Top Social

Image Slider

Showing posts with label sweet & summer. Show all posts
Showing posts with label sweet & summer. Show all posts

Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes

Tuesday, April 09, 2019
Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes  |  Holaaa!! Hai guys... Aku kembali lagi dengan kembara kecantikan.. Haa kali ni aku nak ajar korang cara paling mudah nak tanggalkan makeup... Memang mudah sangat uolls hanya dengan menggunakan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes.. Mungkin ada yang belum familiar lagi dengan brand Sweet & Summer ni kan.. Tak pa, toksah dok kalut.. Aku habaq kat hangpa semua, apa yang best sangat dengan makeup remover wipes ni... Haa kan dah keluaq loghat kedah.. Hehe..


Sweet & Summer Makeup Remover Wipes

Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni diperbuat dari Korea dan menggunakan bahan-bahan semulajadi sepertu Teh Hijau, Delima dan banyak lagi.. Paling penting, wipes ni tidak mengandungi alkohol dan juga paraben.. Selain itu, ia memberikan kelembapan tambahan dan super soft.. Oh ya, satu lagi korang boleh guna wipes ni tanpa perlu risau kerana ia telah diluluskan oleh KKM..


Ok sebelum tu, aku nak kasitau kat korang yang Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni terdiri daripada 3 jenis iaitu :-
  • Sweet & Summer Greeny 30s (Travel pack) - Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat
  • Sweet & Summer Peachy 30s (Travel Pack) - Dirumuskan dengan ekstrak delima untuk kulit kering dan sensitif
  • Sweet & Summer Greeny 100s (Household use) - Dirumuskan dengan ekstrak teh hijau untuk blemish skin dan kulit berjerawat

Macam aku sendiri, aku memang seorang yang memerlukan wipes tissue untuk memudahkan aku tanggalkan solekan aku terutamanya bila nak solat.. Tak yakin rasa bila hanya sekadar menggunakan pencuci muka sahaja untuk hapuskan segala kotoran makeup ni sebabnya ada kala makeup aku tebal jugak.. haha.. Jadi, aku lebih prefer untuk guna yang travel pack kerana ia mudah dibawa kemana-mana sahaja dan boleh disimpan di dalam handbag.. 

Bahan Utama Dan Manfaat Sweet & Summer Makeup Remover Wipes

Selalu kalau nak beli Wipes Tissue untuk muka, aku pastikan terlebih dahulu kandungan bahan yang ada dalam wipes tu.. Risau jugakkan nak guna sebarangan dekat muka.. Salah pakai, boleh breakout muka weh!! Aku tak sanggup nak hadap semua tu.. Seperti yang aku katakan di awal tadi, Sweet & Summer Wipes ni dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi terbaik yang selamat digunakan dan bagus untuk kulit.. So, aku decide untuk menjadikan ianya salah satu brand wipes feberet aku.. Jom tengok apa bahan yang terkandung dalam Sweet & Summer wipes ni serta manfaatnya..


1. Sweet & Summer Greeny
  • Quinoa Seed - Kurangkan kedutan, membantu tegangkan dan sekatakan tona kulit serta sebagai ejen penghasilan kolagen
  • Chia Seed - Ejen penyaman kulit dan menenangkan kulit
  • Spanish Moss - Penyembuhan luka
  • Ekstrak Oat - Menenangkan kulit dan kaya dengan sumber protien
  • Teh Hijau - Oxidising agent, mointurizing, anti-aging, mencerahkan kulit, melawat jerawat, nourishing skin dan kecilkan liang pori
2. Sweet & Summer Peachy
  • Wild Cherry - Anti-oksidan dan menenangkan kulit
  • Cranberry - Anti-keradangan, penjanaan semula sel dan mengaktifkan sel
  • Raspberry - Tonic, keratolitik dan astrigent
  • Dogwood Fruit - Ejen penyaman kulit dan anti-bakteria
  • Delima - Vitamin C yang tinggi dan anti-oksidan
Banyak juga manfaat yang kita dapat dari penggunaan Sweet & Summer Wipes ni kan.. Setiap satu bahannya memberi banyak kebaikan kepada kulit.. Bukan sahaja boleh tanggalkan makeup dengan mudah, sebaliknya kita dapat jaga kulit muka dengan khasiat yang ada pada wipes ni.. 

Cara Mudah Tanggalkan Makeup Dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes


Bagi aku, untuk tanggalkan makeup dengan mudah adalah menggunakan makeup remover wipes kerana aku hanya perlu lap muka dengan sekeping tisu basah sahaja.. Dah tak perlu nak sediakan kapas muka, lepas tu picit botol mekaup remover bagai.. Semua tu agak menyusahkan.. Lagi pun, wipes ni mudah dibawa kemana-mana.. Cuma perlu selit aje dalam handbag dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.. Dah tak payah nak sedia kapas muka dan bawak kehulu kehilir botol makeup remover.. Susah la weii!!

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Sweet & Summer Makeup Remover Wipes


Yesssss aku SUKA!! Nampak tak huruf besar lagi aku guna.. Itu tandanya aku sangat suka hokeh dengan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes ni.. Honestly, apa yang aku suka tentang wipes ni adalah yang pertamanya ia diperbuat bahan-bahan semulajadi yang aku rasakan ia selamat digunakan untuk muka aku ni.. Aku agak cerewet ye bila pilih wipes ni.. Selain itu, pertama kali aku gunakan Sweet & Summer ni aku dah pun jatuh cinta sebabnya makeup aku sangat senang ditanggalkan menggunakan wipes ni.. Tak payah nak tonyoh beria sangat.. Just, lapkan sahaja makeup dah boleh diremove dengan mudah.. 


Hey, wipes ni bau dia best la... Fresh jerk rasa.. Bau dia sangat menenangkan.. Nak guna pun rasa confident... Wipes ni bercirikan 'super soft' jadi bila apply kat muka, memang rasa lembut jerk tak rasa sakit atau perit pun kulit muka macam sesetengah jenama wipes lain.. One more thing yang aku suka, ianya tak melekit langsung!! I loikeeee and i luv it!! Kulit pun terasa lembap, lembut dan bersih.. Serius weh aku suka sangat brand Sweet & Summer ni.. That why la aku jadikan brand ni brand wipes feberet aku.. 

Kedua-dua jenis wipes ni pun aku suka.. Greeny bau dia sangat menyegarkan, bau tea tree dan Peachy baunya sedikit manis.. Aku rasa nak makan jerk bila bau Peachy ni.. Best gile.. Ofkos bau buah-buahan.. Kedua-duanya aku suka.. Pakai dua-dua, dapatlah manfaat yang berganda-ganda.. Tak gitu? Hehe..

Di Mana Boleh Dapatkan Sweet & Summer Makeup Remover Wipes Ini?


Aku dah dapatkan ketiga-tiga jenis wipes dari Sweet & Summer ni iaitu untuk travel pack dan juga household use.. Bagi korang yang suka makeup tu, eloklah dapatkan wipes ni sebabnya nak remove makeup sangat mudah.. Bagi yang tak suka makeup pun boleh guna wipes ni tau untuk menghilangkan kotoran pada muka dengan lebih sempurna.. Lagi pun tak rugi guna Sweet & Summer wipes ni sebabnya banyak manfaat yang korang boleh dapat dari penggunaannya.. 


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook

Whatsapp