Top Social

Image Slider

Showing posts with label syiling emas. Show all posts
Showing posts with label syiling emas. Show all posts

Koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr Mahathir Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Monday, April 08, 2019
Koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr Mahathir Kini Dilancarkan Secara Rasmi | Malaysia merupakan sebuah Negara yang dihormati kerana kemajuan dan kestabilannya yang terkenal bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malahan di persada dunia. YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-4 dan Ke-7. Sepanjang kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah membawa sejuta pembangunan dan permodenan kepada negara yang tidak ternilai kepada rakyat. Beliau telah membangunkan pusat pentadbiran sistematik terkemuka di rantau Asia Tenggara iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya yang menjadi ikon dan kebanggaan negara Malaysia di persada dunia. Beliau juga digelar sebagai 'Bapa Pemodenan"..

Sepertimana yang kita ketahui, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke-7 pada 10hb Mei 2018 yang lalu. Sehari sebelum itu iaitu pada 09hb Mei 2018 Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan telah menerajui PH dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang telah mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia sejak merdeka. Pilihanraya ini juga melakarkan sejarah kerana Tun Dr. Mahathir, pada usia 93 tahun merupakan Perdana Menteri yang tertua di dunia.

Koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr Mahathir Kini Dilancarkan Secara Rasmi


Sebagai tanda menghargai dan memperingati setiap jasa dan pengorbanan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan meraikan pelantikan sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia, koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr. Mahathir kini telah dilancarkan secara rasmi oleh Puncak Julung Enterprise..

Koleksi syiling emas ini diilhamkan bagi memperingati detik ini yang juga merupakan kali kedua Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri setelah 15 tahun bersara sebagai Perdana Menteri ke-4 pada 1981 hingga 2003.


Koleksi syiling emas ini didatangkan dalam packaging yang menarik seolah-olah seperti sebuah buku beserta sarung.. Nampak sangat eksklusif.. Packagingnya berwarna merah sempena warna tema bagi parti gabungan Pakatan Harapan..


Dibahagian dalam pula korang boleh lihat sendiri terdapat sedikit coretan mengenai YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dimana terdapat dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil beserta tandatangan Tun M sendiri..

Koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr Mahathir

Bahagian hadapan syiling emas

Bahagian belakang syiling emas


Dapatkan Sekarang Koleksi Syiling Emas Peringatan Tun Dr Mahathir!


Aku dah dapatkan koleksi syiling emas peringatan Tun Dr. Mahathir ni untuk simpanan dan koleksi peribadi aku.. Bagi korang yang ingin mendapatkan koleksi syiling emas ni, bolehlah dapatkan segera kerana syiling emas ini adalah edisi terhad tau.. Rugi kalau tak dapatkannya..


HARGA
RM 160.00

EMAS/BERAT
999 / 0.1g


Untuk sebarang tempahan/pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

#tunmcc #koleksikoinemas