sukan
Showing posts with label sukan. Show all posts

Beregu Campuran Badminton Raih Pingat Perak Buat Malaysia

Thursday, August 18, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Beregu Campuran Badminton Raih Pingat Perak Buat Malaysia  |  Tahniah buat Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon kerana berjaya meraih pingat perak buat Malaysia selepas ditewaskan oleh regu campuran Indonesia dengan mata, 21-14 dan 21-12 di peringkat akhir yang berlangsung di Arena Riocentro, Rio De Janeiro awal pagi Khamis (Waktu Malaysia)..

Walaupun hanya membawa pulang pingat perak, tetapi masih mampu berbangga kerana mereka telah berjaya mencipta sejarah menjadi beregu campuran yang pertama negara mara ke final... Tahniah buat mereka... 



Read More

Dua Pasangan Regu Badminton Malaysia Berjaya Ke Final Olimpik Rio 2016

Wednesday, August 17, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Dua Pasangan Regu Badminton Malaysia Berjaya Ke Final Olimpik Rio 2016  |  Wohaa... Malaysia Boleh..!! Sukan Olimpik Rio 2016 melakarkan kenangan manis buat dua pasangan Regu Badminton negara apabila melayakkan diri ke peringkat akhir selepas menewaskan pasangan masing-masing di Stadium Riocentro di Rio, Brazil...

Terdahulu, regu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang telah mara ke final selepas menumpaskan pasangan dari China, Xu dan Ma dengan mata 21-12, 21-19... Seterusnya regu lelaki negara, Goh V Sehm dan Tan Wee Kiong pula berjaya mengalahkan regu dari China, Chai Biao dan Hong Wei dengan mata 21-18, 12-21, 21-17...


Sekalung tahniah diucapkan buat mereka.. Kami rakyat Malaysia berbangga dengan anda...!! Semoga pasukan Malaysia berjaya membawa pulang Pingat Emas dalam dua acara final itu nanti... Malaysia Boleh..!!

Read More

Tanniah! Pingat Gangsa Buat Malaysia Keirin Lelaki

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Tanniah! Pingat Gangsa Buat Malaysia Keirin Lelaki  |  Alhamdulillah... Sekalung tahniah diucapkan buat Azizulhasni Awang kerana berjaya memberikan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara Keirin Lelaki di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil... 





Tahniah sekali lagi buat Azizulhasni Awang.. Malaysia berbangga dengan anda..!!


Read More