resepi
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!

Thursday, April 29, 2021

10 comments
Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!  |  Tengok bendi yang dok lepak dalam peti ais tu, rasa teringin lak nak makan bendi.. Tapi tataw nak masak apa.. Biasa masuk bendi dalam singgang jerk... Bila fikir balik, teringat lak menu bendi goreng kat kedai Asam Pedas Ikan pari tu.. Huhu.. Sedapnya.. Lama tak makan.. So, bendi dah ada dalam peti ais.. Dah teringin nak makan, kita buat sampai jadi.. Kali ni kita cuba masak Bendi Goreng Telur pulak.. Biasa masak Kacang Panjang goreng telur.. Hehe..Serius, tak pernah cuba lagi masak menu ni.. Ini firstime cuba. Hiks..

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!

Caranya tak susah mana pun.. Sama jerk aku masak kacang panjang goreng telur tu.. Cumanya adalah satu dua bahan tambahan tu.. Pape pun ia masih Resepi Bendi Goreng Telur yang ringkas tapi sedap.. Jom cuba..

Resepi Bendi Goreng Telur

Bahan-bahan :-

  • 10 biji bendi - dipotong serong
  • 2 biji telur - dipukul (aku pecahkan terus dalam kuali) hehe..
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa
Bahan kisar :-

  • 3 biji lada besar - buang biji ye..
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Resepi Bendi Goreng Telur Yang Ringkas Tapi Sedap!

Cara memasak Bendi Goreng Telur
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau
  2. Masukkan bendi dan kacau rata..
  3. Seterusnya masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa..
  4. Bila bendi dah separuh masak, ketepikan sedikit dan pecahkan telur disebelahnya..
  5. Biarkan telur masak barulah kacau..
  6. Biarkan seketika sehingga sedikit kering dan bolehlah tutup api.. 

Mudah sangat resepi ni.. Lagi pun, goreng macam ni memang membuka selesa terutamanya time berbuka puasa.. Tapi masak tu jangan sampai bendi tu terlalu masak ye.. Nanti dah lembik tak sedap makan.. Okla, selamat mencuba..!!




Read More

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang

Wednesday, April 28, 2021

4 comments
Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang  |  Assalamualaikum.. Hi korang... Jumaat baru ni aku dah start kerja macam biasa balik.. Nak ambil mood kerja balik tu makan masa sikit sebabnya sekarang ni dah kena ubah norma kebiasaan kepada norma baru kehidupan.. Moga segalanya dipermudahkan.. Insyaallah.. Semalam adalah hari paling kritikal bagi aku sampaikan balik kerja tu dah tak larat nak masak.. Haha.. So, hari ini adalah hari cuti, bolehlah kembali memasak seperti biasa.. Hari ni menu berbuka agak simple dengan dua menu sahaja iaitu Masak Lemak Pucuk Paku Udang dan aku goreng ikan Aya.. 

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang

Al-kisahnya, tengahari semalam aku ada la pergi ke Jaya Gading untuk beli sedikit barang keperluan.. Kebetulan ada adik tu bukak meja jual pucuk paku kat tepi jalan tu.. Lama dah teringinnya nak makan pucuk paku ni.. Cuma agak susah nak jumpa orang jual.. Takan nak pergi pasar semata-mata cari pucuk paku.. Tak berbaloi pulak.. Dah kebetulan ada depan mata, terus je berhenti dan beli 2 ikat.. 

Nak dijadikan cerita, selepas je aku beli pucuk paku dengan adik tu dan ke kereta aku lihat semua pucuk paku yang banyak bertimbun tadi dah licin atas meja.. Eh! cepatnya habis.. Ajaib.. Pastu aku tengok ada kenderaan Penguatkuasa depan meja dorang.. Oh! patutla.. Dorang bergegas-gegas simpan dan angkat meja.. Takut disaman.. Alahai, kesiannya.. Nasib baiklah aku sempat beli.. Dapatlah merasa Masak Lemak Pucuk Paku Udang ni.. Hehe.. Moga urusan adik tadi dipermudahkan.. Moh le aku share resepi Masak Lemak Pucuk Paku bersama Udang...

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang


Bahan-bahan :-

  • 1/2 kilo udang (kalau ada udang galah lagi best.. hehe)
  • 1 ikat pucuk paku (kalau sikit guna 2 ikat)
  • 1 susu kecil garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk tambah warna sahaja)
  • 1 kotak santan (campur dengan air)

Bahan kisar :-

  • 2 biji lada merah (aku guna satu je sebab lada besar gedabak)
  • 6 biji cili padi (5 biji hijau dan sebiji merah) - ikut kepedasan masing-masing
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 inci kunyit hidup

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang

Cara memasak Masak Lemak Pucuk Paku Udang
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk.. Tumis bahan kisar dan sedikit serbuk kunyit sehingga masak..
  2. Next, masukkan santan, air secukupnya dan udang.. Sentiasa kacau supaya santan tidak naik minyak.
  3. Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, garam dan serbuk perasa..
  4. Masak seketika dan bolehlah ditutup api..

Memang mudah gile masak resepi ni.. Rasa pun sedap.. Tapinya masak pucuk paku tu jangan terlebih sangat ye.. Kalau lembik sangat dah tak sedap.. Selamat mencuba Resepi Masak Lemak Pucuk Paku Udang yang mudah lagi sedap ni....!



Read More

Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat

Saturday, April 17, 2021

2 comments

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat | Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia, lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan.

Ayam Brand ™ memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak dulu namun amat sibuk dengan gaya kerja, dan risau dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. Sesetengahnya pula tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan buka puasa. Kelapa segar umum diketahui sangat bagus tetapi proses mengekstrak santan sememangnya mengambil masa yang begitu lama.

Ayam Brand telah™ pun menyediakan santan kelapa yang enak, sihat dan mudah untuk didapatkan sejak beberapa dekad yang lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu.

Anda boleh menggunakan Santan Ayam Brand™, Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak) bergantung kepada citarasa anda.

Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad supaya anda boleh menggunakan hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi resipi santan yang sama.

Sekiranya anda gemar berkunjung ke bazar Ramadan, anda pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran anda tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Pencipta resipi Ayam Brand™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh anda cuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak melalui kerjasama dengan pakar pemakanan.

Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan hidangan nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim, diperbuat daripada Santan Ayam Brand™.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni! Jangan lupa sertai pertandingan Ayam Brand Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ambil gambar masakan anda yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #santanayambrand. Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.

1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas

Anda hanya memerlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja! Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.

Tips Sihat

Anda boleh mengurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan digantikan dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut. Jika anda ingin kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.

2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas) 

Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.

Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.

Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai untuk Sahur!

Tip Sihat

Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

3. Bubur Pulut Hitam


Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Anda boleh membuatkannya mengikuti citarasa anda.

Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.

Tip

Jika anda memiliki periuk tekanan, anda boleh mengurangkan masa penyediaan juadah ini. Anda juga boleh memanaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Kita boleh juga memakai alat-alat elektrik yang lain untuk memasak. Anda juga boleh menyediakan hidangan ini dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa buka puasa atau sahur pada hari lain.

4. Kuih Seri Muka Labu

Kuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.

Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand™. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.

Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.

Tip Sihat

Guna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, anda boleh mengurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.

5. Sagu Gula Melaka

Ini merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah anda mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi.

Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.

Untuk menghidangkannya, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.

Tip Sihat

Anda boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang. Untuk rasa lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.

Begitulah caranya kami membangkitkan nostalgia! Ramadan Karim.

Dapatkan semua resipi di atas dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my 


Read More

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Saturday, April 3, 2021

14 comments
Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap  |  Sahur pertama kelmarin, aku tak tahu nak masak apa.. Bila jengok dalam peti, cuma ada ayam sahaja.. Tekak rasa nak makan sesuatu yang pedas.. Tapi bosan pulak kalau nak buat ayam masak merah.. Fikir punya fikir, on jerk la Ayam Tumis tetapi diolah sikit resepinya supaya ada kelainan pada rasanya.. Bila dah olah tu, terciptalah Resepi Ayam Tumis Paprika.. Alhamdulillah sedap!! Haha masuk bakul sila angkat sendiri.. 

Resepi Ayam Tumis Paprika Sedap

Eh kenapa tak de lobak dan kacang panjang? Hahaha.. kan aku dah cakap tadi dalam peti ais aku cuma ada Ayam sahaja.. Aku saje je isi nama resepi ni Ayam Tumis Paprika sebab aku masukkan daun limau purut dalam masakan ni.. Bila rasa, ada sikit-sikit macam Paprik.. Kire on la dengan nama tu.. Huhu.. Jom tengok resepinya.. Resepi simple jerk tau!!

RESEPI AYAM TUMIS PAPRIKA SEDAP

Bahan-Bahan :-

5 ketul ayam
Tepung Tempura Bistari
1 biji Bawang Besar - hiris
3 ulas Bawang Putih - ketuk
5 biji Lada Kecil - buang tangkai & belah 2 bahagian atas sahaja
1 biji Lada Besar (Merah) - hiris
2 sudu besar Cili Boh
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tiram
1 helai daun limau purut
Sedikit Kicap
Sedikit perasa Pasti Sedap Knorr
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-Cara :-

Goreng Ayam
  • Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistara selama 30 minit
  • Selepas 30 minit, gaulkan atau golekkan ayam perap tadi ke dalam Tepung Tempura Bistari sekali lagi
  • Goreng ayam sehingga masak
Tumis Ayam

  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih & bawang besar..
  • Seterusnya masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak
  • Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit kicap serta garam dan perasa Pasti Sedap Knorr secukup rasa.. Kacau rata..
  • Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air..
  • Kemudian, masukkan ayam, lada kecil, lada besar dan daun limau purut.. Kacau rata dan tunggu sehingga masak
  • Dah masak bolehlah dihidangkan..

Pasti Sedap Knorr Menyedapkan Lagi Masakan


Ni tip nak bagi kat korang.. Kalau nak sedapkan lagi masakan korang, pastikan korang guna Pasti Sedap Knorr barulah terangkat masakan korang tu.. Aku memang pengguna setia produk keluaran Knorr ni.. Bukan Pasti Sedap sahaja tetapi Chicken Stock dan Lime Flavoured Powder pun aku guna jugak..

Baca Sini : Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan Dengan Pengurusan Sisa Dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa


Read More