renungan
Showing posts with label renungan. Show all posts

You Are My Best Friend

Friday, May 13, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..



Kadang - kadang Sahabat yang suka belanja kita makan, 
bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit..

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, 
bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab..

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, 
bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka..

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, 
bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Sahabat..

Kadang-kadang sahabat yang selalu sms dan whatsapp anda, 
bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda..

Satu hari, 
kita semua akan terpisah, 
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada..

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing..

Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?".....

Dan.....
kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, 
lalu berkata...

"Dengan merekalah saya ada hari... yang paling indah dalam hidup saya..."


Read More

Hati Mesti Di Jaga

No comments

Assalamualaikum wbt..




Hati kena jaga
Ia adalah wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya.
Jiwa yang bersih,malaikat yang mengisinya 
Iman, ilham, pimpinan insan.
Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya
Isinya keraguan, kekufuran dan was-wasnya

Hati kena pelihara
Ia raja dalam kerajaan diri yang memerintah
Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya
Kederhakaanlah yang terjadi memenuhi kerajaan diri

Bila malaikat penasihatnya
Atau hati yang murni
Ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi memenuhi kerajaan diri yang di laksanakan oleh rakyatnya iaitu
Jawarih yang dapat di lihat oleh mata

Jagalah hati
Ia hakikat diri
Bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri.


Read More

Hidup Ini Terlalu Singkat

Tuesday, May 10, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..



S E K A D A R    R E N U N G A N

Umur kita terlalu singkat
... hingga ALLAH kurniakan  lailatul qadar untuk menambah umur amal.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat
... ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang

Hidup ini terlalu singkat
... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

Hidup ini terlalu singkat
...ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat dan tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.


HIDUP INI TERLALU SINGKAT...  JANGAN SIA-SIAKAN...

Read More

Dunia Akhir Zaman

Saturday, May 7, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..



Realiti hari ini.. 

Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak... Tetapi... Tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibubapa..... 

Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa... Makan apa sahaja... Tengok siaran tv ikut suka... Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka... Tetapi... Ibubapa tak boleh buat sesuka hati dekat rumah anak-anak.... Tak boleh masak sesuka hati... Makan apa  sahaja yang ada dalam peti ais ikut suka..... Buat apa sahaja ikut suka.... 

Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak.... Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati..... Minyak penuh, balik kosong pun ibubapa tak kisah.... Kalau rosak, semua ibubapa tanggung.. Tetapi... Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna..... Apatah lagi dengan sesuka hati.... Takut rosak lah... Takut langgar lah... Takut calar lah..... 

Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula..... Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan kembali kepada anak- anak....

Itulah bezanya ibubapa dengan anak- anak.... Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.... Tetapi...... Anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa.... Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....

Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik apabila ibubapa memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti... Tetapi... Mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka... Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibubapa... Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan... Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada... Tetapi... Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita, anak-anak tahu apa yang isteri mahukan... Tetapi... Bila ibubapa bercerita, anak-anak buat tak faham aje apa yang ibubapa mahukan...

Sesungguhnya, Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak-anak akan terasa....

Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. Insyallah.. ‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭‌‌‌‌‍‌‍‍‌😭

Sempena hari ibu ni, aku nak ucapkan...

SLMAT HARI IBU utk smua ibu kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia, terutama sekali mestilah untuk Emak kesayangan aku... Sayang Mak ketat-ketat.. Dunia & Akhirat.. Tiada galang gantinya...

Emak...

Semoga cerdikmu secerdik AISHAH...
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH...
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH...
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH..

Dan....

Moga tempatmu disyurga AL-JANNAH...

Selamat hari ibu makk.... Sayang Mak.. ❤
🌹🌹🌹🌹🌹

p/s : hari-hari adalah hari ibu...
Read More

7 Perkara Yang Boleh Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Friday, March 18, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Tergerak hati untuk buat entry berkenaan motivasi diri... Mungkin penangan daripada mesyuarat pagi tadi.. hehe.. Bila dah duduk dalam satu-satu jabatan atau organisasi, pastinya pelbagai ragam dan sikap manusia yang kita kene hadap ye tak?? Ada yang berdengki.. ada yang berdendam.. ada yang bajet gut.. Haha.. ada yang poyos.. semua lah dok ada.. tapi bukanlah kata semuanya yang buruk-buruk aje... ada jugak yang baik-baik.. Cumanya yang lebih menjadi tumpuan dan lebih kedepan untuk dijadikan cerita mulut-mulut manusia ni adalah yang buruk-buruk.. Pelik kan?? Tapi benarrrrr... Manusia lebih suka bercakap berkenaan keburukan berbanding kebaikan... Tulah yang nyata dalam masyarakat masa kini..

Okeh.. untuk slot motivasi kita pada petang ni, aku nak kasi kat hangpa berkenaan 7 perkara yang boleh membuatkan kita BERMOTIVASI di waktu pagi... Ahhh patutnya entry ni diwujudkan waktu pagi baru kena kan.. Tak pe la.. Esokkan masih ada.. Haha.. Insyaallah.. Moga dipanjangkan usia kita semua untuk berjumpa cahaya hari esok..


7 perkara OHSEM yang patut kita lakukan di waktu pagi


1.  Bersyukur
Perkara pertama yang patut dan sangat-sangatlah perlu kita lakukan di waktu pagi malah setiap saat dalam hidup kita adalah BERSYUKUR ye kengkawan. Bersyukurlah dengan nikmat tuhan yang diberikan kepada kita.. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... Kita masih punya kesempatan untuk melakukan yang terbaik untuk hari ini dan lebih baik dari hari sebelumnya. Jadi bersyukurlah..

2.  Tanam Semangat Motivasi
Bertekad dalam diri untuk sentiasa bersemangat dan bermotivasi.. Macam mana caranya?? Hah mudah aje.. Setiap pagi bolehlah latih diri untuk baca dalam seminit dua petikan atau artikel-artikel pendek berkenaan motivasi diri.. Jangan pula pepagi sampai-sampai aje pejabat terus buka newspaper ke.. email ke.. magazine ke.. bukak internet baca gosip-gosip hangat ke... tak pown berkumpul ramai-ramai buat sesi mengumpat... Sebabnya, semua tu akan melahirkan sesuatu yang negatif dalam diri dan menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari... cewahh...!!

3.  Luangkan Masa Untuk Majlis Ilmu @ Sesi Motivasi
Rajin-rajinlah mengikuti sesi-sesi motivasi atau majlis ilmu.. Tak kira la melalui TV ke.. Radio ke.. You Tube ke.. atau di Jabatan sendiri.. Luangkanlah masa dan tumpuan 5 - 7 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek tersebut. Motivasi juga perlu dijaga supaya kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan kita dengan lebih berkeyakinan.

4.  Mulakan Dengan Bismillah
"Mulakan hari anda dengan Bismillah".. Pernah dengarkan ayat ni..!! So, untuk lebih bersemangat dan diberkati dalam bekerja, mulakan lah dengan bismillah dalam apa jua perkara yang kita lakukan.. Contohnya, bila kita nak punch card masuk kerja tu bacalah bismillah dulu.. Semoga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang boleh membuatkan kita lalai.. mengantuk... lemah macam bateri nak habis saja.. Dengan cara ini juga, semoga kita diberikan keberkatan dalam bekerja olehNYA.. 

5.  Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Perkara ini perlu dititikberatkan.. Kadang-kadang bila kita ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari tersebut... Betul tak awak-awak sekalian?? Yang kita fikirkan semata-mata nak sampai tempat kerja... bekerja... cukup pukul 5 petang (bg yang bekerja waktu pejabat) balik rumah... rehat.. makan/minum... tidur... Zzzz...Keesokan harinya pun perkara sama berulang dan hari-hari seterusnya tanpa perubahan... Oleh sebab itu, kita perlu ubah sikap... set target kita.. apa yang perlu dicapai atau yang mahu kita capai.. Contohnya kita sebagai pekerja.... setkan berapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu yang telah ditetapkan... Barulah kerja kita teratur dan cemerlang... Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan..

6.  Warna Cerah dan Ceria Memberi Peranan
Lihatlah warna-warna cerah atau ceria kerana warna boleh mempengaruhi mood kita.. Warna cerah dan ceria boleh membuatkan kita jadi energatik.. ceria.. dan penuh dengan idea.. Warna cerah adalah seperti warna kuning.. merah.. biru.. hijau.. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah dan ceria kerana ia mampu merubah mood seseorang supaya menjadi lebih positif... 

7.  Memaafkan Itu Indah
Penuhkanlah hati kita dengan sifat kemaafan kerana memaafkan itu sangat indah.. Memaafkan orang boleh membuatkan hati kita tenang... Buang jauh-jauh apa jua yang bersarang dalam hati... segala dendam... rasa tidak puas hati.. sakit hati.. geram.. benci dan yang seangkatan dengannya.. Berikanlah kemaafan kepada sesiapa jua seawal pagi... Supaya kita menjadi lebih positif ... Seandainya emosi-emosi negatif ini bersarang di hati kita, ianya boleh menghalang motivasi diri... Makanya anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dan berfikiran negatif dimana anda akan sentiasa melihat keburukan sahaja pada diri orang lain.. Oleh itu, bermaaf-maafanlah sesama kita ye...Macam hari raya la pulak ekk..!! hehe ... Kesimpulanya, perubahan perlu dalam diri supaya hidup lebih bermotivasi, positif dan cemerlang...

--

Sekian dulu motivasi dari saya.. cia.. cia.. cia.. 

Aku up entry ni untuk diri aku jugak sebenarnya.. Manusia ni kan tak perfect... Memang perlukan perubahan.. Tak nak berubah duduklah ditakuk lama.. Aku pown kurang motivasi diri nak habaq hang.. Sebab tu aku up entry ni.. Moga sama-sama kita berubah ye.. Cewahhh...!! Pape pown agama paling WIN.. Iman perlu tinggi baru hidup lebih OHSEM dan bermakna... !!

Nak up gambar ni jugak untuk aku dan korang..!!


Read More

Apabila Tua...

Thursday, March 3, 2016

No comments

Assalamualaikum..



Apabila dah tua... 
Isikan waktu bersama pasangan kerana seorang daripadanya akan pergi dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

Apabila dah tua...
Akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawatilah seberapa banyak tempat yang anda boleh.

Apabila dah tua...
Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan, mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan untuk selesaikan semua hutang sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang ditinggalkan.

Apabila dah tua...
Rebutlah peluang untuk bersama rakan-rakan lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa.

Apabila anda tua...
Terimalah penyakit cara optimis. Samada kaya atau miskin, semua akan melalui proses yang sama iaitu lahir jadi kanak-kanak, dewasa, sakit dan seterusnya mati.


Qoute hari ini...

"Cari kawan biar macam cermin,
Kita gembira... Dia gembira..
Kita sedih... Dia sedih...
Jangan cari kawan macam duit syiling...
Depan lain... Belakang lain..."






Read More

Solat lah...

1 comment

Assalamualaikum..




Read More

Bila kita...

No comments

Assalamualaikum..



Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa

Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud)

Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran

Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk da ber-istighfar

Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah)

Bila kita dalam keadaan stress atau tertakan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'

Dan....

Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.


Read More

Berdoalah

Wednesday, January 6, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


*pixa dr google*


Selamat pagi buat kawan-kawan blogger LA... Moga semua diberikan kesihatan yang baik dan memulakan hari ini dengan lebih bersemangat.. Pagi ni LA ada terbaca satu artikel berkenaan doa.. Terus tergerak hati nak buat post berkenaan BERDOA ni... Hihi..!!



“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [berdoa kepada-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” 
(QS al-Mu’min/40: 60)

Dalam seharian kita berapa kali kita berdoa?? Paling kurang pown mesti 5 kali kan.. lepas solat mesti berdoa..kan.. kan.. takan tak doa kowt lepas solat...!! agak-agak laa....!! Haha.. Berdoa ni boleh mendekatkan diri kita lagi pada ALLAH tau.. So pas ni kene la berdoa kerap sikit... Insyaallah pasti ALLAH perkenankan sekiranya kita berdoa bersungguh-sungguh..

Korang nak tahu tak?? Orang yang paling dekat dan rapat dengan ALLAH adalah orang yang paling rajin dan banyak berdoa kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh dan sekikhlas hati.. Tapikan.... kenapa kita ni berpenyakit MALAS yek untuk berdoa??? Sedangkan ALLAH dah bagi jaminan yang DIA akan perkenankan a.k.a makbulkan doa kita.. Ce tengok ayat kat atas tu.. Haaa.. Dah terang lagik bersuluh.kan.. Kalau tak sekarang pown dia makbul, mungkin kat syurga nanti..!! Insyaallah..

Okeh ni tips untuk kite lebih rajin untuk berdoa.. Jom tengok ape yang boleh dilakukan dan dipraktikkan untuk lebih rajin berdoa.. Moga membantu..

Pertamanya, korang boleh ambil sehelai kertas dan listkan apa yang korang nak dalam hidup korang.. Contohnya nak diampunkan dosa-dosa yang ada, untuk mendapatkan ketenangan hati, bahagia dunia akhirat, dilimpahkan rezeki yang halal, kesihatan yang baik, kelapangan masa, suami/isteri soleh/solehah, isteri lawa.. suami hensem.. Haha.. dan ape sajelah yang korang nak mohon korang boleh listkan.. Pastu ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa yang korang nak dalam hidup ni.. Senaraikan dalam sehelai kertas tersebut. Tak kire la berpuluh-puluh ke.. beratus-ratus ke.. listkan ajerrr..!!

Keduanya, bawa lah kertas tersebut setiap kali solat...

Ketiganya, tetiap kali habis solat, doa dan mintalah pada ALLAH apa yang korang tulis tadi... Doa dalam bahawa melayu je...Jangan la korang risau ALLAH faham apa yang kita ucapkan.. Tapi jangan lah pulak korang doa mintak bende pelik-pelik lak.. mintak tumbuh sayap la.. doa boleh terbang laa... doa ada superpower laa.. Tu melampau nama nye yek.. meh nak sekeh 100 kali... !!

Keempatnya, jangan lupa yek kawan-kawan berkenaan adab dalam berdoa ni.. paling utama hendaklah mengadap kiblat ye.,. pastu tadah la tangan tu.. merendah diri dan mulailah doa dengan memuji ALLAH dan selawat keatas Rasulullah SAW.

Last sekali, hendaklah sentiasa bersangka baik yek dengan ALLAH SWT... 

So, lepas ni boleh la kita praktikkan cara ni.. Moganya kite lebih rajin berdoa.. Kita ni sebenarnya yang jadi malas berdoa tu sebab kita tak faham apa yang kita doa kan.. Andainya kita faham hakikat berdoa tu, pasti kita berdoa bersunguh-sungguh... Sebabnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin..!!


Read More

Ingat MATI..

Wednesday, February 18, 2015

1 comment

Assalamualaikum wbt..

Sumber : google

Wah tajuk kali ni agak menakutkan.... Takut bagi kita yang belum cukup bekalan ke sana... :) Aku wujudkan entri cenggini bukan untuk menakutkan sesiapa.. cuma untuk peringatan pada diri sendiri dan juga kawan-kawan... yang MATI itu adalah PASTI.... Setiap yang hidup pasti akan mati... 

Sehebat mana pown kita di dunia ni, INGATLAH kita akan menghadapi kematian... Kawan-kawan, janganlah kita selalu ingat yang kita masih punya banyak masa, ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu tiada syarat sakit... Mati itu menjengah tanpa mengira waktu...



Hayati pesanan Tok Guru kita.... 


Allahuakbar...



sumber : google

Jumpa dialog ni kat google image... Sebagai panduan kita bersama... :)




Read More

Ibu.. Tiada Galang Ganti..

Monday, December 1, 2014

No comments

Assalamualaikum wbt...

Rajin betul jari jemari pagi ni.. Rajin menggoogle.. Rajin jugak menghapdet blog yang usang ni... Tengah dok menggoogle tadi terjumpa artikel berkenaan IBU.. Terdetik lak kat hati.. "Menarik".. So, dengan kerajinan yang ada ni nak jugak up kat sini.. Sebabnya aku sayang sangat kat ibu aku yang aku panggil 'Emak'.. 

Dengan artikel ni, semoga memberi pengajaran kepada kita.. Supaya kita tak akan sama sekali melupakan ibu kandung kite yang dah bersusah payah melahirkan kita juga membesarkan kita.. Jom kite lihat....

Semua gambar-gambar ni aku amek dari google ye..~!!











Sekian...~!!





Read More

Isteri Saya Hilang..!!

Monday, August 4, 2014

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber ::  Google


Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!

Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.

"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."

Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"

"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun  pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.





Sumber cerita
Angguk Geleng 
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan


Read More