Top Social

Image Slider

Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah

Friday, September 07, 2018
Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah |  Baru-baru ini viral satu Malaysia tentang keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas dua orang wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis (Lesbian)... Hukuman sebat seumpama ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia terhadap pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Syeksyen 59(1) Enakmen Yang Sama Kerana Musahaqah (Lesbian).

Rentetan dari kontrovesi yang berlaku ini, timbul pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia... Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga yang memberi reaksi negatif.. Reaksi negatif itu mungkin disebabkan kurangnya pemahaman orang ramai terhadap pelaksanaan hukuman tersebut..

Jom sama-sama faham akan prosedur hukuman sebatan bagi pesalah syariah kerana Musahaqah ini.. Boleh rujuk info-grafik kat bawah ni ye..


Jika diteliti prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah ini, ia ternyata berbeza daripada hukuman sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Sivil kerana ia lebih lembut dan ringan berbanding sebatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil.. Cara sebatan yang dilakukan adalah dengan pukulan yang sederhana menggunakan rotan yang kecil dan tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit pesalah..

Tujuan hukuman ini dijalankan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar mereka menginsafi perbuatan yang bercanggah dengan hukum agama yang telah mereka lakukan.. Oh ya, hukuman ini dijalankan di dalam dewan sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang.. Ini sekaligus dapat memberi pengajaran juga kepada mereka yang menyaksikannya..

Moga kita semua juga mengambil pengajaran dari kejadian ini dan sekaligus dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.. Insyaallah..


Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Friday, December 15, 2017
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Tarikh bagi  Bayaran Khas Tahun 2017 untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara telah diumumkan.. Kebetulan pulak tarikh bayaran  tersebut dibuat sebelum tarikh ayah mertua aku berangkat ke tanah suci Mekah.. Jadi, dah tak perlu runsing pasal modal nak hantar beliau nanti... Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan olehNYA.. 

bonus 2018, bonus 2017, bayaran khas tahun 2017, bonus kakitangan kerajaan, bantuan khas 2018
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

13 Disember 2017, Pekeliling bagi Bayaran Khas Tahun 2017 telah pun dikeluarkan dan tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 adalah pada 08 Januari 2018.. Bagi penjawat awam akan menerima sebanyak RM1,000 manakala bagi Pesara Kerajaan pula akan menerima RM 500.. Alhamdulillah rezeki tahun ni lebih sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni.. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, pastinya sangat mengharapkan bantuan khas ini kan, bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.. Haaa korang yang tak de anak sekolah tu, apa plan korang? Nak guna duit tu untuk apa? Atau sebagai tabungan untuk masa hadapan?

Hurmm bagi aku pula, dengan duit RM1000 yang bakal aku terima nanti, aku nak bayar hutang piutang aku seperti Cukai Tanah tanpa sedar yang dah 2 tahun tak berbayar... Adeh.. Kenapalah aku cuai sangat yek.. Cukai Pintu yang masih tertunggak tu pun aku nak settle semua sekali supaya tak mengganggu fikiran aku ni.. Haha.. Selebihnya, aku nak buat back up untuk hantar ayah mertua pergi umrah nanti... Bila hutang settle, barulah boleh hidup tenang dan bersenang lenang tanpa perlu fikir apa-apa dah pasal hutang..  Tak gitu? Haha... Serius weh, kalau berhutang ni rasa semak otak..

Ok, kalau korang nak tengok Pekeliling Bayaran Khas Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh JPA pada 13 Disember 2017 yang lalu, korang boleh klik SINI ye..


Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Monday, October 30, 2017
Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS  |  Dalam era teknologi yang serba canggih ini dan zaman maklumat di hujung jari, pencarian dan penyampaian maklumat secara cepat dan tepat adalah penting.. Ia dapat menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan semua pihak di samping memberikan kemudahan untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secara online dengan memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

saps ibu bapa, sistem analisis peperiksaan sekolah, kementerian pendidikan malaysia, saps, semak keputusan peperiksaan, keputusan peperiksaan online
Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS 

Apa itu SAPS Ibu Bapa?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online.. Sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD..

Aku yakin ini adalah satu berita baik buat ibu bapa diluar sana terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya masa untuk melihat atau mengambil keputusan anak-anak di sekolah.. Betul tak? Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan anak-anak secara online sahaja.. Tak perlu lagi ke sekolah.. Hanya perlu berada di depan PC mahupun smartphone dah boleh mengetahui dan memantau perkembangan prestasi pelajaran anak-anak... Sangat mudah kan.. Segalanya hanya di hujung jari sahaja.. Jimat masa dan tenaga.. Dah tahu cara semak? Haa kalau belum tahu, jom lihat cara semaknya..

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa

Ok, sebelum aku ajarkan cara semakan aku nak maklumkan terlebih dahulu bahawa semakan keputusan peperiksaan secara online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6 dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sahaja.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.. Keputusan bagi ketiga-tiga peperiksaan awam ini hanya boleh diambil di sekolah sahaja ok!.. Jom belajar cara semak..

Langkah-langkah Menyemak Keputusan Peperiksaan Pelajar 

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1Layari laman web SAPS Ibu bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2.  Masukkan No. Kad Pengenalan/Sijil Lahir pelajar dan klik 'Cari'..


3. Pilih negeri dan klik 'Cari Di Sini' untuk cari nama sekolah.. Dah jumpa nama sekolah, klik 'Semak'..


4. Pilih tahun peperiksaan..


5. Pilih jenis peperiksaan... Seterusnya klik 'Papar Slip Keputusan' untuk lihat keputusan peperiksaan dan klik 'Papar Markah Peperiksaan' untuk lihat semua markah bagi setiap peperiksaan yang telah diduduki pada tahun tersebut..


Contoh paparan Slip Keputusan dan Analisa Markah Peperiksaan


Mudahkan.. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ni, rasanya tiada alasan lagi untuk ibu bapa beralasan tidak ada masa mengikuti perkembangan prestasi akademik anak-anak kerana sistem ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada... Janji ada talian internet.. Hehe.. 

Selain SAPS, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menubuhkan satu lagi laman web iaitu sistemkpm.com.. Mesti korang tertanya-tanya kan apa tujuan laman web tersebut ditubuhkan... Jadi, di sini aku ceritakan serba sedikit berkenaan laman web tersebut..



Sistemkpm.com merupakan sebuah forum yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem KPM... Sebelum ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan menunggu agak lama untuk mendapatkan jawapan.. Jadi, dengan adanya forum ini, segala pertanyaan yang sering diajukan tidak perlu lagi ditujukan kepada pegawai melalui email..

Nampaknya segalanya akan menjadi lebih mudah selepas ini dengan adanya forum seperti ini.. Kenapa lebih mudah? Yelah, hanya melalui forum ini segala pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan ada jawapannya.. Betul tak? Tapi apa kaitannya sistemkpm.com ini dengan SAPS Ibu Bapa? Ada kaitannya... Melalui sistemkpm.com ini juga, korang boleh dapatkan maklumat terperinci tentang SAPS Ibu Bapa... Lihat anak panah dalam gambar diatas... Itulah kaitannya.. Hehe.. Jadi, dengan hanya melayari laman web sistemkpm.com ini, korang dapat pelbagai maklumat.. Mudahkan...

Oklah, aku harap artikel ini dapat membantu dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda.. Semoga dengan adanya sistem ini, ianya akan menjadi titik tolak kepada ibu bapa dalam memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak dan lebih mengambil berat tentang pelajaran mereka.. Sekaligus dapat mengatur jadual pembelajaran anak dengan lebih baik mengikut prestasi mereka.. 


Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Thursday, September 07, 2017
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dalam erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki menjelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan dikongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Jika ada yang ternampak atau terserempak dengan beliau, jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan anda ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com






Kembara Jom Jimat Elektrik

Thursday, August 17, 2017
Kembara Jom Jimat Elektrik  |  Pada 27 Julai 2017 yang lalu seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.    

 jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
 Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan  

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik 

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.   

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan.    

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik 

Puan Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."   

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan 

"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami.
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.