lifestyle
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

Tuesday, October 19, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!  |  Kemain lagik hengko yek Lea Azleeya, rini nak kasi tips tarik rezeki bagai yeee... Haha.. Oke, hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pantas skill orang-orang berjaya tarik rezeki dengan mudah... Biasa-biasanya orang bisness la mengamalkan tips ni... Kalau korang dalam kalangan orang bisness, bisnessman.. bisness women.. Haa boleh la try tips ni... Jom tengok apa ada dalam senarai tips tersebut...


BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA!!

10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

1. Berkawan dengan orang yang betul.. 

2. Tidak bertangguh dalam segala kerja dan urusan

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...!

5. Sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

6. Membina networking yang bagus.

7. Konsisten dan tak mudah putus asa. 

8. Pantas membuat keputusan dan pantas juga membuat tindakan.

9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.


Moga tips ni berguna untuk korang lebih maju kehadapan dalam lapangan perniagaan....



Read More

Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org

Saturday, October 9, 2021

2 comments
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..
Read More

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya

Tuesday, September 28, 2021

No comments
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..
Read More

Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks

Tuesday, September 21, 2021

3 comments
Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks  |  Hi guys.. Sejak dua menjak ni, rajin pulak aku baca kisah-kisah usahawan yang berjaya dengan perniagaan mereka.. Yelah, sekarang ni kan musim pandemik Covid-19, bukan senang nak membangunkan sesebuah perniagaan tu... Dah banyak perniagaan yang 'gulung tikar' tak mampu bertahan dek kerana keadaan semasa dan juga ekonomi negara kita sekarang ni.. Bila terbaca kisah mereka yang berjaya ni, rasa terinspirasi pula dengan kegigihan mereka sehingga mereka dapat kecapi kejayaan.. Ya, kejayaan yang mereka perolehi semestinya tidak datang begitu sahaja sebaliknya perlu melalui fasa-fasanya dan proses yang betul..
Read More

Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Wednesday, September 15, 2021

No comments
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits | Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik ini.


Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk  mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.
Read More

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma

Monday, August 16, 2021

4 comments

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma | "Waktu masuk dengar tu memang la percuma.. Tapi selepas tu, mereka cadangkan masuk program itu dan ini... Bayarannya pula bukan kecik-kecil anak.. Jerung pun boleh meninggal..". "Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit amik semangat katanya.."..
Read More

7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen #TrashToTreasure

1 comment
7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia  Melalui Kempen #TrashToTreasure | 7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar. 

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula. 
Read More

McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja

Friday, July 30, 2021

9 comments
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja  |  Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..
Read More

The Advantages Of Having A Blog Nowadays

Wednesday, July 7, 2021

5 comments

The Advantages Of Having A Blog Nowadays | Blogging has become a trend nowadays. It shows that there are increasing numbers of people getting involved in blogging. I also did not miss this kind of new human communication style. There must be some reasons why I’m attracted to getting involved in the blogging world. As we know today we are still battling with Covid-19 pandemic and we are still under total lockdown. In this challenging time, we need to learn and adapt to new ways of doing things. We need to think about how to reach many people out there without meeting them in a real environment. So, this is how blogging plays its role nowadays where we can reach people globally. 

Read More

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

Monday, July 5, 2021

6 comments

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh  |  "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.. 

Read More

Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia

Wednesday, June 23, 2021

2 comments

Ecovitta Dedah Rahsia Nyahkuman dan Pembersihan Tanpa Bahan Kimia | Mesin Pembersih Stim Ecovitta EC01S Serba Baharu Menghasilkan Kediaman Lebih Sihat, Bersih dan Selamat. Teknologi berevolusi Ecovitta EC01S memudahkan rutin tiga langkah pembersihan yang terdiri daripada nyahkuman, membersih dan menyegarkan dari sebuah mesin kompak dan pelbagai fungsi. Manfaat kuasa stim ultra-kering, EC01S mampu membunuh sehingga 99.9% kuman, bakteria dan virus - termasuk e-coli, debu hama dan pepijat. Satu lagi kelebihan utama EC01S adalah ia hanya menggunakan air. Ini membenarkan anda dapat menikmati pengalaman ejen pembersihan berkuasa tanpa bau-bauan yang kurang selesa, rasa melekit dan kesan sampingan lain. Gunakan mesin ini untuk menyahkuman bungkusan penghantaran, barangan peribadi dan setiap sudut kediaman anda. EC01S adalah solusi terbaik bagi menangani pandemik COVID-19 dan selepasnya.

Read More

Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!

Sunday, June 20, 2021

10 comments

Total Lockdown? Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini!  |  Pejam celik pejam celik, sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid-19.. Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri dari pandemik ini dan untuk kali keduanya kita melalui 'total lockdown'.. Sebut sahaja 'total lockdown', dah terbayang betapa bosan dan stressnya duduk berkurung di rumah sahaja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tanpa boleh kemana-mana.

Read More

Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak

Monday, June 14, 2021

1 comment

Tip Untuk Mempelbagaikan Pilihan Pakaian Anda Tanpa Membeli Banyak  |  Fesyen boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi sesetengah orang, tetapi boleh juga memudaratkan. Tidak semua orang mampu mengisi almari mereka dengan semua pakaian trend terkini dan jenama mewah. Sebilangan daripada kita mungkin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpannya. Namun, itu bukan alasan untuk hanya memakai baju yang kelihatan membosankan atau tidak ceria.

Read More

McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan

Friday, June 11, 2021

11 comments
McDonald's Malaysia Taja Makanan Kepada Petugas Kesihatan  |  Sepertimana umum ketahui, pada hari ini negara kita masih lagi berhadapan dengan situasi penularan jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan bukan sahaja wabak ini dihapuskan segera, malah kelangsungan hidup rakyat dapat diteruskan.. Dalam usaha mengawal pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini, tidak akan berjaya tanpa kegigihan, semangat kental dan daya juang pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) terutamanya petugas kesihatan dan perubatan.
Read More

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal

Sunday, June 6, 2021

5 comments

Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 | Kisah Inspirasi Guru Luar Biasa Cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal |  Jasa dan pengorbanan guru sememangnya sangat besar dalam mendidik kita tanpa jemu dan tidak akan pernah terbalas. Jadi, mereka harus dihormati dan dihargai sebaik mungkin. Bagi menghormati dan menghargai jasa guru yang melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas hakiki mereka dalam mendidik, memotivasi dan memberi inpirasi kepada pelajar, McDonald's Malaysia telah meraikan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI2021), sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan tahun ini.

Read More

IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"

Saturday, June 5, 2021

3 comments

IT'S SIXPACK Minuman Kopi Terbaru Keluaran Aik Cheong Coffee Berkonsepkan "Family-Styled Boxed"  |  Hi Guys!.. Setiap hari kalau tak pekena kopi memang tak sah.. Dengan aroma dan rasa kopi itu sendiri dapat membangkitkan semangat untuk memulakan hari bagi penggemar kopi seperti aku.. Dengan perkembangan  dan perubahan semasa, kini revolusi kopi semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan produk kopi yang lebih berkualiti, berinovasi dan berbaloi seperti produk minuman kopi keluaran Aik Cheong Coffee ini.. 

Read More

Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia

Saturday, May 29, 2021

5 comments
Fantech Speaker Murah Dan Berkualiti Dari Lazada Malaysia  |  Baru-baru ni aku cuci mata dekat website Lazada Malasyia.. Mencari-cari speaker yang sesuai untuk PC kat rumah aku ni.. Almaklumlah PC aku tu tak berspeaker... Nak tengok youtube pun tak boleh... Takan nak tengok tanpa suara kan... So, dah puas mencari, aku berkenanlah dekat satu brand speaker ni.. Fantech Speaker... Harga pun ok.. Mampu milik.. Dan paling penting bila beli barang dekat Lazada Malaysia ni, aku akan tengok dulu review dari pembeli.. Tengok pada feedback customer, semuanya kata ok.. So, aku on aje la beli Fantech Speaker  ni..

Read More

Petua Hidup Tenang

Sunday, March 14, 2021

7 comments

Assalamualaikum wbt..



Selamat pagi olls... Dah sarapan belum?? Sebelum kerja pergi sarapan dulu yekk.. Baru best buat kerja.. Tenang aje.. Ye dak..?? Okeh.. Pagi ni aku nak kongsi tips atau petua untuk mendapatkan hidup yang tenang... Bagaimana?? haaa.. ni la yang aku nak habaq kat korang ni... Ada 12 petua yang aku nak kongsikan disini... Sama-sama kita amalkan dan mencari ketenangan dalam hidup ni.. Moga dapat membantu korang-korang semua dan aku juga.. hikss... Jommm followwww 12 tips hidup tenang...!!

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan  apa yang anda tidak mampu buat.  Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.. 

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa  terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..


Dah abeh baca ke?? Kalau dah abeh baca pasni boleh la amal-amalkan yek.... Tanam dalam hati "Aku boleh..!!!" Bila hidup tenang baru lah hari-hari yang dilalui indah dan lebih bermakna kan... 


Read More

Ku Rela Dibenci

Thursday, October 6, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Ku Rela Dibenci
-Aiman Tino-

Ku Tertawa Kau menangis
Engkau tertawa Aku menangis
Karena dirimu Oh sayangku

Kesudahan Tiada henti
Hanya yang tinggal Didalam mimpimu
Ternanti-nanti

Sering kali Aku diuji
Air mataku Terus mengalir
Membasahi Didadaku

Hanya Ratapan Didalam hati
Semoga tercipta Kesudahan
Yang dinanti

Ku Inginku dibenci Olehmu
Agar kenangan manis
Terus terpadam Selamanya

Menghitung Menunggu mati
Agar kau Jumpa yang dinanti
Semoga Pemberianku ini
Terbaik untukmu

Tak sanggup Ku dibohongi
Ku rela Di jemput Ilahi
Kerna dia Ku sanggup pergi
Hanya disana Kekal dan abadi



Read More

Bila Kau Kata Kau Sayang

4 comments
Assalamualaikum wbt..



Bila Kau Kata Kau Sayang
-Screen-

Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas ku menjawab, hmmm.. hmmm
Aku juga sayang padamu

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Dan lalu ku jelaskan
Kita sudah saling oh jatuh cinta

Kau hadir saat aku memerlukan 
Penawar duka lara
Setelah lama hidupku kesepian
Terbalutlah lukaku 
Dengan harum cintamu
Terima kasih kuucapkan

Senyumanmu sering ku terbayang
Terlepas rinduku bila dengar suaramu
Terasa bagaikan kau ada di sisi
Di mana saja ku berada

Aku pun berdoa pada tuhan
Semoga cinta kita berpanjangan selamanya
Berkocak nafas di dada bila terpandangmu
Janganlah engkau pergi dariku…

Bila kau kata kau rindu
Aku pun rindukanmu
Bila kau kata kau sayang, hmmm... hmmm...
Aku juga sayang padamu



Read More