Top Social

Image Slider

Showing posts with label safi balqis. Show all posts
Showing posts with label safi balqis. Show all posts

Kulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion

Thursday, July 04, 2019
Kulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion  |  Hi readerssssss!! Korang wat pe tu haaaaa!! Hehe.. Ok, kali ni sis nak story dengan korang tentang produk yang sis guna sekarang ni.. Kalau nak ikut, banyak produk yang sis guna tapinya, yang terbaru ni agak menarik dan best sangat kesannya iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion.. Jangan tak tahu ye, ini adalah produk terbaru keluaran Safi Malaysia..


Produk Safi memang produk feberet aku sejak dulu lagi.. Asal ada yang baru, mesti nak cuba sebabnya produk Safi ni memang dijamin Halal dan selamat digunakan.. So, dah tak perlu risau muka breakout lagi.. Aku guna produk Safi ni sejak sekolah lagi.. Cuma dulu tak banyak sangat variasinya macam sekarang..

Kulit Cerah Dan Lembap Dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion

Aku ni jenis pantang kalau ada perkataan 'whitening', mesti nak cuba.. Apalah punye obses ye.. Sungguhpun begitu, tak semua produk whitening ni bagus dan semua untuk kulit kita.. So, kena la jugak berhati-hati dalam memilih produk whitening ni.. Untuk produk baru keluaran Safi Malaysia ni, aku memang benar-benar yakin sebabnya setiap produk Safi memang sangat sesuai untuk kulit aku.. Jadi, aku boleh guna tanpa was-was..


Kalau korang nak tahu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni ada 2 fungsi tau iaitu sebagai penyegar dan juga pelembap.. Nampak tak betapa bagusnya produk ni.. Tak perlu nak renyah sangat, pakai satu produk untuk satu tujuan.. Itu lebih mudah dan cepat.. Kebiasaanya aku memang akan pakai penyegar dulu dan seterusnya baru pelembap.. Now, aku hanya perlu menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni sahaja dah lengkap rutin penjagaan wajah aku..

Aku memilih untuk menggunakan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni pun bersebab sebenarnya.. Disebabkan kulit muka aku mengalami masalah kekeringan sejak dua menjak ni sehingga kadang kala mengelupas, jadi inilah pilihan aku untuk menyelesaikan masalah ini.. Alhamdulillah sesuai dengan kulit aku dan masalah kulit kering pun settle.. Lagi pun, produk ni bukan sahaja melembapkan kulit malah mencerahkan kulit.. Itu yang aku suka!! Haha..

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion


Didatangkan dalam bentuk cecair yang dibotolkan dalam botol yang mudah dibawa kemana-mana.. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ini mudah menyerap ke dalam kulit, tidak berminyak dan tidak melekit.. Kebiasaan aku, bila aku pilih penyegar dan pelembap, aku akan pastikan ia tidak melekit sebabnya kulit akan tidak selesa dan cepat berminyak bila teksturnya melekit.. Serius aku tak suka!!

Firstime apply kat muka pun aku dah jatuh hati dengan produk ni sebabnya kulit aku dah tak kering dan pedih lagi.. Paling best muka rasa fresh sangat.. Nak-nak lagi time musim panas sekarang ni.. Memang memerlukan pelembap dan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni berjaya melindungi kulit muka aku dari bahang cahaya panas..

Kalau dulu aku tak pernah tahu yang penyegar dan pelembap ni adalah rutin penjagaan yang sangat penting sehingga satu hari muka aku kering teruk.. Bila dah berjinak-jinak dengan penyegar dan pelembap ni, masalah kulit kering tu memang jarang sangat berlaku.. Kalau berlaku pun, aku yang malas nak lakukan rutin penjagaan wajah dengan betul dan konsisten.. Pendek kata MALAS la.. hehe..

Kenapa Perlu Pilih Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion?

Hah, siap bersoal jawab tu.. Hehe.. Yelah, dah alang-alang produk ni memang berkesan untuk kulit muka aku, nak la jugak aku share dengan korang tentang kebaikannya.. Sharing kan is caring.. Hehe.. Kalau korang nak tahu kenapa aku pilih Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni, korang kene baca sampai habis ye entry ni.. No skip tau!!


Ok, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni merupakan gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk rutin penjagaan kulit yang ringkas namun ia mampu memberikan kesan lembapan yang optimum.. Serius beb, memang bagus sangat produk ni.. Yang mana ada masalah kulit kering tu, cubalah try ye..

Kalau korang nak tahu, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ini bertindak :-
  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan sahaja
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit unruk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis hyaluronic acid iaitu Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio-Hyaluronate, Oligo-Hyaluronic Acid dan Super Nana hyaluronic Acid
  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindungan IR.OxyWhite = Nano Oxygen + Nano BioWhite
Apa yang menarik Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite pula memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna..


Nampak tak kehebatan produk ni.. Untuk kulit aku memang sesuai dan berkesan.. Untuk kulit korang tak tahu la, yang pastinya kene cuba dulu baru tau sesuai ke idok.. Aku yakin dengan produk keluaran Safi ni sebabnya ia tiada bahan kimia berbahaya.. So, boleh guna tanpa was-was.. Yang mana ada masalah kulit kering tu, aku sangat recommend produk ni korang cuba.. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni sememangnya produk mampu milik dan kesannya superb!!

Nak kulit cerah dan lembap, cubalah Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni ye! Kalau nak dapatkan produk ni, korang boleh dapatkan di pasaraya yang berhampiran dengan korang.. Untuk info lanjut, sila layari https://safi.com.my/


Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis OxyWhite

Wednesday, March 22, 2017
Assalamualaikum wbt

Kulit Wajah Sihat Berseri Dan Cerah Sempurna Dengan SAFI BALQIS OxyWhite  |  Hamboiii panjang lebar tajuk entry kali ni ye.. Haaa ni nak cerita sikit kat korang semua.. Dedulu time-time sekolah dulu produk pertama aku untuk jaga kulit muka aku ni SAFI la... Kemaheeen mulus kulit time tu tau penangan produk SAFI ni.. Dulu SAFI BALQIS tak wujud lagi.. Sekarang SAFI dah berkembang maju dengan mengeluarkan pelbagai produk baru.. Yang terbaru SAFI BALQIS OxyWhite.. Haaa meh aku story mory kat korang tentang keistimewaan produk keluaran terbaru dari SAFI ni.. 


Sebelum aku cerita pasal produk SAFI BALQIS OxyWhite ni kat korang, aku nak terangkan sikit tentang proses pencerahan kulit wajah... Korang mesti nak tau jugak kan..  Meh baca apa yang aku nak bebelkan ni.. Haha..

Ok.. Kalau korang nak tahu proses pencerahan kulit wajah akan menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi.. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.. Tambahan pula, ramai yang tak sedar, sinaran IR (Infra-Merah) daripada matahari dan benda berbahang boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap..

Haaa korang dah tahukan serba sedikit tentang proses pencerahan kulit wajah kan.. Oleh sebab itu lah, SAFI iaitu sebuah jenama HALAL No.1 Malaysia ini telah memperkenalkan formulasi baru dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI BALQIS yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna.. Kelahiran baru dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite..

Korang nak tahu kenapa SAFI memperkenalkan produk terbarunya ini? Sebabnya SAFI memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah sihat berseri dan cerah sempurna... Hah gituuu!!

Jom ikuti apa kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman tentang produk terbaru keluaran SAFI ini..

Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BAlQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baru SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.
Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI "Selamat dan Suci". Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa.

Kata beliau lagi,

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano BioWhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan  oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit lebih sihat berseri dan cerah sempurna. 
Bukan sekadar menggabungkan 2 jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mempu menanggalkan solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindungan IR bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap. 

Itulah kata-kata dari Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman... Banyak kelebihan produk SAFI ni tau.. Paling penting HALAL, SELAMAT DAN SUCI..  Okeh, sekarang jom layan cerita aku tentang keistimewaan setiap produk SAFI BALQIS OxyWhite pula..


Formulasi baru SAFI BALQIS OxyWhite ini hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baru ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden dan menarik. Logo baru ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.


SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
( Kawalan Minyak & Jerawat )

Saiz Pek & Harga
50g  :  RM 7.30
100g  :  RM 12.30

Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak :-

⇝ Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
⇝ Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoran yang
terkumpul di dalam liang pori kulit
⇝ Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
⇝ Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat



SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar

Saiz Pek & Harga
100g  :  RM 10.90

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak :-

⇝ Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
⇝ Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
⇝ Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

Saiz Pek & Harga
45g  :  RM 20.20

Pelembap Gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam ini bertindak :-

⇝ Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
⇝ Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
⇝ Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
⇝ Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
⇝ Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Ada banyak lagi sebenarnya variasi produk dibawah SAFI BALQIS OxyWhite ni.. Untuk kali ni aku story 3 produk ni dulu la ye.. hehe.. Kalau korang nak tahu produk apa lagi yang ada boleh tengok gambar kat bawah ni... Memang banyak jenis.. Mengikut jenis kulit korang..


Banyakkan... Hehe.. Ok la, kalau korang nak dapatkan rangkaian produk SAFI BALQIS OxyWhite ni, korang boleh dapatkan produk ini di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya dan pasaraya hiper utama.. So, lepas ni korang bolehlah terjah pasaraya berhampiran korang ye untuk dapatkan produk ni.. 

Untuk keterangan lanjut mengenai jenama SAFI ini, sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube


Baca juga :