Top Social

Image Slider

Showing posts with label miniel skinlab. Show all posts
Showing posts with label miniel skinlab. Show all posts

Miniel Skinlab | Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Review

Wednesday, August 07, 2019
Miniel Skinlab  |  Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Review  |  Sejak akhir-akhir ini kesihatan aku tak berapa nak mengizinkan dek kerana cuaca yang agak panas sekarang ni.. Kadang nak keluar rumah pun fikir banyak kali.. Aku pulak jenis yang susah nak minum air masak.. Ini menyebabkan kulit aku menjadi kering dan kusam terutamanya kulit muka selalu terdedah kepada sinaran matahari.. Aku juga bekerja dalam bilik berair-cond dan ini menjadikan kulit aku bertambah kering.. Sebab itulah pentingnya untuk kita minum air masak secukupnya setiap hari dan satu lagi pastikan kita memilih skincare yang sesuai untuk memastikan kulit kite sentiasa terhidrasi dengan baik..


Sebut pasal skincare ni, korang nak tau tak produk ape yang aku pakai sekarang ni untuk atasi masalah kulit kering aku ni..? Haaa jom aku share produk yang aku pakai untuk tujuan tersebut.. Ok, selain aku tengah usaha untuk mencukupkan liter air masak aku setiap hari, aku juga telah memilih produk yang terbaik untuk menghidrat kulit aku ni supaya kulit aku sentiasa terlindung, sihat dan terhidrat.. Produk apakah?


Ok, produk yang aku maksudkan adalah koleksi Hydraque dari Miniel Skinlab yang terdiri daripada 2 jenis produk iaitu Hydraque Gel mask dan juga Hydraque Boost Serum.. 

Hydraque Gel Mask dan Hydraque Boost Serum dari Miniel Skinlab


Kalau korang nak tahu, koleksi Hydraque ni adalah produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit kering yang dihadapi oleh kebanyakan dari kita.. Kebiasaannya kulit kering ni disebabkan beberapa faktor seperti aircond, sinaran matahari, cuaca, diet seharian kite juga dan lain-lain.. So, menghidrat kulit ni merupakan sebahagian daripada langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit kita.. Sebab itulah aku memilih untuk mencuba produk dari Miniel Skinlab ini kerana ia mempunyai ciri-ciri penghidratan yang bagus sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif..

Hydraque Gel Mask


Hydraque Gel Mask ni ibarat minuman untuk kulit muka aku.. Kenapa aku cakap camtu? Haa sebabnya gel mask ini memberi penghidratan yang maksimum pada kulit aku seperti aku meminum air masak secukupnya setiap hari.. Hah gitu!! 

Ok, Hydraque Gel Mask ni didatangkan dalam jar kaca dimana tekstur gelnya berwarna kebiruan seperti air laut.. Aku suka warnanya.. Nampak menyamankan seperti aku memakainya.. Segar muka! hehe.. Gel mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering dan kusam macam kulit muka aku.. Hehe.. Antara bahan utama yang terkandung dalam gel mask ini adalah :-

1.  Ekstrak Kudzu
  • Menenangkan, menghidrat dan melembapkan serta mengurangkan kemerahan dan keradangan
2.  Ekstrak Tembikai
  • Menggalakkan regenerasi sel, membersih dan membuang sel kulit mati serta melembapkan
3.  Ekstrak Epal
  • Kaya antioksidan, merawat kulit berminyak, jerawat, kulit kusam dan penuaan
4.  Ekstrak Lentil
  • Melembapkan kulit, penghidaratan dari dalam, kurangkan garis halus dan antioksidan
5.  Natrium Hyluronate
  • Menghidrat dan melembapkan kulit, Anti-penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus.


Manfaat Hydraque Gel Mask
  • Melegakan keradangan kulit
  • Menghidupkan semula kulit yang kelihatan kusam dan tak berseri
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Anti-kemerahan dan kekeringan
  • Melembutkan kulit dan mengurangkan garis halus
  • Meningkatkan keanjalan kulit


Cara Guna

Apply Hydraque Gel mask dalam kuantiti yang secukupnya pada kulit wajah yang telah dibersihkan dengan sempurna.. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.. Gel mask ni boleh digunakan 2 kali seminggu.. Macam aku, selalunya weekend baru aku guna.. Time tu adalah time untuk aku manjakan diri aku.. hehe..


Apa Kata Aku Tentang Hydraque Gel Mask?

Aku sendiri dah cuba Hydraque Gel Mask ni.. Serius best sangat dan sesuai dengan kulit aku yang kering dan kusam ni.. Sebenarnya aku tak pernah pakai mask jenis gel sebelum ni.. Ini firstime aku pakai dan agak teruja.. Tambahan pula warna gelnya kebiruan macam air laut membuatkan aku lagi excited untuk cuba.. Firstime apply dekat kulit muka, rasa sejuk jerk dan segar.. Lepas gel kering, muka jadi tegang seperti memakai putih telur tetapi yang bestnya bila sentuh ia sangat lembut..

Selepas 20 minit aku bilas muka dengan air bersih dan hasilnya, kulit nampak cerah, lembut dan licin.. Memang sangat lembut weh.. Pastu lembap jerk tak kering macam selalu.. Rasa nak melompat bintang jerk.. Produk ni memang membuatkan aku happy dan jatuh cinta dengannya..

Hydraque Boost Serum


Satu lagi produk dari Miniel Skinlab yang ingin aku kongsikan dengan korang iaitu Hydraque Boost Serum.. Aku memang seorang yang agak fanatik dengan serum.. Asal ada sahaja serum yang bagus, aku pasti tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Termasuklah dengan Hydraque Boost Serum ini.. Kalau korang nak tahu, serum merupakan 'kawan baik' kepada aku.. Rasanya tanpa serum, rasa tak lengkap hidup aku..

Sebenarnya serum ni sangat penting untuk kulit.. Jadi untuk rutin harian penjagaan kulit wajah aku, serum sangat diperlukan.. Tambahan pula serum tersebut banyak manfaat dan sangat bagus untuk kulit muka seperti Hydraque Boost Serum ni.. Sebab itu aku agak teruja untuk cuba serum ini untuk lihat transformasi kulit muka aku ini selepas menggunakannya..


Apa yang menarik dengan Hydraque Boost Serum ini adalah ia cepat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menjadikan kulit menjadi lembut dan terhidrat dengan baik.. Teksturnya yang sangat ringan dan tidak melekit menjadikan ia serum yang menjadi kegilaan ramai.. Bila pakai, memang  tak rasa aku memakai serum kerana teksturnye betul-betul ringan dan senang menyerap tanpa meninggalkan kesan melekit.. Fungsi utama serum ini adalah untuk penghidratan dan juga menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit..

Hydraque Boost Serum ini didatangkan botol kaca berpump yang bersaiz 30ml.. Teksturnya berbentuk gel juga berwarna kebiruan seperti air laut.. Tengok akan warna teksturnya menjadikan aku bertambah teruja untuk mencubanya.. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Jadi, tak perlu risau dengan jenis kulit korang ye.. Semua orang boleh pakai.. Antara bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan serum ini adalah :-

1.  Ekstrak Yis
  • Antioksidan, mengurangkan kemerahan, menenangkan, menghidrat dan melembapkan
2.  Natruim Hyaluronate
  • Menghidrat dan melembapkan, anti-penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus


Manfaat Hydraque Boost Serum
  • Menjadikan kulit lebih muda
  • Kulit menjadi licin dan lembut
  • Melegakan dan menenangkan keradangan kulit
  • Menghidupkan semula kulit yang kelihatan kusam
  • Meningkatkan kecergasan kulit semulajadi
  • Reaktivasikan semula regenerasi tisu


Cara Guna

Ok, cara gunanya mudah sahaja.. Sekiranya rutin harian penjagaan kulit korang memakai toner, korang boleh pakai Hydraque Boost Serum ini selepas pemakaian toner.. Kalau macam aku memang tak pakai toner, jadi aku memang akan pakai serum ini untuk step pertama rutin aku dan seterusnya baru aku akan apply pelembab muka untuk waktu siang sebelum aku makeup.. Kalau belah malam pula, aku akan apply serum ini selepas cuci muka sebelum tidur.. Itulah rutin harian penjagaan kulit wajah aku.. Serum ini boleh digunakan 2 kali sehari ye iaitu pada waktu siang dan juga malam..

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Hydraque Boost Serum

Selepas Hydraque Gel Mask, aku tak sabar nak berkongsi keseronokan aku dalam menggunakan Hydraque Boost Serum pula.. Kedua-dua produk ni membuatkan aku teruja dan jatuh cinta padanya.. Serius, aku memang suka sangat dengan serum ini.. Serum ini memenuhi ciri-ciri serum yang aku cari..


Firstime guna serum ni, aku dapat feel dari kesan sejuk yang diberikan oleh serum ini.. Muka aku terasa segar dan tenang.. Bukan itu sahaja, kulit aku menjadi lembut dan licin.. Teksturnye yang mudah menyerap membuatkan aku selesa menggunakan serum ini tanpa perlu aku gelisah dengan rasa melekitnya kerana serum ini tidak meninggalkan kesan melekit.. Itu yang aku suka!!

Apa yang lagi best, korang yang berkulit senstif pun boleh guna serum ni tau kerana ia bukan sahaja memberikan penghidratan pada kulit malah serum ini juga dapat menenangkan kulit dimana ia membantu melegakan ketegangan dan tekanan kulit.. Kulit yang kusam pun boleh hilang kekusamannya tau kalau pakai serum ni.. Lepas guna kulit akan jadi lembut dan lebih cerah.. Memang best sangat!!

Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Memberikan Penghidratan Lebih Sempurna


Selepas kenal dengan produk Miniel Skinlab ni, rutin penjagaan wajah aku berubah serta merta.. Aku memang tak dapat nak lepaskan 2 produk yang hebat ini.. Manfaat penghidratan yang sempurna membuatkan aku akan setia dengannya..

Dengan menggunakan kedua-dua variasi Hydraque ini iaitu Gel Mask dan juga Boost Serum, kulit aku yang kusam kembali bercahaya dan glowing kerana kedua-dua produk ini mampu menghidratkan kulit aku dengan sempurna menjadikan kulit lebih cerah dan lebih muda.. Bukan itu sahaja, kedua-dua produk ini membekalkan vitamin dan botani berkhasiat kepada kulit serta asid hyluronicnya membantu mengunci kelembapan kulit dan mengurangkan garis halus dan kulit kering..

Berita baik buat pembaca Blog Lea Azleeya!!


Aku dah cuba kedua-dua produk dari Miniel Skinlab ini dan sangat berpuashati dengan hasilnya.. Korang tak nak try ke? Rugi tau kalau tak try.. Kelembapan kulit muka ni kita kena jaga betul-betul tau supaya kita tak nampak tua sebelum usia.. So, bagi korang yang ingin mencuba produk Miniel Skinlab ni bolehlah ke laman web mereka di https://minielskinlab.com/ untuk sebarang pembelian kerana kini mereka sedang mengadakan promosi sehingga 31 Ogos 2019.

Nak lebih diskaun?

Haaaa, untuk dapatkan diskaun tambahan sebanyak 5%, korang boleh guna code diskaun dibawah ini semasa checkout produk..

CODE : SFVC-LEA

Aku dah cuba! Korang bila lagi?


Untuk info lanjut, sila layari :-

🔁 Website

🔁 Instagram

🔁 Facebook