Wordless Thursday #2 - Mana!!!

Thursday, October 27, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Macam-macam perangai dok ada.. Haha!!


Read More

Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!

Wednesday, October 26, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt...

Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Meatball Mat Bulat!!  |  Throwback cerita semalam... Nak dijadikan cerita, semalam time balik kerja kitorang suami isteri berpakat tak nak makan petang tu... Kami plan malamnya nak pergi jenjalan dekat bandar Kuantan untuk cari makan.. Nak dijadikan cerita lagik, encik somi ternampak la post di FB yang agak ter-viral hehe tentang kesedapan Nasi Ala Kak Wok di Taman Kerang berhampiran masjid negeri.. Kitorang apa lagi terus kesana mencari-cari kereta yang menjual Nasi Ala Kak Wok itewww!!

Dekat situ ramai yang berniaga dengan hanya membuka bonet kereta.. Carbooth kata omputeh.. Ahakz.. Time tu hujan pulak.. Cari punya cari tak jumpa la pulak.. Aduii cam ada perasan frust la sikit time tu.. Encik somi selongkar balik FB tuan nasik tu.. Rupanya dorang tak datang lagi sebab hujan.. Katanya pukul 9 baru dorang buka 'kedai'... hehe.. Makanya, kami melilau dulu la kawasan tu.. Dah kenapa tetiba nampak pulak sesuatu yang menarik... Meatball Mat Bulat!!! Tak pernah cuba lagi... Encik somi nak try.. Nampak cam sodap katanye!!

Kios Meatball Mat Bulat at Taman Kerang, Kuantan

Aku tengok kat Menu Meatball Mat Bulat ni terdapat 3 set yang berbeza mengikut jumlah meatball itu sendiri... 

Set 1
5 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 5.90

Set 2
7 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 9.90

Set 3
10 ketoi meatball + mesh potato + roti
RM 11.90

Kami pilih set 3 untuk 3 orang makan.. Aku, Encik Somi dan Si Kecik tu.. Ahakz.. Sebenarnya kami tak pernah tahu pown tentang kewujudan Meatball Mat Bulat ni.. Yelah kami bukanlah peneroka makanan kan.. Pernah ternampak kios Meatball Mat Bulat ni di Jaya Gading tapi tak la pulak kami tahu tentang kefemesan meatballnya itewww!! Hehe.. Sehinggalah semalam kami mencubanya buat kali pertama dan barulah kami tahu yang Meatball Mat Bulat ni sebenarnya dah viral rupanya... Ketinggalan kapal terbang betul kami ni.. Haiss..

Dah siap beli Meatball Mat Bulat tu, kami mencari pulak kakak yang jual Nasi Ala Kak Wok tu... Alhamdulillah dorang dah bukak 'gerai' dorang.. hiks.. Secara Drive Thru kami mengoder Nasi Ala Kak Wok.. Encik somi tak nak sebab dia simpan perut untuk makan meatball nanti.. So, aku order untuk aku jerk la.. 


Siap beli semua, kami pown balik la kerumah untuk mengisi perut yang sedang lapar... Misi tercapai malam tu.. Alhamdulillah... Rasa tak sabar-sabar dah nak sampai umah kerana perut dah minta untuk diisi.. Jom tengok hasil tangkapan kami semalam..

Set 3 pilihan kami bertiga

Nasi Ala Kak Wok

Sampai umah, aku pekena nasi ala kak wok dan encik somi dan qhaliff pekene meatball.. Aku tengok encik somi dengan berseleranya dia makan Meatball Mat Bulat.. Sedap katanya.. Aku macam tak berapa nak percaya dia punya sembang tu.. Tapi untuk kepastian, aku suruh juga la dia simpan untuk aku sikit.. Pada mulanya dia nak simpan 5 ketoi untuk aku, tapi aku larang sebab banyak sangat pulak rasanya.. Dah la makan nasi dah seround, pastu nak makan pulak meatball 5 ketoi.. Mane nak sumbat tuuuuu.. So, aku suruh dia simpan 3 ketul aje.. Yang lain dia kongsi dengan anak.. Hehe..

Kemain berselera agik sikecik tu makan meatball.. Selalunya takde la selera sangat dia makan.. Kali ni lain sikit selera dia.. Aku agak sebab dia lapar mulanya... Sampailah turn aku pulak try Meatball Mat Bulat tu lepas aku makan nasi.. Pergghh patutlah si Qhaliff berselera sangat, rupanya sedap meatball ni... (Nasi tu aku kongsi jugak dengan en somi sebenarnya sebab dia pown nak try jugak Nasi Ala Kak Wok tu.. Haha.. Kira kongsi-kongsi la..)

Firstime meatball masuk mulut dan aku rasa dia punya sos, pergghhhh memang melatop arr!! SEDAP SANGAT WEHHH!!! Kalah meatball ikea... Perghhhh membuka selera aku dan kene dengan selera aku... Ehhh cam tak cukup jerk 3 ketul ni.. Haha.. Memang tak cukup la.. Rasa tak puas makan.. Terus cakap dekat encik somi, esok kene ripit order ni.. kihkih.. Serius babe, sedap sangat.. Takat hari ni yang pernah aku makan meatball, Meatball Mat Bulat ni la paling best aku rasa.. Paling utama TAK MUAK!! Sos dia terbaikkk!! Pendek kata memang selera aku la... 

Cawangan Meatball Mat Bulat ni yang aku tau yang utama di Indera Mahkota 6.. Selain tu ada juga di Jaya Gading.. Dekat tempat lain aku tak pasti sebab tak survey lagik.. Haha.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Meatball Mat Bulat ni korang boleh usha dekat facebook dorang ye..

Facebook Meatball Mat Bulat

Gerai Meatball Mat Bulat at Indera Mahkota 6

Sebelah tu ada orang jual Air Mangga

Nampak tak gambar dekat atas ni.. Haaaa ini bermakna aku dah ripit order ye untuk malam ini.. Haha.. Dalam pukul 8.30 tadi kami pergi mencari gerai ni untuk meripit order meatball yang sodap tu.. Huru hara sekejap mencari gerai ni tak berjumpa.. Tetapi akhirnya jumpa jugak lepas pusing sana pusing sini.. Ahakz.. Kali ni kami order 2 set.. 1 set yang 5 ketul dan 1 set lagi yang 10 ketul.. Gile arrr kan penangan Meatball Mat Bulat ni.. Encik somi dah cuak dan siap tanye, boleh habis ke ni?? Aku cakap mesti habis punya.. Sedap tuuu!! Haha..


Tu diaa.. Banyak gile kowt... Siap dapat extra 2 ketul agik sebab mesh potato + roti ada satu aje.. Kire dia ganti balik la kan.. Hehe.. Kali ni untuk aku dan anak 10 ketol dan encik somi 7 ketul.. Licin kami makan ohh!! Anak makan 2 ketul, aku bedal 8 ketul.. 

Kalau korang tinggal di kuantan dan terasa nak makan meatball dan tak tahu dekat mana sedap, haaa aku suggest korang try Meatball Mat Bulat ni.. Gerenti puas hati dan berbaloi-baloi.. Aku gerenti lagik korang akan ripit order.. Huhi.. Kat mana nak cari gerai ni?? 



Klik Maps SINI



PENANGAN MEATBALL MAT BULAT



Kawan aku pown terjebak sama.. Haha!!


Read More

Wordless Tuesday #1 - Pahala

Tuesday, October 25, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..







Read More

Design T-Shirt Sendiri Di Printcious.My

Monday, October 24, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Design T-Shirt Sendiri Di Printcious.My  |  Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi akibat anak tak sihat.. hehe.. Sepi aku tak de la sampai sepi sekuntum mawar merah.. Cuma sepi seorang perindu aje,.. Sebabnya aku masih munculkan diri dengan menjoinkan diri dalam segmen mahupown Giveaway yang kengkawan seangkatan anjurkan.. Hiks..

Oke lah..!! Bukan tu yang aku nak bercerita malam ni sebenarnya.. Yang aku nak ceritakan disini adalah tentang baju T-shirt yang aku DIY di Printcious.my satu ketika dulu.. Kenapa aku cakap 'suatu ketika', haaa sebabnya baju ni dah sampai ke tangan aku dah lama.. Cumanya aku aje yang tiada masa terluang yang panjang untuk update kisah ni... Hiks.. Malam ni agak lengang, so boleh la aku upkan entry ni.. Jom baca kisah DIY aku selanjutnya..


Bermulanya aku diperkenalkan dengan Printcious ni, aku dah mula ketagih untuk menDIYkan koleksi produk yang ada di laman web Printcious.. Semuanya menarik bagi aku.. Pengalaman pertama aku membeli di printcious ni boleh baca di SINI dan SINI... Firstime nak pilih barang tu pown dah rambang mata tataw nak pilih yang mana satu.. Rasa nak beli semua aje.. Dah bila terjebak dengan keseronokan menDIY barang sendiri, aku jadi teruja untuk membuat tempahan untuk kali keduanya.. Baca SINI.. Dannn untuk sekian kalinya, buat kali ketiga aku memilih untuk menDIYkan T-shirt yang sememangnya dah menjadi perhatian aku sejak pertama kali aku dok usha laman web Printcious ni.. Hehe.. Okeh, jom tengok hasil yang aku dah DIYkan.. 


Ni corak baju yang aku DIY tu.. Eceli gambar pada baju ni aku amek dari google aje sebenarnya.. Aku suka design ni.. Siapa lah agaknya yang cipta design ni ye... Credit untuk beliau.. Hiks.. Aku cuma tambah perkataan "Rasta Chenta" itu aje.. Ahakz.. Banyak kenangan dengan nama "Rasta Chenta" tu.. Sebab tu la aku abadikan nama tu dalam baju ni.. Selain tu, pemilihan corak ni adalah kerana aku minat muzik reggae.. Huhu..

T-shirt ni adalah dari material kain jersi.. Pada asalnya aku ingat cotton t-shirt.. Bila sampai, rupanya jersi.. Tapi best pakai tak panas.. Seperti biasa, bila beli baju T aku mesti beli saiz L.. Besar sikit.. Baru selesa nak pakai.. Tak gitu??


Apakah??

Haaaa inilah magnet fridge... Magnet Fridge ini ajaib tau.. Apa yang ajaib tu?? Haaaa mane tak ajaibnya, magnet fridge ni ada dwifungsi... Boleh dijadikan pelekat peti dan dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai pembuka botol.. Hebat tak?? Meh aku tunjuk sikit bagaimana rupa bentuk yang sebenarnya bende alah ni..

Magnet Fridge

Pembuka penutup botol

Hebatkan.. 2 dalam 1... Boleh dijadikan hiasan peti dan berguna bila nak bukak penutup botol.. Okeh, untuk gambar magnet fridge ni juga aku guna gambar yang sama.. Sebab apa?? Sebabnya AKU SUKA GAMBAR TUUUUU!!.. Haha.. Cuma di magnet fridge ni aku tak masukkan perkataan "Rasta Chenta"... 

Hiasan peti aku

Untuk kali ni aku shopping 2 barang sahaja.. Ada beberapa barang lagi yang masih dalam list aku untuk aku beli.. Insyaallah kalau ada modal lebih nanti, aku akan merealisasikan impian aku tu.. Cewahhh,.. Impian bagai.. Tak mudah ye k0 Lea.. haha..


Sempena Halloween Day ni, Printcious menawarkan diskaun sehingga 30% dengan menggunakan Code Voucher : HALLOWEEN semasa pembelian dan Code Voucher tersebut sah sehingga 31 Oktober 2016... Masih berbaki 7 hari lagi.. Kalau korang rasa atau ada plan nak kasi hadiah dekat orang tersayang, korang boleh la cuba-cuba jengok laman web Printcious ni.. Mana lah tahu kowt-kowt korang dapat idea nak DIYkan hadiah korang tu kan.. Baru lah rasa hadiah tersebut lebih bermakna untuk dihadiahkan kepada seseorang.. Nak-nak lagi kasi pada yang kita paling sayang... Fuhhh memang hadiah tersebut ada sentimental value la jawabnya..

Select a category to shop!!

Antara produk atau material yang ada di Printcious ialah :-


Banyak kan..!!  Pelbagai pilihan ada.. Semuanya menarik.. Antara yang dah aku DIYkan adalah Mug, Canvas, Cushions, T-Shirt dan Magnet Fridge... Magnet Fridge yang aku order tu dalam kategori Button Badges ye.. Hiks.. Kang korang pelik pulak, tak de kategori magnet fridge.. Hehe..

Oke lah.. Takat ni saja aku nak bercerita tentang baju dan magnet fridge aku yang terlebih ohsem dan terlebih bermakna bagi aku tu... Lain kali kalau aku bershopping lagi di Printcious aku akan up lagi entry kasi korang semua jeles.. Haha.. Jeles ke?? Tok sah jeles la.. Korang pown boleh buat kalau korang nak kan... So, apa yang korang menungkan lagik tu.. Jom la terjah laman web Printcious ni.. Hadiah korang akan lebih bermakna bila korang menDIYkan hadiah korang di Printcious... Bak kata pepatah Printcious sendiri "Printcious Gift From Your Heart"...


WHERE TO DIY AND BUY???




"Precious Gift From Your Heart"


Read More

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

13 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha  |  Hola.. Giveaway again... Kali ni aku join Giveaway by blogger kesayangan aku Adik Rrai.. Akhirnya menjadik juga Rrai buat GA ni ye.. Hadiahnya agak menarik.. Shade Dough Lip Bait by Hanis Zalihka gituu..!! Dah bila hadiah yang disediakan untuk pemenang adalah berbentuk Lipstik, hakak ape lagik... Harussssss menjoinkan diri untuk merebut hadiah tersebut.. Haha.. Hakak kan pengumpul lipstik yang agak kronik sekarang ni.. Mane tau kowt-kowtnya ada rezeki untuk menang lipstik Hanis Zalikha ni dari Rrai.. Alhamdulillah la.. Leh penuhkan beg lipstik hakak tu lagik.. Hiks.. 

Okeh, kata Rrai lipstik ini akan dilancarkan pada 01 November 2016 tak lama lagi dengan harga Rm55.. Fuhhh boleh tahan jugak yek harganya... Mungkin berbaloi dengan kualiti lipstiknya mungkin.. Siapa tahukan..? Warna Shade Dough ni juga sangat menarik.. Boleh dikatakan semua cantik-cantik.. Boleh rambang mata kalau nak beli nanti ni.. Aku memang suka warna nude sebab bibir tak mengizinkan untuk aku pakai warna-warna yang selain nude.. Hehe.. Almaklumlah bibir tak berapa nak cerah.. upppsss!!

Syarat no.7, Rrai meminta semua peserta untuk menulis tentang 'Random Kidness' yang pernah dilakukan secara jujur dan ikhlas..

Random kidness?? 

Apakah??

Hurmmmm~!!

MY RANDOM KIDNESS STORY!

Adeh agak susah nak cerita tentang kebaikan yang telah dibuat.. Risau timbul perasaan riak.. Hehe Tapinya dah syarat berkehendakkan begitu so, aku cerita tanpa rasa riak dan sebagai teladan semua diluar sana.. Cewahh.. Kerrrrrlasssssszzz ko Lea...!! Jom baca cerita aku ni..

**************************************

Satu kisah yang aku tak mungkin lupakan kerana ianya adalah moment yang agak menarik bagi aku.. hehe.. Ayat berbunga-bunga.. Cehh.. Cerita ni terjadinya dah agak lama... Time tu aku bujang agik belum kawen.. Malam tu aku dan seorang kawan aku  ni, pergi lah melepakkan diri dekat tepi sungai.. Ni bukan sungai biasa-biasa tau, ni memang sungai yang cantik yang dah direnovate untuk pengunjung-pengunjung melepakkan diri.. (sebenarnya aku tataw apa nama tempat tu.. Haha dah lupa laa.. hiks..) Okeh, sambung cerita.. Nak dijadikan cerita, malam tu aku dan kawan aku dengan berbekalkan McD sebagai kudapan telah melepakkan diri di tepi sungai nan indah itewww!! Tengah syok makan Mekdi, datanglah segerombolan kucing (pssss.. sebenarnya 4 ekor kucing je yang ade.. hehe) meminta-minta mekdi kami dengan muka kesian seolah-olah dah 14 hari tak makan.. hiks..

Dengan baik hati lagi nan suci murni, kami pown sedekahkanlah makanan kami sedikit untuk mereke-mereka.. Kemain seronok mereka menelan kentang goreng mekdi.. Sedap agaknya.. Mungkin jugak tak pernah rasa kentang goreng yang enak cenggitu sebelum ni sampaikan terlebih xcited dorang makan.. hehe..Kesian betul kami tengok kucing-kucing tersebut.. 

Ada la seko kucing ni, dia dok melepak dengan kami sampai kami balik.. Yang lain-lain entah kemana pergi dah.. Yang seko ni setia dengan kami.. Agaknya tanda ucap terima kasih kowt kat kami sebab dah bagi dia makan.. hehe.. (perasan sendiri)... Kucing tu pown agak manja.. Suka dibelai.. Kebetulan yang kawan aku ni memang suka kucing.. Haha.. Kemain lagi dia belai kucing tu.. Lagik la dia syok dok melepak dengan kami.. Sampaikan, time nak balik tu kami rasa kesian sangat nak tinggalkan dia.. Rasa sayang pown ada.. Dan kami berjanji esok kami akan datang lagi untuk bawa makanan untuk dia.. 

Esok malam nya kami datang lagi bawa makanan.. Masih setia dengan kudapan McD... Haha. Dulu aku memang hantu mekdi ko..!! Hari-hari nak makan mekdi.. Sekarang jerk dah tak stop.. Cuma pekena bubur mekdi dan sunday cone aje.. Ahakz.. Okeh sambung lagik.. Malam tu kami mencari-cari kucing manja tu.. Tapi tak jumpa.. Rasa sedih bertandang.. Kemana kucing tu menghilang.. Jatuh sungai ke?? Allahuakbar.. Hurmm mungkin kucing tu milik orang.. Siapa tahukan.. Lalu aku dan kawan aku bersangka baik ajela.. Kami lepak dekat situ sambil makan mekdi, dengan harapan kucing tu muncul.. Tetapi sampai kesudah tak juga muncul.. 

**************************************

Haaa itu la cerita aku... Orang kata kalau kita kongsi rezeki dengan kucing yang sedang kelaparan, insyaallah rezeki kita tak akan berkurangan malahan bertambah.. So, tak yah la nak berkira sangat ye dengan kucing yang datang dekat kaki kita mintak makan.. Kucing tu pown pembawa rezeki tau.. Tak habisnya rezeki kita kalau kita kongsi-kongsi..

Okeh, untuk melengkapi syarat yang ditetapkan, dekat sini aku sertakan sekali link instagram aku sepertimana yang dikehendaki oleh pihak penganjur.. Pssssss.. korang boleh la follow sekali k.. Haha... Sambil menyelam sambil la menelan airnya.. tak gitu.. haha..!!


Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blogwww.bajuwarnacoklat.com

Sebarang pertanyaan mengenai produk 
Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, 
cara pembelian secara online atau cod 
boleh hubungi :-

013-264 7912


Jom reramai kita join GA ni... Hadiah menarik.. Syarat menarik... Tarikh tamat lambat lagi... Masih sempat nak join ni.. Hiks..


Tarikh Tamat
13 November 2016



Read More