sentap
Showing posts with label sentap. Show all posts

Tazkirah Jumaat

Friday, September 30, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Read More

Positif Pagi

Monday, September 19, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Moga diri ini terus tabah menghadapi hari-hari mendatang..!!


Read More

Yellow Smiles On Friday

Friday, September 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Yellow Smiles On Friday  |  Hari bz sedunia... Baru berkesempatan untuk jengok blog.... Masamnya muka korang tu...!! Senyum la sikit... hehe.. Yellow smilesss today..










Smile while you can...!!!


Read More

Positif Pagi

Monday, August 22, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Read More

Why Does It Take You So Long?

Monday, August 8, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Why Does It Take You So Long? | Reality atau fantasi..? Inilah realiti.. Huhu.. Sering kali terjadi pada mommies yang berkerjaya... Pagi-pagi kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh... Lepas siap anak-anak baru siapkan diri sendiri... 

Rutin bagi aku sendiri, bangun pagi seharusnya siapkan diri sendiri dulu baru siapkan anak.. Kalau siapkan anak dulu mesti tak sempat... Dah anak bangun mesti banyak kerenah dia nak dilayan.. So, better aku siapkan diri sendirik dulu.. Dah siap diri sendiri baru uruskan anak.. Hehe.. 

Itu pown sebab aku anak baru sorang.. Kalau dah dua tiga orang tataw la macam mana.. Kene ada pengurusan masa yang betul... Kalau suami turut membantu dalam menyiapkan anak pepagi tu dah dikira untung badan dan bonus.. Kalau dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap urusan siapkan anak atau menguruskan anak ni adalah tugas sang isteri sahaja, memang agak susahlah bagi seseorang isteri itu...

Kebanyakan isteri sekarang berkerjaya.. Zaman sekarang kalau sorang aje yang bekerja mesti tak cukup untuk menampung kewangan keluarga.. Semuanya mahal sekarang.. Tak de yang murah.. Masuk toilet pown dah 50 sen kowt sekarang.. Huhu.... Dah isteri pown bekerja untuk tolong kewangan keluarga, tak salah kowt para suami tolong isteri dalam pengurusan rumahtangga.. Sama-sama membantu antara satu sama lain.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Tak gitu?? 

Renung-renungkan dan selamat beramal..!!


Read More

Adakah Allah Akan Ampunkan Aku..??

Friday, August 5, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Adakah Allah Ampunkan Aku..??  |  Salam Jumaat buat semua... Moga hari ni memberi keberkatan pada kita... Kita ni sebagai manusia tak lepas dari melakukan dosakan.. Dosa yang dibuat makin hari makin bertambah kalau tak sedar untuk menghapuskannya dengan bertaubat.. Taubat kita tu adakah sebenar-benarnya taubat?? Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu kan.. Okeh.. Satu persoalan yang akan sentiasa kita tertanya-tanya dalam diri kita.. Apakah?? Jom teruskan pembacaan ye..


"Kalau kita bertaubat, kemudian kita ulang dosa yang sama, kemudian bertaubat, kemudian ulang dosa semula, adakah Allah akan ampunkan kita?"

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat? 

Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat... RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! 

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA

3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. 

Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.

Moga Allah ampunkan kita semua!


Credit : Ustaz Adnin - Tarbiah Sentap

Moga penulisan dari Ustaz Adnin di atas memberi manfaat kepada kita...


Read More

Kisah Disebalik Roti Hangit

Tuesday, August 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Kisah Disebalik Roti Bakar Hangit  |  Semalam aku terima text whatsapp dari sahabat baik aku.. Kisah Roti Hangit.. Mula-mula rasa malas nak baca.. Lastnya aku gagahkan diri jugak untuk baca.. Rupanya ada pengajaran disebalik kisah tersebut.. Kat sini aku nak kongsikan kisah tersebut dengan korang sume.. Yang mana dah terbaca sebelum ni mungkin dah tahu kisah ni... Tak kisahlah.. Yang penting bagi aku cerita ni penuh dengan pengajaran dan bagus untuk di kongsikan bersama.. Sedih tau kisah  ni.. Amaran keras!! Sila sediakan tisu sebelum baca.. Haha..!!

Gambar hiasan



KISAH ROTI HANGIT

Seorang anak menceritakan....

Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya. . . . . . .

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. . . . . kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu. . . . . . .

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa. . . . . . .

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya. . . . . . .

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohonan maaf ibuku:
'Sayang, jangan risau tentang itu. . . . .memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit. . . . . . .

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam, aku bertanya,
'betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit. . . . . . .

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:
'Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih.
Lagi pun roti yang dibakar lebih daripada biasa, walhal rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati. . . . . . .

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada sesetengah urusan, kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. . . . . . .

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh selamanya. . . . . . .

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai hati yang baik. Berilah kemaafan kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara yg remeh. . . . . . .

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. . . . . . .

Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya. . . . . . .

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia negatif. . . . . . .

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka. . . . . . .

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati. . . . . . .

***pesanan untuk diri sendiri***

Read More

Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah

Monday, June 13, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica from Tarbiah Sentap


Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca...

JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH

Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya?

Mengapa perlu begitu??

Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!!

Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Persoalannya :-

"Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??"

Adakah dikau DENGKI?
Adakah dikau BENCI perubahannya?

Atau....

Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan?

Muhasabahlah bersama wahai temanku..

Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah..


sumber : Team Tarbiah Sentap
#tarbiahsentap3


Read More

Amalan Yang Dipilih Oleh Si Mati Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?

Thursday, June 2, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Mati itu pasti dan akhirat itu realiti.. Kembali padaNya sesuatu yang hakiki cuma cara, bila dan bagaimana kita mati itu mungkin berbeza-beza... Ianya bukan pilihan kita sendiri.. Jodoh, ajal dan maut terletaknya ditangan tuhan... Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?? Dah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke sana nanti?? Cuba teliti dan tanye diri, sudahkah kita bersedia untuk itu...

Okeh, aku nak tanye korang.. Bukan korang jerk aku nak tanye... Malahan diri aku sendiri.. hehe.. Katakanlah kan kita dah mati... Kalaulah Allah swt beri kita peluang untuk kita hidup kembali dan boleh buat satu sahaja amalan... Apakah amalan yang korang akan buat??

Adakah solat??

Baca Al-Quran??

Selawat??

Sedekah??

Puasa??

Korang rasa ape yang akan korang buat?? Satu aje amalan yang diberi peluang..

Jom kita baca apa yang dikupaskan dalam Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti) tentang perkara ini..


Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk BERSEDEKAH Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?




Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.... Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.... Oleh itu, realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah....

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah....

Korang pernah baca tak tentang faedah BERSEDEKAH?? Banyak sebenarnya faedah bersedekah ni sebenarnya.. Apakah?? Meh kita baca sesama...

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

14. Org yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung..

Fuhhh... Banyakkan kebaikan daripada amalan bersedekah... Aku ada seorang kawan yang rajin sangat bersedekah... Kadang-kadang aku sendiri rasa konfius dengan diri dia, walaupun dia dalam keadaan yang tiada duit pown dia tetap mahu bersedekah.. Aku memang tabik spring la dekat dia.. Mungkin sebab itu la kowt rezeki dia sentiasa cukup walaupun tak de la melimpah ruah... Dia juga suka tolong kawan-kawan dan orang sekeliling yang dalam kesusahan tanpa memikirkan kesusahan diri dia sendiri... Dia disenangi orang sekelilingnya.. Itulah sikap terpuji kawan opis aku yang sorang ni, Rahifah binti Abu Bakar.... Respect tahap gaban kat dia.. haha..!!

Dah tau kelebihan bersedekah kan.. Marilah kita sama-sama mula mengamalkannya.. Moga kita mendapat kebaikan daripadanya.. InsyaALLAH...


Read More

Macam Mana Yek Nak Tegur Orang lebih Tua Dari Kita??

Monday, May 30, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Ankel Jonni Pinjam Komik ni ye.. Halalkan ye.. Hikss..

Macam mana nak tegur orang yang lebih tua daripada kita?? Susah jugak ni kan... Silap tegur boleh kene terajang kita nanti.. haha..!! Macam komik kat atas nuuu... Jadinya, aku nak kasi tips camne nak tegur orang lebih tua dari kita supaya tak jadi salah faham atau terasa hati... Sekali lagik aku amek sumber rujukan dari team Tarbiah Sentap untuk kita sama-sama hayati dan praktikkan.. hehe.. TQ Team Tarbiah Sentap kerana memberi teguran yang sentiasa menyentap hati nurani.. hikss.. 

Jom tengok tips yang diberi...



Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri?

---

1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..

Kena cakap face to face..
Kena bagi "ceramah" pada mereka..
Kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..

Tak semestinya..

Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..

Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..

Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..

Dakwah ni seni..

Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !

Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia.. Tu bengong namanya..



2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL.. Saya ulang balik, kena ada SKILL..

ELAKKAN untuk tegur DIRECT..

Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "Mak, pakai tudung la.. aurat tu.."

Sebab apa?

Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,

"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."



3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?

(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni..

Contohnya :-

Korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?

Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru), 
"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."

Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri... 

Saya bagi panduan umum je..


(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI..
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..

Contohnya :-

"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."

Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang


(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH...

Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...

Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la,

"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."

Ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang.. dan korang SELITKAN NOTA kata situ, contohnya korang tulis,

"Semoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."

Atau apa-apa jua lah yang korang rasa sesuai..


(4) Tegur dalam bentuk SURAT...

Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan.... Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..

Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. Dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang dengan harapan mereka baca.. 


(5) Tegur guna ORANG KETIGA..

Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka.. Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..



4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang praktikkan..atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..

DAN PALING PENTING SEKALI..

Korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..

Doa SUNGGUH-SUNGGUH.. Nangis-nangis....

Seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai nangis-nangis, khusyuk, sampai termimpi-mimpi..

Kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis-nangis, khusyuk dan termimpi-mimpi mak ayah korang dapat hidayah?

Wallahu'alam

Read More

Sentap ohhh - Mesti Baca!!

Thursday, May 19, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Korang mesti baca ni..!! 




SELOKA SUKA SUKA TAPI BISA 

Ngumpat banyak-banyak... Rancak.. 
Dakwah banyak-banyak... Muak! 

Hal mengarut... di respond.. 
Hal islamik... di postponed! 

SALE dunia... hiruk pikuk!.. 
SALE akhirat... owh sibuk!

Majlis hu-ha... eh mestilah.. 
Majlis ilmu... ermm tengoklah!

Novel... hari-hari khatam.. 
Buku agama... arghh susah nak paham!

Ubatan Barat... a must buy.. 
Ubatan Sunnah... err tak sesuai!

Jurnal Oxford... terima melulu... 
Quran & Hadis... kena kaji dulu!

Jualan murah... beli cepat kang tarikh tamat.. 
Sedekah amal jariah... esok-esok pun sempat!

Shopping... biar mahal asal kualiti... 
Sedekah... biar sikit asal ikhlas hati!

Masa lapang... tengok TV... 
Serabut pikiran... baru nak ngaji?

Hidup... hanya sekali... 
Abih mati... ada banyak kali ke?

Tak sedar-sedar jugak!! 😞

Adehh..!! 



Disamping tu... Jangan lupa belajar ABC - Z balik ye...


A - Allah
B - Beri kita hidup
C - Cuma seketika
D - Di dunia ini...
E - Elok kita muhasabah
F - Fikir akan akhir hayat
G - Gerbang akhirat pun
H - Hampir tiba
I - Inilah hakikat hidup
J - Janji Allah itu pasti
K - Kalimah syahadah
L - Lailaha Illallah
M - MuhammadurRasulullah
N - Nak di ucap tak pasti
O - Orang muda atau tua
P - Pasti merasai mati
Q - Qualiti Iman jaminan syurga
R - Rasulullah s.a.w sabda :
S - Siapa ucap jaminannya syurga
T - Tapi..jika gagal...
U - Untuk mereka adalah neraka
V - Visi kita adalah akhirat
W - Walaupun dunia dpn kita
Y - Yang pasti semua akan tinggal...
Z - Zalimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Peace..!!
Read More

Pengorbanan Seorang Adik Buat Seorang Kakak

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Uh.. Mata masuk habuk pagi ni... Cerita  ni lama dah sebenarnya aku simpan dalam hp aku... Tapi baru pagi ni aku baca... Perghhh... Memang mata masuk habuk la... Sebelum ni tak berkesempanan nak baca... Sungguh tersentuh jalan cerita nya.. Boleh dijadikan pengajaran buat kita... Kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya... Kasih sayang yang tak boleh didapati dimana-mana... Sebab kisah ni sangat memberi inspirasi, aku nak abdikan kisah ni dalam blog aku... Boleh la korang juga memasukkan habuk ke dalam mata korang... haha!!...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai..

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut;

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... Sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa dengan kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... Aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.. 

Semoga bermanfaat perkongsian ini.

Pengorbanan sekecil mana pun, pasti diingati.. dikenang.. Janganlah berharap balasan semahal mana, kerana yang sikit itu sebenarnya itulah yg bernilai besar..

Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

❤❤❤❤❤❤❤❤

kenapa? mata masuk habuk ke?....
Read More