lazada
Showing posts with label lazada. Show all posts

Lazada Merdeka Blogger Contest Winners Announcement

Thursday, September 28, 2017

10 comments
Lazada Merdeka Blogger Contest Winners Announcement  |  2 hari lepas aku dapat emel dari pihak lazada tentang keputusan pemenang Lazada Merdeka Blogger Contest.. Macam biasalah, keputusan ni akan dihantar kepada semua peserta yang join contest tersebut.. Lama jugak rasanya tunggu keputusan ni keluar.. 26 Sept 2017 barulah diumumkan pemenangnya.. Tak seperti selalu, kali ni aku tak berapa nak excited tengok nama pemenang sebab dah banyak kali jugak join lazada contest  ni tapi tak de rezeki lagi untuk menang.. Dalam pada tak berapa nak excited tu, tetiba ternampak satu nama ni yang cukup aku kenali.. Hoh!! Siapakah??


Nama aku wehhh!! Dok dalam senarai pemenang 2nd Prize.. Allahuakbar... Ada rezeki aku kali ni rupanya.. Betullah kan, rezeki ni datangnya tanpa disangka-sangka.. Bila kite terlalu mengharap, boleh jadi ianya bukan untuk kita.. Bila kita tak mengharap langsung, tetiba ia datang bergolek pada kita.. Alhamdulillah... TQ ALLAH.. TQ Lazada...

Tahniah jugak aku ucapkan pada semua pemenang yang tersenarai... Lain kali kita pakat join lagik yek Lazada Contest ni.. Mane tau ada rezeki korang pulak untuk menangkan.. Insyaallah.. Tak sabar nak tunggu vouchernye.. Bolehlah aku shopping barang anak-anak juga nanti.. Banyak yang nak dibeli ni.. Inilah dinamakan rezeki anak yek.. 😉


Read More

Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest

Tuesday, August 29, 2017

18 comments
Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest  |  Setiap tahun, bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana peristiwa paling bersejarah telah berlaku di bulan Ogos ini dimana rakyat Malaysia mendapatkan Kemerdekaan.. Hari merdeka semakin menghampiri kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Nampaknya dah banyak bendera-bendera malaysia dikibarkan.. Tak kiralah di rumah-rumah, pada kereta dan sebagainya.. Itu menandakan masih ada semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia... 


Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-60 ini, Lazada dengan berbesar hatinya mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale dimana pelbagai barangan menarik ditawarkan dengan diskaun hebat sehingga 80%... Merdeka! Merdeka! Sale ini akan berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos 2017.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan barangan yang diidamkan dengan harga yang sangat, sangat, sangat murah...!! Rugi tak grab tau..

Buat para blogger juga ada yang istimewa kerana Lazada juga melancarkan Merdeka! Merdeka! Blogger Contest dengan 6 hadiah yang menarik untuk dimenangi!!.. Bila Lazada yang anjurkan contest, haruslah hadiahnya pun best dan lumayan kan... 6 orang pemenang dicari untuk memenangi Lazada Shopping Voucher... Rugi tak join uolls.. Kalau menang boleh shopping sakan di Lazada Malaysia.. Korang tak nak ke? Kalau nak, sila join ye.. Klik aje banner kat bawah ni ok.. Contest akan berlangsung dari 21 hingga 31 Ogos 2017.. Jom join ramai-ramai..

Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest, lazada, lazada malaysia, contest
Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest

Syaratnya mudah saja.. Hanya perlu jawab soalan yang diberikan.. Meh tengok apa jawapan aku... Hiks..

1. What do you love about being Malaysia?

Aman Damai & Berbilang Kaum
Malaysia aman damai dan bebas dari peperangan.. Itu yang paling aku suka.. Paling nice, rakyat Malaysia ni berbilang kaum tetapi masih boleh hidup dalam keadaan yang aman damai, harmoni dan bersatu padu antara satu sama lain..

Pelbagai Makanan
Malaysia terkenal dengan syurga makanan.. Nak apa, semuanya ada.. Pendek kata kat Malaysia ni terdapat pelbagai jenis makanan.. Daripada yang pelik hinggalah yang biasa-biasa.. Best ohh!! Haha..


2. Your favorite brand?

Ofkos PENSONIC!!! Kalau dah jadi mak-mak ni, memang dok usha barang letrik ajelah... Ada beberapa barang pensonic yang masih belum dimiliki lagi dan masih dalam wishlist.. Hehe.. Aku suka brand Pensonic ni sebab ianya local brand yang berkualiti dan harga pun berpatutan serta mampu milik... Tak de la rasa terbeban sangat nak belikan.. Satu lagi, brand Pensonic ni mudah didapati.. Terbaikk ohh!!


3. Select two products from the Malaysian Brands that you love..


Dah lama aku dok usha Pensonic Chef's Like Air Fryer ni sebenarnya.. Apa yang best dengan Air Fryer ni, bila kita nak goreng ayam ke, tak perlu nak guna minyak.. Jadi, makanan kita pun berkhasiat.. Tu yang best tu... Selain dapat jimat daripada membeli minyak masak.. Haha!!



Yeahh ini barang kedua yang menjadi idaman aku... Pensonic Food Processor.. Pelbagai guna.. Boleh blending, chopping, slicing, grating, juicing and emulsifying... Paling perlu bila nak buat makanan untuk baby.. 


Oklah, semua soalan dah aku jawab untuk Merdeka! Merdeka! Lazada Blogger Contest ni... Kalau korang bergelar blogger, jom kita pakat join ramai-ramai ye.. Bagi korang yang suka shopping secara online tu, jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada sekarang.. Diskaun hebat menanti korang tau!! Cepat-cepat pergi terjah laman web lazada sekarang atau boleh terus aje klik link kat bawah ni.. 



Read More

Bergaya Indah Di Pagi Raya Bertemakan Navy Blue

Sunday, June 18, 2017

13 comments
Bergaya Indah Di Pagi Raya Bertemakan Navy Blue  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang!.. Ramadhan semakin ke penghujung.. Hanya tinggal beberapa hari aje lagi kita umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri.. Dah siap ke persiapan raya korang? Baju, kuih, duit raya, langsir dan sebagainya... Bagi aku sendiri, pada tahun ni hanya bersederhana sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.. Manakan tidak bersederhana, tak lama lagi akan menyambut orang baru pula.. Hehe.. Tak boleh terlalu membazir.. Hiks.. Biasanya kalau raya mesti ada temanya.. Korang tema warna ape tahun ni?? Kot-kot tersama dengan aku.. Tahun ni aku memilih warna Navy Blue sebagai temanya.. 

Bergaya Indah Di Pagi Raya Bertemakan Navy Blue
Bergaya Indah Di Pagi Raya Bertemakan Navy Blue

Memandangkan aku preggy tahun ni, harusss mencari baju aku dulu.. Agak susah untuk memilih baju ketika mengandung.. Nak pakai baju kurung, memang tak boleh.. So, aku memilih untuk memakai jubah tahun ni.. Jubah pula aku pilih jenis jubah jeans.. Gile rock aku tahun ni.. Haha!!.. Tak pe la kan, kita buat lain dari yang lain.. Baju aku dah ada.. Sekarang aku kena fikir untuk baju encik suami dan anak pulak.. Bila ditanya encik suami, tahun ni beliau nak memakai kurta sahaja.. Jadinya aku perlu cari kurta untuk dia dan juga anak.. Baru sedondon.. Tak gitu.. 

Dalam keadaan yang sarat ni, aku dah tak berdaya nak berjalan mencari baju raya dorang.. So, aku deside untuk beli secara online sahaja.. Baju aku pun beli secara online hokeh.. Senang sikit, tak letih nak jelajah kedai by kedai.. Huhu.. Aku memilih Lazada Malaysia untuk shopping baju raya encik suami dan anak aku tu sebab kat Lazada, apa sahaja pun ada.. Memang terbaik.. Siap ada diskaun lagik... Dapat la jimat kan..  Ehhh jap!! Tudung aku pun belum beli lagi.. Haaa boleh usha terus.. Hehe.. Jom tengok baju pilihan aku untuk suami dan anak serta tudung aku jua.. 

Harga : RM 100.00

Aku memilih kurta dari Uqail ni untuk encik suami sebab nampak elegent dan smart.. Harga masih dalam bajet aku.. Harga sebenar RM 119.00 ada pulak diskaun 16%.. Jimat RM 19.00


Harga : RM 78.20

Orite, ini pula untuk anak aku Qhaliff.. Harga sebenar RM 92.00 selepas diskaun sebanyak 15% dah jadi RM 78.20.. Dapatlah tambah berjimat aku.. Untung betul beli dekat Lazada ni.. Kurta ni disediakan dalam saiz untuk kanak-kanak 2 tahun hinggalah 12 tahun.. Nasib baik ada untuk 2 tahun kan.. Kalau tak, kena mencari lagi... Huhu..


Harga : RM 65.00

Aku memilih instant shawl warna pink.. Kenapa?? Haa sebab aku nak kan kelainan.. Takan nak pakai tudung warna navy blue jugak kan.. Tak kontra la nanti.. Bila pakai pink, nampaklah sikit kontranya.. Tak de la senada aje warna.. Aku berkenan shawl ni meskipun tak de diskaun bagi pembeliannya.. Nampak cantik dan elegant.. 


Oriteeee.. Dah lengkap outfit raya aku and family.. Barulah rasa senang hati.. Kalau tak, memang tak tenang.. So, bergaya indahlah kami sekeluarga di pagi raya nanti dengan bertemakan Navy Blue... Kalau korang belum shopping kelengkapan untuk raya, bolehlah terjah Lazada Malaysia sekarang kerana diskaun sehingga 90% ditawarkan sempena Riang Ria Raya Sale... Rugi tak grab tau!! Jom terjah sekarang..

Shopping Riang Raya Raya
Dapatkan diskaun sehingga 90% di SINI




Read More

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan

Wednesday, May 24, 2017

13 comments
Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan  |  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Dah bersediakah korang untuk menghadapi Ramadhan tahun ni? Atau ada yang dah terbayang-bayang suasana beraya di kampung sekarang ni? Hiks.. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba nanti, Lazada Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama meraikannya dengan mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei 2017 sehinggalah 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%... Banyak tu uolls.. Rugi kalau tak guna kesempatan yang ada ni untuk borong apa yang patut untuk persediaan Ramadhan dan Hari Raya nanti..


Kemahennn teruja aku bila Lazada Malaysia buat sale sempena Ramadhan ni.. Aku dah usha-usha barang yang best-best untuk dibeli.. Siap buat wishlist lagik.. Haha!!

Bukan setakat jualan Ramadhan, Lazada Malaysia juga meraikan para blogger dengan menganjurkan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini dengan tema yang berbeza setiap minggu.. Wahhh memang teruja sangat aku nak  join contest ni... Kalau boleh setiap minggu nak join hokeh!!

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Contest kali ni akan berlangsung selama 4 minggu dengan topik yang berbeza setiap minggu.... Setiap blogger boleh sertai lebih dari 1 penyertaan.. Ini bermakna peluang untuk menang memang cerah.. Hehe.. Semakin ramai blogger yang menyertainya, semakin banyaklah hadiah yang akan disediakan nanti... So, korang-korang semua yang bergelar blogger, moh le kite pakat join ramai-ramai ye.. Hadiah mingguan pun disediakan tau untuk 3 orang blogger bertuah bagi setiap minggu.. Memang terbaikk!!

Orite, jom ikut aku join untuk minggu pertama ni.. Apakah tema untuk minggu ni??

Minggu Pertama
Tema : DELICIOUS RAMADHAN
Tarikh : 19 Mei 2017 - 01 Jun 2017

Biasa kalau bulan Ramadhan, juadah yang agak istimewa yang biasa aku buat setiap tahun adalah Roti Jala dan Kari Ayam.. Kalau nak buat Roti Jala dan Kari Ayam ni haruss kena tunggu hari cuti.. Kalau hari bekerja memang akan kelam kabut... So, lebih baik tunggu hari cuti baru buat sesuatu yang istimewa untuk juadah berbuka.. Ok, tak yah nak bebel panjang sangat, jom tengok resepi Roti Jala Lembut & Sedap beserta Kari Ayam yang biasa aku gunakan...

Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan


Roti Jala Lembut & Sedap

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air (dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan :-
  • Blend semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dengan menggunakan Tefal Blender Blendforce Triplax.. Kalau nak tahu adunan sudah boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan... Jika aduanan tersebut keluarnya tidak putus-putus, maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick Tefal Super Cook Frypan.. Kalau pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala...
  • Selepas dijala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.. Kalau dah masak tak perlu dibalik, terus aje diangkat dan digulung..
  • Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam.. 



Kari Ayam

Bahan-bahan :-
350gm bahagian isi ayam (potong kecil)
1 sudu kecil cili giling
2 biji kentang (potong dadu)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 sudu kerisik
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-
5 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Penyediaan :-

  • Tumis bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga... Masukkan bancuhan serbuk kari + cili giling. Tumis hingga pecah minyak..
  • Selepas dah pecah minyak, masukkan kentang dan ayam.. Kacau rata.
  • Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk..
  • Kemudian, masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam Knorr, kerisik, garam dan gula.. Renehkan lagi..
  • Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan roti jala.. 


Ni lah resepi yang selalu aku guna untuk buat roti jala dan kari ayam.... Setiap tahun pasti aku akan buat roti jala... Dulu-dulu biasa buat roti jala, guna kuali biasa aje.. Bila buat asyik dok lekat aje kat kuali, terus aje beli kuali non stick... Aku lebih suka guna jenama Tefal.. Sebab tu la blender dan kuali non stick aku dari brand Tefal.. Proses penyediaan Roti Jala pun jadi lebih mudah bila aku menggunakan barangan seperti Tefal Blender Blendforce Triplax dan Tefal Super Cook Fryfan ni.. Aku beli barangan Tefal ni dulu kat Lazada Malaysia.. Sekarang ada diskaun tau untuk 2 barang ni... Jom kita terjah..





Kalau korang nak dapatkan barangan kat atas ni, boleh klik aje link bawah gambar tu ye.. Dah alang-alang beli barangan Tefal tu, beli la terus bahan-bahan untuk buat kari ayam tu kan.. Korang juga boleh dapatkan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi dan juga Kiub Pati Ayam Knorr di Lazada Malaysia tau.. 



Kat Lazada Malaysia apa yang tak de kan.. Sekecil-kecil barang pun ada dijual.. Tu yang bestnya Lazada Malaysia ni.. Kalau korang rasa nak shopping sakan sempena Ramadhan ni, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang untuk menikmati diskaun hebat sehingga 90% bermula dari tarikh 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ini... Jangan lepaskan peluang ni tau.. 

Jadi apa tunggu lagi tu?? Jom pakat serbu LAZADA MALAYSIA sekarang!!!


Read More