Senarai Peserta Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016

Tuesday, July 19, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Senarai Peserta Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016  |  Alhamdulillah nampaknya segmen bloglist yang Lea anjurkan ni mendapat sambutan dari rakan-rakan blogger yang ohsem... Kat sini Lea listkan senarai peserta bagi Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016 bagi memudahkan kita blogwalking sama-sama ye.. Sudi-sudikan lah blogwalking mereka yek kawan-kawan.. 

19. Yuk

Segmen tamat pada 31 Julai 2016.. Lambat lagik nak tamat.. So, boleh la join bagi yang belom join.. Penyertaan korang sangatlah dialu-alukan... Kalau nak join boleh klik SINI ye..

Kalau ada yang tak tersenarai kasi tau balik ye.. Mane tau ada yang terlepas pandang.. :)



Read More

Your Google AdSense Account Has Been Fully Activated

11 comments
Assalamualaikum wbt..


Your Google AdSense Account Has Been Fully Activated | Yey..!! Google AdSense aku dah active... Setelah penantian sekian lama, akhirnya Google Ads aku dah diluluskan oleh encik google.. Semalam aku dapat emel activated ni.. Seronok bukan main..



Tapi kan.... haaa ada 'tapi' tu.. Hurmm bila bukak blog rasa lambat sikit loading.. Berat mungkin... Adehh... Blog korang cam blog aku jugak ke??

Apa-apa pown yang penting Happyyy!!! Haha..~!!


Read More

Beraya di Aspa Cottage Lagi

Monday, July 18, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Beraya di Aspa Cottage Lagi  | Second time beraya di rumah kakak di Aspa Cottage, Kuantan... Biasa la kalau kakak aku yang dok KL tu beraya di rumah mak mentua dia pastinya akan ada repeat untuk beraya ke rumah saudara mara dia Kuantan pula... Aku follow aje.. hehe..

Pepagi dah siap-siap untuk pergi beraya.. Kebetulan pulak pagi tu dapat panggilan untuk menjamu selera di rumah tuan kantin pusat ni.. Makan Lontong katanye.. Sebelum balik umah mak, aku pergi dulu mengisi perut dengan lontong yang hebat lagik sedap tu.. hehe.. Dah siap mengisi perut di pagi hari, terus berangkat ke rumah mak aku sebab kakak aku dah bertukar menjadi 'hijau' disebabkan aku lambat.. hahaha...

Sampai umah mak aku, encik somi lak sakit perut.. cehhh.. Potong betul la.. Ambil masa lagik tunggu dia pulak.. Dah settle semua urusan barulah kami bergerak ke rumah kakak aku di Aspa Cottage.. 


Sebenarnya banyak undangan rumah terbuka pada hari ahad yang lalu.. Cumanya aku pergi yang mana sempat aje.. Kat umah kakak aku ni, dihidangkan pulak dengan nasi minyak gulai ayam dan nasi impit serunding daging.. Fuhhh makan lagik aku... Sedap pulak tu gulai ayam tu... Makin gemok la jawabnyaa.. huhu.. Dah setel makan macam biasa kitorang berkeliaran dekat laman rumah dan kebun belakang rumah... 

Kitorang merembat buah mangga.. Buah kelapa.. Petai pown ada, tapinye pokok agak tinggi dan susah nak kait buahnye... So, dapat tengok jerk la.. Buah ciku masih muda.. Kecik agik.. Jom layan gambar yang tak berapa nak banyak aku amek buat santapan mata dan kenang-kenangan..

Aktiviti mengait buah kelapa..

Jauh nampak berdiri.. Ngumpat ekk.. Haha..

Budak kecik tu pown sama naik dengan orang besoo..

"Adik nak jugak buah kelapa", kata Qhaliff

Yey dapat dahhh.. Larikk...!!!

Haaa dapat tangkapp...!!

Kemain happy lagik si Qhaliff dapat jumpa tanah yang luas.. Merata dia jelajah.. hehe.. Bila dah berkumpul ramai-ramai camni rasa seronok sangat.. Bukan senang kitorang nk berkumpul.. Terutama satu keluarga.. Jom tengok pica Qhaliff bawak lari pelepah kepala lak.. huhu




Puas la mengejar dia.. Laju sangat dia larik nye... Pape pown kitorang sangat lah enjoy.. Kakak aku tak terlayan dah dak kecik ni...

Kemain susah nak ajak dak kecik ni bergambar sekarang



Susah betol la sekarang nak bergambar dengan si kecik ni.. Dia tak nak bergambar... Rimas kowt... Nak bebas... Hurmm.. Dah settle beraya di rumah kakak aku tu, aku pown bergerak ke rumah terbuka member-member opiz pulak.. Penuh jugak la perut aku asek makan aje kerjanya.. Berat badan pown dah naik 5 KG.. OMG...!! Pasni kena diet hokeh...!!

Gemoookkk!!!

Bergambar sebelum pulang.. Moga tahun depan masih berpeluang untuk kami sekeluarga berkumpul di hari raya.. Insyaallah... :)


Read More

Perodua Bezza 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Perodua Bezza 2016  |  Sana sini dok bercerita tentang kereta sedan keluaran Perodua ni.. Perodua Bezza.. Ada kata cantik.. Ada kata tak cantik.. Apa-apa pown atas minat masing-masing kan.. Perodua bezza ni dibuka untuk tempahan bermula 16 Julai 2016 dan akan dilancarkan pada 21 Julai 2016.. 

Perodua Bezza ini didatangkan dalam 5 varian iaitu :-

1.0L (M) - RM 37,300
1.0L (A) - RM 39,300
1.3L Premium X (M) - RM 42,800
1.3L Premium (A) - RM 44,800
1.3L Advance - RM 50,800






Kalau korang ada plan nak beli kereta boleh la pergi usha dekat perodua.. Harga dalam kategori mampu milik.. 



Sumber : BHARIAN


Read More

Misi Rendang Setelah Sekian Lama

4 comments
Assalamualaikum wbt....

Misi Rendang Setelah Sekian Lama | Wo0oooo tragis sungguh tajuk entry kali ni.. hehe.. Hi Ollss!! 2 hari dah tak berblog.. Hari ni aku kembali untuk men-throwback cerita hari minggu yang lepas... Jumaat minggu lepas, kakak aku yang dok KL tu request nak makan rendang daging ye bersama nasi impit.. huhii.. Dah lama aku tak memasak masakan yang agak kritikal seperti rendang tu.. Haha..!!

Tapi dah ada orang request jadi tak senang duduk pulak aku.. Kalau tolak rasa kesian.. Kalau terima takut tak menjadi pulak rendangnya.. Untuk tidak menghampakan perasaan seorang kakak yang banyak berjasa pada aku ni, makanya aku pown gagahkan diri jugak untuk membuat rendang untuk dia.. Siap doa bagai supaya rendang aku tu menjadik.. wohaa...!!

Sabtu, Pepagi buta bangun siap sedia untuk berperang di dapur aku yang bertema hitam putih tu.. Siap mention tu warna teman dapur.. Sila terpegun 5 minit dari jauh ye.. Hiks..!! Bahan-bahan untuk buat rendang dah siap-siap beli hari Jumaat tu.. Jadi, sabtu pagi tu mudah la untuk aku terus aje masak rendang sebab bahan semua dah ada.. hehe..

Lama jugak la proses untuk memasak rendang ni.. Mane tak nye, nak kasi lembut daging satu hal.. Nak kasi kering satu hal lagik.. Tapi tak pe, janji hasil lumayan.. hiks.. Jom tengok hasil rendang setelah sekian lama tak buat..

Rendang Daging Nina

Ini lah hasilnya.. Kakak aku sampai agak lewat jugak.. Dia sampai dalam pukul 6 petang.. Kebetulan member opiz call cakap nak datang beraya.. Wahh langkah kanan tu.. Kebetulan sungguh kan.. Alhamdulillah rezeki dia.. Tak de la beraya makan biskut kering aje.. Haha.. Menjamu la selera kami beramai-ramai.. Ahakz...


Situasi malam tu.. Hehe.. Maaf rumah aku masih kosong.. Sofa pown tak de agik.. Hiks.. 


Read More

Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod

Friday, July 15, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod  |  Korang tonton tak drama bersiri ni?? Drama Rumi & Jawi ni ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 04 Julai 2016 yang dibintangi oleh Remy Ishak sebagai hero dan Nur Fathia Latiff sebagai heroin.. 

Aku suka tengok drama ni sebabnya drama ni berunsur islamik.. Selain tu dah tentu-tentu sebab adanya Erra Fazira dalam drama ni.. Haha.. Cerita ni jadi lebih menarik pada aku bila ada pelakon Ungku Ismail Aziz.. Hiks.. Dia berlakon best.. Sempoi.. Kelakooo... Asek gelak aje bila dia start berdialog.. haha..!!

Okeh, kalau korang kat umah tak de Astro atau tak sempat nak tengok kat tv, meh aku kasi link untuk full episod drama ni.. Boleh la kita nonton sesama.. Klik link kat bawah ni ye untuk nonton...~



Layan gambar pelakon

Antara pelakon dalam Rumi & Jawi


Ini la Ungku Ismail Aziz


Selamat Menonton...!!


Read More