7 Perkara Yang Boleh Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Friday, March 18, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Tergerak hati untuk buat entry berkenaan motivasi diri... Mungkin penangan daripada mesyuarat pagi tadi.. hehe.. Bila dah duduk dalam satu-satu jabatan atau organisasi, pastinya pelbagai ragam dan sikap manusia yang kita kene hadap ye tak?? Ada yang berdengki.. ada yang berdendam.. ada yang bajet gut.. Haha.. ada yang poyos.. semua lah dok ada.. tapi bukanlah kata semuanya yang buruk-buruk aje... ada jugak yang baik-baik.. Cumanya yang lebih menjadi tumpuan dan lebih kedepan untuk dijadikan cerita mulut-mulut manusia ni adalah yang buruk-buruk.. Pelik kan?? Tapi benarrrrr... Manusia lebih suka bercakap berkenaan keburukan berbanding kebaikan... Tulah yang nyata dalam masyarakat masa kini..

Okeh.. untuk slot motivasi kita pada petang ni, aku nak kasi kat hangpa berkenaan 7 perkara yang boleh membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi... Ahhh patutnya entry ni diwujudkan waktu pagi baru kena kan.. Tak pe la.. Esokkan masih ada.. Haha.. Insyaallah.. Moga dipanjangkan usia kita semua untuk berjumpa cahaya hari esok..

7 perkara OHSEM yang patut kita lakukan di waktu pagi

1.  Bersyukur
Perkara pertama yang patut dan sangat-sangatlah perlu kita lakukan di waktu pagi malah setiap saat dalam hidup kita adalah BERSYUKUR ye kengkawan. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang diberikan kepada kita.. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... Kita masih punya kesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan lebih baik dari hari sebelumnya. Jadi bersyukurlah..

2.  Tanam Semangat Motivasi
Bertekad dalam diri untuk sentiasa bersemangat dan bermotivasi.. Macam mana caranya?? Hah mudah aje.. Setiap pagi bolehlah latih diri untuk baca dalam seminit dua petikan atau artikel-artikel pendek berkenaan motivasi diri.. Jangan pula pepagi sampai-sampai aje pejabat terus buka newspaper ke.. email ke.. magazine ke.. bukak internet baca gosip-gosip hangat ke... tak pown berkumpul ramai-ramai buat sesi mengumpat... Sebabnya, semua tu akan melahirkan sesuatu yang negatif dalam diri dan menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari... cewahh...!!

3.  Luangkan Masa Untuk Majlis Ilmu @ Sesi Motivasi
Rajin-rajinlah mengikuti sesi-sesi motivasi atau majlis ilmu.. Tak kira la melalui TV ke.. Radio ke.. You Tube ke.. atau di Jabatan sendiri.. Luangkanlah masa dan tumpuan 5 - 7 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek tersebut. Motivasi juga perlu dijaga supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan kita dengan lebih berkeyakinan.

4.  Mulakan Dengan Bismillah
"Mulakan hari anda dengan Bismillah".. Pernah dengarkan ayat ni..!! So, untuk lebih bersemangat dan diberkati dalam bekerja, mulakan lah dengan bismillah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.. Contohnya, bila kita nak punch card masuk kerja tu bacalah bismillah dulu.. Semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang boleh membuatkan kita lalai.. mengantuk... lemah macam bateri nak habis saja.. Dengan cara ini juga, semoga kita diberikan keberkatan dalam bekerja olehNYA..

5.  Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Perkara ini perlu dititikberatkan.. Kadang-kadang bila kita ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari tersebut... Betul tak awak-awak sekalian?? Yang kita fikirkan semata-mata nak sampai tempat kerja... bekerja... cukup pukul 5 petang (bg yang bekerja waktu pejabat) balik rumah... rehat.. makan/minum... tidur... Zzzz...Keesokan harinya pun perkara sama berulang dan hari-hari seterusnya tanpa perubahan... Oleh sebab itu, kita perlu ubah sikap... set target kita.. apa yang perlu dicapai atau yang mahu kita capai.. Contohnya kita sebagai pekerja.... setkan berapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan... Barulah kerja kita teratur dan cemerlang... Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan..

6.  Warna Cerah dan Ceria Memberi Peranan
Lihatlah warna-warna cerah atau ceria kerana warna boleh mempengaruhi mood kita.. Warna cerah dan ceria boleh membuatkan kita jadi energatik.. ceria.. dan penuh dengan idea.. Warna cerah adalah seperti warna kuning.. merah.. biru.. hijau.. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah dan ceria kerana ia mampu merubah mood seseorang supaya menjadi lebih positif...

7.  Memaafkan Itu Indah
Penuhkanlah hati kita dengan sifat kemaafan kerana memaafkan itu sangat indah.. Memaafkan orang boleh membuatkan hati kita tenang... Buang jauh-jauh apa jua yang bersarang dalam hati... segala dendam... rasa tidak puas hati.. sakit hati.. geram.. benci dan yang seangkatan dengannya.. Berikanlah kemaafan kepada sesiapa jua seawal pagi... Supaya kita menjadi lebih positif ... Seandainya emosi-emosi negatif ini bersarang di hati kita, ianya boleh menghalang motivasi diri... Makanya anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dan berfikiran negatif dimana anda akan sentiasa melihat keburukan sahaja pada diri orang lain.. Oleh itu, bermaaf-maafanlah sesama kita ye...Macam hari raya la pulak ekk..!! hehe ... Kesimpulanya, perubahan perlu dalam diri supaya hidup lebih bermotivasi, positif dan cemerlang...

Sekian dulu motivasi dari saya.. cia.. cia.. cia..

Aku up entry ni untuk diri aku jugak sebenarnya.. Manusia ni kan tak perfect... Memang perlukan perubahan.. Tak nak berubah duduklah ditakuk lama.. Aku pown kurang motivasi diri nak habaq hang.. Sebab tu aku up entry ni.. Moga sama-sama kita berubah ye.. Cewahhh...!! Pape pown agama paling WIN.. Iman perlu tinggi baru hidup lebih OHSEM dan bermakna... !!

Nak up gambar ni jugak untuk aku dan korang..!!

Read More

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA

Wednesday, March 16, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Dengan lafaz Bismillah LA join segmen ni...

Qoute LA :-

"Hidup ini harus dijalani,
bukan buat spekulasi tentang apa yang bakal berlaku..
Nasib hidup seseorang tak mungkin sama"

"Ambillah dari dunia sesuatu yang boleh dijadikan bekal untuk akhirat nanti..
dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang boleh menghalangi kita di akhirat kelak.."

Tag (5 blogger)
** Fara
** PC
** Aida
** Shaz

P/S : psstt psstt.. Jom join segmen ni.. ;)
Read More

Ber-Western di Pekan

Tuesday, March 15, 2016

5 comments

Assalamualaikum wbt..

Ni cerita hujung minggu aku yang lepas... Kakak aku ada balik Kuantan hari sabtu baru ni.. Kalau dah dia balik mesti ada aje aktiviti yang akan dilakukan.. Paling busuk pown aktiviti kami bila dia balik ialah pergi jelajah butik Aidijuma... Tapi kali ni dia balik kami tak buat aktiviti tu sebabnya dia tak tidur rumah mak aku.. Dia tidur umah akak aku kat Pekan.. So, aktiviti kami kali ni berlaku disekitar Pekan, Pahang.. Haha..!!

Awal-awal lagi kakak aku cakap nak lepak pantai.. Jadi lokasi kami kali ni adalah Pantai Kuala Pahang, Pekan.. Lepak-lepak santai aje.. Tak bawak makanan pown.. semata-mata lepak sahaja hokek... Sebab ape kami tak bawak makanan.. hehe.. Kami simpan perut untuk makan western food dekat Bandar Pekan.. Jom aku belanja gambar sikit semasa kat pantai.. Ambil gambar pown sikit aje.. Bateri hp ala-ala hado0o0ooo ajeee...

hakak aku bersama my little hero + abg adam

Dah santai-santai kat tepi pantai siap berjemuran ala-ala minah saleh gitu.. Perut pown memainkan lagu-lagu irama malaysia... Masing-masing dah kelaparan... Terus gulung tikar.. siap-siap untuk menuju ke kedai makan lak... Plan memang nak makan western.. Ada orang nak belanja katanya.. Siapakah??? Haha.. tentu-tentu lah kakak aku... Sekali sekala balik kene belanja adik dia ni.. cia cia cia...

Tapikan aku tak amek lak gambar untuk lokasi kedai makan tu... Aku google aje la gambar,... Alhamdulillah ada upenye.. Jadinya aku amek gambar dari google aje la untuk lokasi luarannya... Hakhak..

Lokasi
Kedai No. 3 - Hot Plate & Western
Triple A Town Food Court
Anjung Warisan,
Jalan Sultan Abdullah,
26600 Pekan, Pahang

** Tingkat atas Nasi Kukus My Mama

Sumber : Google

Sumber : Google

Ni gambar sendiri yek!!

Kedainya No. 3 - Hot Plate & Western.. Dengar cerita western kat sini sedap.. Sampaikan orang jauh pown berulang datang makan kat kedai ni... Kalau lambat memang habis la dengar khabarnya... Memandangkan selera kitorang telah berjangkit antara satu sama lain, maka-nya kami order Chicken Chop aje la semata-mata... So, tak dapat lah nak review menu lain... Lain kali mungkin... Jom belanja gambar Chicken Chop lak...

Hah tu dia.. Sedap oh.. Ternyatalah sedap.. Ayam dia bapaknya besauuu.... Kenyang setaman... Haha.. Tak rugi makan sini.. dah la sedap.. besar lak tu ayam dia... harga amat berpatutan... Oleh kerana kami makan menu yang sama tak dapat la aku nak up gambar menu-menu lain.. Aku up senarai menu aje la yek kat sini...

Gambar pown suam-suam kuku aje..

Ni jelas skit..

Dah siap-siap makan.. Perut pown dah kenyang... Barulah kami beredar untuk pulang... Sebelum balik, kitorang lepak rumah kakak pekan aku dulu... Lepas maghrib baru bertolak pulang ke rumah masing-masing...

Read More

Tutorial | Centerkan Total Pageviews

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Terpanggil untuk buat tutorial untuk centerkan total pageviews.. Puas aku mencarik cara-cara untuk centerkan pageview ni.. Akhirnya aku jumpa jugak cara-cara dia.. Aku jumpa tutorial ni pown kat Blog Bakul2011 .. So, aku copy paste kat sini yek tutorialnya...

Jom ikut step ni....!!

1. Dashboard > Design > Edit html > Tick widget expand

2. Search code ini.

<b:if cond='data:title'>
<data:title/>
</b:if>

3.Pastekan code  di atas/sebelum code di atas

<b:if cond='data:title'>
<data:title/>
</b:if>

4. Search pula code ini.

<b:include name='quickedit'/>

5. Pastekan code ini  di bawah kode di atas.
<b:include name='quickedit'/>

Tak faham lihat sini :-

<b:if cond='data:title'>
<data:title/>
</b:if>

<b:if cond='data:showSparkline'>

</b:if>
<b:if cond='data:showGraphicalCounter'>

<b:else/>

</b:if>
<b:include name='quickedit'/>

6. Preview... kalau tak error bolehla savekan...

** Credit untuk admin Blog Bakul2011

Read More

Posto.. Posto.. SP Tempered Glass Dah Sampai..

1 comment

Assalamualaikum..

Ritu aku ada cerita pasal Lenovo Phab Plus aku kan.. Sekarang aku nak cerita pasal Screen Protector (SP) lak... Al kesahnya, Aku beli Phab Plus tu memang dah didatangkan sekali dengan SP.. Tapi yang plastik biasa ajo lah... Kengkononnye nak pasang sendiri dengan keyakinan yang paling tinggi boleh pasang tanpa cacat cela.. huh.. Pasang la sendiri dengan tangan dah cam kene parkinson menggeletarnya... Ceritanya bermula disini.... Time nak tarik yang plastik alas depan tu.. entah camne tak perasan tertarik sekali yang SP yang sepatutnya dah terlekat kat screen hp... Tarik dengan laju dan terus letak atas tilam...

Hah tengok hp.. wahh clearr... cantik.. pandai jugak aku pasang... pastukan.. tengok dengan lebih teliti dan mengamati dengan mata hati.. dan dengan mata yang lebih besarrr.. rupa-rupanya tak de SP pown yang melekat kat screen telefon tu.. Huwaaaaa.. aduhaii.. tengok atas tilam.. hah dah selamat melekat bulus bulus kain kat SP tohhh... nangis tepi tilam.. sob sob sob..

Inilah hasil yang sangat comel... SP dah berbulus itu tadi.. Pasang jugak sebabnya takut screen calar.. walaupown mata berbuluuuuu tengok gelembung-gelembung angin tersebut!! Dengan perasaan yang terkecewa, aku terus wasap Encik IsOne... Nak mintak tolong dia orderkan SP lain kat lazada.. Kirenya mengadu nasib la dengan dia.. Haha!!

Alang-alang dah nak order barukan, terus aje order yang jenis tempered glass.. Baru mengancam nanti HP aku.. Ahakzz.. So, dengan baik hati nya dia mengoderkannya untuk aku... Yang dasyatnya, kene tunggu lama juga nak dapat sebabnya SPTG tersebut datangnya dari China.. hoho..!!

Dah sekian lama menunggu.. wah cam lama berzaman jerk gayanya... sampai la aku punye SPTG tersebut dari China..

Ini la rupanya... Eksklusif betul.. Dalam kotak khas lagik tu... Bersemangat nak pasang.. Kali ni pasang dengan lebih berhati-hati dan dengan hati yang suci murni tak angkuh lagik.. Haha..

SPTG siap dipasang dengan bergayanya... Alhamdulillah... Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Encik IsOne sebab banyak bantu aku dalam membeli melalui lazada... TQ encik.. Lain kali tulun lagik.. cia.. cia.. cia..
Read More

Giveaway dan Sample Percuma by Irismyra

No comments

Assalamualaikum wbt...

Klik Banner Untuk Join

Nak join GA ni jugak sebab syarat-syaratnya mudah dan tak peningkan kepala.. hehe.. Nak mudah aje kejenya ye... Dengan lafaz Bismillah LA join yek..

GA ni berakhir pada 29 Mac 2016 Jam 12 Malam sempena besday blogger..

Selamat menjoin...!!

Read More