produk baby
Showing posts with label produk baby. Show all posts

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Saturday, March 31, 2018

7 comments
Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes |  Aku kalau pergi kemana-mana mesti bawa tisu basah.. Bukan apa, untuk persediaan awal sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.. Contohnya, bila bawa anak ke pasaraya, aku pastikan troly yang aku bawa tu, dilap dahulu pemegang dan tempat duduk kanak-kanak dengan tisu basah supaya terhindar dari kuman yang membawa penyakit.. Kalau dulu aku cuma pakai tisu basah dari jenama biasa-biasa sahaja, sekarang tidak lagi sebab aku lebih percaya kepada jenama Carrie Junior kerana aku akan rasa bersih sepanjang hari dengan Carrie Junior Funtime Wipes.. Jom aku cerita serba sedikit tentang keistimewaannya.. 

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.  


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.  


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.  

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

 Cheeky Cherry

Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.   

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.


Read More

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Saturday, February 17, 2018

8 comments
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken  |  Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir. Itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken, Aiken, tisu lembap, tisu lembap antibakteria, tisu basah,

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria iaitu Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.  

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini.   


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.   

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih iaitu :-

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA 


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.  

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA 


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit. Tisu Lembap Antibakteria Aiken ini mampu menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.  

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu ini boleh didapati pada harga RM6.50(Semenangjung)/ RM6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Read More

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

Monday, January 29, 2018

3 comments
Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior | Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. 



Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif. 


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY - si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml. 


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka. 

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

                                             
Read More

Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan

Thursday, January 25, 2018

4 comments
Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan  |  Dulu sebelum ada anak, tak pernah ambil tahu pun tentang ruam mahupun ekzema ni.. Tapi sekarang bila dah ada anak ni, serba sedikit tentang ruam dan ekzema perlu ambil tahu sebab senang untuk hadapi masa-masa akan datang.. Tetapi mintak dijauhkanlah dengan sebarang penyakit kulit ni kan.. Pernah la aku lihat sendiri betapa deritanya pengidap ekzema ni.. Sampai tahap kulit dah menggerutu akibat biji-biji ruam dan tidak selesa akibat kegatalan yang melampau... Kesian bila tengok keadaannya yang sebegitu.. Bagaimana nak merawat ruam dan ekzema ni? Ye, jangan risau aku nak kenalkan dengan korang semua, losyen yang boleh merawat ruam dan ekzema dengan berkesan iaitu Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion...

Losyen Ranessa Rawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan, ubat ekzema, ubat ruam, cara rawat ekzema, losyen badan, losyen ekzema, losyen ruam

Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion dirumus khas untuk melegakan kegatalan kulit dan kerengsaan dengan gabungan unik minyak kelapa dara, minyak zaitun dan 6 jenis essential oil terpilih menjadikan losyen Ranessa ini begitu istimewa.. Ia juga mengandungi lidah buaya dan shea butter yang berfungsi menghidratkan kulit.. Losyen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Rumusan yang unik ini sangat ringan, bebas kimia dan sesuai untuk bayi, dewasa malah seluruh keluarga... Dihasilkan di Australia untuk memberikan kualiti yang terbaik..


Tahukah anda?

Beza Antara Ruam Dan Ekzema


Kalau korang nak tahu ekzema ni sebenarnya adalah sejenis ruam tetapi berbeza dengan ruam biasa... Apakah? Meh aku terangkan..

Ruam Biasa
  • Kulit cuma akan naik merah-merah dan gatal
  • Akan hilang
  • Berlaku dimana-mana bahagian badan
Ekzema
  • Kulit akan naik merah dan bintik-bintik merah, gatal, kering dan berair serta kulit juga akan terasa kasar dan tebal
  • Lambat hilang atau lebih tepat susah nak hilang
  • Bertompok-tompok di satu-satu tempat dan sering berlaku di bahagian pelipat badan seperti siku, lutut, belakang lutut, leher dan pergelangan tangan.

Itulah beza antara ruam biasa dengan ekzema.. Jika korang mengalami kulit yang sangat kering, berbintik, bersisik dan berair, itu menandakan korang menghadapi ekzema yang kronik.. Jadi, sebab itulah pentingnya losyen bila ada ekzema ni bagi menghilangkan gatal dan melembapkan kulit.. 

Dilema yang sering dilalui oleh seseorang yang ada ekzema ni adalah penggunaan steoid.. Steroid memang elok untuk jangkamasa pendek tetapi untuk jangkamasa panjang, ramai yang dah lalui kesan yang tak diingini seperti kulit semakin menipis, ekzema semakin teruk dan kulit jadi macam berpanau.. Oleh sebab itulah, ramai yang mencari alternatif lain untuk merawat ekzema mereka dengan mencuba produk dipasaran yang berasaskan bahan semulajadi dan lulus KKM supaya lebih selamat digunakan tanpa kesan sampingan..

Tetapi perlu diingat bahawa, bukan semua produk di pasaran sesuai dengan kulit kita.. Jadi, kita perlu cuba terlebih dahulu kesesuaiannya dengan kulit kita.. Sebagai contoh, mungkin kulit korang sesuai dengan produk Sebamed tetapi dia pula lebih sesuai dengan produk Buds.. Begitu jugalah dengan Lotion Ranessa ni.. Jadi, korang perlulah mencuba terlebih dahulu kerana tiada ubat dan skincare yang spesifik untuk ekzema.. Korang yang kena cari keserasiannya dengan kulit korang sendiri.. Tetapi yang pastinya Losyen Ranessa ini memang dirumus khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. Untuk tahu serasi ke idokkkk.. Korang cubalah dulu... Hehe..

Keistimewaan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion


Kalau korang nak tahu, losyen Ranessa ni adalah losyen 100% natural dan mempunyai banyak keistimewaannya.. Antaranya adalah :-
  • 100% bebas daripada bahan kimia, alkohol dan bahan pengawet
  • Telah mendapat kelulusan dari KKM (NOT170505065K)
  • Diperkaya dengan Essential Oil yang terpilih untuk manfaat kulit yang sangat menakjubkan bagi menenangkan kerengsaan julit dan keradangan serta menghalau serangga dan nyamuk dengan berkesan..
  • Diformulasikan dengan tambahan 2 bahan utama iaitu Shea Butter dan Aloe Vera untuk melembapkan kulit
  • Tidak berminyak atau melekit
  • Didatangkan dalam botol jenis pump yang sangat mudah digunakan..


Losyen Ranessa Mampu Merawat Pelbagai Masalah Kulit

Sepertimana yang aku terangkan sebelum ni, losyen Ranessa ini mampu merawat ekzema dengan berkesan.. Selain itu juga, losyen ini boleh merawat pelbagai masalah kulit lain seperti :-

  • Ruam Lampin
  • Ruam Panas
  • Ruam Susu
  • Gigitan Serangga
  • Kulit Sensitif
  • Radang Kulit
  • Gatal-Gatal

Losyen ini juga boleh digunakan sebagai losyen badan, diaper cream dan sangat berkesan untuk melegakan gatal kulit serta menghalau serangga seperti nyamuk... Jimat kan..!! Dengan hanya sebotol losyen sahaja tetapi bertindak multipurpose.. Paling best losyen ni tak berminyak dan tak melekit... 

Aku suka bau losyen ni.. Baunya sangat menenangkan kerana mengandungi minyak pati lavender, minyak kayu putih dan minyak lemon.. Kalau nak pergi travel pun mudah kan.. Hanya perlu bawak sebotol losyen Ranessa ni aje untuk cover semua kegunaan seperti menghalau nyamuk, diaper cream dan baby lotion.. Lagi best satu keluarga boleh pakai.. Jimat betul!! 

Ingredients : virgin coconut oil, olive oil, lavender oil, tea tree oil, eucalyptus oil, patchouli oil, citrus paradisi seed oil, citrus limon oil, aloe vera, shea butter

Cara Pakai Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion
  • Apply losyen Ranessa ini secara berhati-hati di bahagian badan yang diperlukan... Boleh dipakai di muka dan badan.
  • Sapu secara perlahan-lahan di kawasan yang dikehendaki sehingga meresap kedalam kulit..

Dapatkan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion Sekarang Untuk Merawat Ruam Dan Ekzema Dengan Berkesan!!


Dengan Ranessa A Drop Of Lush Multipurpose Lotion ni, korang boleh rawat ruam dan ekzema dengan berkesan kerana losyen ini dihasilkan daripada bahan semulajadi dan tiada bahan kimia serta selamat digunakan oleh semua golongan.. Tak kira sama ada dewasa mahupun baby.. Satu family boleh guna.. 

Berapa harganya? Jangan risau, kerana harga losyen Ranessa ini tidaklah mahal mana dan masih harga yang mampu milik.. Lagi pun losyen ini tahan untuk penggunaan sebulan walaupun dipakai 2 atau 3 kali sehari.. Berbaloi-baloikan..? Dah la boleh pakai satu family, multipurpose pulak tu.. Oklah, kalau korang berminat untuk mendapatkan losyen aromaterapi ini bolehlah dapatkannya dengan harga :-

Harga
RM 69.00 (50ml)


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Whatsapp
013 - 563 2009

Shopping Online di Shoppee




Read More