah sama sekali menukarkannya dengan label mahupun nama yang lain.... Kalau  korang nak beli, pastikan label dan nama produk adalah seperti gambar di atas..


Packagingnya pula adalah seperti ini... Bekas berwarna putih... Comel jerk bekasnya dan kemas..



DIIKTIRAF OLEH SIRIM

Pembuatan secara homemade warisan semulajadi turun temurun dan diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana ia selamat digunakan tanpa bahan kimia.. Sesuai untuk kegunaan bayi dan juga dewasa.. Ruam Bayi Powder juga dijamin HALAL dan SUCI..


TESTIMONI PENGGUNA RUAM BAYI POWDER


Ramai yang telah mencuba Ruam Bayi Powder ini dan ramai yang berpuas hati.. Jom tengok testimoni daripada pengguna Ruam Bayi Powder ini..








Untuk keterangan lanjut, sila layari :-

Website
https://ruambayi.wordpress.com/

http://www.bedakruambayiori.com/

Facebook
https://www.facebook.com/ruampadabayi/


Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

EN. HAFIS
(Bahagian Pemasaran HQ)

013 - 480 6787


PN. NURUL
(Product Owner)

017 - 623 9935


Read More

Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR

5 comments
Assalamualaikum wbt

Cipta Detik-Detik Istimewa Bersama Haruman Menawan ENCHANTEUR  |  Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun kerjaya.. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan juga hobi, tetapi mereka tidak menjadikannya hambar.. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran.. Anda mahu tahu rahsianya??

Enchanteur untuk hari penuh keajaiban

Inilah rahsianya yang aku ingin kongsi dengan semua wanita di dunia.. ENCHANTEUR... Siapa yang tak kenal dengan rangkaian produk ENCHANTEUR kan... Enchanteur telah lama diyakini oleh kebanyakan wanita moden masa kini.. ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan diri berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman perancis.. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita..

ENCHANTEUR, Langkah Mudah Untuk Hari Penuh Keajaiban

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori.. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara.. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekaligus menerbitkan pelbagai perassan termasuklah tarikan romantis.. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu..


Justeru itu, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan.. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda..

Rangkaian penjagaan diri Enchanteur Perfumed Shower Creme & Lotion

Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme.. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai setiap hari anda.. ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme ini bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda.. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih.. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesonakan ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan...


Untuk ENCHANTEUR Perfumed Shower Creme, kali ini aku memilih untuk mencuba haruman ELEGANT pula.. Sebelum ini aku sangat setia dengan haruman Romantic dimana harumannya sangatlah aku gemari.. Kini aku ingin rasakan sesuatu yang berbeza dari kebiasaan, so aku memilih untuk menukar haruman Romantic kepada Elegant.. Dengan mandian Elegant ini aku mendapat ketenangan, kepuasan dan kesegaran sepanjang hari dengan haruman rose dan jasmine yang dapat membangkitkan semangat.. Korang pown patut cuba mandian dari haruman Elegant ni.. Ianya juga dapat memberi keyakinan pada diri untuk menjalani kehidupan seharian... Harumannya juga kekal sepanjang hari tau..


Bagi rangkaian penjagaan diri ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula aku terpikat dengan haruman ROMANTIC.. Sebelum ni aku tak pernah cuba lagi lotion dari ENCHANTEUR ni... Setelah aku bertukar kepada mandian Elegant, aku memilih untuk terus mendapatkan haruman Romantic melalui ENCHANTEUR Perfumed Lotion pula.. Haruman Romantic sangat mempesonakan..

Selepas mandi, mesti aku akan menyapu ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk mendapatkan kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.. Losyen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda...

 Koleksi Penjagaan Badan Enchanteur Perfumed Roll-On Deodorant

Sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodorant atau semburan badan body mist.. Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian..


ENCHANTEUR Charming Roll-On Deodorant menjadi pilihan aku untuk perlindungan diri sepanjang hari.. Kenapa aku pilih wangian Charming?? Haaa ni sebabnya..

Enchanteur Charming Roll-On Deodorant caresses your body with its long-lasting sensual floral fragrance. It glides on smoothly with a quick-drying, non-sticky formula that helps prevent body odour to give you confidence and freshness all day long..

Koleksi haruman Enchanteur Eau de Toilette

Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu.. Jangan langkaui langkah tanpa wnagian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan... Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik.. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka, jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Perfume ENCHANTEUR mane yang menjadi pilihan aku agaknya ye??


Yeahh aku pilih ENCHANTEUR Celebrate Love sebagai wangian untuk diri aku.. Harumannya kekal sepanjang hari.. Aku sangat suka dengan baunya yang romantik.. Wangi!!

Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesonakan sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama..


HARGA RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ENHANTEUR

Rangkaian produk ENCHANTEUR dijual pada harga :-

 ENCHANTEUR Perfumed Shower  - RM 9.20 sehingga RM 13.65
 ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion  - RM 7.50 sehingga RM 21.00
 ENCHANTEUR Perfumed Deodorants - RM 4.90 sehingga RM 11.90
 ENCHANTEUR Eau de Toilette - RM 18.75 sehingga RM 33.50


WHERE TO BUY??

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi..


Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari :-

Website

Facebook


Ada berita baik untuk korang ni...!! 


ENCHANTEUR ada menganjurkan sebuah Contest "ENCHANTEUR Creat Magical Moments Every Day" sehingga 30 November 2016 ini.. Banyak hadiah menarik untuk dimenangi.. Rugi tak join tau... 



Bagaimana nak menyertainya?? Haaa mudah aje.. Korang ikut je step seperti dibawah ni ye..!!


Mudahkan..!! So, ape tunggu lagi.. Create your magical moments everday... All the best..!!!


Read More

Wordless Thursday #5 - Bini Cantik

5 comments
Assalamualaikum wbt..



Motivasi Pagi Khamis

-SMiLe-

sumber : google
Read More