review
Showing posts with label review. Show all posts

Flight to Kuala Lumpur Y’alll

Monday, February 18, 2019

9 comments
Flight to Kuala Lumpur Y’alll  |  Hi guys, korang buat apa je tu? Ada rasa nak keluar bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga tak? Mesti seronok kan kalau dapat keluar bercuti dekat tempat yang best-best. Tak kisahlah tempat yang korang pergi tu dalam negara je ataupun luar negara. Tapi apa yang paling penting, apabila kita pergi bercuti kita dapat buang rasa stress dalam diri kita tu.. Betul tak? Kita mesti akan enjoy dan tempat yang kita pergi tu mesti akan berikan kita kenangan yang menyeronokkan dan pasti akan kita ingat sampai bila-bila. Aku yakin, korang juga mesti ada tempat yang korang suka kan contohnya, ada orang suka pergi bercuti dekat tempat yang ada pantai, bercuti dekat bandar yang cantik dan banyak lagi tempat yang menarik. Bercuti ni adalah salah satu cara nak reward diri korang and bercuti juga boleh membuatkan korang ada perspective baru dari pelbagai pengalaman yang korang lalui.

foto : google
Bila korang travel ni tak kisahlah korang naik bas ke, keretapi ke ataupun kapal terbang. Benda yang paling wajib korang kena ada, adalah tiket. Kalau takda tiket transportation yang korang nak naik nanti, confirm korang tak boleh pergi. Contohlah korang ambil kapal terbang sebagai korang punya transportation untuk travel. Jadi, cara korang nak dapatkan tiket, ada dua cara. Satu, korang boleh dapatkan tiket di kaunter tiket di airport. Dua, korang boleh access secara online. Yang pastinya, beli secara online adalah lebih mudah dan cepat. Ini tak bermakna yang cara pertama itu tak membantu, cumanya cara ni akan ambil masa yang agak lama kerana korang kena pergi ke airport lepas tu tanya dengan lebih details. Apa yang bezanya dengan beli online adalah korang boleh dapatkan tiket hanya dari rumah dan semua yang korang nak tahu semua dah ada dekat situ.

foto : google

Bila korang guna kapal terbang, benda yang korang kena consider adalah, syarikat penerbangan mana yang patut korang pilih. Bagi pendapat aku, korang boleh cuba Scoot Airline. Scoot Airline juga ada provide servis online melalui website dorang dimana korang boleh book scoot flight dekat website dorang je. Zaman sekarang ni semua urusan guna online servis. Nak pergi ke website airline ni senang je sebenarnya, korang cuma perlu buka google then tulis scoot airline. Link first yang keluar tu, korang klik and korang akan nampak website scoot airline. Dari sini korang boleh nampak ada satu section yang korang boleh booking tiket terus. Cara nak booking pun senang je uollsss, korang cuma masukkan tarikh bila korang nak bertolak dan bila korang nak balik, tempat korang nak pergi and last sekali berapa orang passenger yang akan ikut serta.


Korang boleh travel guna airline ni untuk ke Kuala Lumpur. Jadi bila korang buka website scoot airline tu, dekat bahagian destination korang boleh search flights to Kuala Lumpur. Lepas tu, jangan lupa masukkan tarikh korang nak bertolak and bila korang nak balik. Proses yang korang kena buat adalah sama yang macam ditulis seperti yang diatas. Tak lupa juga nak ingatkan yang kalau korang bernasib baik and kena pada waktunya, korang boleh dapat harga yang lebih murah sebab scoot airline ni selalu jugak buat promotion. Jadi korang kena alert lah and manalah tahu, korang boleh dapatkan tiket yang jauh lebih murah. 

foto : google

Usually, bila korang beli tiket flight ke Kuala Lumpur, korang akan mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).  Airport ni juga ada provide korang shopping mall dimana korang boleh beli belah macam-macam benda dekat situ. One more thing, dekat situ juga ada satu tempat nama ‘duty-free zone’ dimana korang boleh dapatkan barang tanpa cukai. Obviously harga barang dekat situ akan lebih murah dari biasa.

foto : google

Selain dari tempah tiket, kalau korang nak cari tempat untuk berehat, dengan website ni jugak korang boleh tempah hotel sekali. Cool kan? Korang boleh tempah dua benda dalam satu masa. And lagi satu korang dah tak payah nak serabut-rabut nak cari bilik dah bila korang dah sampai tempat yang korang tuju tu. Jangan lupa dapatkan tiket korang and rancang percutian korang dengan baik!


Read More

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Saturday, February 16, 2019

4 comments
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan  |  Masa zaman remaja aku dulu, muka aku ni tak pernah lekang dengan masalah jerawat.. Muka memang tahap breakout teruk sangat.. Macam-macam cara jugak aku cuba untuk rawat jerawat aku masa tu.. Almaklumlah time tu aku kurang pendedahan dengan produk yang bagus untuk rawat jerawat ni.. Yang aku terfikir time tu hanya perlu buat rawatan facial sahaja.. Itupun tak membantu.. But now, dah tak perlu risau lagi dah sebabnya di pasaran sekarang banyak produk yang berkualiti dan mampu merawat masalah jerawat dengan berkesan termasuklah produk klinikal ni iaitu DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System..

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Kalau korang nak tahu, DR. WU Clinical Skincare ni sangatlah femes di Taiwan.. DR. WU merupakan jenama penjagaan kulit terkemuka di Taiwan yang dilancarkan pada tahun 2003 oleh dermatologi terkenal, Dr. Ying Chin Wu bersama anak sulungnya, Eric Wu. Dengan pengalaman klinikal yang luas dan kajian menyeluruh mengenai struktur kulit dan rumusan berdasarkan preskripsi doktor, DR.WU telah mencipta satu produk penjagaan kulit berteknologi tinggi untuk kulit sensitif.

Dengan produk ini, kita akan dapat menikmati penjagaan kulit sama seperti mempunyai doktor melakukan rawatan perubatan di rumah, mengekalkan kulit yang sempurna melalui cara yang paling mudah namun berkesan. 

Skincare ni ofkos sangat bagus kerana semua barisan produk DR. WU adalah mesra kulit, no alcohol, no additives, paraben free dan memberikan hasil yang terbukti secara klinikal untuk kulit yang sihat dan cantik.. Jadi, kalau nak guna skincare ni, korang dah tak perlu risau akan kesan sampingannya.. Sebenarnya, DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System ni bukan sahaja boleh digunakan oleh mereka yang bermasalah jerawat tetapi sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang rapuh dan terlalu lembut disebabkan baru membuat pembedahan plastik.. 

Orite, untuk set Aekni : 17 Anti-Ance System ini terdiri daripada :-
  • Gentle Cleansing Gel With Niacinamide - ance (150ml / RM125.00)
  • Deep Clarifying Cleanser With Activated Charcoal - oily
  • Pore Clarifying Toner With BHA (150ml / RM149.00)
  • Oil Control Lotion With Ceramides (50ml / RM149.00)
  • Intensive Blemish Spot Treatment With BHA (15ml / RM199.00)

Kawalan Minyak 3+1 Melindungi Kulit Daripada Jerawat

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

DR. WU New Anti-Ance system ini sebenarnya memperkenalkan langkah mudah 3+1 untuk memulihkan kembali kulit menjadi sihat, seimbang dan bersih.. Langkah mudah tersebut adalah :-

Step 1 : Mild Cleansing

Ini merupakan langkah asas untuk penjagaan kulit. Gentle Cleansing Gel With Niacinamide mengandungi formula bebas berasaskan asid amino, yang secara amnya dapat menghilangkan minyak yang berlebihan, tambahan pula dengan penambahan Gel Chamomilla dan Gel Aloe Barbadensis membantu menstabilkan keadaan kulit dan memberikan sensasi penyegaran tanpa rasa kekeringan.

Step 2 : Tone and Treatment

Ini adalah langkah yang membantu memulihkan keadaan kulit dan menyerap produk skincare. Pore Clarifying Toner With BHA menggabungkan mandelic acid dan salicylic acid untuk menghapuskan jerawat secara berkesan, manakala dos vitamin B3(Niacinamide) dan B5 (Panthenol) juga telah ditambah untuk mengurangkan keradangan dan pembaikan kulit. Untuk menggunakan toner ini, korang boleh guna tangan sahaja atau menggunakan kapas muka untuk tindakan lebih berkesan.

Step 3 : Oil Control and Moisturization

Langkah ini untuk mengembalikan keseimbangan oil-water merupakan langkah yang terpenting untuk merawat masalah sebum. Oil Control Lotion With Ceramides mengandungi Puramex Zn dan Sebaryl untuk membantu mencegah pengeluaran minyak yang berlebihan di T-zone. Selain itu, larutan ini mengandungi ceramida yang menjadikan kulit lembap pada keseimbangan oil-water untuk pembaikan keseluruhan.

Step 4 : Special Care - Spot Treatment

Lastly, untuk "spot treatment" jerawat yang meradang.. hehe.. Intensive Blemish Spot Treatment With BHA merupakan anti-ance dan anti-bakteria yang mengandungi vitamin B3(Niacinamide), sulfur dan tranexamic acid yang pekat untuk melegakan ketidakselesaan, menghilangkan jerawat dan mencegah parut. 

Dengan menggunakan set skincare DR. WU ni, korang dah boleh ucapkan selamat tinggal kepada muka berminyak dan jerawat.

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Ok, untuk kali ni aku memilih untuk mencuba 3 produk DR. WU iaitu Gentle Cleansing Gel With Niacinamide, Pore Clarifying Toner With BHA dan juga Intensive Blemish Spot Treatment With BHA.. Ambil yang betul-betul perlu sahaja dahulu.. hehe.. Setiap satu produk ni mempunyai kelebihannya. Nak tau apa kelebihannya? Jom aku cerita..

Kelebihan Dr. Wu Aekni:17 Anti-Ance System

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

1. Gentle Cleansing Gel With Niacinamide

Pembersihan dan kesan antibakteria yang hebat dengan pencuci ringan dan non-detergent cleanser.
  • Asid yang berasaskan Asid Amino yang sangat ringan tetapi boleh menghilangkan cuticle yang berlebihan, menghalang penyumbatan lian-liang sebum tanpa menghilangkan kelembapan penting dan sesuai untuk kulit sensitif.
  • Vitamin B3, Chamomile dan ekstrak aloe yang melegakan kulit dan mengurangkan tanda yang ditinggalkan oleh kecacatan.
  • Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Cara Guna : Picit di atas tangan dan urut di atas muka. Kemudian bilas dengan air suam.


DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

2. Pore Clarifying Toner With BHA

Mengawal rembesan sebum dan membersihkan liang yang tersumbat untuk melegakan dan menenangkan kulit.
  • Alcohol free dan oil cut toning treatment dengan ringan tetapi tekstur pelembap
  • Cepat mengawal rembesan sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan untuk mencegah liang tersumbat.
  • Mandelic Acid, Niacinamide dan Panthenol, menjadikan kulit sihat dan menghasilkan kulit yang lebih jelas dan licin.
  • Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Cara guna : Sapukan ke muka dan leher dengan lembut dan pergerakan bulat yang lancar. Gunakan setiap hari pada waktu siang dan malam.


DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

3. Intensive Blemish Spot Treatment With BHA
  • Penyelesaian yang terbukti secara klinikal berkesan membersihkan cela dan mengurangkan parut.
  • Mengandungi potensi Niacinamide (B3) dan Tranexamic acid yang tinggi untuk mengeluarkan tona kulit dan mengurangkan parut  yang tinggal.
  • Tekstur serum yang unik dan ringan untuk kulit sensitif. Boleh digunakan setiap hari dan bila-bila masa. Apabila digunakan setiap hari, hasilnya dapat dilihat dalam masa 3 hari.
  • Aekni:17, menyediakan rawatan lengkap untuk kulit berjerawat
DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Cara guna : Guna sejumlah kecil ke kawasan yang dirawat dengan lapisan nipis. Gunakan satu hingga tiga kali sehari.


Dapatkan DR. WU Skincare Untuk Rawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

DR. WU Clinical Skincare - Aekni : 17 Anti-Ance System Untuk Merawat Masalah Jerawat Dengan Berkesan

Apa lagi yang korang tunggu tu.. Jom pakat dapatkan produk skincare DR. WU ni sekarang.. Kat mana nak dapat produk DR. WU ini? Haaa biasanya aku akan dapatkan produk DR. WU ni di outlet Watsone yang berhampiran dengan aku.. Kalau korang rasa nak cuba produk ni, korang boleh usha dekat Watsons ye.. Lebih mudah nak tengok depan mata kan.. 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-

Instagram

#drwumalaysia


Read More

Gincosan Membantu Menguatkan Daya Ingatan dan Tingkatkan Kesihatan

Thursday, February 7, 2019

5 comments
Gincosan Membantu Menguatkan Daya Ingatan dan Tingkatkan Kesihatan  |  Sebagai wanita bekerjaya memang tak lepas dari merasa kepenatan seharian bekerja.. Bukan sahaja badan terasa letih tetapi mental juga kepenatan dek kerana seharian menggunakan otak untuk berfikir bagi melunaskan kerja-keja di pejabat.. Tak terhenti disitu sahaja, sebaik sesampai di rumah, otak mula bekerja pula untuk urusan keluarga dan menulis blog di tengah malam dimana memerlukan aku berfikir secara total untuk menyiapkan entry.. Kadang kala sampai satu tahap, aku susah nak fokus dalam satu-satu kerja yang aku lakukan dan selalu cepat lupa..


Penyakit pelupa ni agak merisaukan aku sebabnya ia boleh mengganggu prestasi kerja aku.. Berusaha jugaklah aku mencari supplement yang bagus untuk mengatasi masalah aku ni dek kerana risau jadi lebih teruk.. Alhamdulillah lepas kenal Gincosan dari Ginsana ni aku dah tak perlu risau agik sebabnya supplement ni dapat membantu menguatkan daya ingatan dan tingkatkan kesihatan.. 

Apa itu Gincosan?

Gincosan merupakan kombinasi yang unik dari dua ekstrak tumbuhan semulajadi iaitu ekstrak Ginkgo Biloba GK501 dan ekstrak Ginseng Panax C.A Meyer G115 dimana ia secara aktif menyokong daya ingatan, meningkatkan fungsi kognitif dan mengelakkan keletihan mental.. Selain itu juga, ia mampu meningkatkan prestasi mental dari segi fokus, konsentrasi dan ingatan.. Ujian secara klinikal menunjukkan bahawa gabungan ginkgo dan ginseng lebih berkesan daripada ekstrak ginkgo biloba sahaja. Ginkgo berfungsi meningkatkan bekalan oksigen ke otak manakala ginseng pula meningkatkan penggunaannya oleh sel-sel otak.


Gincosan juga digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran darah serta untuk kesihatan keseluruhannya.. Gincosan adalah pilihan terbaik untuk mereka yang bekerja yang inginkan meningkatkan prestasi mental atau mencegah masalah ingatan yang berkaitan dengan usia seperti kekurangan kepekaan dan kekurangan kewaspadaan atau 'kebencian' mental contohnya pelajar, ahli perniagaan dan sebagainya..

Manfaat Gincosan
  • Meningkatkan fungsi kognitif terutamanya yang berkaitan dengan ingatan dan prestasi mental seperti keupayaan mental dan ketahanan
  • Mengelakkan keletihan mental dan meningkatkan pengekalan maklumat
  • Mengatasi kurang tumpuan dan kurang perhatian
  • Mengurangkan kelalaian


Bahan Utama Gincosan
  • Ekstrak Ginkgo Biloba GK501
  • Ekstrak Ginseng Panax G115

Cara Pengambilan Gincosan


Gincosan ini didatangkan dalam bentuk kapsul gelatine yang boleh didapati dalam botol kaca untuk 30 biji dan dalam bentuk pek untuk 30, 60 atau 100 biji.. Gincosan sesuai untuk rawatan jangka panjang. Untuk yang aku ni, satu kotak mengandungi 60 kapsul untuk penggunaan selama sebulan. Cara pengambilan Gincosan ini adalah seperti berikut :-
  • Untuk dos harian yang disyorkan adalah 2 kapsul setiap hari iaitu satu kapsul selepas breakfast dan satu kapsul lagi selepas lunch.
  • Sebaiknya ambil kapsul bersama segelas air masak. 
  • Adalah disyorkan untuk mengambil Gincosan sekurang-kurangnya selama empat minggu.

Dah hampir sebulan lebih aku consume Gincosan ni.. Alhamdulillah, sekarang aku lebih fokus, emosi juga agak stabil berbanding dulu, daya ingatan pun dah semakin baik kalau dulu asyik lupa aje dan setiap hari aku lebih bertenaga... 


 Tahukah Anda?

Oksigen adalah sumber tenaga bagi otak. 20% daripada semua oksigen yang diambil oleh badan akan digunakan oleh otak. Malah pengurangan bekalan oksigen yang kecil boleh menjejaskan kecekapan otak. Rangsangan mental, senaman fizikal dan udara segar dapat mengatasi masalah ingatan dan fokus.

Bagaimana Untuk Dapatkan Gincosan?


Bagi korang yang mempunyai masalah yang serupa dengan aku, bolehlah try Gincosan ni.. Gincosan ini boleh didapati dengan harga RM204 untuk satu kotak yang mengandungi 60 biji kapsul.. Kat mana nak beli? 

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Korang juga boleh dapatkan Gincosan secara online di Shopee.
Klik ⇶ SINI


Read More

ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar

Sunday, February 3, 2019

3 comments
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar  |  Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya  berbau kopi atau teh?

Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan.

Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan senyuman yang menawan dan nafas yang segar?


ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1  di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.

ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang  tidak mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.

Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan nafas serta membantu mengurangkan bau nafas  kopi dan teh yang kurang menyenangkan.



ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada masa yang sama  melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.

Penilaian klinikal  mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi  selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.


Kebanyakan rakyat Malaysia  merupakan penggemar kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang lebih yakin.

ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.


Read More