lifestyle
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

Yellow Smiles On Friday

Friday, September 2, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Yellow Smiles On Friday  |  Hari bz sedunia... Baru berkesempatan untuk jengok blog.... Masamnya muka korang tu...!! Senyum la sikit... hehe.. Yellow smilesss today..










Smile while you can...!!!


Read More

Blogspot Bertukar Kepada DotCom

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Blogspot Bertukar Kepada DotCom  | www.LeaAzleeya.com... Alhamdulillah terlaksana jugak akhirnya nak pakai domain sendiri... Lama dah fikir nak tukar, baru kali ni jadi kenyataan.. Sampai naik pening member aku sorang tu asek kene request dengan aku nak pakai domain tapi selalu tak jadi.. Haha.. 

Asalanya banyak nama yang aku senaraikan.. Mulanya aku nak pakai sotskirt sebagai domain... Bila tanye pendapat beberapa orang kawan aku, semua cakap baik pakai nama sendirik.. Lagi pown sotskirt tu cam budak nakal katanye.. haha.. Tapi aku sayang sebenarnya dengan nama 'sotskirt' tu.. Dah lama guna kowt.. Ahakz.. Tak pe la, simpan dalam ati jerk la.. hiks..


Oke, aku beli domain ni melalui web www.syokhost.com.. Web ni kawan aku yang kenalkan pada aku.. Untuk permulaan, aku dikenakan cas RM 55 iaitu RM 45 bayaran untuk setahun dan RM10 bayaran untuk setting... Tahun-tahun seterusnya aku hanya perlu  bayar RM45 sahaja..

Kalau korang nak beli domain, aku suggest korang beli dekat SyokHost ni.. Harga murah dan berpatutan dan servis sangatlah cepat... Layanan pown terbaik dari ladang.. hehe..

Servis yang ditawarkan

Kalau ada yang berhasrat nak punya domain sendiri dan terniat nak beli domain tu boleh la singgah di web SyokHost ni ye.. 

Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila skodeng web seperti dibawah :-



Read More

Aku Rindu Kamo0o..!!

Monday, August 29, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt.


Aku Rindu Kamo0o..!!  |  Hollaaaaa...!! Lama sungguh rasa tak bersiaran... Sibuk bercuti sampai tinggal blog menjadi usang dan berlumut.. Haha.. Aku rindu kam0o0ooo sotskirt.blogspot.com..!! Haaa mesti korang ingat aku rindu sape tadi kan.. Sebenarnya aku rindu nak kembali blogging... Aduhaii.. Kangan bangettt!!...

Selama 4 hari rasanya aku tak up entry kerana bercuti bersama family.. cewahhh... Termasuklah beberapa job yang aku dapat sebelum ni yang masih hanging... Lepas ni baru aku akan setelkan semua job tersebut.. Harapnya dapatlah aku kejar sebelum sampai due datenya.. Ahakz..

Tak sabar nk kongsi detik-detik percutian aku yang macam-macam bende yang berlaku.. Hehe.. Ada suka ada duka.. huhu.. Insyaallah aku akan kongsikan nanti... Hari ni buka aje blog, wahhhh banyak betul rakan-rakan buat GA.. Insyaallah nanti aku join ye... Rindu sangat nak join GA wehhh... Sebut pasal GA ni, aku ada menang beberapa GA dan nanti aku akan up jugak entry untuk hadiah kemenangan aku tu.. Aku ulang "Hadiah Kemenangan" aku..!! Haha.. Cam menang sukan olimpik jerk gayanya... 

Hurmm takat ni dulu la aku membebel entah apa-apa ni... Malam kang aku bersiaran lagik.. Jumpa malam kang yeeee...!! Babai...



Read More

11 Tips Menjawab Soalan KPSL

Tuesday, August 23, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tips Menjawab Soalan KPSL  | Wahh kemain ko ekk Lea nak kasi tips bagai...!! Haha.. aku sendirik pown tak lulus-lulus agik exam ni kan.. Tapi, apa salahnya kan nak kongsi tips yang aku dapat dari pembacaan blog-blog berkenaan cara menjawab soalan exam.. Mane tau kowt-kowt berjaya kalau amalkan tips yang aku kasi ni.. haha.. Ajettt sangattt!!! Jom tengok tips ape yang ado0o0oo!! Ohhh sebelum tu aku nak kasitau, tips ni aku dapat dari blog Ini Cerita Kita... Aku rasa tips yang diberikan sangat ohsem.. So, nk kongsikan juga kat blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan korang jugak.. 

Tip Menjawab Soalan Peperiksaan

1) Baca Buku dan Ulangkaji
Walaupun exam ni open book test, korang mesti baca buku at least satu round supaya korang tau serba sedikit maklumat yang terkandung dalam arahan-arahan dan pekeliling tu. Bila dah ada info, masa nak menjawab tu boleh recall kat mana nak mencari jawapannya.

2) Tagging/Tanda Topik-Topik Utama
Cara cenggini memang biasa orang buat. Saya pun buat gak supaya cepat nak dapat jawapan.

3) Baca dan Faham Kehendak Soalan
Apabila diarah oleh Ketua Pengawas Peperiksaan untuk tengok soalan, korang baca dulu semua soalan dan cari soalan yang betul-betul korang rasa boleh jawab. Tandakan dulu soalan-soalan tu.

4) Set Masa
Perkara ni saya selalu buat sejak sekolah lagi. KPSL kan kena jawab lima soalan dalam masa tiga jam so korang bahagikanlah masa tu kepada 35 minit untuk satu soalan. Pandai-pandailah adjust masa dengan tempoh mengarang tu jangan sampai ambil masa yang lebih sangat untuk satu-satu soalan.

5) Baca Bismillah
Setiap permulaan yang baik mula lah dengan Bismillahhirrahmannirahim agar mendapat keberkatan dari-Nya.  Bukan nak jawab exam saja tapi semua perkara memang dituntut untuk mengingati Allah.

6) Menjawab dengan Baik
Setiap soalan yang ditanya, korang kena kaitkan dengan fakta arahan, pekeliling, akta atau seksyen. Barulah jawapan korang tu mantop.
Contoh: Soalan berkaitan tuntutan elaun tugas rasmi.... mulakan dengan ayat seperti di bawah ni:
 Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.3 Tahun 2005 perkara xx menerangkan bahawa......

7) Tengok kepada Markah
Sekiranya soalan tu direct question seperti 'Berikan...' atau 'Senaraikan...' dan korang tengok markah hanya 2 markah, 3 markah atau 4 markah.. selalunya saya akan beri jawapan dalam bentuk point-point sahaja. tak perlu tulis esei bagai.
Kalau soalan 'Jelaskan....' atau 'Bincangkan....' barulah tulis esei. Satu point saya akan tulis dalam satu perenggan dan diikuti dengan perenggan yang lain bagi point seterusnya. Selalunya soalan begini markah adalah 8 markah atau 10 markah.

8) Satu Soalan Satu Kertas Baru
Paham tak apa yang saya maksudkan ni? Macam ni... kan kita kena jawab lima set soalan. Sekiranya satu set soalan korang dah guna tiga muka surat maka untuk set soalan yang kedua tu korang mulakan dengan kertas baru. Jangan sambung di belakang muka surat soalan yang pertama tadi. Harap korang paham.

9) Tulisan Biar Kemas
Korang tulis kemas-kemas supaya mudah pemeriksa nak semak nanti. Tak cantik pun tak apa asal boleh dibaca ok.

10) Jawab Semua Soalan
Ini bukan bermakna jawab lapan-lapan soalan yang dikemukakan tu. Tapi jawab soalan yang korang telah pilih tadi. Jangan tinggal jawapan kosong sebab semuanya ada markah. Kalau tak tahu sangat jawab ikut rasional atau common sence. Kalau tak cukup masa cukup sekadar tulis point-point sahaja. Sekiranya betul, at least kita dapat juga markah walaupun sikit.

11) Cari Soalan Tahun Lalu
Saya pun pernah usha-usaha mencari soalan tahun-tahun lepas untuk dijadikan bahan rujukan dan persediaan menjawab. Korang boleh check SINI kalau korang berminat. FYI ini bukan laman fb saya. Saya tak kenal pun sapa adminnya. Saja nak membantu  dan memberi info sahaja.




Read More

Exam KPSL Memanggil Lagi

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Exam KPSL Memanggil Lagi  |  Sebenarnya aku dah lupa yang aku ada mohon Exam KPSL bagi tahun 2016.. Semalam kawan opiz tanye, dah print slip exam ke belom?? Adehh, dalam hati, dah sampai masa nak exam keh?? Adoiyaiii, dah la tak study satu hape lagik... Aku memang dah lupa bila tarikhnye... 

Nak kompomkan lagik, aku print la slip exam.. Adoiyaiiiiweehhh!! Minggu depan kowt exam... Matilaaa makk nakkkkk!!! Makcik tak ulangkaji agik wehhh,... Camno neh...?? Apo den nak buekk?? Haha..


Dah banyak kali sebenarnya amek exam ni.. Sekali pown tak pernah lulus.. Susah wehh.. Sampai kejang jari jemari dok menulis... Tulisan dah lebih dari cakar ayam dah... Rasanya dah bukan cakar ayam lagik dah, tapi cakar biawak dah.. Haha... Bila baca balik, diri sendiri lak tensen.. Hehe..

Tapi kan, ada jugak kawan aku.. Amek exam KPSL ni kali pertama dah lulus.. huhu.. Itu dinamakan rezeki kan... Aku ni tataw la bila nak lulus... Ni pulak tak ulangkaji bagai, lagik la nipis harapan senipis kulit bawang... Hoho..

Minggu ni kena xsersais jari jemari.. Minggu depan nak bertarung dah.. Menulis dengan pantas sepantas kilat dengan tulisan yang ajet-ajet sweet... Ahakz.. Korang doakan aku untuk menulis dengan cantik ekk.. Hehe.. Doakan aku jugak dapat jawab dengan tenang dan selamba badak... Doakan aku lagik supaya aku LULUS.... Peace no war..!!


Read More

300 Follower

3 comments
Assalamualaikum wbt..


300 Follower  |  Alhamdulillah, follower blog aku dah mencecah 300 follower.. Hoisss sangatlah susah ye untuk meningkatkan jumlah follower blog ni.. Mengambil masa yang agak panjang.. hehe.. Mungkin aku ni agak malas kowt untuk up entry yang bagus-bagus, sebab tu tak ramai yang nak follow blog aku ni yek.. Agaknya laa.. Aku tengok blog kengkawan yang lain semuanya ohsemm follower.. Ada yang dah cecah puluhan ribu.. Bestnyeee.. hehe..


Mungkin lepas ni aku kene lebih rajin meng-up entry yang boleh menarik minat pembaca blog.. Ahakz.. Kengkonon jerk aku ni.. Angat-angat tahi ayam kata orang.. Haha!!

Apa-apa pown, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat follower blog aku kerana kesudian mereka untuk follow blog aku yang tak seberapa ni.. Korang memang ohsemness..!! Aku sayang korang.. Muaxxx cikebooomm...!!

Senang-senang aku BW blog korang ekk.. insyaallah... :)


Read More

Positif Pagi

Monday, August 22, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Read More

Qhaliff Diserang Sakit Perut!!

Thursday, August 18, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Qhaliff Diserang Sakit Perut!!  |  Firstime dalam sejarah hidup Qhaliff, dia diserang sakit perut... Cirit birit.. OMG..!! Semalam masa amek Qhaliff kat umah pengasuh, badan dia agak panas dan dia tak aktif seperti selalu.. Tak bermaya aje dia.. Pengasuh cakap kemungkinan dia nak demam sebab badan agak panas.. Pengasuh juga maklumkan pada aku yang Qhaliff dah 'membuang' 2 kali dah.. 

Mulanya aku tak syak la dia sakit perut.. Mungkin betul dia nak demam memandangkan badan dia agak panas... Masa otw balik rumah tu, sekali lagi Qhaliff 'eyak'... Aku dah rasa tak sedap ati... Aku cakap dekat en. somi, mungkin Qhaliff sakit perut.. Tapi en. somi menidakkan dakwaan aku tu.. huhu.. Dah sampai rumah, terus aku basuh 'eyak' dia.. Meraung dia, rupanya dah melecet bahagian peha dia... Adoii kesiannya...


Dah elok salin pampers, tak lama lepas tu dia 'eyak' lagik.. Memang kompom la dia sakit perut.. Aku dah mula risau dah... Tapi dia takde la menangis ke.. Merengek ke.. Dia ok-ok aje.. Dah sekali lagik aku kene salin pampers untuk dia... Dah pada tu, aku tengok dia cam tak larat, aku tidurkan dia selepas dia mengusu.. 

Dalam pukul 2 pagi dia sedar tido dan menangis.. Mungkin sakit perut kowt... Aku tengok, dia 'eyak' lagik.. Mungkin jugak dia tak selesa tido dalam keadaan camtu.. Puaslah aku pujuk dia... Bila dia dah stabil emosi dan fizikal baru aku basuh 'eyak' dia... hehe.. Ayat tamo kalah sokmo aku ni...!! haha..


Lastnya, aku teringat Minyak Herba Asma Mujarab ni.. Minyak ni boleh digunakan untuk sakit perut jugak... Terus aje aku applykan minyak ni kat perut Qhaliff... Lepas tu, tidurkan dia.. Alhamdulillah, sampai pagi dia tido dengan lena... Bangun bagi, dia tak 'eyak' agik.. Alhamdulillah...

Read More

Hakikat Suri Rumah Bekerjaya

Tuesday, August 16, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Hakikat Suri Rumah Bekerjaya  |  Sebut saja suri rumah mesti orang ingat, suri rumah hanya goyang kaki dekat rumah kan.. Sebenarnya kerja sebagai suri rumah ni lagi letih dari bekerja di pejabat.. Dekat rumah takdenye nak goyang kaki goyang badan bagai.. Semua kerja nak kene uruskan.. Anak nak kene uruskan.. Makan minum, pakaian, rumah dan bagai-bagai lagik.. Kalau ada yang cakap suri rumah ni hanya kerjanya goyang kaki aje, sila lah cuba jadi suri rumah ye.. Tahulah macam mana rasanya.. 


Di zaman serba mahal ni, rasanya ramai suri rumah yang bekerjakan.. Saling bantu membantu mencari nafkah untuk keluarga.. Zaman sekarang kalau sorang aje bekerja, memang tak cukup la makan pakai.. Barang semua mahal-mahal... Taraf hidup semakin meningkat.. Gaji takat tu jugak.. huhu...

Bila dah suri rumah pown bekerja, makanya semakin banyak la bebanan tugas yang digalas... Nak menguruskan rumah tangga lagi... Mane nak fikir kerja di pejabat lagi... Uiss, tahap stress akan bertambah kalau tak diuruskan dengan betul... Andai dapat suami yang bertimbangrasa yang mahu bantu membantu urusan rumah dan anak-anak serta tidak berkira dalam segala hal, dikira BONUS untuk suri rumah bekerjaya.. Tapi sekiranya dapat suami malas yang hanya mahu goyang kaki, hanya tahu merokok.. hanya tahu main hp.. yaaa ampunnn mati la mak nakkk... Tahap stress akan meningkat ke tahap maximum laa jawabnya....

Dah mencari rezeki sama-sama, maka urusan rumah janganlah berkira ye wahai suami-suami yang ohsem semua... hehe.. Bantulah isteri mu.. Ahakz.... 

Aku pown suri rumah dalam masa yang sama aku bekerja mencari rezeki.. Kadang-kadang sampai satu tahap aku rasa macam tak tertanggung dengan beban tugas yang aku kena galas.. Tapi itu dah hakikat untuk seorang yang bergelar suri rumah, ibu kepada anak-anak, isteri kepada seorang suami dan seorang pekerja kepada majikannya... Sentiasa akan berada dalam tekanan.. Tak banyak, sikit pown mesti ada.. 

Aku harap, aku akan sentiasa kuat untuk membawa kehidupan aku ni.. Menggalas tugas aku sebagai seorang suri rumah dan pekerja.. Walaupown kadang-kadang tak sesempurna mana perlaksanaannya..  hehe... Aku buat hanya yang termampu aku lakukan.. huhu...

Ehhh nape aku ter-emosi hari ni... hehe.. 

Sebabnya..

Aku LETIH badan... LETIH minda... LETIH mental...!!

Terlalu LETIH, LETIH dan LETIH...!!



Read More

Dah Kenapa.........??

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Dah Kenapa.........??  |  "Dah kenapa semua kedai tutup hari ni??".... Haiss ini semalam punya cerita daa... Semalam keluar pergi kedai 2ringgit nak beli barang sikit.. Dah selesai beli barang tu, perut lak terasa lapar.. Tekak terasa nak makan roti canai.. Carik la kedai roti canai.. Mula-mula cari kawasan dekat umah tu aje.. Tutup pulak kedai yang biasa kitorang beli roti canai tu.. Adoiyaii.. 


Aku kalau nak makan roti canai memang akan cari kedai melayu.. hehe.. Sekarang nak cari kedai melayu yang buat roti canai, perghh memang laaa susah.. Dah semalam kedai tu tutup, aku bercadang pulak nak makan roti arab.. Sebagai ganti roti canai kononnye... Dah tahu kalau mengharap roti canai, memang tak makan la aku.. Pergilah kitorang kedai yang jual roti arab dekat area highway bukit rangin tu pulak.. Sampai sana, adoiiii sekali lagik.. Kedai tutup.. !!! Isk3.. Tak de rezeki betol.. Semua tutup.. 

Dah pergi terlajak jauh dah dari rumah, terus aje call member kowt-kowt dia tau mana ada kedai roti canai melayu lagik.. Katanya ada 2 kedai dekat area IM... Pergilah kami dengan harapan dapat makan roti canai.. Sesampai disana, nan hado0oooo jugakk...!! Haisss.. teroknyeeee rasa.. Lastnya kami dah sampai kedai kedua tu, makan aje la apa yang ada... Aku pekena char kueh teow dan en somi makan kueh teow goreng... Boleh la dari tak de kan... 

Dah habis makan, pulang lah aku dengan perasaan hampa.. Pertama, hampa tak dapat makan roti canai... Kedua hampa sebab char kueh teow dia tak sedappppp.. OhMY...!!


Moga lepas ni makin banyak orang melayu buat roti canai... Aku nak makan... Plzzzz...!! hahaa... 


Read More

Borong Botol Susu Qhaliff

Monday, August 15, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt

Borong Botol Susu Qhaliff  |  Sabtu lepas aku menghabiskan masa dekat bandar.. Menyelesaikan beberapa urusan yang harus diselesaikan.. hehe.. Termasuklah mencari barang-barang yang telah aku listkan.. Salah satu barang yang ada dalam list aku adalah botol susu si Qhaliff.. Botol susu dia dah lama tak bertukar.. Pengasuh pown mintak satu lagik botol baru.. 

Pigeon Peristaltic Plus

Qhaliff memang guna botol susu Pigeon Peristaltic Plus ni dari baby lagi.. Botol susu ni aje yang dia terima.. Yang lain-lain semua dia tak nak.. Sebab tu la aku masih setia dengan botol susu ni.. Risau nak tukar botol lain, takut dia tak nak... Rugi ohh..!!

Sabtu tu aku terjah Butik Manjaku dulu... Usha-usha dekat sana kot-kot ada sale kan... Baru syok nak membeli kalau ada sale kan.. Botol tu mahai kowt wehh...!! Tapi malangnya tak de sale la pulak dekat Butik Manjaku.. Aku tawakal pulak pergi ke Parkson.. Dengan harapan ada sales dekat sana.. Sampai aje dekat parkson terus meluru bahagian Pigeon.. Woohaaaaa... Ada sales wehhh...!! Horreeyyyy...

Plan asalnye nak beli 2 botol aje.. Harga Asal botol susu ni RM 60 lebih jugak untuk satu unit... After sale 40% dapatlah dengan harga RM36.24 sahaja untuk satu botol.. Alhamdulillah.. Terus aje aku memborong 3 botol susu Pigeon Peristaltic Plus tu.. Time tu rasa cam nak rembat semua sekali botol yang ada atas rak tu.. Haha.. Gile betol.. Bukan senang nak dapat harga camni tau.. Jarang-jarang jerk sales dapat harga camni.. Separuh harga tu wehh..  Aku beli jugak puting yang saiz besar sikit untuk Qhaliff.. Puting pada botol tu, lubang dia kecik sangat.. Kang mengamok pulak si kecik tu.. Hehe..


Dapat amek gambar 2 botol aje.. Satu lagik dah rasmi lebih awal.. Haha.. Tak menyempat kan.. Aku suka botol ni sebab botol ni plastik dia macam kaca.. Takkan kuning sebab botol nye memang dah kuning ye.. kiki... Kelemahan botol ni, bila dah lama-lama dia akan calar.. Biasalah kalau dah guna dan basuh dengan kerap, calar lah dia kan.. Tak nak calar sila beli dan simpan ye.. ahakz.. Tapi penggunaannya agak lama dari botol biasa... Best sangat botol susu ni..


Dah letih mencari barang, kitorang berhenti makan dulu.. Si kecik dah kelaparan.. Kesian pulak... hehe.. Kemain lagik bila ajak bergambar.. Buat macam-macam gaya memek muka.. Gut Boy...!!


Read More

Dapat Hadiah Jam Tangan Submarine

Sunday, August 14, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Dapat Hadiah Jam Tangan Submarine  |  Tak tido lagi ke korang?? Hehe Aku masih disini.. Sesambil layan TV1 - XPDC Mencari Sakinah.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.. Apa yang aku nak cerita malam ni adalah AKU DAPAT HADIAH...!!! Yeyy...


Haaa ini lah hadiah yang aku dapat... Jam tangan Submarine.. Bestkan dapat hadiah.. Lagik best kalau orang lain yang kasi kat kita.. Tapi yang ni aku hadiahkan untuk diri sendiri.. Haha..!! Alah kire hadiah jugak la tu kan.. hiks.. Pada asalnya aku hanya nak belikan jam untuk en. somi aje.. Nak hadiahkan untuk dia... Tetiba terpandang pulak jam Submarine ni.. Wallawehhh lawooo nyee.. Terus sekodeng harga.. Huh tak mahal.. Yesss.. Terus rembat satu untuk aku... Haha.. Warna warni tuuuu baq hang..!!


Ni pulak jam en. somi.. Dia pilih yang ni.. Aku soh dia rembat Submarine tak nak.. Tak cantik katanye.. Cessss.. Aku rasa jam Submarine lagik cantik dari yang ni.. haha.. Tapi tak pe la.. Pilihan masing-masing.. Dah mata dia berkenan yang ni kan.. Terpulang la pada dia.. Dia yang nak pakai, bukan aku.. hiks..

Rasanya dah banyak koleksi jam aku.. Cumanya banyak dah yang kehabisan bateri.. Bila la nak p top up balik bateri semua jam aku tu.. Jam kenangan.. Ahakz.. 


Read More

No Coverage!!

Saturday, August 13, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..

No Coverage!!  |  Korang perasan tak sesuatu yang pelik pada aku hari ni?? Apakah?? Haha... Aku bersiaran dimalam hari ohhh hari ni.. Tambah lagi hari sabtu pulak tu.. Ahakz.. Dah ada line tenet engkooo kat umah aku.. Setelah berhempas pulas.. Bertungkus lumus.. Kehulu kehilir mencari line intenet yang lalu dekat kawasan umah aku ni.. Huisss Seksooo mak nak..

Semalam seharian aku dok mencarik pakej internet yang boleh on dekat umah aku.. Mula-mula aku p terjah TM Point.. Hajat dihati nak sambar line streamyx (Unifi).. Sekali check coverage dekat kawasan umah aku ni nan hadoooo!!! Frust menonggeng aku kat situ.. Aduhai.. Pastu carik yang lain lak.. Aku pergi terjah YES Centre lak.. Orang cakap laju berdesup jugak dia punya line.. Check sekali lagik coverage kawasan umah aku... Jawapannye tetap sama... Hadoiii... Pergi pulak aku ke P1WIMAX... Mengharap simpati kat sana.. Moga-moga ada harap untuk aku guna intenet dekat umah.. Macam biasa check coverage... Haiss suam-suam kuku jugak nampaknya.. 

Tapi orang PIWIMAX tu suggest aku bawak balik device dulu untuk test selama 5 hari secara percuma.. Hoh.. Cadangan yang baik.. Dengan senyuman aku bawak balik benda alah tu, dengan harapan ada sinar untuk aku berintenet di rumah.. Haha.. Sampai umah aje terus test.. Line dia ada la tapi suam-suam kuku.. Slow... Memang tak best la kalau nak surf internet.. Pagi tadi aku pergi terminate dan pulang balik device dia dengan hati yang kuciwa....

Hari ni aku terus cari dan mencari.. Lastnya petang tadi aku decide untuk beli simcard prepaid DIGI BEST aje... Ni adalah pilihan terakhir yang aku ada.. Lagi pown line digi dekat umah aku OK boleh dapat 4G.. Tapi sebenarnya CELCOM lagi power dekat kawasan umah aku ni... Cuma agak mahal sikit la.. hiks.. Haaa tak lupa juga aku beli sekali modem adapter D-LINK yang boleh masuk simcard... Masa beli tu, aku tawakal aje... hehe



Alhamdulillah, akhirnya usaha terakhir ni tak mengecewakan.. Aku berjaya dapatkan line internet dekat umah aku.. So, tak sia-sialah aku beli PC, beli modem dan beli line digi ni.. hehe.. Alhamdulillah.. Dah boleh online dari rumah.. Hari cuti boleh.. malam boleh.. bila-bila masa pown boleh.. HOyyyeee...!!


Read More

Qhaliff Kuat Mencubit

Friday, August 12, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..

Qhaliff Kuat Mencubit  |  Rasanya dah lama kowt aku tak bercerita tentang anak kesayangan aku tu.. Muhammad Qhaliff Amsyar.. Hari ni aku nak membebel tentang dia la.. hehe.. Rindu lak nak bercerita pasal si kecik yang terlebih cerdik tu.. 


Qhaliff ada satu tabiat yang aku rasa pelik.. Tapi tataw la kowt-kowt anak korang pown bertabiat cam Qhaliff jugak.. Tabiat yang aku maksudkan tu adalah MENCUBIT.. Kalau korang nak tahu, dia cubit bukan calang-calang cubit wehhh... Cubit yang menyakitkan dan memeritkan.. Cubitan dia ala-ala cam cubitan orang dewasa.. Hoiiii.. Sekali kena boleh terkoyak kulit w0o0oo.... ekeke... Nak-nak lagik time kuku panjang... Hoisss.. Merana kulit muka mak nakkk..!!

Haaa satu lagik masalah Qhaliff.. Susah potong kuku.. Ya ampunnnnn!! Memang susah bangat mao potong kukunyaaaaa... Macam-macam gaya, macam-macam cara, macam-macam pujukan dah dilakukan.. Tak jalan jugak... Time yang sesuai nak potong kuku dia adalah time dia tengah syok tengok iklan dekat tv.. Hehe.. Time iklan aje la boleh potong kuku dia.. Lepas habis iklan, harus kena berhenti potong kuku sebab dia akan mengamok... Sambung potong bila time iklan balik.. Hadoiyai anak...


Perkataan baru yang dia boleh sebut sekarang adalah "ALLAH"... Terkujat ummi dan mama dia bila dengar dia sebut ALLAH... Syukur Alhamdulillah.. Gembira sangat bila dia dapat sebut "ALLAH", walaupun dia tak tahu apa maknanye lagi...

Moga dia menjadi anak yang berguna, berakhlak baik dan soleh...Ummi sayang Adik.. Muahhh cikebboomm..!!


Read More

Blog Anda Mobile-Friendly Atau Tidak?

Wednesday, August 10, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Blog Anda Mobile-Friendly Atau Tidak?  |  Dah check ke belom blog atau website korang mobile friendly atau tak?? Kalau belom jom kite mintak belas ehsan encik google untuk tolong check kan... Ikut step di bawah ye..


Mula-mula korang kene klik SINI dulu ye.. 

Dah masuk ke wabsite seperti diatas tu, korang masukkan aje URL blog korang dan tekan Analyze..


Haaa pastu dapat la keputusan dia cam ni... Alah cam tak biasa...!! hehe..

Mudahkan...

Keputusan untuk blog aku...??

OHSEM... This page is MOBILE-FRIENDLY..

Hoyyehh..!!


Read More

5 Perkara Mesti Guna Duit Suami

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Read More

Kenapa Sepi Tanpa Berita Wahai BFF

2 comments
Assalamualaikum wbt

Kenapa Sepi Tanpa Berita Wahai BFF  |  Alhamdulillah perut dah kenyang.... Sendawa dah beberapa kali.. Itu bermakna triple kenyang... Hehe.. Kenyang ke angin?? Haha.. Petang ni aku nak cerita pasal BFF aku yang dah menyepi tanpa kabar berita.. Sob.. Sob.. Sob.. 

Gambar sekadar hiasan - Sumber google

Aku ada sorang BFF ni... Identiti dirahsiakan.. Haha..!! Jantina ofkos la gegel ye... Takan BFF boboyot lak kan... Korang aku tataw leee... Rasanye lama dah tak dengo kabar berita dia sejak dia bertunang.. Aku pown jarang-jarang wasap dia sebab tamo la ganggu dia.. Ahakz.. (alasan paling ohsem).. 

Korang nak tahu tak bila aku mula kenal dia..?? Meh lah aku cite walaupown korang sememangnya tak hengen nak tahu.. Haha... Aku kenal dia masa aku sama-sama study dekat UiTM dulu.. Kami buat PJJ aje.. Taukan PJJ tu ape..?? Bukan Perkahwinan Jarak Jauh ye.. Tapi Pengajian Jarak Jauh.. Jauh lah sangat...!!

Yang membuatkan kami boleh jadi bff, masa hari pendaftaran untuk student baru aku memang tak de geng.. Aku tengok dia pown gerak solo molo jerk.. Aku ape agik buat-buat mesra katak la.. Haha.. Bermula dari situ la kitorang rapat... Lepas pada tu macam-macam hal kitorang buat... Ponteng kelas p tengok wayang la.. Pergi karok laa.. Lepak-lepak la... haha.. Seronok bukan main masa tu... Ada aje plan kitorang buat...

Keadaan berubah bila aku dah kawin.. Kami dah jarang jumpa.. Jarang kontek... Masing-masing buat hal masing-masing.... Akhir tahun lepas kami rapat balik.. Hang out sama-sama.. Tapi aku amek cuti la hari kerja.. Kalau sabtu ahad memang tak boleh sebab hari tersebut adalah masa aku dengan keluarga....

Tapi kemesraan kami telah diragut kembali bila dia dah bertunang raya baru ni.. Hehe.. Kami kembali sepi sekuntum mawar merah.. Masing-masing menyepi.. Aku pown rasa segan pulak nak kontek dia.. Almaklumlah dah ada tunang.. Mestilah masa cuti hanya dengan encik tunang kan...  huhi..

Pape pown aku doakan dia bahagia walau dimana dia berada.... Ucapan keramat untuk dia dari aku..

Wa sayang lu der.. Haha..!! Sies wehhh... 
Muaxxx ciked..



Read More

Susahnya Tanpa Smartphone

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Susahnya Tanpa Smartphone  |  Mownink Uolls.. huh..!! Susahnya tanpa smartphone kan... Korang rasa?? Hehe.. Macam aku bukanlah takde HP langsung tapi sekarang aku guna Tablet.. Agak besar dan berat... Bila aku bawak kehulu kehilir mesti ada yang tegur.... "Besar handphone".. Adeh...!! Tu tak dikira bila call masuk yang terpaksa aku jawab dengan mengangkat Tablet aku ni letak kat telinga.. Haha.. Seperti letak sekeping papan dekan telinga.. Hiks..

Dulu aku ada smartphone.. Samsung Note 2.. Tapi dah rosak tahap total lost.. Motherboard rosak engko..!! Seb bek ada back up Tablet Lenovo aku tu.. Dulu Tablet tu aku guna untuk surf internet aje.. Bukan untuk call.. Tapi sekarang untuk semua kegunaan.. Besar pown besarlah janji hado0o.. Plan beli smartphone?? Kalau tanye aku tentang plan nak beli smartphone memang ada la.. Tapi fulusnye belum ada.. Sebelum beli kita berangan dulu ye dak??

Aku dok survey-survey dua tiga hp jugak la.. Dua antaranya Vivo v3max dan Oppo R7 Plus.. Aku dah jatuh cinta dengan Huawei P9 sebenarnye.. Tapi harganya agak tinggi ye dan dah terkeluar dari bajet aku.. 


VIVO V3MAX


VIVO V3MAX pada aku spec dia mengancam jugak.. Baru jerk keluar April yang lalu... Tapi aku tak pasti la camne prestasi hp dia yang sebenar sebab tak pakai lagik kan.. Korang ada tak yang pakai hp ni?? Boleh la kongsi pengalaman dengan aku.. Best ke tak... 


OPPO R7 PLUS


OPPO R7 PLUS pown spec dia mengancam.. Tapi harga mahal dari VIVO V3MAX ... Dipasarkan tahun lepas... Dah setahun lebih usia hp ni.... hehe.. Kawan opiz aku ada pakai.. Katanya ok.. hehe.. Tataw la ok macam mana.. Keterangan yang diberikan agak memuskilkan.. Ahakz.. 

Setakat ni, 2 model hp ni la yang jadi angan-angan aku.. Tataw la takat berangan atau akan menjadi kenyataan.. Kite tunggu nak lihat aje la ye... Nak beli samsung rasa cam tak termampu dah.. hehe.. Dulu Note 2 tu pown dapat hadiah.. Bukan beli sendiri.. Takpe.. Kite berangan dulu yek... Sementara tu kite menabung.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..


Read More

Pokemon Go Fever

Tuesday, August 9, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Pokemon Go Fever  |  Kemana aje aku pergi mesti orang dok sebut pasal apps POKEMON GO.... Bila baca surat khabar, ada tulis pasai pokemon go.. Bila baca facebook, berlambak status pasai pokemon go.. Merata-rata dok cakap sal Pokemon Go.. Malaysia sedang dilanda demam Pokemon Go.. Kawan sebelah aku ni pown dah terjebak.. hehe.. 

Dorang ada jugak tanye aku, ada install tak apps ni..?? Takat ni aku belom lagik mahu terjebak dengan Pokemon Go..?? Best ke apps ni?? Dok dengar-dengar cerita sana sini yang apps ni banyak keburukannya... Ada jugak yang kata telah diharamkan.. Ada jugak aku baca berita yang menyatakan, boleh mengancam keselamatan negara... Aku pown tak pasti la kesahihah cerita ni semua..

Bila dok baca katanye diharamkan dan mengancam keselamatan negara, rasa gerun jugak nak install dan main games ni.... Ada jugak aku dengar cerita ada yang menerima padah kerana dok asyik main games ni sampai xcident.. Betol ke?? huhuhu.. 

Bila aku p jenjalan, tengok sekeliling memang dorang-dorang ni dok asyik dengan hp masing-masing.. Aku rasa dorang tengok syok main games pokemon go ni la gamaknye... Sebab apa aku cakap cenggitu, sorang-sorang dok tala hp masing-masing mencarik mende alah tu.. Haha.. Aku pown tak faham la apa yang best sangat.. Hanya yang minat games aje faham kowt tentang keseronokannya..

Korang camne?? Dah terjebak jugak ke??


Read More

Why Does It Take You So Long?

Monday, August 8, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Why Does It Take You So Long? | Reality atau fantasi..? Inilah realiti.. Huhu.. Sering kali terjadi pada mommies yang berkerjaya... Pagi-pagi kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh... Lepas siap anak-anak baru siapkan diri sendiri... 

Rutin bagi aku sendiri, bangun pagi seharusnya siapkan diri sendiri dulu baru siapkan anak.. Kalau siapkan anak dulu mesti tak sempat... Dah anak bangun mesti banyak kerenah dia nak dilayan.. So, better aku siapkan diri sendirik dulu.. Dah siap diri sendiri baru uruskan anak.. Hehe.. 

Itu pown sebab aku anak baru sorang.. Kalau dah dua tiga orang tataw la macam mana.. Kene ada pengurusan masa yang betul... Kalau suami turut membantu dalam menyiapkan anak pepagi tu dah dikira untung badan dan bonus.. Kalau dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap urusan siapkan anak atau menguruskan anak ni adalah tugas sang isteri sahaja, memang agak susahlah bagi seseorang isteri itu...

Kebanyakan isteri sekarang berkerjaya.. Zaman sekarang kalau sorang aje yang bekerja mesti tak cukup untuk menampung kewangan keluarga.. Semuanya mahal sekarang.. Tak de yang murah.. Masuk toilet pown dah 50 sen kowt sekarang.. Huhu.... Dah isteri pown bekerja untuk tolong kewangan keluarga, tak salah kowt para suami tolong isteri dalam pengurusan rumahtangga.. Sama-sama membantu antara satu sama lain.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Tak gitu?? 

Renung-renungkan dan selamat beramal..!!


Read More