Menang Giveaway

Tuesday, November 3, 2015

3 comments

Assalamualaikum wbt..


Lepas sehari ke sehari aku nak menghapdet pasal ni... Tak jugak menjadik.. Al kisahnye aku tak punyai masa yang sangat terluang untuk menaip panjang leb0o0oo...

Dah berzaman sebenarnya aku join Giveaway sahabat aku ni.. :: Fara  :: Pemenang pown dah lama diumumkan... Hadiah pown dah lama aku dapat... Dah Habis pown.. Haha.. Hari ni baru nak hapdet pasal ni... Terok beben0o0o..

Pape p0wn thankz t0o Fara sebab anjurkan giveaway ni.. Ada lak rezeki aku diumumkan sebagai pemenang.. Syukur Alhamdulillah... Coffee ni memang best... Tetiap hari aku minum... Sesapa nak beli boleh la follow blog sahabat aku ni...

Mrs Fara  

Pelbagai produk kecantikan yang dijualnya dengan harga yang berpatutan.. Hah, promot agik tu.. Hikhik.. Pape p0wn aku doakan semoga sahabat aku ni sentiasa maju dalam hidup dan perniagaannye.. Berjaya di dunia dan juga akhirat serta diberi keberkatan dalam hidupnya. Amin.. :)



Read More

Giveaway CINTA by CN

5 comments

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini. 

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Read More

Red Label Pink Eiffel

Thursday, October 8, 2015

No comments

Assalamualaikum wbt..

Baru-baru ni pergi maybank untuk urusan keluar duit.. Tetiba mata aku ternampak seseorang memakai tudung yang menjadi idaman aku.. Huhu.. Syahdunyeeeeee ku melihatnyee..

Red Label - Pink Eiffel

Entah bila la aku dapat membelinye kan... Angan-angan je la.. Sebab harganye telah melambung sangat-sangat la tinggi sekarang ni.. Harga memang lah tak mampu untuk aku miliki.. 
Sob sob sob ( nangis bucu lemari ).....

Read More

Suka Tangguh Kerja

No comments

Assalamualaikum wbt..


Terasa lengang sikit hari ni.. Kerja telah banyak diselesaikan dengan sebaiknya.. Ada la sikit-sikit lagi kerja yang memerlukan pendapat Ketua Unit.. Ketua Unit pergi kursus so kena la tunggu beliau balik dulu.. Haha.. Sambil-sambil tu aku blogwalking blog kawan-kawan.. Tetiba terhenti lama aku di satu destinasi ni.. Aku terbaca entri berkenaan 'tangguh kerja' dekat blog Irfan Khairi .. Tertarik pulak dengan apa yang disampaikan oleh beliau.. So aku nak copy paste jugak la kat blog aku ni agar menjadi peringatan buat diri aku sendiri dan kawan-kawan jugak.. Jom kite z0omMmm..~!!


Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata“Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Begitulah hakikatnya keadaan yang sering berlaku. Menangguhkan kerja menjadi penghalang semangat dan motivasi untuk berubah. Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.
Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah– hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!
3 sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak sirius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat
buang masa
Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:
  • Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
  • Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
  • Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)
Mereka yang berjaya, dan mereka yang dalam keadaan “biasa-biasa” sahaja, semuanya mempunyai 24 jam sehari dalam hidup. Apa yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah penggunaan masa yang lebih efektif oleh orang yang berjaya.
Sememangnya melakukan sesuatu yang baru adalah sukar. Walaupun bagi mereka yang berjaya juga. Namun, orang yang berjaya tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, ianya terpaksa dilakukan juga tanpa melengah-lengahkan masa  supaya ianya tidak mencuri masa dan hidup mereka!

Klik sini untuk artikel asal


 Bila baca entri ni rasa macam terkene batang hidung sendiri.. Sebab kadang-kadang aku pown seperti yang disebut.. HAha.. Manusia selalu lalaikan..


Kene cuba ubah la pas ni... Jadi manusia yang lebih yakin dan ada tujuan dalam hidup.. cewahh.. 
( berapi-api azam tu.. jadi ke idokkkk tataw agik haha..) yang penting ada gak niat nak berubah tu.. huhu..



Sumber gambar  :  En. Google


Read More

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Wednesday, October 7, 2015

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com kali ini menawarkan hadiah 5 x Tudung Bawal Adijuma kepada pemenang yang bertuah.. Sesiapa yang menjadi pengikut dan peminat setia Tudung bawal dibawah label AIDIJUMA ni jangan ketinggalan untuk join GA ni yek.. Boleh tambahkan koleksi yang dah sedia ada tu.. Haha.. ( Cam aku gak leee... peminat TEGAR aidijuma.. )

Nak join??? Hah.. klik la banner bawah ni...


Tempoh GIVEAWAY

Mula : 01/10/2015
Tamat : 31.10.2015 ( 10 Malam )

Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
Hadiah : 5 x Tudung Bawal Aidijuma


Read More

Aidijuma oh Aidijuma

Wednesday, September 23, 2015

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Lama tak update blog... harini baru berkesempatan menaip-naip kat sini... Alang-alang ada masa terluang ni nak jugak la share minat baru aku kat sini.. Tengok tajuk pown mesti dah tau ape yang menjadi kegilaan baru aku kan.. hukhuk... 

Sejak terjebak dengan Aidijuma ni memang tido tak lena... Asal ada je design baru keluar pasti akan mengganggu gugat perasaan.. Hahahaha... Dah tahap meroyan dah ni... Tapi walaupown meroyan masih dalam kawalan lagik... 

Banyak jugak koleksi yang terkumpul... antara koleksi yang aku sayang...

PeaceLove



Songket Paris


Sekarang ni aku ngah hunting yang OS pulak.... Kalau dah terjebak dengan virus Aidijuma mesti wajib hunting OS... pelik... tapi benar... hakhak.. Biasa la kalau dah namanye OS harga agak mencekik leher laa.... Terpaksa la hunting lama-lama sikit supaya dapat harga yang berpatutan dan berkasih sayang... 

Antara koleksi OS yang dah menjadi koleksi peribadi aku...

Misai



MoodFace



Cat Safari



GL Paris



Alhamdulillah hunting OS ni dapat harga yang berpatutan... Fenomena Aidijuma makin menjadi-jadi sekarang.. Sampai tak boleh nak stop membeli... kikiki... Beberapa kali usaha untuk pencen tapi tak menjadi... Ada lagik beberapa OS yang masih belum dimiliki... Teruskan hunting la lepas ni jawabnya...

Masih hunting.... 
**selalu jumpa harga tak mampu milik...  Mahai dabak... sedeeehhh~!!

Love Grunge



Moga-moga nanti dapat la yang dicarik ni dengan harga kasih sayang cinta...

Korang ape lak menjadi kegilaan korang disaat ni...???

**Sumber gambar :: encik google
Read More

Giveaway sempoi by mrsfara

No comments

Assalamualaikum wbt..



Dengan lafaz Bismillah, Lea join giveaway sempoi sahabat Lea yang anggun lagik bergaya ni... dan juga sahabat yang Lea sayang... ;) 

** Farahanim **

_pinjam gambar ye fara_

Lea doakan fara sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dilimpahkan kebahagiaan yang kekal abadi hingga Jannah dan sentiasa berjaya dalam hidup..... :)


*********



Read More

Wajah Baru...

Monday, September 7, 2015

2 comments

Assalamualaikum wbt...



Kasi tukar lagi... Tukar dah lama tapi baru berkesempatan nak update.. Sempena Hari Raya Aidilfitri ritu, aku nak mendewasakan sedikit blog aku.. so, terus aku mintak khidmat nasihat rakan blogger aku
Fiza Si Hati Merah Jambu untuk tukarkan template blog aku... Aku suka sangat hasil kerja dia.. Sangat-sangat memuaskan hati.. hehehe.. ( tq ye fiza )

Blog dah baru tapi update masih berabuk... Memang masa sangat pantas sekarang.. Tak sempat nak mencelah untuk update blog.. banyak bende sebenarnya nak update.. cuma masa je tak mengizinkan.. So simpan aje la dulu semua tu...

Pape pown... Moga dengan template baru ni membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog... huhuhu...


Read More

Lama Ku Tinggalkan...

Wednesday, July 22, 2015

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Huii tajuk post sangatlah syahdu... Tapi cerita sebenooo nye tak de la sesyahdu mane pown.. Yang bebenooo nye, tajuk tu pasai aku dah lama tak menjenguk blog ni.. dah lama sangat dok tinggal blog ni.. Almaklumla tak berapa nak ada masa dah sekarang ni nak bersenang lenang mengadap blog.. huhuhu..

Rindu gak nak kat blog member-member yang dah lama tidak dilawati... Tengok la ada masa aku p la singgah beraya kat blog kawan-kawanku.. kikiki..

tahun 2009/1430h tu sila abaikan ye..!!

Dikesempatan ni jugak aku nak ucapkan selaMat haRi raYa buat semua kawan-kawan.. maaf ye andai ada salah silap dan terkasar bahasa ku ini.. cewahh..

Read More

Sampaikan Rinduku

Tuesday, April 7, 2015

2 comments




Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu
Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…

Read More

Dah Sampai Masa...

Wednesday, February 18, 2015

1 comment

Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Dah sampai masa... Apakah??? 

TV aku rosak wehhhh... Adoiii dah sampai masa dia setelah 10 tahun berkhidmat untuk aku... TV tu aku beli dengan gaji pertama aku semasa kerja swata dulu... Sangat-sangatlah berjasa pada aku.. Peneman aku dikala sunyi... Cewahhh... 

Yang tak bestnya dia rosak pada masa yang agak tidak sesuai... Rabak lagik la akaun bank aku kali ni.. hehehe... Tapi apa boleh buat... Kene jugak carik yang baru.. So, operasi mencari peneman baru bermula.. Hampir 2 hari aku dok survey kat kedai letrik sekitar bandar Kuantan... Biasalah bila nak beli bende-bende yang mahal ni kene buat servey terlebih dahulu.. Tak boleh nak hentam kromo aje.. Bukan singgit dua bossssss....~!!

Kebetulan ada lak kawan opiz nak beli tv jugak... So boleh la 'tugede-gede' beli kan.. hehehehe.. Moga-moga dapat murah lagik.. Aku pown tak berapa tahu sangat market harga tv di pasaran... Tak pernah amek peduli... Sebab tu la p redah banyak kedai dulu buat bandingan harga...  

Hajat dihati nak la beli TV LED 42 @ 40 henci Full HD... Bila dah sampai kedai tv, tetiba mata ni tengok kecik je tv 42 @ 40 henci tu... Sebabnya dikelilingi oleh tv yang saiz nye lebih besar gedabak... Hoh... Hati dah beralih arah wehhh... Terpikat ngan tv 48 henci la pulak... Hahaha.. parah-parah...

Kawan opiz yang sorang tu cakap, alang-alang nak beli baik beli yang puas ati terus... hoh... Tersangkut lak dengan kata-kata dia tu... fikir punya fikir, betul gak tu... Adehhhh kopak pulak duit gaji aku untuk buat tambahan peribadi kepada duit yang dah di-stenbai-kan itew... huwaaaaaaaaa...~!! makan megi je la bulan ni.. Gaji lambat agik.. tulunnnnn...~!! Tapi tak pe la.. bukan hari-hari beli tv... 10 tahun sekali... harap-harap camtu la.. harapnya 20 tahun la kali ni bertahan.. kekeke...

Mula-mula kitorang dok servey tv sony... pastu tetiba beralih arah kepada samsung pulak... Carik punya carik jumpa la kedai yang paling murah harga yang ditawarkan kepada kami.. TV Samsung LED 48 henci Full HD... 

sumber : pinjam gambar mudah.my..

Setelah berletih-letihan mencari, kami buat keputusan untuk beli aje kat kedai tu.. Sebabnya rasa agak murah harga yang ditawarkan berbanding kedai-kedai lain... Letih wooo0o0oo masuk kedai keluar kedai.. Dengan keadaan aku yang sekarang ni.. sangat-sangat la tak larat... hehehe

So, inilah hasil kami... Samsung LED 48 henci Full HD... 

Si peneman baruku... Luas pemandangan mata ini.. 

Alhamdulillah rezeki tuhan semua ni... Moga dilimpahkan lagi rezeki yang halal oleh-NYA.. 
Amin..




Read More

Ingat MATI..

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Sumber : google

Wah tajuk kali ni agak menakutkan.... Takut bagi kita yang belum cukup bekalan ke sana... :) Aku wujudkan entri cenggini bukan untuk menakutkan sesiapa.. cuma untuk peringatan pada diri sendiri dan juga kawan-kawan... yang MATI itu adalah PASTI.... Setiap yang hidup pasti akan mati... 

Sehebat mana pown kita di dunia ni, INGATLAH kita akan menghadapi kematian... Kawan-kawan, janganlah kita selalu ingat yang kita masih punya banyak masa, ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu tiada syarat sakit... Mati itu menjengah tanpa mengira waktu...



Hayati pesanan Tok Guru kita.... 


Allahuakbar...



sumber : google

Jumpa dialog ni kat google image... Sebagai panduan kita bersama... :)




Read More

Buatmu Seorang Lelaki Yang Dikagumi...

Friday, February 13, 2015

3 comments

Assalamualaikum wbt..



Buatmu seorang LELAKI... Seorang pejuang Islam...




Al-fatihah..
Read More

Perginya Seorang Murabbi...

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber : Google

Allahuakbar... 

Malam Jumaat 12 Februari 2015 Jam 9.40 malam.. Perginya seorang ulama hebat... seorang murabbi ummah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat... Ya Allah, betapa aku tak mempercayainya... Namun itulah kenyataannya... Hiba hati bukan kepalang... Tanpa sedar airmata mengalir... Betapa aku mengagumi beliau.. Seorang yang teguh memperjuangkan agama Islam.. Tak pernah berputus asa walaupun pelbagai rintangan ditempuhinya... Allah lebih menyayangi beliau..


Al-Fatihah
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih ALLAH SWT... 

Takziah buat keluarga al-marhum.. Semoga terus tenang dan tabah.. Allahuakbar...





Read More

Masih Aku Cinta..

Monday, January 19, 2015

2 comments

Assalamualaikum..

Wahhh lama betul tak buka blog ni... Banyak sangat sangat sangat perkembangan baru kawan-kawan... Haisss.. Masa sangatlah tak mengizinkan aku untuk membuka blog sekarang ni... 
.
.
Semalam mesti korang dok mengadap tv kan tengok AJL... Best jugak la AJL semalam.. Banyak kelainan yang ditonjolkan... Pape pown tahniah kepada pemenang terutamanya penyanyi kesayanganku... hehehe.. Dayang Nurfaizah... Dengan lagunya yang superb... Dipintu Syurga... 
.
.
Tapi pagi ni aku nak coretkan lagu lain kat sini... Lagu dendangan Shila Hamzah... Aku tak minat pown dia.. Cuma lagu ni je, lirik dia agak best jugak la.. Aku suka lirik dia... kikiki.. Jom hadappp...~!!
.
.

En. google kasi

.
.

Masih Aku Cinta
*******************

Biarpun kau tak lagi ada denganku
Takkan ku bisa melupakanmu
Caramu memanggil namaku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubariku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku kan selalu doakanmu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Tak pernah ada penggantimu
Yang mempertahankanku sepertimu
Satu dunia, menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenalmu cuma aku
Tidakku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakanku


Read More