osim
Showing posts with label osim. Show all posts

Teknologi Urutan 4 Tangan Osim, Ulove 2 Menjanjikan Keseronokan Dan Kepuasan

Friday, October 19, 2018

3 comments
Teknologi Urutan 4 Tangan Osim, Ulove 2 Menjanjikan Keseronokan Dan Kepuasan | OSIM  kini  tampil  mencipta  terapi  urutan  terkini  dengan  melancarkan  kerusi  urut  terbaharunya,  uLove  2  yang  mempunyai  ciri-ciri  revolusi  Teknologi  Urutan  4  Tangan  di  One  Utama.


Sekali  lagi,  ikon  pop  popular,  Andy  Lau  (yang  sebelum  ini  pernah  menjadi  jurucakap  pertama  kerusi  urut  UDivine  OSIM  pada  tahun  2010),  telah  terpilih  untuk  menjadi  duta  uLove2.  Tiada  yang  lebih  baik  untuk  menggambarkan  kualiti  yang  luar  biasa  dan  inovasi  daripada  revolusi  kerusi  urut  ini  selain  daripada  Andy  Lau  sendiri,  malah  beliau  berterusan  mencipta  kebaikan  untuk  diri  sendiri  dan  berani  menembusi  benteng  dalam  industrinya.

Andy  yang  sudah  sinonim  dengan  jenama  OSIM  turut  mengungkapkan  kegembiraanya  dalam  meneruskan  legasi  ini  dan  menjadi  sebahagian  ciptaan  ini.


Inovasi  kali  ini  adalah  yang  paling  terbaik  (cemerlang)  yang  mana  teknologi  Urutan  4  Tangan  ini  menyediakan  4  set  roller  urutan  berkuasa  yang  direka  khas  untuk  mempunyai  fungsi  selari  mengurut  dari  atas  dan  bawah  badan  anda  secara  serentak.  Mekansime  ini  sebenarnya  mirip  dengan  teknik  cengkaman  urutan  empat  tangan  yang  dilakukan  oleh  tukang  urut  professional  di  kebanyakan  negara  di  Asia  Tenggara.

Teknik  ini  dilengkapi  dengan  urutan  V-Hand™  yang  sempurna  bagi  melancarkan  dan  memberi  lebih  fleksibiliti  urutan;  Ia  berfungsi  dengan  sempurna  seperti  urut  cengkaman  tangan  manusia  yang  memberi  lebih  rasa  mendalam  terhadap  titik  otot  penting.  Bola  roller  yang  membentuk  720  darjah  juga  membolehkan  ia  berputar  360  darjah  di  kedua-dua  arah  dan  membantu  mencapai  kontur  badan  lebih  menyeluruh.

APAKAH  SEBENARNYA  URUTAN  EMPAT-TANGAN?


Urutan  empat-tangan  ialah  urutan  yang  dilakukan  oleh  dua  tukang  urut  menggunakan  teknik  pencerminan  pada  dua  bahagian  tubuh  badan  pada  masa  yang  sama-  biasanya  atas  dan  ke  bawah  –  bagi  memberi  anda  hasil  yang  sama  seperti  mendapat  dua  urutan  badan  penuh  sekaligus.

MENYAMPAIKAN  PENGALAMAN  URUTAN  KELAS  PERTAMA  DARIPADA  KEPALA  SEHINGGA  IBU  JARI

OSIM  telah  mengkonfigurasi  reka  bentuk  dan  ciri-ciri  teknikal  kerusi  urut  uLove  2  untuk  memberi  pengalaman  yang  memberi  kelegaan  dan  memanjakan  badan  seperti  yang  lain.  Program  urutan  kerusi  urut  uLove  2  ini  telah  disesuaikan  untuk  memenuhi  pelbagai  keperluan-  daripada  gaya  hidup  sibuk  sehinggalah  mereka  yang  aktif - dan  membantu  melegakan  kesakitan  dan  ketegangan  otot  daripada  kepala  sehingga  ke  hujung  jari  kaki.  


Program  urutan  uLove  2  memaksimumkan  penggunaan  teknologi  terkini  dan  canggih,  bagi  V-Hand  dan  empat  tangan  yang  membantu  memberi  kelegaan  kepada  empat  titik  utama  badan:  kepala  &  leher,  leher  &  bahu,  bahagian  tulang  belakang  &  punggung,  dan  punggung  &  peha.

Anda  juga  boleh  memuat  turun  program  urutan baharu  melalui  aplikasi  kerusi  urut  uLove  2  secara  percuma.  Aplikasi  uLove  2  dipadankan  dengan  peranti  pintar  anda  yang  membolehkan  andadengan  mudah  memilih  program  urutan  anda  dan  menentukan  pilihan  pengalaman  kerusi  urut  yang  sesuai  dengan  anda.


Antara  ciri-ciri  menarik  uLove  2  adalah  sistem  audio  surround  3D  yang  canggih,  fungsi  audio-visual  bletooth  tanpa  wayar  ini  memberi  pengalaman  tenang  dan  santai  baharu  dan  pembesar  suara  kerusi  urut  uLove  2  yang  diposisikan  dengan  teliti  dan  dioptimumkan  bagi  memberi  bunyi  menarik  serta  menenangkan  pendengar.  Anda  juga  boleh  memuat  turun  lagu  original  daripada  Aplikasi  kerusi  urut  uLove  2  untuk  menikmati  pengalaman  bunyi  yang  penuh  harmoni.

Untuk  membantu  meningkatkan  pengalaman  hiburan  anda,  anda  boleh  menonton  video  pada  peranti  pintar  anda  menerusi  Entertainment  Stand  sambil  mencajnya  melalui  port  USB  uLove  2.

REKAAN  YANG  ELEGAN  DAN  SOFISTIKATED


Apabila  menyentuh  mengenai  estetik  atau  menarik,  kerusi  urut  uLove  2  ini  mempamerkan  hasil  kerja  yang  luar  biasa  dengan  penggabungan  kulit  berkualiti  tinggi  yang  didatangkan  dalam  pelbagai  warna.

Kerusi  urut  uLove  2  edisi  terhad  berwarna  biru  ini  melambangkan  biru  langit  dan  dihiasi  dengan  lukisan  tangan  bunga  peony  khususnya  dicipta  sempena  pelancaran  ini,  serta  dilengkapi  dengan  cetakan  mahkota  diraja.  Sejak  zaman  purba,  lukisan  bunga  peony  telah  dikenali  sebagai  simbol  keberuntungan  dan  keindahan,  ia  sesuai  dipadankan  dengan  kesempurnaan  uLove  2.  Kerusi  urut  edisi  terhad  ini  juga  terdapat  dalam  pilihan  warna  merah  jambu.


Selain  itu,  terdapat  pilihan  warna  lain  antaranya,  Bold  Green  Sophisticated  Brown  danChic  Purple.  Setiap  warna  ini  dipilih  untuk  melengkapi  reka  bentuk  degan  lukisan  tangan  bunga  Magnolia  ia  melambangkan  kemuliaan  dan  kesucian  -  yang  menghiasi  sisi  kerusi.  Diilhamkan  oleh  rekaan  hiasan  dalaman  popular  yang  menggunakan  palet  yang  memperlihatkan  kehalusan  ciptaanya,  uLove  2  pastinya  melengkapi  dan  menonjolkan  setiap  ruang  kediaman  dan  sesuai  berada  di  dalam  rumah  anda.


Read More

OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 Dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

Saturday, September 23, 2017

8 comments
OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 Dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad | Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM dengan khususnya telah menyediakan pelbagai aktiviti istimewa dalam kedai sempena sambutan ulangtahunnya ke-38.    

Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan. - kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun   
Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita. Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik, katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan. Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya. 


Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu sebagai kerusi urut  yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.   

Sebagai tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove.    

Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia. Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut  uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.     
Kerusi urut  uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga. Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung, katanya.  
Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa. 
Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah.    
Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu. Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove.  Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama. Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki, katanya.   


Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas. Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988. Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda.   

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti. 

Layari www.OSIM.com.my untuk keterangan lanjut.
Read More