Amalan Yang Dipilih Oleh Si Mati Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?

Thursday, June 2, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Mati itu pasti dan akhirat itu realiti.. Kembali padaNya sesuatu yang hakiki cuma cara, bila dan bagaimana kita mati itu mungkin berbeza-beza... Ianya bukan pilihan kita sendiri.. Jodoh, ajal dan maut terletaknya ditangan tuhan... Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?? Dah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana nanti?? Cuba teliti dan tanye diri, sudahkah kita bersedia untuk itu...

Okeh, aku nak tanye korang.. Bukan korang jerk aku nak tanye... Malahan diri aku sendiri.. hehe.. Katakanlah kan kita dah mati... Kalaulah Allah swt beri kita peluang untuk kita hidup kembali dan boleh buat satu sahaja amalan... Apakah amalan yang korang akan buat??

Adakah solat??

Baca Al-Quran??

Selawat??

Sedekah??

Puasa??

Korang rasa ape yang akan korang buat?? Satu aje amalan yang diberi peluang..

Jom kita baca apa yang dikupaskan dalam Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti) tentang perkara ini..


Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk BERSEDEKAH Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.... Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.... Oleh itu, realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah....

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah....

Korang pernah baca tak tentang faedah BERSEDEKAH?? Banyak sebenarnya faedah bersedekah ni sebenarnya.. Apakah?? Meh kita baca sesama...

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung..

Fuhhh... Banyakkan kebaikan daripada amalan bersedekah... Aku ada seorang kawan yang rajin sangat bersedekah... Kadang-kadang aku sendiri rasa konfius dengan diri dia, walaupun dia dalam keadaan yang tiada duit pown dia tetap mahu bersedekah.. Aku memang tabik spring la dekat dia.. Mungkin sebab itu la kowt rezeki dia sentiasa cukup walaupun tak de la melimpah ruah... Dia juga suka tolong kawan-kawan dan orang sekeliling yang dalam kesusahan tanpa memikirkan kesusahan diri dia sendiri... Dia disenangi orang sekelilingnya.. Itulah sikap terpuji kawan opis aku yang sorang ni, Rahifah binti Abu Bakar.... Respect tahap gaban kat dia.. haha..!!

Dah tau kelebihan bersedekah kan.. Marilah kita sama-sama mula mengamalkannya.. Moga kita mendapat kebaikan daripadanya.. InsyaALLAH...


Read More

Assalamualaikum Cinta Episod 2

Wednesday, June 1, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Assalamualaikum Cinta | Ohh!! rupanya dah sampai episod 2 cerita ni.. Aku baru je terhegeh-hegeh nak tengok episod 1... hehe.. Aku linkkan sekali lagi kat sini untuk episod 2 ekk.. Leh nonton sesama.. huhu...




credit to :-

myflm4u

Read More

Assalamualaikum Cinta Episod 1

No comments

Assalamualaikum wbt..


Assalamualaikum Cinta | Korang tengok tak drama ni.. Best tak?? Aku baru nak follow drama ni... Almaklumlah.. Kat umah hanya ada Njoi aje.. Malas la pulak nak top up beli Ria.. Nasib baik boleh tengok online.. hehe... Drama ni ditayangkan di Astro Ria... Dari hari Isnin hingga lah hari Khamis.. Jam 10 malam... Drama ni menggantikan drama Dia Semanis Honey... Jom la korang tengok sesama.. Aku linkkan episod 1 disini.. Boleh kita tengok sesama.. Sinopsis drama ni boleh tengok kat SINI ye...




credit to :-

myflm4u

Read More

Sinopsis Drama Assalamualaikum Cinta

No comments

Assalamualaikum wbt..


Assalamualaikum Cinta | Sebuah lagi drama adaptasi dari sebuah novel dari hasil penulisan novelis Zura Asyfar... Drama ni menggantikan drama Dia Semanis Honey yang ditayangkan di Astro Ria.... Jomm tengok sinopsis drama ni..

JUDUL : ASSALAMUALAIKUM CINTA
Episod : 20 episod 
Tarikh/Masa : 2016
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Pengarah : Michael Ang
Terbitan : Dark Wave Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Emma Maembong, Ayda Jebat, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Rykal Safuan 
Kamal Adli sebagai Azrif Iqba
Emma Maembong sebagai Emma Harlini 
Ayda Jebat sebagai Nia Sakinah 


SINOPSIS ASSALAMUALAIKUM CINTA

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau… Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini

“Aku pelik… Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” – Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro… Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” – Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” – Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang… Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana… Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?




Read More

Pencarian #9 Bloglist By Ahmadhasif

6 comments


Assalamualaikum wbt,,

Klik banner untuk join ye..!!

Join segmen bloglist lagi.. haha.. 

Kenapa aku berminat untuk join segmen ini??? 

Wahh soklan dia... hehe.. Itu salah satu syarat yang ditetapkan oleh blogger Ahmad Hasif ye.. Kenapa yekkk aku berminat nak join segmen ni?? Sebenarnye aku memang tengah meroyan sekarang ni dok join segmen bloglist.. Sebab tu la aku nak join segmen ni... Satu lagik sebabnya adalah syarat-syarat yang ditetapkan tak de la panjang berjela.. Just nice aje.. hiks.. Itu menguatkan lagik untuk aku join segmen ni... 

Oh.. oh.. se agik punca aku nak join, sebab aku di jemput oleh tuan blog tersebut.. ekeke... Dah di jemput aku kene la join... ye dak?? Pulak tu aku ada masa terluang, so boleh la join.. Kalau membizi tak terjoin jugak aku.. haha.. 

Okeh.. Antara syarat yang lain kene tag 2 orang kawan... Kat sini aku nak tag 2 orang kawan aku sepertimana yang dikehendaki.... cewahh cam ayat dalam surat lak.. haha..!! 

Tag 1 -----> Fara ..... 
Tag 2 -----> Kak PC ....

Hadiah yang disediakan untuk para pemenang pown menarik jugak sebenarnya.. Bukan sekadar dapat jadi bloglist untuk blog beliau tapi ada lagik hadiah-hadiah lain yang disediakan.. Nak tau p la jengok blog beliau.. Sambil-sambil jengok tu boleh la join terussssss.. hehe..

Dah la membebel.. Rasa cam berjela lak membebelnya kali ni... Untuk terakhir kalinya (hoh.. ayat paling win) aku nak seru korang semua.....

o0o0ooo0ooii orang-orang kampunggggg.. Jom join segmen niiii... Haha..!!

Sekian dari saya, Lea Azleeya.....ehhh coppp!! Tarikh tamat segmen lupe nak kasi tau... 

Tarikh Tamat Segmen : 04 Jun 2016


Read More

Bloglist Jun-Ogos 2016 Blog Cinta Itu Indah

16 comments

Assalamualaikum wbt..

Lea join segmen pencarian bloglist lagi... Kali ni by blogger Syamimie..

Klik banner untuk join


Tarikh Tamat : 05 Jun 2016



Read More