Top Social

Image Slider

Showing posts with label serum. Show all posts
Showing posts with label serum. Show all posts

5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat

Tuesday, September 17, 2019
Sebut saje pasal serum muka, akulah orang yang paling teruja ingin tahu dan ingin mencuba sendiri serum tersebut.. Serius, aku sangat fanatik terhadap serum muka..

5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat.

Kalau suatu masa dahulu, aku tak rasa serum ni penting untuk muka tetapi sekarang aku dah punyai kesedaran bahawa serum wajah banyak manfaatnye untuk merawat masalah kulit muka..


Memandangkan di pasaran sekarang terdapat lambakan jenama serum muka, jadi agak sukar untuk memilih yang mana paling bagus dan berkesan.. Betul tak? Macam aku sendiri, untuk ketahui sama ada satu jenama serum itu sesuai atau tidak dengan kulit aku, maka haruslah aku mencubanya terlebih dahulu.. Yelah, tak cuba mane nak tahu sesuai ke idok.. Andai ia sesuai dengan rakan kita, tak semestinya ia juga sesuai dengan kite kan.. Kulit manusiakan berbeza-beza.. So, kenalah cuba sendiri..

Ok, bagi yang sedang mencari serum muka tetapi tak tahu nak pilih yang mana satu, disini aku nak share dengan korang 5 jenama serum muka paling berkesan rawat jerawat dan jeragat yang pernah aku guna.. Yang no.5 tu aku masih guna sehingga sekarang.. hehe.. Kot ada yang sedang menghadapi masalah jerawat dan jeragat, bolehlah cuba serum-serum ni ye..

5 Jenama Serum Muka Paling Berkesan Rawat Jerawat Dan Jeragat

1. WOWSKIN Vitamin Serum


WOWSKIN Malaysia telah mengeluarkan Vitamin Serum set dimana ia terdiri daripada Day Serum dan juga Night Serum.. Haaa macam korang pakai krim siang dan krim malam tu jugak la.. Tapi yang ni versi serum.. Untuk Day Serum didalamnya mengandungi Vitamin B3, C & E, manakala Night Serum pula mengandungi vitamin A & D.. Disebabkan kandungan vitamin ini jugalah ia diberi nama Vitamins Serum..

Kalau korang nak tahu, Vitamins Serum ni bukan sahaja serum untuk kulit jerawat malahan ia juga serum untuk kulit berminyak dan serum untuk jeragat.. Paling best serum ni boleh mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat..WOWSKIN Vitamins Serum ini selamat digunakan kerana dah diluluskan oleh KKM.. Selamat juga dipakai oleh ibu-ibu mengandung dan menyusu tau. Dan sudah tentu untuk wanita bekerja di bandar yang dipenuhi hutan batu seperti di KL & Selangor.

2. Royale Nu Diamant Serum Plus+


Royale Nu Diamant Serum Plus+ ini diperkaya dengan Apple Stem Cell dan Rumpai Laut yang bertindak dengan dwi tindakan membantu melambatkan proses penuaan agar kelihatan awet muda dan membantu mempercepatkan pembersihan sel kulit mati dan merangsang pembentukan sel-sel baru bagi merawat jeragat dan kedutan seawal 7 hari... Selain itu, serum ini juga boleh merawat kulit kering, tona tak sekata, liang pori terbuka dan parut jerawat..

Apa yang menarik, Serum Plus+ ini boleh digunakan tanpa was-was dan tiada kesan sampingan kerana telah mendapat kelulusan KKM dan Sijil Halal dari JAKIM.. Tapi bagi korang yang ada menggunakan serum lain dan ingin bertukar kepada Serum Plus+, dinasihatkan agar stop dulu penggunaan serum lama selama 2 minggu kemudian baru guna Serum Plus+ ini agar kulit muka kita bebas terlebih dahulu sebelum menerima dan menyerap khasiat dari serum yang baru... Barulah cepat berkesan.. Apa yang best lagi, Serum ini juga boleh digunakan dengan produk skincare yang lain cumanya tidak boleh dicampur dengan penggunaan serum lain dan sesuai untuk semua jenis kulit..

3. Imaan Serum Susuk Beradu


Imaan Serum Susuk Beradu ini merupakan produk dibawah satu jenama terkenal iaitu Imaan Suci World (ISW) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, WOW Mission Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produk utamanya iaitu koleksi wipe tissue tanpa alkohol, Imaan Suci Wipes.. Kalau korang nak tahu, setiap produk ISW dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Serum Susuk Beradu ini mengandungi cecair serum emas 24K.. Kalau korang pakai serum ni memang akan nampak bintik-bintik keemasan pada muka korang.. Jangan tak tahu ye, emas dapat menghilangkan kedut, kendur dan juga jeragat tau!!... Yang mana nak hilangkan kedut, kendur dan jeragat pada muka, bolehlah cuba serum muka terbaik ni.. Jangan risau, ini susuk yang halal di pakai ye.. Hehe..

4.  Wawa Serum Skin Booster


Wawa Serum Skin Booster ini adalah produk keluaran seorang pelakon Malaysia yang terkenal iaitu  Wawa Zainal.. Ia selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan telah melalui LAB tested 100% natural ingredients tanpa hydroquinone, mercury dan bahan kimia berbahaya yang lain.. Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit..

Antara kelebihan Wawa Serum Skin Booster ini antaranya adalah ia dapat merawat masalah jerawat, memudarkan parut jerawat dan jeragat, membantu kulit muka jadi lebih sekata, melembapkan kulit muka, Anti-Aging, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit wajah dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.. Nak buat makeup primer pun boleh sangat.. Makeup pun akan tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Flolessss uolss..!!

5.  Dr Beau Pure Natural Skin Oil


Dr Beau Pure Natural Skin Oil atau lebih dikenali sebagai Serum Dr Beau ini merupakan serum muka paling berkesan rawat jerawat dan juga jeragat.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku guna serum ni.. Memang best!! Yang uniknya Serum Dr Beau ni, ia didatangkan dalam bentuk softgel..  Kalau sebelum ni, aku selalu guna serum dalam botol atau bekas kaca yang perlu dipicit terlebih dahulu.. Dengan Dr Beau ni, nampaknya kerja-kerja memakai serum ni jadi lebih mudah.. Malahan kualiti dan tahap kebersihan serum itu sendiri terjaga dengan baik. Wajib bawa ke mana mana kita pergi. Pergi melancong ke Melaka ke atau kerja di Shah Alam. Nak tahu lebih lanjut tak tentang serum ni? Sharing is caring.. So, jom aku story.. Hehe..

Dr Beau Serum Halal Dan Selamat Digunakan


Dr Beau Pure Natural Skin Oil merupakan Serum Vitamin E yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputera, Teja Herbs yang bertapak di Seri Kembangan, Selangor. Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstrak herba-herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia. Antara herba terpilih yang digunakan dalam menghasilkan Serum Dr Beau ini adalah :-
  • Vitamin E - Membantu merawat kulit 
  • Rosehip Oil - Membantu melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit 
  • Argan Oil - Sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering 
  • Almond Oil - Mampu merawat sel kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka 
  • Apricot Kernel Oil - Sangat ringat dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Ia kaya dengan Vitamin A, C, E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari 
  • Wheat Germ Oil - Salah satu sumber terkaya Vitamin E, A, D, Protien dan mineral 
  • Evening Primrose Oil - Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Jangan risau ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, Serum Dr Beau ini telah diperakui selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dimana produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan BPFK (NOT170502921K). Bukan itu sahaja, malah serum wajah terbaik ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu..

Manfaat Serum Muka Dr Beau Pure Natural Skin Oil


Sebelum korang tau manfaat serum ni, aku nak habaq sikit.. Serum Dr Beau ni bukanlah produk baru ye di pasaran kerana produk ni telah dipasarkan sejak penghujung tahun 2015 lagi.. Bukan sahaja laris di pasaran Malaysia tetapi turut viral di negara China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapore dan juga Indonesia.. Tidak hairannya sehingga kini, produk ini terjual melebihi 300,000 botol..

Satu lagi yang perlu korang tahu, Serum Dr Beau ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit bermula dari kulit normal hinggalah kulit sensitif.. Orite, jom ambil tahu manfaat Serum Dr Beau ini pula.. Apakah Manfaatnya?

Antara manfaat Serum Dr Beau ini adalah :-
  • Merawat masalah kulit kusam.
  • Membantu memudarkan jeragat yang kronik.
  • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat.
  • Merawat kulit gelap yang disebabkan oleh cahaya matahari yang terik.
  • Membantu menghilang masalah lebam bawah mata.
  • Membantu kulit untuk lebih lembab tanpa masalah kulit kering dan berminyak.
  • Membantu menghilangkan white head dan black head pada wajah.
  • Membantu merawat parut yang disebabkan melecur.
  • Merawat ekzema
  • Mengatasi masalah biji kolestrol

Cara Guna Serum Dr Beau


Cara nak apply serum ini sangatlah mudah.. Mula-mula bersihkan terlebih dahulu muka dan keringkan.. Kemudian titiskan Dr Beau Pure Natural Skin Oil ke atas tapak tangan dan sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.

Seterusnya, usapkan ke seluruh atau sebahagian kulit muka hingga leher secara merata terutamanya pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan. Setelah Dr Beau Pure Natural Skin Oil di sapu, bolehlah pakai bedak atau sunblock supaya hasilnya lebih berkesan disamping make up pun menjadi lebih cantik dan flawless.

Sebaiknya Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini digunakan pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, Dr Beau Pure Natural Skin Oil dapat menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari manakala pada waktu  malam pula ia boleh merehat dan memulihkan kulit wajah.

Lepak dulu ye.. Layan video ni..


Serum Dr Beau Menjadi Pilihan Artis Malaysia

Ehh aku ingatkan Serum Dr Beau ni menjadi pilihan orang yang macam aku ni jerk.. Rupanya artis-artis pun pakai uollss!! Patutlah kulit dorang cantik-cantik ye... Yelah, dorangkan terpaksa hadap makeup setiap masa.. Kalau tak dijaga dengan betul, mahu berjerawat muka dorang.. Dengan menggunakan Serum Dr Beau ni, muka boleh dirawat kembali supaya bahan kimia dari bahan solekan tu tak menjejaskan kesihatan kulit muka.. Artis mana yang guna tu? Jom tengok!


Pendapat Aku Tentang Serum Dr Beau

Bila dah kekal dengan satu-satu produk tu, ofkos la produk tu sangat sesuai dengan kita dan sangat bagus.. Begitu jugalah dengan Dr Beau ni.. Aku masih setia dengannya sehingga ke hari ini.. Harus diingat ye, untuk mendapat kesan yang maximum, kenalah konsisten.. kalau jenis pakai tak pakai ni, tak payah nak berangan la nak cantik ye.. Bukan hakak marah tapi nasihatttt... Hehe..


Apa yang membuatkan aku terus setia dengan Serum Dr Beau ni adalah kerana serum ni sangat bagus untuk merawat masalah kulit dan menyihatkan kulit aku.. Selain tu, aku suka baunya yang wangi semulajadi.. Paling best, serum ni mudah meresap tanpa meninggalkan rasa melekit.. Serius aku cakap, kalau produk yang tinggalkan kesan melekit, memang aku reject dari awal.. Tak selesa yang amat weh!!

Kadang-kadang aku akan gunakan Serum Dr Beau ni sebagai make up primer aku.. Yelah, bila makeup primer aku habis, paling selamat aku gunakan adalah Serum Dr Beau ni sebagai pengganti.. Sebab dah tau tentang keistimewaan produk ni.. Lagi pun, lepas makeup muka pun nampak flawless.. Makeup tahan lama.. Memang best sangat.. Ok, jom tengok testimoni pengguna lain..

Testimoni Pengguna Serum Dr Beau





Dapatkan Kulit Cantik Bebas Jerawat Dan Jeragat Dengan Serum Dr Beau

Kulit cantik bebas jerawat dan jeragat adalah idaman setiap wanita... Malah bukan wanita sahaja tetapi lelaki juga.. Lelaki sekarang pun dah pandai jaga penampilan tau.. Jadi, untuk dapatkan kulit cantik bebas jerawat dan jeragat, korang bolehlah cuba Serum Dr Beau ni kerana hasilnya akan buat korang tersenyum sekiranya korang menggunakannya secara konsisten..


Aku sendiri dah guna dan merasai manfaatnya.. Korang tak teringin ke nak cuba.. Nak kulit cantik dan sihat, Dr. Beau Pure Natral Skin Oil lah jawapannya.. Satu jar Serum Dr Beau ni mengandungi 30 biji softgel dimana ia boleh bertahan selama sebulan.. Atas kekerapan penggunaannya jugalah ye.. Hehe.. Jadi, jangan lupa dapatkan Serum Dr Beau ini untuk rawat masalah kulit muka korang tu ye..

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Serum Dr Beau ni
boleh terus terjah ke laman web mereka di :- 


Untuk info lanjut, boleh ikuti mereka di :-


No. Telefon : 016-963 3443 012-649 3639
Email : tejaherbs@gmail.com

Alamat :-
Teja Herbs 
No. 16-1 Jalan Equine
10C Taman Equine
43300 Seri Kembangan
Selangor


Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah

Monday, May 20, 2019
Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah | Hi readers!! Dah masuk ramadhan 15 ramadhan dah ye hari ni.. Cepat jerk masa berlalu.. Ok, bukan nak cerita tentang ramadhan tetapi nak share cerita dengan korang tentang serum muka best yang aku guna sekarang ni iaitu Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold yang dapat membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serius best weh serum wajah ni..


Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold Membantu Mencerah, Menghidrat dan Meremajakan Kulit Wajah

Aku memang agak fanatik sikit dengan serum ni.. Pantang ada serum baru dan bagus mesti aku nak cuba.. Tapi tak de la aku main bedal aje.. Mesti kene tengok jugak kandungannya sama ada selamat digunakan ataupun tak.. Muka nak pakai lama woih!! Hehe..

Kalau korang nak tahu, Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni merupakan serum yang difromulasikan oleh Doktor Pakar Aestetik.. Ia dihasilkan dari gabungan 9 bahan semulajadi dimana ia membantu mencerah, menghidrat dan meremajakan kulit muka.. Serum ini juga telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Selain tu, M1 Luminence Serum 24K Gold ini telah berdaftar dengan NPRA..


Nak beli serum atau sesuatu produk tu kenalah check dulu sama ada ia selamat digunakan atau tak.. Jangan main beli jerk tau.. Nanti muka korang jugak yang binasa.. Aku dah kena dulu-dulu.. Dek kerana main pakai beli tanpa usul periksa kandungannya, menyebabkan muka aku breakout teruk.. Dulu la.. Sekarang memang aku ambil tahu dulu tentang satu-satu produk yang aku nak guna... Sayang muka aku ni wehh!! Hehe..

Bahan Utama Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold


Sepertimana yang aku katakan diawal tadi, serum ni mengandungi 9 bahan utama yang terdiri daripada ekstrak bahan semulajadi yang sangat bagus untuk kulit dimana ianya dapat memberi kesan yang sangat efektif kepada kulit wajah kite.. Antara 9 bahan utama tersebut adalah :-


1. Pyrus Malus (Apple)

Epal adalah astrigen semulajadi yang boleh membantu mengecilkan liang pori yang besar terutama jenis kulit yang berminyak. Disebabkan sifatnya mengetatkan menjadikan epal sesuai dijadikan sebagai toner.. Kaya dengan vitamin C dengan kombinasi manfaat astringen dapat membantu merawat jerawat dan meremajakan kulit.

2. Camelia Japonica Leaf Extract

Daun Camelia Japonica ini menunjukkan aktiviti antioxidative yang tinggi dan anti penuaan kerana ia mengandungi sebatian polifenol.

3. Tricholoma Matsutake

Juga dikenali sebagai cendawan pain dimana ia mempunyai antioksidan bioaktif, immunomodulatoey dan sifat antitumoral yang kuat. Ia juga berkesan merawat anti-wrinkle kerana ia menghalang degradasi kolagen dan gentian anjal.

4. Galactoarabinan

Bertindak sebagai pengelupasan. Dengan peningkatan kadar perolehan sel kulit, menyebabkan pengurangan garis halus, kedut dan juga menegangkan kulit. Galactoarabinan mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) yang membolehkan penghalang kulit kita lebih berkesan dalam mengekalkan kelembapan.

5. Paper Mulberry Root Extract

Komponen aktif yang dihasilkan dari ekstrak akar paper mulberry ini menunjukkan melanogenesis yang unggul (menghentikan penghasilan pigmen) dan juga memberikan manfaat anti-penuaan, anti-oksidan dan pencerahan kulit.

6. Green Tea Extract

Bukti saintifik menunjukkan keupayaan teh hijau dalam mencerahkan warna kulit, melindungi sel kulit terutamanya dari kerosakan sinar UV, anti-penuaan dan juga mengurangkan keradangan.

7. Alpha Arbutin

Bahan pencerahan kulit semulajadi dari ekstrak bearberry. Menghalang pengeluaran melanin (pigmen) oleh enzim pigmen (tyrosinase).

8. Morus Alba Bark

Bahan semulajadi yang kuat dengan kesan pencahayaan kulit. Ia juga mempunyai sifat anti-keradangan.

9. Centella Asiatica Extract

Juga dikenali sebagai Gotu Kola. Tersenarai dalam "miracle elixirs of life" disebabkan sifat anti-penuaan yang kuat yang menunjukkan keupayaannya untuk memudahkan penyembuhan luka, merangsang pertumbuhan sel kulit baru, membina kolagen dan meningkatkan peredaran darah.


Kandungan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni pun korang dah  tau.. Memang semuanya dari bahan semulajadi yang dapat memberi banyak manfaat kepada kulit.. Satu lagi keistimewaan serum ini yang perlu korang tahu, ia mengandungi 24K gold dimana di dalam serum ini mengandungi gold flakes.. Nampak mewah uolls serum ni.. hehe..


Korang tau tak apa fungsi gold flakes ni? Haa ini bukan sekadar hiasan saja tau.. Ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kulit muka.. Antara manfaat 24K gold ini adalah :-

  • Mengurangkan kesan rekahan halus, kedutan dan cela pada wajah
  • Merangsang sel
  • Mengurangkan kekeringan kulit
  • Mencerahkan wajah dengan sekata
  • Melambatkan kadar penyusutan kolagen dalam kulit
  • Merawat kerosakan kulit dari kesan matahari
  • Merawat alergi
  • Merawat inflamasi dan kerengsaan pada kulit
  • Menambah keanjalan kulit
  • Menjadikan kulit sihat bersinar



Cara Guna Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold

Cara guna serum ni sama jerk cam guna serum yang lain.. Just apply kat muka macam biasa.. Cuma satu yang unik tentang packaging serum ni adalah kalau nak keluarkan serumnya kena picit penutup putih botol tu.. Kalau korang picit botol, memang takde nye serum tu nak keluar sebabnya serum ni didatangkan dalam botol kaca.. hehe..


Apa Kata Lea Azleeya Tentang Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold

First impressions tengok box serum ni nampak simple but nice.. Bila dah buka boxnya, uis besar juga rupanya botol serum ni.. hehe.. Ingatkan saiz comel cam serum yang lain yang pernah aku guna sebelum ni.. Menarik!! Boleh pakai lama sikit kan.. hehe..

Satu lagi yang buat aku kagum, cara packagingnya sangat teliti dan berkualiti.. Mereka menjaga kualiti produk dengan baik sebabnya botol serum diseal dengan kemas supaya kualiti serum terjaga dengan baik.. Sealnya pun agak susah jugak nak buka.. Mula-mula cam terpinga jugak camne nak bukak bende alah ni.. Rupa-rupanya manual cara buka serum ni ada tersedia dalam kotak.. Haha.. Apa la aku ni kan.. Tak check betul-betul.. Hiks..


Ok, selalunya aku akan guna serum ni sebagai base makeup aku.. Sebelum makeup mesti pakai serum dulu untuk melindungi kulit dari kerosakan.. Yang bestnya serum ni cepat absorb dan tak melekit ataupun berminyak .. Wangi tau serum ni.. Kesan ketara yang aku rasai adalah kulit jadi lembut dan lembap.. Sekarangkan musim panas, kulit muka aku ni jenis kombinasi.. Ada tempat kering dan ada tempat berminyak.. Bila pakai serum ni, memang ngam sebabnya dia mengatasi masalah kulit kombinasi aku ni.. Makeup pun nampak flawless jerk uolls..

Bagaimana Nak Dapatkan Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold?


Ok, mesti ramai yang tertanya-tanya harga Mireina M1 Luminence Serum 24K Gold ni kan.. Orite, serum ini didatangkan dalam saiz 50ML yang dijual pada harga RM149 sahaja... Nak best lagi, korang beli sekarang sebabnya now, ada promosi tau beli 1 percuma 1 sempena Parents Day...


Rugi tau tak grab peluang ni.. Boleh buat stok uolls.. Dah tak payah nak pening-pening kalau botol pertama dah habis.. Tak pun, boleh kongsi dengan kawan-kawan.. Lagi baik, bagi gift kat orang yang tersayang.. Hah gittew..

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-



  

Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat

Thursday, October 18, 2018
Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat  |  Minggu lepas kemain meriah lagik muka aku dengan jerawat dekat dagu... Lama dah rasanya jerawat tak tumbuh.. Kali ni 'dia' datang menyerang lagi.. Walaupun tak seteruk dulu, tapi aku tetap fobia.. Sebabnya dulu aku pernah menghadapi masalah jerawat yang agak kronik.. Risau jugak kot-kot mimpi ngeri tu datang kembali... Jadi, sebelum ia semakin parah, lebih baiklah cari jalan penyelesaiannya.. 

Dalam pada aku mencari jalan penyelesaian bagi masalah jerawat aku ni, minggu lepas adalah pulak seorang kawan datang memperkenalkan kat aku satu serum muka ni.. Katanya elok untuk jerawat dan parut jerawat.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, terus aje aku setuju nak cuba.. Serum apa tu? Haruslah Wawa Serum Skin Booster, penyelesaian bagi masalah jerawat dan juga parut jerawat.. Parut jerawat pun ada weh kat muka ni.. Saki baki yang dulu.. Haha!!


Wawa Serum Skin Booster Penyelesaian Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat

Korang familiar tak dengan Wawa Serum ni? Kalau aku sebut Wawa Zainal mesti korang kenal kan.. Beliaulah founder Wawa Serum Skin Booster ni... Mula-mula tu ragu-ragu jugaklah nak cuba Wawa Serum ni.. Risau takut tak sesuai dengan aku sebabnya sebelum ni dah pernah cuba beberapa produk dan serum muka tetapi tak sesuai.. Ada tu siap breakout muka aku jadinya.. So, untuk langkah-langkah keselamatan, sebelum pakai aku siasat terlebih dahulu sama ada serum muka ni selamat atau tak digunakan.. Alhamdulillah, serum ni dah mendapat kelulusan dari KKM dan selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia berbahaya didalamnya.. Yang membuatkan aku lagi nak cuba serum jerawat ni, ramai yang dah cuba dan memberikan feedback yang positif.. Kalau dah berkesan, siapa yang tak nak cubakan..


Masuk hari ni, dah seminggu aku cuba Wawa Serum ni.. Aku pakai pada waktu siang sebelum make-up dan juga pada waktu malam sebelum tidur tanpa gagal.. Aku ulangi, tanpa gagal hokeh!! Haha.. Alhamdulillah, jerawat besar kat dagu aku ni dah surut.. Cuma tinggal parut hitam jerk lagi belum hilang.. Tak sabar nak tunggu parut jerawat lak hilang.. Yang pastinya parut jerawat ni kenalah ambil masa sikitkan untuk hilang.. Bukan boleh hilang terus.. Paling penting, harus konsisten dalam penggunaan produk... Oh ya, atas hidung pun ada jerawat jugak weh!! On the way surut.. Insyaallah..

Ok, tak nak cakap banyak, mesti korang nak tahu apa kelebihan Wawa Serum ni kan.. Bukan setakat boleh merawat jerawat dan parut jerawat jerk tau, banyak lagi sebenarnya kelebihan serum muka terbaik ni.. Nak tahu, jom aku cerita!

Kelebihan Wawa Serum Skin Booster

Seperti yang aku nyatakan tadi, Wawa Serum ni selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dari KKM dan telah melalui LAB tested 100% natural ingredients tanpa hydroquinone, mercury dan bahan kimia berbahaya yang lain.. Jangan risau, serum ini sesuai untuk semua jenis kulit... Bukan wanita jerk boleh pakai tau, lelaki pun boleh guna.. Ingat pompuan jerk ada masalah jerawat! Lelaki pun menghadapinya.. Betul tak? Jadi, bolehlah cuba Wawa Serum ni.. Jangan memalu ye kaum adam.. Korang pun boleh guna Wawa Serum ni.. Hiks..


Orite, jom ambil tahu tentang kelebihan Wawa Serum Skin Booster ni.. Antaranya ialah :-
  • Merawat masalah jerawat
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • membantu kulit muka jadi lebih sekata
  • Melembapkan kulit muka
  • Anti-Aging
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Oh ya, selain tujuan untuk merawat jerawat, aku juga gunakan Wawa Serum ni sebagai makeup primer aku.. Sebelum makeup aku guna serum ni dulu.. Makeup aku pun tahan lebih lama dan tak bercapuk.. Best gile weh!! Muka pun nampak flawless dan glowing jerk.. Serius aku dah jatuh cinta sangat sangat sangat dengan Wawa Serum ni.. Produk yang wajib ada dalam beg makeup aku.. Nasib baik packagingnya comel kecik molek, senang dibawa kemana-mana.. Hehe

Bahan Utama Wawa Serum Skin Booster


Mesti korang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat dengan Wawa Serum ni kan.. Haa korang jangan tak tahu ye, Wawa Serum ni menggunakan 100% bahan semulajadi seperti :-
  • Aloevera - Antioksidan dan membekalkan beta-carotine untuk ketegangan kulit
  • Ekstrak Lavender - Melambatkan proses penuaan
  • Timun - Melegakan keradangan/kemerahan/sunburn
  • Ekstrak Gold - Memperbaharui kulit
  • Minyak Zaitun - Kaya dengan vitamin E
  • Cactus - Kaya dengan antioksidan
  • Wheat Seeds - membekalkan nutrisi kepada kulit dan mencerahkan kulit
Aku suka tengok tesktur Wawa Serum ni sebab dalam serum ni ada cebisan gold, delima dan lavender beads yang menampakkan serum ini sangat exclusive.. Jangan tak tahu ye, ekstrak gold, delima dan lavender beads ni ada fungsinya yang tersendiri.. Bukan hanya sekadar perhiasan semata-mata dalam serum ni.. Ekstrak gold ni fungsinya untuk memperbaharui kulit sekaligus menghapuskan sel-sel kulit mati manakala delima dan lavender beads pula melambatkan proses penuaan sekaligus menghasilkan haruman yang menyegarkan.. Serius aku suka sangat bau Wawa Serum Skin Booster ni.. Wangi sangat weh!!


Apa yang aku suka lagi tentang Wawa Serum ni ialah teksturnya sangatlah ringan berasaskan air.. Tak  melekit langsung!! Itu yang bestnya dan ofkos cepat menyerap ke dalam kulit.. Lepas pakai Wawa Serum ni, memang macam tak pakai apa-apa.. Serapannya sangat baik tanpa meninggalkan kesan berminyak atau melekit.. Kulit rasa sangat lembut weh lepas pakai.. Serius tak tipu.. Aku suka!!

Cara Guna Wawa Serum Skin Booster

Cara gunanya sama juga seperti serum wajah yang lain.. Cumanya serum ni mudah diapply pada muka kerana serapannya sangat cepat.. Jadi, tak perlu tunggu lama untuk proses penyerapan.. Meh aku ajar cara guna..


Selepas mencuci muka dengan bersih, sapu Wawa Serum keseluruhan wajah. Kemudian tepuk-tepuk wajah dengan perlahan menggunakan jari jemari.. Untuk penggunaan yang lebih efektif, lakukan urutan pada wajah semasa memakai Wawa Serum... Manakala untuk kulit sensitif, selepas membersihkan wajah, tunggu antara 10-15 minit sebelum memakai Wawa Serum.. Ingat ye, kalau nak pakai pelembap, pastikan korang memakai Wawa Serum terlebih dahulu.. 

Waktu penggunaan pula, Wawa Serum ini boleh dipakai bila-bila masa tetapi waktu yang disyorkan adalah siang sebelum makeup dan juga malam sebelum tidur.. Serum ni boleh bertahan sehingga 1 - 2 bulan mengikut kadar penggunaan kita.. Meh tengok video cara aku pakai Wawa Serum ni..


Testimoni Pengguna Wawa Serum Skin Booster

Ok, bagi aku sendiri memang aku suka dan berpuashati dengan Wawa Serum ni.. Ia berkesan kepada kulit aku.. Jerawat besar kat dagu aku ni dah surut dalam masa 7 hari penggunaan Wawa Serum ni secara konsisten pagi dan malam.. Sorry, lupa nak snap pic masa jerawat ni bermaharajalela.. Almaklumlah hati tengah gundah gulana time tu.. Yang terfikir cuma nak bagi jerawat ni hilang cepat-cepat jerk.. Jadi, aku upkan gambar jerawat yang dah surut dan cuma parut hitam yang tinggal.. Tak sabar nak pudarkan parut jerawat tu pula...


Satu jerk nak kasitau kat korang, keberkesanan setiap produk tu mengikut kesesuaian kulit masing-masing juga ye.. Setiap orang kulitnya lain-lain dan kesannya juga tak sama bagi setiap individu... Jadi, nak tau berkesan atau tak dengan kulit korang, kenalah cuba sendiri dan rasainya sendiri.. Yang pastinya Wawa Serum ni memang selamat digunakan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit.. So, tak perlulah risau ye.. 

Orite, feedback dari aku korang dah tau.. Jadi, jom kite tengok feedback pengguna Wawa Serum yang lain pula..





Jom Dapatkan Wawa Serum Skin Booster Untuk Tampil Cantik Persis Wawa Zainal

Nak kulit muka cantik macam Wawa Zainal, bolehlah cuba Wawa Serum Skin Booster ni.. Sebelum jual, foundernya dah cuba sendiri tau.. Muka beliau pun dulunya bermasalah jerawat juga.. Lepas guna serum ni, jerawat pun hilang dan kembali cantik... Aku sendiri pun dah cuba.. Alhamdulillah sesuai dan berkesan untuk aku.. Korang bila lagi? Jom sama-sama atasi masalah jerawat.. Manalah tau sesuai dengan korang juga... Apa yang penting, kita cuba.. Tak cuba tak tahukan... Rawat sebelum parah ye.. Hah gitchewww!!



HARGA
RM 59 (15ML)

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Instagram

Contact No.
011-3322 1066