Matrix Hybrid Amino Plus Meningkatkan Stamina Harianku

Wednesday, September 7, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Matrix Hybrid Amino Plus Meningkatkan Stamina Harianku  |  Setiap pagi sebelum pergi kerja mesti kene minum Matrix Hybrid Amino Plus dulu... Ehh korang jangan nak buat-buat terkejut ye.. Jangan dok tertanya-tanye, ehh Lea ni nak jadi ahli bina badan ke?? haha... Tak beragak korang ni tau, kalau terfikir akan soklan cenggitu.. hehe.. Aku minum Hybrid Amino ni bukan lah nak membina otot-otot badan aku ni cam Ahli Bina Badan tu.. Aku ambil minuman ni sebabnya nak kekalkan stamina aku yang dah kelaut ni dan juga ofkos untuk bertenaga sepanjang hari.... Almaklumlah bila dah meningkat "dewasa" ni, cepat benoo letihnya.. Mane lagi kerja kat pejabat nak kena buat.. Kat rumah lagik nak kene buat... Anak pulak tengah lasak.. Huiiii lotih den mengejooonyeee!!

Ehhh korang aku tengok cam blurrr jerk.. Mesti korang tak pernah dengar tentang produk ni kan... Haaa meh aku perkenalkan kat korang... Produk ni sebenarnya diambil oleh Ahli Bina Badan atau orang yang memang kuat bersenam bagi menambah prestasi.. Kat Malaysia ni, Zainal Ariff dan Ray Leow adalah pengguna produk ni sebab dorang ni Ahli Bina Badan.. Seram ohh tengok badan dorang... hehe

Zainal Arif


Leow Ray Kok Wah

Hybrid Amino ni juga adalah sebagai sumber tenaga yang sangat bagus untuk membina otot-otot serta memberi kesan yang positif kepada prestasi senaman yang kuat... Haaa sebab tu le kebiasaannya produk ni diambil oleh Ahli Bina Badan atau orang yang memang kuat bersenam..  

Macam aku ni, nak cakap kuat bersenam tak juga.. Nak cakap nak bina otot-otot cam Ahli Bina Badan tu mungkin tidakkk lah.. Haha.. Tapi aku  ambil produk ni sebab nak kuatkan stamina dan tenaga supaya tak cepat letih.. Supaya aku dapat bekerja dengan lebih cepat dan semangat gituuu... 

Aku start amek produk ni awal September hari tu.. Masuk hari ni dah 6 hari... Setakat 6 hari ni, aku memang bertenaga dan tak terasa cepat letih... Aku bekerja dan menguruskan rumah tangga tu dah kira cam senaman la untuk aku kan.. Sebab tu aku nak cuba produk ni.. hehe.. Rasa dia pown best.. Rasa buah... Mixed Fruit Flavour!!


Kalau korang nak mencuba produk ni, sangatlah disarankan... Manelah tahu kowt-kowt kat luar sana ada yang bercita-cita nak jadi ahli bina badan ataupown nak mencantikkan body cam Zul Ariffin, pelakon tu hiks.. Nahh ni aku suggest kat korang produk ni.. Terbaikk toqqqq!! Yang kuat bersenam pown disarankan mengambil produk ni.. Banyak kelebihan produk ni tau.. !! Kalau nak tau kelebihan dan manfaat produk ni kene tunggu entry aku yang akan datang ye.. Nak cite kat sini sekali gus kang, tak larat nak baca lak.. tak gitu?? Hiks..!! Entry seterusnya aku akan cerita tentang Ingredients, for what usage, benefit and feedback fuyyooo aku spiking london tu dari aku sendiri setelah sebulan aku ambil produk ni.. Saboooo yekk!!

Okeh-okeh dipendekkan cerita, kat mana korang nak beli produk ni?? Haaa jom terjah link kat bawah ni..

WHERE TO BUY??

Anda boleh mendapatkan Matrix Hibrid Amino Plus ini di :-

SiteGiant

Lazada

Shopee

11street 
FaceBook








Read More

Bloglist Aku Lesap!!

Tuesday, September 6, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Bloglist Aku Lesap!!  |  Kenapa bloglist aku lesap??? Adoii masalah datang lagik... Tolong sape yang boleh tolong menyelesaikan masalah ni.. Dah cuba add balik tapi tak boleh.. Adoiyaiii!!


Read More

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join..!!

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com  |  Ehh Ehh kenapa aku boleh ter-miss GA ni yek.. hehe.. Domino Pizza tu.. Feberet aku.. Ahakz.. Okeh-okeh tamo menceceh panjang lebooo, petang ni aku nak join GA by blogger YanieYusuf.com ni... Mane taukan leh menang voucer domino pizza dari YanieYusuf ni.. hehe..

Korang tamo join ke?? Jom la join sama... Syarat pown mudah jerk tak menyusahkan jari jemari.. hehe.. 

Tarikh Tamat
10 Sept 2016


Read More

EVENT | Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Bulan lepas punye cerita... Aku dijemput untuk hadir ke InvolveAsia x Nescafe Event di Lorem Ipsum, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016 yang lalu.. Punyalah lama aku peram cerita ni.. Hampir sebulan jugak.. Baru harini berkesempatan untuk aku update cerita ni.. hehe

Event ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.. Untuk slot pertama, kami diperkenalkan dengan produk terbaru keluaran Nescafe iaitu Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan secara exclusive di Lazada tidak lama lagik..



Inilah rupa Nescafe Barista Machine

Cantik Machine ni... Tergoda dengan warna merah..!! Haha..

Dalam slot tersebut kami diberi penerangan tentang cara penggunaan Nescafe Barista Machine dan demo cara-cara menggunakan mesin tersebut.. Kagum wehh aku dengan Nescafe Barista Machine ni... Canggih lagik ohsemnesss!!  Kalau korang nak tahu, Barista Machine ni dapat menghasilkan 5 pilihan jenis coffee iaitu Latte, Cappucino, Espresso, Tungo dan Americano... Fuhhh kemain susah nak sebut satu-satu jenis.. Dah cam tinggal dekat sepanyol jek gayanya.. hehe..

Haaa mesti korang nak tahu lebih lanjutkan tentang mesin ohsemm ni kan... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kene tunggu entry aku yang seterusnya tentang Nescafe Barista Machine ni... Tunggu tauuu!!

Jom layan gambar sekitar event tersebut...

Pihak Nescafe memberi penerangan kepada kami

Lip lap lip lap lampu kamera masing-masing merakamkan gambar..


Demo cara menggunakan mesin barista


Jam 7.30 petang hingga 7.45 petang kami direhatkan seketika.. Ayat ko!! Direhatkan yee!! haha.. Sempatlah kami yang beragama Islam ni menunaikan solat Maghrib.. Thankz too pihak penganjur kerana memilih waktu rehat yang sesuai.. hehe.. Kami juga dihidangkan dengan minum petang yang menyediakan kueh mueh yang sodap-sodap..!!

Time too minum petang..!!


Selepas dah solat maghrib dan mengisi perut yang berkeroncong dari petang harinye, pihak InvolveAsia pula mengambil alih bagi menerangkan tentang InvoleveAsia, New Dashboard dan Shoplink yang perlu kami sebagai blogger kena tahu... Kirenya macam bengkel jugak la.. hehe.. Diberi tunjuk ajar cara nak buat shoplink dan diperkenalkan dengan dashboard yang baru... Kami juga diberi penerangan tentang The basics of Affiliate marketing from Shopcoupon dan juga tentang InvolveAsia (IA) New Merchant (Caththatbus)

Penerangan daripada pihak InvolveAsia

Perhatian penuh diberikan oleh para hadirin.. Cewahh!!

Event selesai lebih kurang jam 9.00 malam... Dah rasa macam pergi kursus dah ye.. hehe.. Last sekali, sesi yang kami semua tunggu-tunggu... Sesi penyerahan saguhati untuk kami yang hadir iaitu sebuah Nescafe Barista Machine untuk kami setiap seorang blogger... Yey..!! Kami dapat mesin kopi dari nescafe wehhh untuk yang hadir event ni... Sila jeles dari jauh ye.. haha.. Wahh angkuh ko ekk Lea Azleeya.. Haha.. Mane tak angkuh wehh, mesin canggih tu.. Haha.. Jom layan gambar last dari aku..!!

Ini adalah antara yang hadir... Ramai gile kowt... Semua hepi nampaknyee.. hehe... 

Okeh ni wakil aku yang amek Nescafe Barista Machine.. Aku maluuu!! Haha

Jom minum duluu!!

Tunggu ye entry aku seterusnya tentang kehebatan Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan tidak lama lagi... Berapakah Harganye?? Haaa nanti aku kasitau kat korang ekk.. 

Adioss Amigoss.. Babai..!!



Read More

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

Monday, September 5, 2016

19 comments
Asslamualaikum wbt..


Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my  |  Haluuuu korang.. Adoii sentiasa sibuk diri ini.. Qhaliff meragam sakit gg nk tumbuh.. Dugaan betul.. hehe.. Wokeh, malam ni nak join GA by sahabat aku Ahmad Hasif.. Kemain lagik yee buat GA kemerdekaan gitu..!! Untuk support kengkawan, so malam ni aku join GA ni.. hehe.. Hasifffffffff, Lea join.. Haha..!!

Jom tengok syarat-syarat GA ni dulu ye..

1.  Terbuka kepada semua blogger Malaysia sahaja..
2.  WAJIB follow Google+ blog Ahmad Hasif.





3.  WAJIB Like FB Fan Page ini..






4.  Copy banner di atas dan buat tajuk artikel "Giveaway Tunai by AhmadHasif.my"
5.  Buat satu entry bersempena kemerdekaan - WAJIB!!
6.  Linkkan entry ini didalam artikel korang
7.  Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry..

ENTRY KEMERDEKAAN AKU..!! adoiyai..

Hah itu je syarat-syaratnye ye.. so, aku kene buatla yek entry kemerdekaan ni.. Haha.. Adoii nak cite ape ni wehhh!! 

Okeh la.. Bersempena hari kemerdekaan baru-baru ni, aku mengharapkan agar negara kita, Malaysia sentiasa aman dan makmur serta sentiasa MERDEKA sampai bebila.. Moga malaysia terpelihara daripada segala bencana dan ancaman.. Amin.. Insyaallah.. 

Dah setel semua tugasan dan syarat-syarat... Meh tengok hadiah lak.. Cam menarik jerkk..!!


Hadiah- Hadiah Giveaway

Pertama - RM10 + Di Masukkan di Bloglist 50 Hari 

Kedua - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 30 Hari

Ketiga - RM10 + Di Masukkan di Bloglist Selama 10 Hari

Keempat sehingga Kesepuluh - Hadiah Template Blogger

Demo Template 1
Demo Template 2
Demo Template 3
Demo Template 4


Jom korang join reramai... !!

Read More

WePrint | Trend Terkini Cetak Gambar Dengan Pantas Dan Berkualiti!

3 comments
Assalamualaikum wbt..

WePrint | Trend Terkini Cetak Gambar Dengan Pantas Dan Berkualiti!  |  Wohaaaa..!! Lama tak bersiaran..!! Malam ni aku nak perkenalkan kat korang WePrint Machine yang boleh mencetak gambar dengan pantas dan berkualiti... Biasa la zaman dah maju, teknologi dah canggih, tak  mustahil lah kini dah boleh cetak gambar dalam masa yang singkat.. Tak macam dulu, nak amek gambar kene guna kodak la bagai.. Pastu kene pulak hantar kedai nak cuci.. Berminggu-minggu dok tunggu nak boleh ke siap cuci gambar-gambar tersebut.. Sekarang tak perlu nak susah-susah dah, dengan WePrint korang  boleh dapatkan gambar dengan segera dan berkualiti...Cantik pulak tu..!! Nak tahu lebih lanjut tak tentang WePrint ni?? Jom aku stori lagik.. hehe

Apa itu WePrint Machine?

WePrint Machine ni adalah mesin pencetak gambar segera yang berkualiti tinggi.. Ianya boleh mencetak gambar daripada pelbagi jenis smartphone dalam masa kurang daripada 1 minit melalui aplikasi WeChat... Aku ulang ye, hanya dalam masa kurang daripada 1 minit sahaja!!  Fuhhh hebat kan?? Lagik hebat, gambar-gambar boleh dicetak di atas pelbagai jenis material seperti Photo Paper, Magnetic Paper, Button Badge dan Phone Case..

WePrint machine ni sangatlah sesuai untuk sebarang event, majlis korporat mahupown swasta bagi menarik orang ramai  dan melayan tetamu yang hadir.... Kalau korang nak tahu, mesin ni dah terkenal dikalangan syarikat-syarikat besar yang membuat roadshow dan event-event sejak tahun 2015 lagi.. 

Dah tahukan serba sedikit tentang WePrint ni.. Tapi camne mesin ni bekerja a.k.a berfungsi?? Haaa meh aku kasitau korang how it work.... Cewaahhh!!

Ini cara-cara nak print gambar.

Ini pulak cara nak print gambar kat button badge

Yang ni cara nak print gambar kat phone case.

WePrint Machine juga adalah sebuah alat pemasaran atau pengiklanan yang mempunyai potensi perniagaan yang hebat dan sesuai untuk hampir kesemua jenis perniagaan... Ianya juga memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza-beza dan telah disewakan kepada syarikat-syarikat pengurusan event.. Pasaraya juga telah banyak yang membeli WePrint Machine ini untuk melayan pengunjung-pengunjung mereka...

Kalau korang nak tahu, WePrint Machine ini sebenarnya boleh membawa keuntungan kepada peniaga... Dimana, peniaga boleh mengiklankan produk atau servis yang dijalankan di mesin WePrint ini yang mana iklan-iklan tersebut dapat dilihat oleh orang-orang awam yang menggunakan mesin ini.. Dimana untuknya?? Haaa untungnya bila,  pengguna mesin tersebut tertarik dengan produk atau servis yang diiklankan dan membelinya.. Itulah yang dikatakan membawa keuntungan.. hehe..

Pelbagai template boleh direka dan dijenamakan..

Bukan takan paparkan iklan aje ye, template pada gambar juga boleh direka dengan meletakkan jenama atau apa saje maklumat tentang perniagaan yang dijalankan.. Jadinya, orang ramai akan sentiasa ingat dengan jenama atau maklumat itu... Contoh seperti gambar yang aku tempek dekat atas tu.. 

WePrint Machine di pusat membeli belah utama

WePrint ni sebenarnya dah terlihat oleh rakyat Malaysia dibeberapa pusat membeli-belah utama atau dipameran-pameran yang diadakan.. WePrint juga telah semakin popular apabila ianya mencipta kesedaran beratus-ratus pameran bergerak dan pameran, mempunyai beribu-ribu pengikut di Wechat, mencetak beribu-ribu salinan gambar dalam pelbagai acara sejak dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015. Daripada event-event dan pengkalan data yang dikumpul, masin ini menunjukkan bahawa ia adalah sebagai alat peniagaan yang sangat berpotensi bagi mengaut keuntungan yang besar.

Cuba Sendiri Baru Tahu Kehebatan WePrint

Hasil pertama dari penggunaan WePrint!!


Holaaa!!  Aku dah cuba print melalui WePrint.. Sangat berpuashati dengan kualiti gambar WePrint.. Kertas tebal, licin dan cantik hasilnya.. Bukan gambar sahaja aku print tapi button badge jugak.. Boleh sangkut dekat kunci rumah.. hehe.. Template pown cantik.. Aku suka...!! Pendek kata WePrint memang hebat.. Cepat.. Pantas dan berkualiti..!!

Aku dah cuba, korang bila lagik?? Haaa kalau korang terniat nak gunakan perkhidmatan WePrint ni, meh dekat aku rapat-rapat.. Aku nak kasi CODE DISKAUN kat korang.. Boleh la korang print gambar kegemaran korang banyak-banyak.. hehe.. Nak tak?? Naahhh amekkk!!


Diskaun hanya sah sehingga 30 November 2016 sahaja ye.. So, cepat-cepatlah pilih gambar dan print di WePrint.. Segalanya pantas di WePrint..!!

Siapa Pembekal WePrint Machine ni??

Nak tahu tak siapa pembekal mesin cetak gambar segera yang ohsem lagik canggih ni?? Meh aku perkenalkan kat korang...

Pembekal bagi WePrint Machine ini adalah Liberty Printing.. Sedikit tentang Liberty Printing.. Liberty Printing adalah pembekal bahan dan mesin cetak heat transfer di Malaysia dan WePrint Machine telah diimport secara eksklusif, diurus dan diedarkan oleh Liberty Printing sejak 2015.

Jika korang ingin menjadi menggunakan perkhidmatan, mendapatkan WePrint Machince ataupun ingin menjadi pengedar, korang boleh hubungi pihak Liberty Printing seperti bmaklumat dibawah ni ye...

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)

Alamat :-
5, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre,
42100 Klang, Selangor.

No. Tel : 019-985 8151 (Elaine)

Waktu Operasi :-
Isnin - Sabtu
9.00 pagi - 6.00 petang


What can we print for you? We can print photo for you with free!


Read More

Yellow Smiles On Friday

Friday, September 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Yellow Smiles On Friday  |  Hari bz sedunia... Baru berkesempatan untuk jengok blog.... Masamnya muka korang tu...!! Senyum la sikit... hehe.. Yellow smilesss today..










Smile while you can...!!!


Read More

August Anniversary Giveaway!

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

August Anniversary Giveaway!  |  Selamat pagi buta..!! Korang tak tidoq lagik ka?? Kalau belom jom join Giveaway by Blogger Yana Libra ni... Hadiah menarik ohh!! Rugi tak join.. Syarat penyertaan pown semudah ABC.. hehe..

Jom join reramai support satu sama lain..!!


Tarikh Tamat
30 September 2016
Read More

Blogspot Bertukar Kepada DotCom

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Blogspot Bertukar Kepada DotCom  | www.LeaAzleeya.com... Alhamdulillah terlaksana jugak akhirnya nak pakai domain sendiri... Lama dah fikir nak tukar, baru kali ni jadi kenyataan.. Sampai naik pening member aku sorang tu asek kene request dengan aku nak pakai domain tapi selalu tak jadi.. Haha.. 

Asalanya banyak nama yang aku senaraikan.. Mulanya aku nak pakai sotskirt sebagai domain... Bila tanye pendapat beberapa orang kawan aku, semua cakap baik pakai nama sendirik.. Lagi pown sotskirt tu cam budak nakal katanye.. haha.. Tapi aku sayang sebenarnya dengan nama 'sotskirt' tu.. Dah lama guna kowt.. Ahakz.. Tak pe la, simpan dalam ati jerk la.. hiks..


Oke, aku beli domain ni melalui web www.syokhost.com.. Web ni kawan aku yang kenalkan pada aku.. Untuk permulaan, aku dikenakan cas RM 55 iaitu RM 45 bayaran untuk setahun dan RM10 bayaran untuk setting... Tahun-tahun seterusnya aku hanya perlu  bayar RM45 sahaja..

Kalau korang nak beli domain, aku suggest korang beli dekat SyokHost ni.. Harga murah dan berpatutan dan servis sangatlah cepat... Layanan pown terbaik dari ladang.. hehe..

Servis yang ditawarkan

Kalau ada yang berhasrat nak punya domain sendiri dan terniat nak beli domain tu boleh la singgah di web SyokHost ni ye.. 

Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila skodeng web seperti dibawah :-



Read More

Giveaway Redmoon Clothpad

Thursday, September 1, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Redmoon Clothpad  |  Jom join Giveaway by blogger Eyda ni... Hadiah menarik.. Syarat pown mudah... 

Tarikh Tamat
30 September 2016


Read More

Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Ogos 2016

8 comments

Assalamualaikum wbt..


Ranking Alexa Sotskirt.blogspot Ogos 2016  |  Holaaa... Kembali check rank di Alexa.com ... Cam biasa masuk jerk 01hb aku harus menge-check aku punye Rank Alexa.. hehe.. Jom tengok Rank Alexa aku duduk ditangga berapa riban.. Haha..!! Ada peningkatan atau penurunan... Jom check...


Rank untuk Bulan Ogos 2016 (Tarikh check 01 Sept 2016)


MEI 2016
Global Rank  :  2,150,284
Rank in Malaysia  :  11,492

JUN 2016
Global Rank  :  1,732,082
Rank in Malaysia  :  12,927

JULAI 2016
Global Rank  :  945,531
Rank in Malaysia  :  7,191

OGOS 2016
Global Rank  :  925,705
Rank in Malaysia  :  13,049

Hohoho jatuh menjunam ranking alexa blog aku... Ni mesti gara-gara sakan bercuti dan tak menghapdet blog dalam jangka masa yang agak lama.. Korang dah check ke blom?? Kalau belom, jom check dekat sini..--->  www.alexa.com


Read More

Keputusan Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Sept 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Keputusan Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Sept 2016  |  Selamat pagi korang... Okeh pagi ni aku nak umumkan keputusan bagi Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot bagi bulan September 2016.. 

Menandangkan hanya 15 orang peserta bagi segmen bloglist kali ni, aku buat keputusan untuk masukkan kesemua senarai peserta dalam bloglist aku.. So, ini bermakna semua peserta adalah pemenang... hehe.. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta yang sudi join segmen ini.. Korang memang ohsem..!!

Muaxxxx cikeboommm!!



Read More