Paku Yang Lekat di Hati...

Tuesday, August 5, 2014

1 comment

Assalamualaikum wbt...

Hubungan Sesama Makhluk. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri dan inilah syarat utama untuk berjaya dalam hidup. Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri.

Renung-renungkan..


"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat-cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti."

Tanpa membantah anak itu setuju.

"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu." 

Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf dari mereka."

"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu....?"

"Maksud ibu..?"

"Cuba kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu." Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku....."

Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti? 




Jangan menilai sesuatu yang berlaku secara luaran. 
Cuba analisis maksud yang tersirat. Lapangkan hati, bukakan minda. 
Terimalah nasihat dengan terbuka.


Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Bantu Palestin..??

No comments

Assalamualaikum wbt..


Sama-samalah kita... 


Pray for GAZA
Pray for Palestin

Save GAZA
Save Palestin

Peace & Love
Read More

Isteri Saya Hilang..!!

Monday, August 4, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber ::  Google


Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!

Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.





Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More

Beduk Diketuk

Thursday, July 31, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt.


Yehhh Yehhh... Abeh dah baca buku ni.. Yang aku dok gebang-gebang semalam tu, buku ni la yang aku baca... Terbahekkkkkkkk sangat... Banyak bagi pengajaran pada aku.. Cuma lagik tinggal mahu mengamalkannya dan istiqamah... Insya ALLAH... 

Mula-mula dulu aku dok tengok kawan aku je baca buku penulisan Pahrol Mohd Juoi ni.. Aku tak berminat sebab penulisan dia agak berat dan sarat... Maybe aku baca sambil lalu aje kowt... Tak baca menyeluruh.. Entah camne terdetik ati aku nak beli buku ni, masa aku melilau-lilau dalam Kedai Buku 1Malaysia haritu.. Mungkin aku tertarik dengan cover buku ni yang seperti komik... Isi dalam pown terdapat gambar kartun-kartun.. Mungkin sebab tu aku jadi tertarik untuk beli buku ni... Aku fikir tak la bosan baca bila disulami dengan kartun-kartun kan.. Ahakz..

Ternyatalah dengan idea penulis untuk menggunakan grafik kartun ni membuatkan aku tak bosan membaca penulisan dia yang ternyata juga memberi kesan yang mendalam pada aku.. Rupa-rupanya penulisan penulis ni sangat-sangat lah bagus... Patutlah kawan aku suka sangat baca buku penulisan beliau... Setelah baca buku ni, baru aku rasa nak memiliki semua buku penulisan beliau... Cara penyampaian beliau sangat lah praktikal... Simple tapi berkesan... Dengan dialog sahaja, dah cukup memberi penerangan yang mantap lagi berkesan..

Insya ALLAH, akan datang aku nak beli buku lain pulak hasil penulisan beliau... Yang nyatanya, ada sebuah lagi buku beliau yang aku belum baca.. Juga bercover kartun. Hahaha... 'Angguk Geleng'.. Nanti aku dah baca aku update ye....~!! 


Gambar : kredit chepahilahussein


Read More

Lagu Raya Feberet Lea Azleeya

Wednesday, July 30, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Hah amek ko... 3 entri sekali dalam masa terdekat... hohoho... Nak jugak la kongsi lagu raya yang paling paling paling paling menjadi feberet aku untuk setiap tahun... Tengok 'paling' tu sudah la.. Dah menggambarkan betapa sukanye lagu-lagu  ni.. Ahakz.. 

Lagu Pertama


Raya Yang Sempurna
* Awie *


Lagu Kedua


Halaman Asmara
* Awie + Ziana Zain *


Lagu Ketiga


Salam Aidilfitri
* Jamal Abdillah *


Tu dia.. 3 lagu ye... Mesti nak dengar kalau time-time raya.... Kalau tak raya pown lagu-lagu ni masih valid untuk telinga Lea Azleeya ye.. Hehehe..

Sekian..


Read More

Hardware & Software Solat

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!

Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?


HARDWARE & SOFTWARE SOLAT

"Bagaimana nak perbaiki solat?"

"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."

"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."

"Softwarenya?"

"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."

"Cari ilmu yang bagaimana?"

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.

Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'

"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."

"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."

"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"

"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"

Saya mengangguk lagi...

********************************

Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...

Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe... 

Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.







Read More

Bulan Kemaafan....

No comments

Assalamualaikum wbt..



Pasti ramai lagi yang bercuti time-time camni kan... LA dah mula kerja hari ni... Lapang je rasa opiz sebab tak berpenghuni.. Hak Hak.. Ape-ape pown LA nak ucapkan ..............

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin

kepada

Semua yang mengenali LA..
(wah cam artis dah rasanya ucapan sebegini rupe.. huhuhu)

p/s : Mohon maaf ye kengkawan andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan persahabatan kite selama ni... sob sob sob...

Raya tahun ni bagi LA adalah raya suam-suam kuku... Tak rasa raya sangat pown sebab dah beso panjang kan.. Kalau masih kecik-kecik agik mesti raya bahang raya tu... Cuma raya kali ni berlainan sikit sebab hari raya pertama dan kedua diisi dengan ziarah menziarahi.. Kira full la aktiviti untuk raya tahun ni.. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan adil seadilnya.. hohoho~!!

Oleh kerana mood raya yang suam-suma kuku kambing tu so semua bersederhana sahaja.. Tahun ni pown LA tak buat kueh raya langsung hokek... Punye la malas dan mood raya entah kemana menghilang... So semua 'kuih tunjuk' aje untuk tahun ini.. Ahakz...

Nak belanja gambar raya pown tak ada.. Tak bergambar pown... Dasyat kan punye mood tahun ni.. Hahaha... Sampai gambar pown tak amek... Tahun depan pulak kite tengok moodnye camne.. huhuhu...


Read More