tip
Showing posts with label tip. Show all posts

Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul

Thursday, November 24, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul  |  Kebanyakan orang bila balik dari klinik atau hospital dan dibekalkan dengan ubat, mesti simpan dalam peti ais kan.. Samalah dengan aku... Peti ais la tempat aku simpan segala macam ubat.. Bebaru ni, aku terbaca satu artikel tentang cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul ni.. Barulah aku tahu cara yang sebenar simpan ubat ni.. Bila dah tahu, terpanggil pulak nak kongsikan dengan korang semua..

Bukan saja cara pengambilan ubat aje yang kena betul, tetapi cara simpan ubat pown kena betul tau supaya kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat tu terjamin..


PANDUAN PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL

1. Tempat Khas

Simpan ubat di tempat yang selamat dan yang dikhaskan adalah penting supaya memudahkan pencarian ubat yang diinginkan jika berlaku sebarang kecemasan.. Selain itu juga, ia memudahkan kita mengingati tempat ubat yang disimpan disamping itu dapat mendisiplinkan diri untuk mengambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan..

2.  Asing Mengikut Jenis

Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis yang berbeza seperti ubat makan (tablet dan sirap) dan ubat kegunaan luar (krim, salap dan ubat titis) supaya dapat mengurangkan kekeliruan .. Mencampur adukkan ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat..

3.  Mengikut Suhu Yang Disarankan

Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk label bungkusan ubat) dapat mengelakkan kerosakan ubat tersebut kerana terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu.. Jika ubat berkenaan rosak disebabkan kesilapan cara penyimpanan, maka kualiti ubat juga akan terganggu dan keberkesanan ubat tidak terjamin serta berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan yang tak diingini..

4.  Simpan Dalam Bekas Asal Yang Berlabel

Simpan ubat dalam bekas asal dan jangan sesekali tanggalkan label ubat yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput..

5.  Jauh Dari Kanak-Kanak

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..


PERKARA YANG PELU DIELAKKAN DALAM PENYIMPANAN UBAT


  • Jangan simpan ubat di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  • Jangan simpan ubat berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  • Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk atau di dalam bilik air..
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (rujuk label bungkusan ubat)
  • Jangan simpan ubat yang sudah tamat tarikh luput, rosak dan hilang labelnya.


sumber : Portal Rasmi MyHealth KKM


Read More

Tip Memilih Topi Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Saturday, November 19, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Tip Memilih Topi Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah  |  Haaahh!! Kali ni nak cerita bab topi lak.. Mesti korang suka pakai topi kan bile p jenjalan.. Yelah, topikan pelengkap gaya selain melindungi wajah daripada terik matahari.. Kalau yang memang penggemar kepada pemakaian topi, seharusnya mempunyai koleksi topi yang pelbagai.. Almaklumlah dekat pasaran sekarang ni, macam-macam bentuk topi yang dijual.. Pilih aje mana berkenan dihati..

Tapi harus diingat bukan semua topi sesuai dengan bentuk wajah kita... Kita harus pandai memilih supaya kita tidak menjadi mangsa fesyen.. Untuk itu, kat sini aku nak kongsikan dengan korang tip memilih topi yang sesuai mengikut bentuk wajah..





WAJAH OVAL

Bagi korang yang mempunyai bentuk wajah OVAL, korang tak perlu risau kerana korang sesuai memakai apa jua jenis topi sekalipun.. Malah, bentuk muka OVAL ini boleh kelihatan lebar dan panjang mengikut jenis topi yang dipakai.. Untungkan.. 


WAJAH BULAT

Bentuk muka bulat pula sesuai memakai topi yang agak lebar di bahagian tepinya kerana ini akan menjadikan muka korang kelihatan lebih panjang..

Korang yang berwajah bulat cuba elakkan daripada memakai topi jenis 'snow cap' kerana ianya akan menjadikan wajah korang bertambahlah bulatnya..


WAJAH SEGI EMPAT

Wajah jenis ini boleh memilih dan menggunakan topi dengan boaster atau bulat kerana bentuk wajah segi empat mempunyai rahang yang kuat.. Tapi paling sesuai untuk korang yang berwajah segi empat ialah topi baseball.. Dengan memakai topi baseball ni, korang akan kelihatan lebih aktif dan dinamik.. Wohaa!!


WAJAH BENTUK HATI

Untuk korang yang berwajah bentuk hati pula, korang perlu hindari topi yang jenis lebar dibahagian tepinya supaya muka korang tidak kelihatan lebih lebar.. Pilihlah topi yang berukuran biasa atau yang sedang-sedang saja...


Semoga dengan tip ni, korang dapat memilih topi yang sesuai dengan bentuk wajah korang lepas ni..


sumber :-
Harian Metro
Jumaat | 18.11.2016
Slot : Gen Y
Penulis : Redzuan Muharam

Read More

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah

Saturday, November 12, 2016

11 comments
Assalamualaikum wbt..


9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah  |  Seram pulak tengok gambar dekat atas ni.. Sakit.. pedih.. ngeri.. Hadoiiii.. Seksa wooo kalau bibir pecah dan kering... Sebelum terjadi, baik kita cegah.. Huhu... Macam mana nak cegah... Jom ikut petua ni.. 

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering


GULA + MADU

Campurkan 2 sudu gula dan satu sudu madu.. Letakkan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit.. Lepas tu, gosok bibir perlahan-lahan dengan menggunakan jari bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir... Kemudian bersihkan dengan air suam..




MADU

Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.. Selain itu, boleh juga mencampurkan madu dan glycerin, kemudian letakkan pada bibir sebelum tidur.. Madu adalah pelembap semulajadi yang mempunyai antibakteria dan membantu untuk merawat bibir kering dengan pantas.. 




KELOPAK ROS + SUSU

Basuh segenggam kelopak ros menggunakan air... Rendam dalam susu selama beberapa jam.. Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.. Sapukan ia pada bibir kering sebanyak 2 atau 3 kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.. Kelopak bunga ros ini dipecayai boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir serta warnanya...




MINYAK KELAPA

Letakkan minyak kelapa pada bibir beberapa kali sehari.. Boleh juga mengunakan minyak zaiton atau minyak biji sawi.. Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi membantu merawat bibir kering yang disebabkan oleh cuaca sejuk mahupown panas..




KRIM SUSU

Sapukan krim susu segar pada bibir dan biarkan selama sepuluh minit.. Kemudian bersihkan bibir dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam air suam.. Amalkan rawatan ini setiap hari agar bibir pulih dengan pantas.. Krim susu yang kaya dengan lemak adalah pelembap bibir semulajadi yang terbaik..




LENDIR LIDAH BUAYA

Letakkan sedikit lendir lidah buaya pada bibir setiap hari... Ianya dapat membantu melegakan kesakitan dan melegakan kesakitan.. Mungkin lidah buaya mempunyai rasa dan bau yang kurang menyenangkan, tetapi ianya banyak kebaikannya.. Kebaikan lidah buaya dalam rawatan bibir kering ini sememangnua telah diketahui keberkesanannya..




TIMUN

Sapu timun yang dihiris halus pada bibir agar jusnya terkena pada setiap bahagian.. Biarkan selama 15-20 minit.. Kemudian basuh dengan air.. Amalkan petua ini beberapa kali dalam sehari.. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk rawatan bibir kering..




JELI PETROLEUM

Cara ini ramai yang guna.. Letakkan jeli petroleum pada bibir setiap hari.. Sapukan juga sebelum tidur agar bibir kekal lembap pada waktu malam.. Selain itu, dengan meletakkan sedikit madu pada bibir dan biarkan beberapa saat, kemudian sapukan jeli petroleum pula.. Biarkan selama beberapa minit dan basuh menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air.. Lakukan 2 kali sehari.. 





AIR

Pengambilan air yang cukup boleh membantu mencegah dan merawat bibir kering.. Penting untuk kita minum air dalam kuantiti yang mencukupi agar badan kita kekal hidrasi.. Selain itu, air juga mempu membuang toksin dalam badan...



Oke, itulah sahaja petua mengatasi masalah bibir kering yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang... Korang pilihlah yang mana korang rasa sesuai dengan bibir korang tu.. Mungkin setiap orang tak sama keserasiannya dan keberhasilannya.. So, cubalah ye.. Yang penting usaha..  Hiks..

Selamat mencuba..!!



Read More

Rawat Migrain Tanpa Ubat

Thursday, November 10, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt...


Rawat Migrain Tanpa Ubat  |  Fuhhh kalau migrain menyerang memang menyeksakan... Kebiasaannya kalau sakit mesti ramai yang mengambil ubatkan bagi menghilangkan rasa sakit tersebut.. Kali ni aku nak share bagaimana nak legakan migrain tanpa mengambil ubat-ubatan..

APA ITU MIGRAIN?

Salah satu jenis sakit kepala yang banyak dikeluhkan adalah sakit kepala sebelah... Serangan sakit kepala terasa lebih menyiksakan dan terkadang datang secara tiba-tiba.. Rasa sakit kepala berdenyut-denyut yang kerapkali disertai dengan mual, muntah dimana rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala...

Pengidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan.. Sakit kepala ini kebiasaannya berlaku dibahagian sebelah kepala sahaja dan kekadang berpindah ke sebelah lain pula..

GEJALA MIGRAIN

  • Berdenyut-denyut dibahagian sebelah kepala.. 
  • Sakit dibahagian belakang mata
  • Loya atau muntah-muntah.. Mungkin juga kedua-duanya sekali..
  • Rasa lebih sakit apabila terdedah dengan cahaya, suara bising dan bau-bauan..


FAKTOR PENCETUS MIGRAIN

Migrain mungkin akan lebih kerap berlaku jika adanya faktor pencetus seperti berikut :-

Makanan
Pengambilan Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

Persekitaran
Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau-bauan yang sangat kuat contohnya minyak wangi..

Psikologi
Kemurungan, cemas, marah, stress/tekanan, keletihan dan sebagainya... Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks sepertimana yang dipanggil "migrain hujung minggu" (weekend migraine)

Ubat-Ubatan
Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga

Lain-Lain
Haid, pertukaran masa tidur dan putus haid

Namun bagitu, kesannya mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya, bagi sesetengah pesakit itu, serangan migrain tidak kerap berlaku walaupown mereka mengambil keju dan coklat...


5 CARA MUDAH MELEGAKAN MIGRAIN TANPA UBAT

1.  Berehat di bilik yang gelap


Cuba berehat di dalam bilik yang gelap semasa berlakunya serangan migrain... Cahaya tambahan dan berlebihan akan menyebabkan sakit kepala.. Tutup tingkap, tutup tirai, tutup lampu, baring dan tutup mata.. Berehatlah untuk mendapatkan ketenangan dan mudah tidur..


2.  Merendam Tangan Dalam Air Sejuk/Dingin


Rendam kedua-dua tangan di dalam air yang sejuk dingin selama mana yang boleh.. Ini dapat membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat.. Digalakan juga untuk membuka dan menutup tangan semasa merendamnya didalam air..


3.  Mengambil sedikit kafein


Mengambil kafein dalam kuantiti yang banyak, tidak elok untuk kesihatan.. Tetapi sekiranya mengambil dalam kuantiti yang sedikit dan berpada-pada, ianya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti-stress.. Ambillah sedikit kafein semasa menghadapi serangan migrain dan rasakan berbezaannya..


4.  Gunakan Rempah Ratus


Letakkan kacang hijau, lada hitam dan garam kasar diatas kertas surat khabar.. Kemudian pihak dengan kaki sesambil tu selawat.. Insyaallah, migrain akan beransur hilang dan pulih.. Cara ini boleh dijadikan sebagai terapi kaki..


5.  Baring kepala ke bawah


Baring di atas katil dan turunkan kepala sehingga mencecah lantai... Biarkan kaki di atas katil.. Beradalah dalam keadaan seperti itu selama beberapa minit dan jangan terlalu lama.. Memadailah sehingga ianya dapat melegakan migrain tersebut... Buatlah secara berperingkat.. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala...


Selamat mencuba.. !!


Read More

Jom Cuba!! 5 Resepi Air Detox Yang Menyihatkan

Wednesday, November 9, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber pic : google

Mesti Cuba!! 5 Resepi Air Detox Yang Menyihatkan  |  Gigih aku mencari resepi air detox ni.. Biasa dengar orang bercerita aje tentang air ni.. Kali ni aku cari resepi nak cuba buat sendiri.. Tengok la nanti sama ada aku boleh telan atau tak air ni.. Haha.. Kire macam cabar diri jugak la ni.. 

Kenapa orang beria sangat minum air ni?? Apa yang istimewanya air ni?? 

Okeh, apa yang aku tahu, tubuh badan kita ni memerlukan banyak air iaitu lebih kurang 70% air.. Sebab itulah kita disarankan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas sehari atau 2 hingga 3 liter sehari... Bila kita minum air yang mencukupi, ianya dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh kita sekaligus akan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus.. Lagi best, kulit akan kelihatan sentiasa lembap dan berseri.. Bukan kulit aje dapat manfaat tetapi rambut juga akan menjadi kuat dan bersinar..

Larat ke kita nak habiskan air sebanyak itu seharian.. Kalau yang memang suka minum air masak mungkin boleh.. Tapi kalau macam aku ni, yang susah nak minum air masak.. Haha.. Alamatnya, tak berdetox mane la.. Sebab tulah aku nak cuba pelbagaikan rasa air ni, supaya aku lebih teruja untuk minum air dengan lebih banyak.. 

Jadinya, sesambil dah mencari dan memilih resepi air detox ni, nak jugalah aku kongsikan dengan korang semua.. Mane tau kowt-kowt korang pown tengah mencari resepi air detox ni kan.. Boleh la kita mencubanya bersama..




KELEBIHAN MENGAMALKAN AIR DETOX
  • Membantu kuruskan badan secara sihat
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mencairkan lemak
  • Membantu sistem pencernaan dan penghadaman berjalan lancar
  • Mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Mengawal selera makan
  • Memperkukuhkan sistem imun tubuh
  • Menurunkan kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • Pemulihan dan pembinaan semua sel dalam tubuh
  • Membantu merawat pedih ulu hati
  • Merawat stress dan sakit kepala
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri

5 Resepi Air Detox Menjadi Pilihan




LIMAU NIPIS + OREN + LEMON

Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula dapat membersihkan sistem pencernaan.. Sangat berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit

Cara penyediaan :-

1/2 biji limau nipis, 1/2 biji oren dan 1/2 biji lemon dihiris dan direndam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong...  Boleh juga ditambahkan dengan daun pudina jika suka... Nak lagi best dan simpan dalam peti.. Esoknya baru minum.. Terbaikkk!!!



KIWI + STRAWBERRY + DAUN PUDINA

Campuran ketiga-tiga bahan ini berfungsi menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadapan dengan lebih baik.. Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah... Selain itu, buah kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang dapat membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit... 

Cara penyediaan :-

2 biji buah kiwi dan beberapa biji buah strawberi dihiris beserta 7 helai daun pudian dimasukkan ke dalam jag yang berisi air kosong... Sejukkan seketika di dalam peti untuk lebih sedap...



EPAL MERAH + EPAL HIJAU + KULIT KAYU MANIS

Campuran ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme..

Cara penyediaan :-

Masukkan hirisan sebiji epal merah dan epal hijau bersama 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air.. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.. Bahan ini boleh digunakan berulang kali sehingga 4 kali.. 



TEMBIKAI + STRAWBERI + DAUN PUDINA

Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik.. Campuran 3 bahan ni berfungsi sebagai anti radang dan mencantikkan kulit..

Cara penyediaan :-

Campurkan secawan Strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkan ke dalam 1 jag air.. Untuk mendapatkan aroma yang menyenangkan, masukkan beberapa helai daun pudina.. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa sahaja..


TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LEMON

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut.. Teh hijau memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan juga mampu mengurangkan berat badan.. 

Cara Penyediaan :-

Rendam 10 helai daun teh hijau dengan air panas.. Jika tiada daun teh hijau, boleh juga menggunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau.. Rendam seketika dan tapis habuknya.. 

Kemudian ambil perahan jus lemon dan 5 helai daun pudina.. Masukkan kesemua bahan dalam teko yang berisi air dan kacau... Air detox ini sedap diminum ketika suam mahupown sejuk..




Okey lah.. Untuk kali ni aku kongsikan 5 sahaja resepi air detox.. Mungkin dilain kali sekiranya berjaya aku amalkan kelima-lima resepi ni, insyaallah aku akan cari resepi lain lagi dan kongsikan dengan korang.. 


Sumber  :  Diari Kurus


Read More

11 Tips Menjawab Soalan KPSL

Tuesday, August 23, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tips Menjawab Soalan KPSL  | Wahh kemain ko ekk Lea nak kasi tips bagai...!! Haha.. aku sendirik pown tak lulus-lulus agik exam ni kan.. Tapi, apa salahnya kan nak kongsi tips yang aku dapat dari pembacaan blog-blog berkenaan cara menjawab soalan exam.. Mane tau kowt-kowt berjaya kalau amalkan tips yang aku kasi ni.. haha.. Ajettt sangattt!!! Jom tengok tips ape yang ado0o0oo!! Ohhh sebelum tu aku nak kasitau, tips ni aku dapat dari blog Ini Cerita Kita... Aku rasa tips yang diberikan sangat ohsem.. So, nk kongsikan juga kat blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan korang jugak.. 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check SINI kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.




Read More

5 Perkara Mesti Guna Duit Suami

Wednesday, August 10, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Read More

15 Langkah Memudahkan Urusan Ketika Balik Beraya

Monday, July 4, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..



15 Langkah Memudahkan Urursan Ketika Balik Beraya  |  Esok dah start aku bercuti.. So, sepanjang aku bercuti jawabnya berhabuk la blog ni buat sementara waktu... Baru-baru ni aku ada terima wasap berkenaan 15 langkah bagi memudahkan urusan ketika balik beraya.. So, aku nak kongsi jugak kat sini untuk rujukan korang yang belum balik beraya dan baru nak balik beraya.. hehe.. Jom kite tengok apakah yang tersenarai dalam 15 langkah tersebut...

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :-

1. Bawa balik seterika sendiri supaya tak berebut... Kalau muat bonet, angkut iron board sekali....

2. Kalau rumah di kampung  tak ada aircond... kipas pulak terhad... bawa la balik 1 kipas sendiri... Kalau boleh elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak...

3. Bawa balik extention cable sekali... Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll...

4. Kalau perlu, tilam atau toto pun bawa sekali...

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya.... Ramai buat macam tu....

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan... Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan hp, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp... Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan... Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll... Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim...

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan... Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik... Ini biasa hobi menantu perempuan... Ringan-ringankan tulang bantu di dapur.... Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara.... Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur.... Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg.... Kuih raya 3-4 balang dll.... Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.....

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai.... Belajar berlapang dada.... Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita....

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya.... Tetapi kerana mak ayah kita.... Tanggungjawab kita.... Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana.... Nikmati masa tersebut.... Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.... ( yang ni paling sentap ye...!!)


Salam Aidilfitri 
dari Lea Azleeya..



Read More

Nak Jadi Jutawan Tak??

Friday, May 20, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat buat semua... Semoga hari ni akan lebih bermakna nak bermanfaat buat korang dan aku juga.. Mencari keberkatan hari jumaat.. Jom pakat-pakat baca Yaasin kejap agik... Kat tempat aku ni macam biasa la hari jumaat belah pagi ada bacaan Yaasin dan mesyuarat pagi.. Hehe.. mencari keberkataan hari Jumaat... Disamping dapat menyedekahkan Yaasin kepada sesiapa yang kita niatkan.. 

Okeh pagi Jumaat ni, aku nak share sikit macam mana nak jadi JUTAWAN.. Semoga menjadi amalan kite sepanjang masa agar apa pon bisnes yg kite ceburi sentiasa diberkati Allah.. Amiin..


Maksud REZEKI adalah :-
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

Nak dapat income RM50,000 sebulan, wajib SEDEKAH 10% dalam RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000....

Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yg kita buat..

Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak la tabung-tabung berikut :-
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)



AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT :-

1. Solat di awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!

2. Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain

Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)

Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat   kena bagi salam..

*** Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3. Tahajjud
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten..

Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia.. kalau orang tak nak, kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah.. kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dalam hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan.. doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..

Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yang besar-besar terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah dan ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..

4. Sedekah
Beri sedekah dengan perasaan.. 
Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)

5. Buat TABUNG SUBUH

Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan dan doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan dan sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

6. Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

7. Baca Al-Quran
Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!

Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

8. Istighfar setiap hari
Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

9. Jaga Wuduk setiap hari
Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

10. Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

11. Ada satu lagi kaedah untuk menjemput Rezeki dengan Zikir Asmaulhusna

Semoga bermanfaat untuk semua..



Read More

Anda Perasan Tak??

Friday, May 13, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ada 3 hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 hal yang membuat kita berjaya :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, 

Ada 3 hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian


Read More