story
Showing posts with label story. Show all posts

Cara Simpan Makanan Yang Betul

Saturday, September 5, 2020

17 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara Simpan Makanan Yang Betul  |  Korang simpan makanan camne kat umah? Betul ke cara korang simpan tu? Hari ni aku nak kongsi sedikit panduan cara penyimpanan makanan yang betul.. Panduan ni hasil dari pembacaan aku dari artikel-artikel yang berkaitan penyimpanan makanan.. Jom tengok cara penyimpanan makanan yang betul..


Ramai pakar pemakanan bersetuju, cara penyimpanan makanan tidka betul boleh menyebabkan ia mudah tercemar sekali gus membuka ruang keracunan pada orang memakannya.. Antara kesan ketara akibat makan makanan tercemar adalah seperti sakit perut, muntah-muntah atau kehilangan air dalam badan.. Kadangkala makanan yang dibeli di pasar atau pasaraya sememangnya bersih tetapi kerana kita tidak menyimpannya dengan baik serta betul, makan kuman dan bakteria mudah menghinggapinya.. Makanan yang bersih adalah kunci kesejahteraan sekeluarga..

Panduan Penyimpanan Makanan Secara Asas


Arahan penyimpanan makanan pada label bungkusan sebenarnya bukanlah sekadar hiasan semata-mata tetapi ianya bertujuan untuk kita mengikuti arahan tersebut agar makanan tidak tercemar.. So, sila baca, fahami dan ikut arahan tertera sebelum dan selepas membuka setiap bungkusan.. Ada produk yang sesuai disimpan dalam ruangan sejuk beku atau sesuai diletakkan di dalam bekas kedap udara sahaja..


BIJIRIN

Umumnya, bijirin seperti beras, kacang dan tepung gandum perlu disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada sinaran matahari.. Penyimpanan di tempat yang sejuk dan berair memudahkan ia rosak.. Sebagai contoh, beras mudah dihinggapi kumbang/kutu beras jika sering terdedah kepada hawa sejuk..


SUSU & PRODUK TENUSU


Susu dan produk tenusu antara yang mudah rosak.. So, pastikan anda mengenali jenis susu yang dibeli..

Susu Segar Pasteur

Haruslah diletakkan di ruang pendingin yang mempunyai suhu antara 0 - 4 darjah celcius.. Elakkan meletakkan susu pasteur pada suhu bilik kerana ia mudah dicemari bakteria..


Susu Ultra Tinggi / Susu U.H.T

Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.. Selepas kotak dibuka, lebihan susu hendaklah disimpan di dalam peti sejuk di ruang pendingin pada suhu antara 0 - 4 darjah celcius...

Keju

Mestilah sidimpan dengan pembungkus asalnya di dalam peti sejuk.. Selepas dibuka, ia mestilah dibungkus semula dengan sempurna menggunakan pembungkus baru yang kalis air (seperti aluminium atau plastik) atau diletakkan di dalam bekas yang bertutup ketat bagi mengelakkan kekeringan wap air di permukaan keju..

Nota kaki :-
Elakkan mengimpan susu berdekatan dengan bahan makanan yang mempunyi bau yang kuat..


TELUR


Telur sebaiknya disimpan di ruang pendingin pada suhu 0 - 4 darjah celcius bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.. Sungguhpun ada yang gemar membasuh telur sebelum disimpan, tetapi ada saranan, elak basuh telur sebelum disimpan.. So, semasa nak guna barulah basuh,... Itu lebih baik bagi mengelakkan telur rosak..


DAGING, AYAM & IKAN


Simpan daging, ayam dan ikan yang akan digunakan dalam tempoh tidak melebihi tiga hari di ruang penyimpanan khas di bawah ruang sejuk beku pada suhu antara 2 darjah celcius atau kurang.. Untuk penyimpanan yang lebih lama, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan secara sejuk beku iaitu kurang daripada 0 darjah celcius..

Untuk hasil terbaik, daging, ayam dan ikan hendaklah disimpan didalam bekas plastik kedap udara sebelum disimpan bagi mengelakkan berlakunya proses kekeringan dan baunya 'menjangkiti' makanan lain pada ruang penyimpanan yang sama..


BUAHAN & SAYURAN



Untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran, anda boleh membungkusnya menggunakan plastik pembungkus makanan sebelum dimasukkan ke bahagian ruang penyimpanan di dalam peti sejuk.. Bagi sayuran berdaun pula, ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk..

Nota kaki :-
Jangan simpan buah-buahan dan sayur-sayuran di ruang sejuk beku kerana ia boleh merosakkan tisu buahan dan sayuran selain tidak segar..





Read More

Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru

Thursday, February 14, 2019

11 comments
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru  |  20 Januari 2019 yang lalu aku berpeluang membuat aktiviti baru yang sebelum ni tak pernah aku lakukan dan tak terfikir untuk aku buat iaitu hiking... Pernah la ada yang ajak, tetapi masa tu aku belum teruja nak buat semua tu.. Now, BFF aku ajak terus rasa nak cuba.. Katanya nak jadikan hiking ni sebagai aktiviti wajib bagi kami bila nak hang out.. Kali ni destinasi kami yang pertama adalah Bukit Panorama, Sg. Lembing, Kuantan.. Tempatnya dekat aje tapi tak pernah pergi.. Sedikit jakun di situ ye.. Haha!!


Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru

Seawal jam 5.30 pagi BFF aku si Yatt dah tercongok depan rumah aku untuk ambil aku.. Kami dah decide untuk solat di luar sahaja.. Perjalanan diawal pagi agak menyeramkan sebabnya sepanjang perjalanan, kami ditemani hutan di kiri kanan.. Hehe.. Sesampai di Sg. Lembing, kami berhenti untuk solat subuh di Masjid Sg. Lembing.. Ramai yang berhenti solat di situ sebelum mendaki Bukit Panorama..


Lebih kurang 6.30 pagi  kami sampai.. Wahh teruja dia lain macam jerk kali ni.. Tak sabar-sabar nak mendaki.. Ramai juga pada pagi tu yang hiking.. Ada yang siap bawak baby lagi.. Pada aku agak tak sesuai bawak baby yang masih kecil ke tempat seperti itu.. Hutan kot weh!! Haduii.. Paling ramai budak-budak sekolah la.. Keseronokannya dapat aku rasakan.. Macam-macam aksi dapat aku lihat.. Paling aku tak boleh lupa, ada seorang nenek dari keturunan cina turut sama mendaki tanpa kelihatan letih pun kat wajah dia.. Memang respect woiii!!


Pendakian kami bermula.. Awal-awal aku dah rasa mengah dan terasa ingin mengalah.. Siap simpan hasrat nak buat U-turn tu.. Haha!! Nampak sangat aku ni jenis kurang beraktiviti lasak.. Stamina kelaut.. Baru mendaki beberapa anak tangga dah keletihan seolah-olah macam nak pengsan.. Hadoiii.. Buat malu kaum jerk.. Kikiki.. Dek kerana Yatt bagi aku semangat sambil perli-perli aku, aku gagahkan diri jugak untuk terus mendaki.. Eleh dia pun sama jerk sebenarnya kepenatan.. Haha!!


Sepanjang pendakian, pantang ada tempat berehat kami akan berhenti rehat dengan meneguk air dengan rakusnya.. Haha.. Penat woiii!! Ini bukan cobaan, ini betul-betul!! Sepanjang perjalanan menuju ke atas, terdapat bangku simen di sediakan untuk pendaki berehat.. Kami yang paling hebat sebabnya setiap bangku kami akan berhenti rehat.. Kehkehkeh...

Nak sampai ke check point pertama kemain mencabar lagik.. Macam-macam si bff aku ni racun aku.. Dah dekat la, kat atas ada kedai mamak la.. Kebetulan pulak perut tengah lapar.. Siot jerk.. Mentang-mentang aku belum pernah sampai ke sini.. Dia mainkan perasaan aku.. Haha!!


Dah dapat rehat secukupnya kat check point pertama, kami teruskan lagi mendaki.. Rasanya rehat lagi lama dari mendaki.. Hehe.. Kalau dah duduk tu, dia jadi malas nak start balik.. Hiks.. Langkah kami semakin perlahan sebenarnya.. Gile happe bila dah tangganya terlalu banyak sampaikan lutut pun rasa nak tercabut.. Sekali sekala kami tak guna tangga, lebih selesa guna jalan bertanah dekat tepi tangga tu.. Cuma agak licin dan bahaya..




Rasanya pendakian kami kali ni lebih kepada aktiviti mengambil gambar sebenarnya.. Hehe.. Mana tak nye, asal jumpe port baik dan cantik, terus berhenti dan snap gambar.. Memori phone memang penuh la dengan gambar kami.. Tapi sayangnya, gambar kami berdua agak terhad.. Yela, kalau selfie memang gambar kurang menarik sebab tangan kami tidak sepanjang monopod.. hehe..



Dah puashati bergambar, kami teruskan lagi pendakian.. Letih tu memang tak dapat digambarkan.. Tapi dah dok tengah-tengah perjalanan, kami gagahkan jugak untuk menghabiskan pendakian sehingga ke puncak.. Air masak yang aku bawak, hampir habis sebelum sampai ke puncak.. Hehe. Memang tahap dahaga dia tu, tak leh nak cakap camne.. Nasib baiklah cuaca masa tu agak sejuk.. Kuranglah sikit rasa kepanasannya..


Bila semakin tinggi, semakin slow kami melangkah.. Rasanya, satu dua tangga kami panjat dan kami berhenti.. Tenaga makin berkurangan.. Hehe.. Almaklumlah dah senja kan.. Haha!! Tapi senja-senja kami pun, lepas gak sampai puncak.. Buweekkk!!


Aku lebih suka tanah berbatu macam ni sebabnya kurang rasa letih bila mendaki.. Dengan menggunakan tangga, habis semua kaki aku sakit terutamanya lutut aku.. Memang rasa macam nak tercabut sendi lutut.. Huhu..

BFF aku menten bagi kata-kata semangat kat aku.. Yelah, dia dah berkali-kali dah daki Bukit Panorama ni.. Aku, inilah firstime.. Cabarannya cukup terasa sampai tahap aku nak feed up... Dalam hati tu terfikir nak patah balik walaupun dah jauh pendakian sebabnya aku rasa macam tak akan sampai ke puncak.. Hehe nampak sangat tak berhati waja kan..


Akhirnya sampai juga kami ke puncak.. Aku tak pasti kami mengambil masa berapa jam untuk sampai.. Rasanya ada kot 3, 4 jam.. Hehe.. Teruknye ranking kami.. Huhu.. Ramai juga yang berada kat atas ketika itu.. Hajat hati nak tengok matahari naik tetapi, kami tak dapat capai target yang telah kami rancang... Jadi, ini jerk la hasilnya yang sempat kami snap..





Dah puas tengok sunrise kononnye dan snap gambar mane patut, kami mula plan untuk menapak turun semula.. Kalau ikutkan, kat atas Bukit Panorama ni sebenarnya membosankan sebab tak ada apa-apa yang menarik pun.. Cuma yang bestnya kita dapat tengok matahari naik jerk la.. Pemandangan jadi sangat cantik.. Dah tak de apa yang boleh di buat selain tengok gelagat orang dan tolong orang ambil gambar (baiknya), kami pun menapak turun..


Sebelum turun harus selfie dulu.. Ada beberapa port cantik yang kami akan berhenti untuk ambil gambar sebabnya time naik, ramai sangat dok kerumun tempat tersebut.. Jadi, kami bagi laluan kepada mereka dulu then time turun, sila bagi laluan kepada kami pulak.. Haha!! Aku cakap kat sape tu? Kehkehkeh..




Bukan sahaja pendakian ke atas menyiksakan tetapi menapak untuk turun ke bawah pun memberi cabaran pada kami.. Serius, turun lagi sakit dari mendaki.. Lutut aku dah tahap kritikal saat aku menapak turun ke bawah.. Bersilih ganti kaki aku gunakan untuk memulakan langkah dari satu anak tangga ke satu anak tangga.. Memakan masa jugak untuk sampai ke bawah.. Tapi, bila sampai saja ke tangga paling bawah, perasaan lega tu lain macam.. Dah rasa macam dapat harta karun.. Ekekeke..


Nak sampai ke tangga paling bawah pun memakan masa yang agak lama.. Sekali lagi setiap bangku kami akan berhenti untuk membetulkan sendi-sendi yang hampir tercabut.. Gambar akhir ni adalah bukti kami selamat turun kebawah.. hehe.. Dah berjaya turun kembali pun kene snap gambar tau.. Memori tu penting untuk di simpan.. Hiks..

Sampai saja kat bawah, perkara pertama yang kami ingat cuma nak cari kedai makan nak isi perut yang dah berbunyi-bunyi.. Memang tahap lapar menderita ni.. Haha.. Kami ke bandar Sg. Lembing untuk cari sesuap nasi.. Cewahh..



Si yatt pekena nasi minyak manakala aku pulak mengunyah nasi lemak.. Kehkeh.. Gile ko, lapar.. Dahlah penat mengalahkan loading buah sawit.. Perut pulak mintak diisi.. Nasi yang tak sedap pun rasa sedap gile time ni..  Memang licin pinggan aku dan yatt makan..

Aktiviti kitorang hari tu bukan setakat itu saja.. Dah alang-alang berada di Sg. Lembing ni, kitorang ambil kesempatan untuk melawat muzium sg. lembing, tapak lombong bijih timah dan rumah 3D.. Nanti kite jumpa di entry yang lain ye.. Nak cerita kat sini memang panjang lebar la jawabnya.. So, tungguuuuuu..


Read More

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Friday, September 14, 2018

11 comments
Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa  |  Haaa tu dia tajuk untuk hari ini.. Yang mane dok pakai noxxa tu mesti tergugat baca tajuk ni kan.. Haha.. Saje je buat korang berdebar.. Ekeke.. Kali ni nak lari sikit dari niche Beauty sebab aku nak bercerita perihal kedapuran.. Wahhh perkataan baru 'kedapuran'.. ekeke... Orite, sebenarnya aku nak cerita pasal Pressure Cooker Kenwood yang aku beli dah lama tetapi baru laaaa ni dok study dan praktis penggunaanya..

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Nindia Pressure Cooker Kenwood yang aku maksudkan tu.. Harganya sangatlah murah berbanding Noxxa ye kengkawan.. Tak sampai pun RM300... Ini sahajalah yang aku mampu.. Biasalah, tengok orang mudah di dapur, aku pun nak jugak mudah.. Tapi orang mudah dengan Noxxa, aku pulak hanya mampu bermudah-mudahan di dapur dengan Pressure Cooker Kenwood ini ajo.. Hikhik.. Alah janji ado kann.. Ini pun beli dengan cara main kutu deknon!! Haha.. 

Time mula-mula terima periuk ni dulu, aku memang tak tahu langsung cara penggunaannya.. Puaslah google tetapi tak jugak jumpa cara guna.. Noxxa lain sikit ye button dia tu.. Yang ni lebih kepada automatik.. Nak masak daging, tekan aje button meat. Nak masak nasik, tekan aje button rice.. Hah gitu la kekdahnya.. Tapi masih lagi boleh set timing kalau nak.. Kot nak lama sikit kan.. Cewahh cam dah pro jerk aku kan..

Firstime guna, time tu gas habis!.. Nasib baiklah ada Pressure Cooker ni.. Tak sia-sia aku beli.. Ada hikmah rupanya.. Tapi, time nak guna tu memang buntu la sebab tak reti nak guna.. Lastnya try and error.. Alhamdulillah, berkat aku tekan sana tekan sini, aku berjaya menumis dan memasak.. Nak rujuk manual pun, memang tak disediakan dalam kotak.. Mungkin seller lupa isi balik kot lepas check defect... Tak pe la.. Janji aku berjaya jugak guna.. 


Lepas percubaan pertama tu, nasib Pressure Cooker ni hanya tersimpan kemas di dalam almari.. Haha!! Aku pun dah kembali lupa tentang penggunaannya.. Sehinggalah, dekat opiz aku nak main masak-masak sup tulang.. Member sorang tu suggest bawak pressure cooker aje.. Disebabkan tulang banyak, kena ada 2 pressure cooker.. Member aku dengan gahnya bawak noxxa.. Aku hanya bawah si merah ni aje la.. Ekeke.. Aku bawak periuk aku ni pun separuh hati sebenarnya sebab aku tak tahu guna.. Haha.. Aku dah sound kengkawan aku, nak guna boleh tapi cari sendiri cara nak guna sebab aku tak reti!! Wahaha.. Gile bebes tol kejadian.. Dan akhirnye, semua gagal mengesan cara penggunaanya.. Jadi, gunalah noxxa member aku tu jerk..

Lepas kejadian malang itu, aku nekad nak beli noxxa jugak sebab tengok kehebatan noxxa yang member aku punya buat hati aku tercalar dengan ketidakbestsan periuk sendiri.. Wahaha.. Ayat tak leh blah.. Dah siap usha kot, kat mana-mana yang ada buat kutu.. Dalam masa yang sama, aku nekad juga untuk balik cuba study semula Pressure Cooker Kenwood aku ni.. Hari cuti berikutnya, aku cuba selongkar misteri disebalik Pressure Cooker Kenwood aku dengan menu masakan Kari Daging!! Menjadi ke idokkkk?? Meh tengok video ini.. Ahakz..


Menjadik wehh!! Alhamdulillah dah tak perlu nak bazirkan duit beli noxxa sebabnya Pressure Cooker Kenwood sehebat Pressure Cooker Noxxa!! Haha.. Lepas ni aku tak akan lupa lagi cara penggunaannya.. Dah siap semat dalam otak ni haa.. Hiks.. Syok weh boleh masak daging dengan mudah.. Tak perlu berpanas depan dapur gas lagi dah.. Guna ajer periuk ajaib ni.. Sekejap dah siap..

Bagi yang kekurangan bajet tetapi nak beli Pressure Cooker, bolehlah cuba jenama ni... Ni model lama.. Yang model baru lagik best tau.. Kalau nak beli secara ansuran atau kutu, leh la cuba PM Kak Atie di https://www.facebook.com/inspirasi.azatie.7/ sebab aku pun beli dengan dia.. Hiks.. Oklah, lain kali aku share lagik story aku ye.. Lama dah tak berstory mory... Syok pulak rasa.. Orite, wa chow dulu ya!! 


Read More

Nasi Goreng Putih Emak Aku!

Friday, September 7, 2018

8 comments
Nasi Goreng Putih Emak Aku!  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dinner apa malam ni? Aku hari ni tetiba teringatkan Nasi Goreng Putih yang selalu mak aku masak dulu.. Rindu pulak air tangan mak.. Dek kerana teringin sangat nak makan nasi goreng putih, untuk dinner hari ni aku goreng la nasi goreng putih yang paling simple alaf ini.. Haha!! 


Time sekolah dulu, aku cukup teruja bila mana sarapan pagi mak aku buat Nasi Goreng Putih ni.. Aku memang tak ade nama special untuk nasi goreng ni jadi aku letak aje la nasi goreng putih sebabnya warna putih semata.. Ekeke.. Bagi aku sendiri, aku lebih suka nasi goreng tanpa perencah macam ni.. Tak tahu la kenapa.. Aku suka, bila makan hanya rasa masin garam secukup rasa, rasa bawang, rasa lada besar... Perghh sedap weh!! Rasa original tanpa perencah.. Nak lagi sedap tarok cili api.. Terangkat weh rasa pedas!!

Tapi kali ni aku buat memang tak isi lada kecik sebabnya aku masih sedar diri yang aku ada anak yang juga ingin merasai air tangan aku ini.. Cewahhh.. Ayat tak leh blah.. Haha!! Walaupun dah makan nasi goreng putih ciptaan aku sendiri, aku masih tetap rindukan nasi goreng putih mak aku yang super sedap tu.. Huhu..

Oh ya, ada satu ketika tu dek kerana nasi goreng putih ni aku bengang gile dengan abang aku.. Nak tahu kenapa? Sebabnya, satu hari tu mak aku buat nasi goreng putih untuk sarapan pagi.. Aku dah bajet, lepas mandi aku nak pekene nasi goreng putuh super sedap mak aku tu.. Korang nak tahu apa jadi time aku nak makan tu? Aku bukak aje kuali, tengok nasi goreng putih dah menjadi nasi goreng kicap.. Abang aku punye kerja.. Dia pergi oter balik nasi goreng mak aku tu.. Kurang asam betol!! Frust menonggeng aku weh tak dapat makan nasi goreng mak aku.. Terus masuk bilik dalam keadaan yang nak marah!! Haha!!

Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku obses sangat dengan Nasi Goreng Putih ni.. Sedangkan adik beradik yang lain, tak berapa suka nasi goreng putih lebih suka nasi goreng berperencah.. Mungkin aku ni UNIK kot.. Wahahaha!! Ok la, cukup lah sampai disini aje aku merepek malam ni.... Jom teman aku makan nasi goreng putih ni untuk second round.. Haha!!


Read More