Teruja lak dengan lagu dari Projector Band ni... Sudah Ku Tahu.. Lirik dia best... Lagu dia best... Hari-hari dok menyanyi-menyanyi kecil.. hehe... Menanyi kecik je la boleh.. Kang buat nyanyian besar-besaran kang ada yang tercabut atap rumah.. Hahaha... Jom layan lagu ni...
Wahhh lama betul tak buka blog ni... Banyak sangat sangat sangat perkembangan baru kawan-kawan... Haisss.. Masa sangatlah tak mengizinkan aku untuk membuka blog sekarang ni...
.
.
Semalam mesti korang dok mengadap tv kan tengok AJL... Best jugak la AJL semalam.. Banyak kelainan yang ditonjolkan... Pape pown tahniah kepada pemenang terutamanya penyanyi kesayanganku... hehehe.. Dayang Nurfaizah... Dengan lagunya yang superb... Dipintu Syurga...
.
.
Tapi pagi ni aku nak coretkan lagu lain kat sini... Lagu dendangan Shila Hamzah... Aku tak minat pown dia.. Cuma lagu ni je, lirik dia agak best jugak la.. Aku suka lirik dia... kikiki.. Jom hadappp...~!!
Sekarang kene kerja dengan paras nye.. So takde mase dah nk jenguk blog mau pown nak update.. Ni pown curik-curik aje.. hehehe.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjenguk blog saya yang tak seberapa ni.. Yang ada follow saya tu, insyaallah akan saya follow balik nanti... :)
Nak kongsi lagu ni.. Best...
ehsan google
Sayang
Gerhana Ska Cinta ft Altimet, Salam, Nabila Huda
Sayang
Kalau aku diberi sedikit masa
Sudikah kamu beri aku kucupan manja
Boleh kita kongsi senda tawa
Moga kita ceria sentiasa bersama
Kita
Pegang cermat hatiku dalam tangan
Aku kembali selepas aku penat berjalan
Cekalkan hatimu aku harus pergi
Bila kembali sambutku dengan senyuman berseri
Kasih
Kau jambatan ke masa hadapan
Naikku kamu berdiri di sebelah kanan
Ambil alih tugas buat sementara
Sambungkan namaku bila aku sudah tiada
Tiga bucu jiwa ragaku
Tiga suku sudah hampir penuh seluruh hatiku
Tinggal lagi satu cuba teka kalau tahu
Pelengkap ke empat mamaku si ratu
Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya
Mempersembahkan, salam
Masihku teringat kali pertama kau ke sekolah
Dalam pelukan ibu tanganku lambai rindu bertambah
Masihku teringat kali pertama kau bercuti
Dalam pelukan papa bawa pulang kaset Metalicca
Jalan bersama lihat indahnya, indahnya alam semesta
Waktu berjalan lihat tiada, tiada tanaman hanyalah bangunan
Lautan biru kini hitam arusnya
Satu perdua habis dirobeknya
Satu pertiga tinggallah bakinya
Jika anak cucu kita bertanya
Gambar kenangan menjadi penggantinya
Jika kita.. hey!
Sayang
Kata yang indah diberi kepadanya
Sayang
Panggilan manis dan mesra ke hatinya
This your one love revolution
For the young generation
And look into one heart
With no competition
No racial colour skin
And no nationalities
Because we come to teach the people love and unity
Hah amek ko... 3 entri sekali dalam masa terdekat... hohoho... Nak jugak la kongsi lagu raya yang paling paling paling paling menjadi feberet aku untuk setiap tahun... Tengok 'paling' tu sudah la.. Dah menggambarkan betapa sukanye lagu-lagu ni.. Ahakz..
Lagu Pertama
Raya Yang Sempurna
* Awie *
Lagu Kedua
Halaman Asmara
* Awie + Ziana Zain *
Lagu Ketiga
Salam Aidilfitri
* Jamal Abdillah *
Tu dia.. 3 lagu ye... Mesti nak dengar kalau time-time raya.... Kalau tak raya pown lagu-lagu ni masih valid untuk telinga Lea Azleeya ye.. Hehehe..
Pagi ni LA nk kongsi satu video zikir.... Selalunya LA akan dengar zikir ni time otw nak pergi kerja.. Sayu je rasa hati... Memberi keinsafan bila menghayati zikir ni... Subhanallah.. Indah sungguh zikir ni.. Selalu lah kita mengalunkan zikir yang indah ini dan juga menghayatinya.. Terasa tenang.. damai sangat....
Takde ape-ape nak aku celoteh kat sini sebenarnya.. Cuma nak tempek sebuah lagu yang dipopularkan oleh Alleycats - Gerimis Senja.. Suka sangat lirik + lagu ni..
Hoyeeee.. Akhirnya dapat gak carik lirik lagu duet Awie dan Erra Fazira ni.. Cinta Makrifat.. hehehe.. Beria je aku kan.. Padahal dah lama kowt kalau nak ada pown lirik ni.. Aku je baru dok usha lirik dia.. Tak pe la.. Janji dah jumpa kan.. Tapi betul pe.. Ritu aku search tak de agik lirik dia.. Lani baru dok ada dan jumpa.. Ritu aku ada dah buat entry sal lagu ni dan Konsert Teaterikal Suara Kita.. Klik Sini.. Cuma kat entry lepas tak de lirik je kan.. So kali ni nak gak la post lirik lagu ni.. kihkih.. Jom tengok..
Maafkanlah diriku ini Perpisahan yang ku ingin ini Sungguh ku tahu sayang kau kepadaku Tapi semua tak mungkin Oh sayangku lupakan aku Apa jua kenangan lalu Tiada kupinta oh jadi begini Oh kasih pahamilah
Maafkanlah Maafkanlah diriku Walau kau masih di hatiku Oh tinggalkan tinggalkan diriku Sayang.. Maafkanlah diriku
Ku tahu sakitnya hatimu Tapi percayalah kataku Kau akan menemui teman yang baru Yang kan lebih sayangimu
Tiada guna kau merayu lagi kasih Kerna aku kini telah pun berdua
Teringat pulak aku hari ni pasal Anugerah Drama Kuala Lumpur yang lepas... Ape yang aku ingat??? haa ni nak cite ni.. Aku teringat Awie dan Erra Fazira.. Tentang persembahan dorang pada pembukaan anugerah tersebut.. Dorang buat persembahan sempena Konsert Teaterikal Suara Kita yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Mac 2014 nanti..
Teringin sangat nak pergi menonton teaterikal ni.. Tapi ape kan daya, ianya tak mungkin berlaku pada aku.. hukhuk... Erra Fazira, Awie, Ziana Zain.. Memang artis yang aku minati.. hurmm.. Tak de rezeki aku nak pergi menonton.. sob sob sob.. (sedey ni tau)
Aku suka sangat lagu Cinta Makrifat dendangan Awie dan Erra fazira.. Wah pasti meletop lagu ni kan nanti.. Persembahan dorang pada malam anugerah tu memang mantop.. Sampai aku menitiskan air mata tengok.. Touching sangat... (bermakna pada aku juga sebenarnya.. sebab tu tacing semacam je..).. hikhik..
Jom kite layan sekali lagi persembahan dorang malam anugerah tu.. jom.. jom..
Cinta Makrifat - Awie & Erra
Tadi search lirik dia.. Sekali tak jumpa daaa... Maybe lepas teaterikal ni ada kowt lirik dia... hehehe..
Moga Teaterikal ni berjaya walaupun aku tak dapat menontonnya.. hehehe..
Ariana Rose.. Dengar je nama tu mesti semua dah tahukan dengan ceritanya.. Mesti ramai peminat drama Ariana Rose kan.. Tapi sebaliknya aku.. Aku tak mengikuti langsung cerita ni.. Mungkin terlepas pandang atau mungkin waktu siaran dia tak berapa nak sesuai.. hehehe.. Tapi dari fedback kengkawan aku, cerita ni best.. Diadaptasikan dari sebuah novel.. hah sebut aje novelkan.. Harusla aku carik novel ni dan membelinya.. ekekeke.. Cerita tak tengok, janji novelnya dibaca... Tak gitu???
Novel Drama Ariana Rose
The Wedding Breaker
Tajuk drama dengan tajuk novel berbeza kan.. Tapi nampak cam menarik je novel ni.. So, harus dibeli.. Tapi sebenarnya ari ni aku bukan nak bercerita sal novel atau drama ariana rose ni.. Sebenarnya aku lebih berminat dengan lagu cerita ni yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah yang sememangnya penyanyi yang aku minati... Suara dia unik.. Aku suka...
Lagu ni best.. Lirik dia best.. Penyanyi dia best.. Melodi dia best.. Wah.. dah cam juri aku ni kan.. hehehe.. Pape pown jom kite layan lagu ni..
Nampaknya bahang AJL28 telah reda.. Semalam telah pun berlangsungnya Juara Lagu 28 dimana 12 lagu berentap untuk merangkul gelaran JUARA... Tema untuk AJL kali ni adalah GAME ON... AJL 28 diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFM, majlis berjalan lancar...Wah teruja aku bila dapat tahu Scha dah pregnant.. Lambat kan aku ni.. hehehe.. Pembukaan AJL 28 dihiburkan oleh Mus May dan Shila Amzah dengan lagunya Mahakarya Cinta dan diikuti oleh DJ Fuzz..
Seperti yang ramai jangkakan, Lagu Bahagiamu Deritaku telah merangkuli gelaran juara untuk AJL 28.. Tapi memang tak dinafikan lagu tersebut memang best... Persembahan pada malam itu semuanya mantap-mantap.. memang melatop lah.. Berikut adalah keputusan AJL 28 :-
Juara
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Naib Juara
Hanya Aku - Hyper Act
Tempat Ketiga
Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet
Vocal Terbaik
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku
Persembahan Terbaik
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Tahniah kepada Hafiz.. Persembahan hafiz pada malam tu memang terbaik.. Lagu pun best.. Lirik syahdu habis.. hehehe... Tahniah juga kepada LY dan Baiduri...
Aku suka gile la vocal Jaclyn.. Memang patut dia menang untuk Vocal Terbaik.. Dia sampaikan lagu dengan begitu mantap... huiii.. Terpegun dengan vocal tinggi dia.. Boleh pecah anak tekak... Tu kalau aku la.. Bagi dia selamba badak je... Ha3x..
Penutup AJL 28 pun bestttttttt.. Kak Ziana... Lama sungguh tak tengok Kak Ziana kita perform.. Rindu sey... Aku memang peminat Ziana Zain... Terbehek la Kak Ziana... Masih mantap seperti dulu...
Ok la.. jom kite layan lagu hafiz ni......
Bahagiamu Deritaku - Hafiz
Lagu/Lirik : LY & Baiduri
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Hai geng... huh.. lama sungguh tak mempublish publish kat sini.. rindu bukan kepalang... tapi kebizian yang melanda so tak dapat la aku nak berpot pet pot pet kat sini.. ini pown aku curi-curi masa sebab dah rindu sangat nk membebel... hak hak..
Cuba korang tengok tajuk aku.. best tak? hueiii andai dapatlah kan masa diundur kembali, mesti ramai antara kita ni nak perbaiki diri sendirikan kan... haa.. yelah bila dah buat kesalahan pastu leh lak undur masa.. pastu perbaiki balik.. wahh mesti ramai yang nak kan... hikhik.. cam aku gak.. kalau la masa dapat diundur balik... macam-macam aku nk perbaiki... geng-geng aku semua ape yang anda nak perbaiki.. meh la kite kongsi-kongsi cite.. hikhik..
Cam aku sendiri.. kalau dapat undur masa aku nak kembali semula masa aku masih sekolah... hakhak.. nak belajar betul-betul.. jadik orang yang berguna.. dan menjadi seorang muslimah yang patuh kepada ajaran Islam... selain tu kan.. aku nak jadi anak yang berguna.. cam klise aje kan alasan aku.. hahaha.. mesti semua orang pown nak buat cam ni kan kan..
Lagi lagi lagi.. aku nak menghargai orang... jaga hati orang... tak nak sia-sia kan orang yang menyayangi diri aku dan aku juga menyayangi dia.. wah ayat.. bikin sedey neh.. hahaha... betul beb.. aku nak buat semua tu.. aku tak nak pentingkan diri sendiri.. nak menghargai orang yang menghargai aku.. uwaaaaa.. nak nangis kuat-kuat boleh tak... buat geng-geng aku sekalian... hargailah orang yang menghargai kita.. yang menyayangi kite sepenuh hati.. nanti korang akan menyesal andai tak menghargai orang seperti itu.. uwaaaaaaaaa.. nangis agik.... sob sob sob....~!!
Emo lak aku kan petang ni... mungkin aku tersyahdu mendengar dorang kat opiz aku ni berkaraoke lam bilik mesyuarat tu.. lagu rock tapi bunyi cam lagu sedih.. hahaha... dorang dok berlatih untuk Pertandingan IDOL nanti... eh terlencong kelain lak cite aku ni.. hikhik..
Itu la yang aku nak buat andai masa dapat diundur balik... banyak lagi sebenarnya.. tapi tak larat aku nak senaraikan lam ni.. bio la aku sendiri yang simpan.. sebabnya, masa memang tak mungkin dapat diundur balik dah... hehehe... yang dapatnya kite jadikan semua yang lepas tu sebagai pengajaran dan pengalaman serta perbaiki kelemahan itu di masa akan datang.. insyaALLAH...
So, korang semua ape yang korang nak buat andai dapat undur masa? haaa jom kongsi.. hehehe...
K la.. nak balik dah ni.. jam sudah menunjukkan pukul 5.. bai bai korang... bila-bila jumpe agik naaa...
tata titi tutu....
eh... sebelum tu.. jom layan lagu ni... lagu lama tapi tetap best...
Letih betul hari ni... Kat opiz aku hari ni dok gotong royong 5S.. orang lain dah siap 5S, kitorang baru nk mula.. banyak betul barang yang perlu disisih.. dengan berhabuk parak nye.. sengal habis hidung ni..!! hehe.. Sambil-sambil buat 5S dengo la radio... penghibur hati dikala berhabuk kan.. hakhak..
Sebut sal lagu ni kan.. teringat lak lagu Firman.. aku minat beno lagu ni... 'Kehilangan'... wah.. ngam kan ngan tajuk entri aku kali ni.. haaa sebab tu aje yang entri ni bertajuk sebegitu rupa... ekeke.. tangkap feeling abeh aku dengar lagu ni.. best lagu ni.. lirik dia.. hurmm malas nak cite arr.. hukhuk.. meh kite nyanyi sama-sama.. sementara time rehat ni.. korang dengo la ye.. aku nak p bersih-bersihkan ape patut.. aku nk solat zohor dulu.. hehe... tangkap sedey beb lagu ni.. jom dengar.... aku sertakan sekali lirik syahdu ni untuk kite nyanyi sesama...