Hardware & Software Solat

Wednesday, July 30, 2014

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!

Tengok tajuk entri kali ni  mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?


HARDWARE & SOFTWARE SOLAT

"Bagaimana nak perbaiki solat?"

"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."

"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.

"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."

"Softwarenya?"

"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."

"Cari ilmu yang bagaimana?"

Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.

Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'

"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."

"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"

"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."

"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"

"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."

"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"

Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.

Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"

Saya mengangguk lagi...

********************************

Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...

Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe... 

Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.







Read More

Bulan Kemaafan....

No comments

Assalamualaikum wbt..



Pasti ramai lagi yang bercuti time-time camni kan... LA dah mula kerja hari ni... Lapang je rasa opiz sebab tak berpenghuni.. Hak Hak.. Ape-ape pown LA nak ucapkan ..............

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin

kepada

Semua yang mengenali LA..
(wah cam artis dah rasanya ucapan sebegini rupe.. huhuhu)

p/s : Mohon maaf ye kengkawan andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang perkenalan dan persahabatan kite selama ni... sob sob sob...

Raya tahun ni bagi LA adalah raya suam-suam kuku... Tak rasa raya sangat pown sebab dah beso panjang kan.. Kalau masih kecik-kecik agik mesti raya bahang raya tu... Cuma raya kali ni berlainan sikit sebab hari raya pertama dan kedua diisi dengan ziarah menziarahi.. Kira full la aktiviti untuk raya tahun ni.. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan adil seadilnya.. hohoho~!!

Oleh kerana mood raya yang suam-suma kuku kambing tu so semua bersederhana sahaja.. Tahun ni pown LA tak buat kueh raya langsung hokek... Punye la malas dan mood raya entah kemana menghilang... So semua 'kuih tunjuk' aje untuk tahun ini.. Ahakz...

Nak belanja gambar raya pown tak ada.. Tak bergambar pown... Dasyat kan punye mood tahun ni.. Hahaha... Sampai gambar pown tak amek... Tahun depan pulak kite tengok moodnye camne.. huhuhu...


Read More

Munajat Keampunan - Zikir Taubat Nasuha

Monday, June 23, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni LA nk kongsi satu video zikir.... Selalunya LA akan dengar zikir ni time otw nak pergi kerja.. Sayu je rasa hati... Memberi keinsafan bila menghayati zikir ni... Subhanallah.. Indah sungguh zikir ni.. Selalu lah kita mengalunkan zikir yang indah ini dan juga menghayatinya.. Terasa tenang.. damai sangat....





Read More

Kanta Kesedaran

Tuesday, June 17, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt..


Setelah bertungkus lumus menyiapkan segala bagai untuk majlis malam mesra silaturahim 2014 sabtu nanti, sempat lah jugak aku menyelit untuk menaip kat sini.. Bukan menjadi 'ular' tau.. tapi cuma sekadar berehat sebentar bersama blog Lea Azleeya.. Ahakkzz..~!! Sambil-sambil menaip, kembang kuncup hidung aku ni bau buah kuini.. Satu opiz berbau.. 

Okeh jangan nak melalut panjang-panjang sangat... Sebenarnya aku nak kasi tau kat hangpa semua yang aku baru je habis baca buku Prof. Dr. Muhaya Hj. Mohamad...


Best tau buku ni.. Banyak pengajaran yang kite boleh dapat dalam buku ni... Aku nak kongsi sikit secebis coretan yang ada lam buku ni.. huh.. "secebis coretan" tu kowt.. Ayat melampaui batas kan.. hahaha.. Ada salah satu perenggan tu banyak memberi kesan pada diri aku.. Baca saje peranggan tersebut, seolah-olah aku tersedar akan diri aku yang serba kekurangan ni.. Jom tengok ape ayat itu...

"Untuk lebih membina keyakinan diri, apabila kita hendakkan satu-satu jodoh, kita tulis ciri-ciri jodoh yang kita hajati. Antaranya, sebagai wanita yang baik, kita mengharapkan seorang lelaki yang beriman, hidup sihat, tidak merokok, lelaki penyayang, lemah lembut, dan lelaki yang baik dengan keluarga kita. Namun begitu, selagi kita sendiri tidak ada ciri-ciri seperti lelaki yang kita idamkan itu, pada pengalaman dan pandangan saya, kita tidak akan mendapat orang seperti yang kita idamkan itu. Sebabnya, kita akan menarik orang yang sama auranya dengan kita. Kalau kita seorang wanita yang gedik-gedik dan seorang yang tidak menutup aurat, agak-agak lelaki soleh mahu atau tidak dengan kita?"

Begitulah kata-kata Prof Dr Muhaya dalam bukunya.. Bila baca perenggan ni, aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi... Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan bertakwa kepadaNya. Sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan sentiasa bertakwa kepadaNya, pastinya ALLAH akan menyayangi kita dan membantu kita menyampaikan segala hajat kita.

Binalah keyakinan yang kukuh kepada ALLAH agar keyakinan diri kita lebih kukuh. Bagi menghilangkan rasa waspada terhadap apa-apa tindakan kita, berdoa dan bermohonlah kepada ALLAH. Buatlah solat Istikharah dan solat Hajat bagi memohon petunjuk ALLAH, agar pilihan dan keputusan yang kita buat itu betul dan dapat menghilangkan rasa was-was serta akan terbinalah keyakinan diri. InsyaALLAH, dengan ketakwaan kita kepadaNya, ALLAH akan melindungi kita daripada sebarang musibah..

Wallahu'alam

Read More

Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'

Monday, June 16, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama tak menaip kat sini.. Rindu sangat rasanye nak mencoretkan sesuatu... Tapi tak berapa nak coret gak ni.. Sekadar nak berkongsi video ceramah Ustaz Azhar Idrus ni.. Jom la dengar sama-sama.. 


Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus




Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card' 
Ustaz Azhar Idrus


Read More

Sedih ~ Tak Tenang ~

Thursday, May 29, 2014

1 comment

Assalamualaikum w.b.t.

sumber : google

"Aku tak tenang la hari ni"...

"Sedihnya hati"...

Hehehe... macam-macam keluhan kite dengar bila hati tak tenang, bila timbul rasa sedih, bila gelisah bertandang dan ketika hati sedang berduka oleh sebab-sebab yang boleh menyebabkan keadaan itu terjadi.. (faham tak) hahaha.. Setiap manusia di dunia  ni pasti akan merasai perasaan yang sebegitu.. Apatah lagi ketika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.. Tapi percaya lah.. semua tu mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..

Bila terasa tak tenang, rasa sedih, gelisah dan berduka, ape biasa korang buat? Mesti ada yang mengisi masa lapang supaya dapat melupakan semua tu kan.. MeBZkan diri seharian.. Tak kurang jugak yang menangis semahunya kan.. Percayalah, penawar yang paling mujarab ketika kite berada dalam keadaan seperti itu adalah BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.. Itu lah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang gundah gulana, tidak tenteram, sedih, gelisah dan berduka.. 

sumber : google


Ini lah ayat yang selalu aku amalkan ketika aku berada dalam keadaan tidak tenang dan sedih.. Sentiasalah berzikir kepadaNYA.. Kite pasti mendapat ketenangan..

sumber : google

Okeh.. Jam dah menghampiri pukul 5... Takat ni aje la boleh aku bebelkan untuk hari ni.. hehehe.. MOga-moga kita sama-sama mengamalkannya ye... Sucikan hati dengan solat taubat.. Sebagai renungan bersama, aku hadiahkan gambar hati ni untuk semua dan diri aku sendiri..

ehsan google



Read More