Red Label Pink Eiffel

Thursday, October 8, 2015

No comments

Assalamualaikum wbt..

Baru-baru ni pergi maybank untuk urusan keluar duit.. Tetiba mata aku ternampak seseorang memakai tudung yang menjadi idaman aku.. Huhu.. Syahdunyeeeeee ku melihatnyee..

Red Label - Pink Eiffel

Entah bila la aku dapat membelinye kan... Angan-angan je la.. Sebab harganye telah melambung sangat-sangat la tinggi sekarang ni.. Harga memang lah tak mampu untuk aku miliki.. 
Sob sob sob ( nangis bucu lemari ).....

Read More

Suka Tangguh Kerja

No comments

Assalamualaikum wbt..


Terasa lengang sikit hari ni.. Kerja telah banyak diselesaikan dengan sebaiknya.. Ada la sikit-sikit lagi kerja yang memerlukan pendapat Ketua Unit.. Ketua Unit pergi kursus so kena la tunggu beliau balik dulu.. Haha.. Sambil-sambil tu aku blogwalking blog kawan-kawan.. Tetiba terhenti lama aku di satu destinasi ni.. Aku terbaca entri berkenaan 'tangguh kerja' dekat blog Irfan Khairi .. Tertarik pulak dengan apa yang disampaikan oleh beliau.. So aku nak copy paste jugak la kat blog aku ni agar menjadi peringatan buat diri aku sendiri dan kawan-kawan jugak.. Jom kite z0omMmm..~!!


Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata“Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Begitulah hakikatnya keadaan yang sering berlaku. Menangguhkan kerja menjadi penghalang semangat dan motivasi untuk berubah. Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.
Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah– hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!
3 sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak sirius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat
buang masa
Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:
  • Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
  • Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
  • Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)
Mereka yang berjaya, dan mereka yang dalam keadaan “biasa-biasa” sahaja, semuanya mempunyai 24 jam sehari dalam hidup. Apa yang membezakan kedua-dua golongan ini adalah penggunaan masa yang lebih efektif oleh orang yang berjaya.
Sememangnya melakukan sesuatu yang baru adalah sukar. Walaupun bagi mereka yang berjaya juga. Namun, orang yang berjaya tahu bahawa untuk mencapai kejayaan, ianya terpaksa dilakukan juga tanpa melengah-lengahkan masa  supaya ianya tidak mencuri masa dan hidup mereka!

Klik sini untuk artikel asal


 Bila baca entri ni rasa macam terkene batang hidung sendiri.. Sebab kadang-kadang aku pown seperti yang disebut.. HAha.. Manusia selalu lalaikan..


Kene cuba ubah la pas ni... Jadi manusia yang lebih yakin dan ada tujuan dalam hidup.. cewahh.. 
( berapi-api azam tu.. jadi ke idokkkk tataw agik haha..) yang penting ada gak niat nak berubah tu.. huhu..



Sumber gambar  :  En. Google


Read More

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com

Wednesday, October 7, 2015

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com kali ini menawarkan hadiah 5 x Tudung Bawal Adijuma kepada pemenang yang bertuah.. Sesiapa yang menjadi pengikut dan peminat setia Tudung bawal dibawah label AIDIJUMA ni jangan ketinggalan untuk join GA ni yek.. Boleh tambahkan koleksi yang dah sedia ada tu.. Haha.. ( Cam aku gak leee... peminat TEGAR aidijuma.. )

Nak join??? Hah.. klik la banner bawah ni...


Tempoh GIVEAWAY

Mula : 01/10/2015
Tamat : 31.10.2015 ( 10 Malam )

Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org.
Hadiah : 5 x Tudung Bawal Aidijuma


Read More

Aidijuma oh Aidijuma

Wednesday, September 23, 2015

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Lama tak update blog... harini baru berkesempatan menaip-naip kat sini... Alang-alang ada masa terluang ni nak jugak la share minat baru aku kat sini.. Tengok tajuk pown mesti dah tau ape yang menjadi kegilaan baru aku kan.. hukhuk... 

Sejak terjebak dengan Aidijuma ni memang tido tak lena... Asal ada je design baru keluar pasti akan mengganggu gugat perasaan.. Hahahaha... Dah tahap meroyan dah ni... Tapi walaupown meroyan masih dalam kawalan lagik... 

Banyak jugak koleksi yang terkumpul... antara koleksi yang aku sayang...

PeaceLove



Songket Paris


Sekarang ni aku ngah hunting yang OS pulak.... Kalau dah terjebak dengan virus Aidijuma mesti wajib hunting OS... pelik... tapi benar... hakhak.. Biasa la kalau dah namanye OS harga agak mencekik leher laa.... Terpaksa la hunting lama-lama sikit supaya dapat harga yang berpatutan dan berkasih sayang... 

Antara koleksi OS yang dah menjadi koleksi peribadi aku...

Misai



MoodFace



Cat Safari



GL Paris



Alhamdulillah hunting OS ni dapat harga yang berpatutan... Fenomena Aidijuma makin menjadi-jadi sekarang.. Sampai tak boleh nak stop membeli... kikiki... Beberapa kali usaha untuk pencen tapi tak menjadi... Ada lagik beberapa OS yang masih belum dimiliki... Teruskan hunting la lepas ni jawabnya...

Masih hunting.... 
**selalu jumpa harga tak mampu milik...  Mahai dabak... sedeeehhh~!!

Love Grunge



Moga-moga nanti dapat la yang dicarik ni dengan harga kasih sayang cinta...

Korang ape lak menjadi kegilaan korang disaat ni...???

**Sumber gambar :: encik google
Read More

Giveaway sempoi by mrsfara

No comments

Assalamualaikum wbt..



Dengan lafaz Bismillah, Lea join giveaway sempoi sahabat Lea yang anggun lagik bergaya ni... dan juga sahabat yang Lea sayang... ;) 

** Farahanim **

_pinjam gambar ye fara_

Lea doakan fara sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dilimpahkan kebahagiaan yang kekal abadi hingga Jannah dan sentiasa berjaya dalam hidup..... :)


*********



Read More

Wajah Baru...

Monday, September 7, 2015

2 comments

Assalamualaikum wbt...



Kasi tukar lagi... Tukar dah lama tapi baru berkesempatan nak update.. Sempena Hari Raya Aidilfitri ritu, aku nak mendewasakan sedikit blog aku.. so, terus aku mintak khidmat nasihat rakan blogger aku
Fiza Si Hati Merah Jambu untuk tukarkan template blog aku... Aku suka sangat hasil kerja dia.. Sangat-sangat memuaskan hati.. hehehe.. ( tq ye fiza )

Blog dah baru tapi update masih berabuk... Memang masa sangat pantas sekarang.. Tak sempat nak mencelah untuk update blog.. banyak bende sebenarnya nak update.. cuma masa je tak mengizinkan.. So simpan aje la dulu semua tu...

Pape pown... Moga dengan template baru ni membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblog... huhuhu...


Read More