islam itu indah
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Friday, July 15, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal  |  Hari dah Syawal yang ke-10.. Terlewat sikit aku update pasal puasa enam ni... Mungkin ada dikalangan korang dah habis melaksanakan puasa enam ni.. Kepada yang dah habis puasa enam, aku nak ucap TAHNIAH kepada korang.. Korang memang 0hsem..!! hehe

Syawal masih berbaki dan masih sempat untuk kita melaksanakan puasa enam ni.. Banyak kelebihannya bila kita berpuasa enam ni.. 

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun".

Huraian Hadith :-
  • Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
  • Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal afdal berterusan dengan puasa Ramadhan iaitu selepas hari raya pertama.
Petikan : JAKIM

Jom tengok niat puasa enam macam mana..

NIAT PUASA ENAM



Oke, niat dah tau kan.. So, lepas ni boleh la kita sama-sama buat puasa enam hari dibulan syawal ni.. Aku pown tak buat lagik sebenarnya.. haha.. Adoiyai.. Insyaallah lepas ni.. 


Read More

Peringatan Aidilfitri | Siapa Yang Kita Tak Boleh Salam Dihari Raya Nanti

Monday, July 4, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Peringatan Aidilfitri | Siapa Yang Kita Tak Boleh Salam Dihari Raya Nanti | Mesti dah ramai yang berada di kampung halamankan sempena menyambut Aidilfitri yang tak berapa hari lagi ni.. Mungkin ada yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung.. Bagi yang masih dalam perjalanan pulang tu, aku nak berpesan agar korang drive safe ye.. Jangan lelaju.. Ingatlah orang yang tersayang.. hehe..

Sempena raya yang bakal tiba nanti juga aku nak ingatkan juga tentang salam menyalam ni.. Siapa yang boleh kita salam dan siapa yang  tak boleh kita salam dihari raya nanti.. Bukan saja dihari raya sahaja.. Malah sampai bebila pown cenggitu la hukumnya ye.. Tapi aku up entry ni sebagai ingatan kita dihari raya.. Mungkin keterujaan yang lebih dihari raya sampai lupa batas-batas yang sepatutnya kita patuhi..

Nak dekat Raya ni marilah kita saling mengingati...

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH kita salam :-

Jika kita seorang Lelaki :-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
11. Kawan perempuan

Jika kita seorang Perempuan :-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
11. Kawan lelaki

Ada yang tak tahu dan kadangkala kita terlupa.... Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh... Haa..dah tahu kan?? Jangan buat-buat lupa pula yaaa.. hehe..



Adegan yang selalu berlaku ketika di hari raya... Bila kita ziarah ke rumah rakan-rakan, habis semua kita nak salam.. Tak kira lelaki perempuan..  Kalau boleh elak.. Elak la ye kawan-kawan.. Hiks..


sumber : google

Moga menjadi peringatan buat aku dan korang juga di hari raya nanti.. :)

Read More

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016

Thursday, June 9, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016 | Korang dah tahu ke kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri korang.. Kalau belom tahu, mai aku kasi tau kat sini.. hiks.. Mungkin ada yang berbeza dari tahun sebelumnya.. Jom kita lihat..


Sumber : MySumber

Ada beza tak untuk negeri korang...?? Kalau cam aku, negeri pahang tiada perubahan... Menten RM7.00.. hehe..

Ok la untuk korang selamat menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah ye.. 


Read More

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

No comments

Assalamualaikum wbt..


Kewajipan Membayar Zakat Fitrah | Bila dah masuk bulan Ramadhan aje terus teringat tentang kewajipan kita menunaikan zakat fitrah kan... Korang dah settle belom bayar zakat fitrah ni? hehe.. Aku belom agik.. Itu kewajipan encik somi untuk membayarnye.. hiks..

Zakat Fitrah ni merupakan kewajipan fardhu ain tau ke atas setiap umat Islam.. Tujuan kita melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah ni adalah dapat membersih dan menyucikan jiwa kita yang berpuasa ni daripada perkara-perkara yang sia-sia dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.. Sebab itu lah pentingnya kita melaksanakan tanggungjawab ini..

Okeh jom kita tengok lagi yang berkaitan dengan zakat fitrah ni.. Kiranye macam ulangkaji balik la ni.. hehe..


Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Oke la sampai sini aje la kita ulangkaji yek... Jangan lupa bayar zakat fitrah tau... 

Read More