info
Showing posts with label info. Show all posts

Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Friday, May 26, 2017

4 comments
Niat Puasa Dan Berbuka Puasa  |  Hari terakhir kita berada dalam bulan Syaaban.. Esok kita akan menemui Ramadhan.. Alhamdulillah.. Semoga segalanya dipermudahkan bagi kita di bulan Ramadhan nanti dan segala amalan kita diterima olehNYA... InsyaALLAH... Korang dah bersiap sedia ke belum nak hadapi Ramadhan kali ni.. Niat ingat tak tu?? Yelah kan.. Ramadhan kan setahun sekali.. Mane la tahu ada yang lupa niat puasa dan berbuka puasa.. Kalau rasa tak berapa nak ingat, meh aku ingatkan.. hehe..

Niat Puasa Dan Berbuka Puasa
Niat Puasa Dan Berbuka Puasa

Okeh, bagi yang tak berapa nak ingat tu leh la tengok gambar kat atas ni ye.. Cuba baca dan ingat balik.. Bila puasa tapi tak berniat, sia-sia aje puasa kita kan... Bersahur pun janganlah tinggal kalau boleh ye.. Kalau tak tersedar dari tidur tu apa boleh buat kan... Hiks.. Sempena bulan Ramadhan ni, apa kata kita perbanyakkan amal ibadat kita.. Ramadhan kan bulan yang penuh dengan keberkatan.. Sama-samalah kita mengambil kesempatan ini untuk beramal ibadat.. Memperbanyakkan amal kita.. Mungkin sebelum ni kita sedikit alpa dengan kehidupan dunia.. Masa ni la kita nak perbaiki amal ibadat kita kan.. 

Aku ada jadual untuk korang.. Leh la korang rujuk untuk amalan harian korang di bulan Ramadhan ni.. Sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk melakukan apa yang patut di bulan Ramadhan ni kan.. Jadual Harian Saya Di Bulan Ramadhan..

sumber : google

Selamat Berpuasa buat semua pembaca BLOG LEA AZLEEYA... 


Read More

Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi

Wednesday, May 24, 2017

11 comments
Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi  |  Terkujat mak tengok berita dekat Metro Online pagi ni dengan tajuk "Ya, saya sudah bernikah".... Alhamdulillah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sah bernikah lagi... Menurut Metro Online pagi ni, beliau mengakhiri zaman dudanya dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.. Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah.. Semoga bahagia dan kekal hingga jannah.. 

Jamal Abdillah Berkahwin Lagi
sumber foto : Metro Online

Aku and family memang meminati Raja Pop Malaysia ni.... Dulu-dulu time aku bebujang dulu selalu lah pergi nonton konsert beliau.... Setiap kali pergi konsert beliau, memang tak kan kecewa dengan persembahan yang diberikan olehnye.. Powerrr ohh suara dia.. Tu belum dia Azan lagi.. Meremang bulu roma dengar... 

Pape pun aku doakan, semoga perkahwinan kali ni adalah perkahwinan beliau yang paling bahagia dan kekal hingga jannah... Amiin.. :)

Artikel dari Metro Online - sumber : Metro Online


Read More

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017

Tuesday, May 23, 2017

10 comments
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017  |  Korang dah isi ke borang Waktu Peringkat (WP) bagi bulan puasa ni? Aku baru jerk isi tadi... Aku pilih waktu kebiasaaan aku datang kerja iaitu WP5 - 8.00 pagi hingga 4.30 petang... Balik Awal setengah jam.. Seperti tahun-tahun yang lalu juga.. 

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2017

Surat pekeliling bagi tahun  ni tak dikeluarkan sebenarnya tapi Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 - Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadhan digunapakai untuk tahun 2017... Jadual waktu bekerja di bulan Ramadhan dikeluarkan mengikut negeri ye... Jom check..

Jadual 1

 Jadual 2

 Jadual 3

 Jadual 4


Read More

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017

Monday, May 22, 2017

10 comments
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017  |  Tak lama dah kita nak menyambut bulan Ramadhan.. Tinggal beberapa hari aje lagik.. 27hb Mei 2017, insyaAllah semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan.. Bila dah sebut tentang bulan Ramadhan ni, tak sah kalau tak singgah kat fikiran kita tentang zakat fitrah kan.. Agaknya berapalah kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2017 ni.. Naik ke turun ke.. Untuk kepastian, jom pakat tengok jadual yang aku sediakan kat bawah ni.. hehe..

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2017


Read More

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang Tahun 1438H/2017M

Thursday, May 11, 2017

11 comments
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang Tahun 1438H/2017M  |  Tinggal lebih kurang 16 hari je lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan... Korang dah selesai ke ganti puasa? Kalau belum, baik cepat-cepat ganti ye.. Takut tak sempat pula nak menggantinya.. Moga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan memberikan lebih keberkatan pada kita.. Insyaalah.. Kat sini aku nak up Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Pahang mengikut zon untuk rujukan ornag-orang Pahang.. Mentang-mentang la orang Pahang ye.. Terus up jadual untuk orang Pahang.. Haha...

























Sumber : SINI

Untuk negeri-negeri lain, korang boleh tengok kat SINI ye... Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia.. :)


Read More

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan

Monday, April 3, 2017

9 comments
Assalamualaikum wbt..

24 April Hari Kelepasan Am Tambahan  |  Baru kejap tadi dapat text whatsapp dari member tentang hal ni.. 24 April, hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negeri.. Alhamdulillah dapat lagi satu hari cuti tambahan.. Hehe.. Kemaruk cuti betul aku sekarang ni.. Haha!! Jangan marahh aaaa dek non!

24 April jatuh pada hari Isnin.. So, dah boleh plan ape nak buat.. Sabtu Ahad hari cuti, tambah pulak isnin pun cuti.. Alhamdulillah.. Dapat merancang aktiviti bersama keluarga.. Terbaikk!!

Korang apa plan??


Read More

7 Sebab Kenapa Kena Balik Kerja On Time!!

Friday, February 24, 2017

14 comments
Assalamualaikum wbt..

7 Sebab Kenapa Kena Balik Kerja On Time!!  |  Haaa kali ni nak share pulak ngan korang tentang perihal balik kerja on time.. Dah kenapa pulak yeeekk?? Jom selidik.. Ada 7 sebab utama.. 

sumber : almari cantek










Ehhhh jangan balik sekarang tau.. Belum masa lagik.. Haha.. 


Read More

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung

Wednesday, January 18, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt

Surah-Surah Amalan Ibu Mengandung  |  Sejak mengandung ni asek nak up entry berkaitan pregnant aje kan aku ni.. Harap korang tak bosan yek.. Yela, aku mengandung yang terdahulu, tak banyak story tentang aku mengandung yang aku kongsikan disini.. Bila mengandung untuk kali kedua ni, semua aku dah lupa apa perlu dibuat... Huhu.. Sangat teruk ingatan.. Tak sampai 2 tahun lagi umur anak aku tu..Ahakz..

Kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua yang mungkin dah tahu dan mungkin ada juga yang belum tahu tentang surah-surah yang  boleh diamalkan ketika mengandung... Aku nak abadikan kat sini supaya akan datang aku boleh rujuk semua.. Hiks..

Ada 8 surah yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.. Dengan 8 surah ni, bukan bermakna surah lain tidak boleh diamalkan ketika mengandung.. Bukan begitu ye.. Semua surah patut diamalkan sebenarnya.. Tetapi yang 8 ni lah yang selalunya diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana ianya berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran seperti untuk dapat anak yang soleh solehah, cerdik, akhlak baik, cantik paras rupa, senang melahirkan dan sebagainya.. 

Kalau tak berapa nak faham apa aku bebelkan, korang boleh rujuk terus gambar kat bawah ni.. hehe.. 




Read More

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

Monday, January 16, 2017

6 comments
Assalamualaikum wbt..


13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul  |  Sedap pulak kebab kat atas ni.. Hehe.. Aku dapat sedikit info berkenaan pengendalian makanan dari kawan aku melalui group whatapps.. Bila aku baca, aku rasa perlu dikongsikan dengan korang... Sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua orang.. Izinkan aku kongsikannya disini ye.. Hiks..

13 Cara Pengendalian Makanan Yang Betul

1  Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi dan lain-lain yang dibuat ulam yakni tidak dimasak perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e-coli..

2  Petua beli ayam segar - beli ayam pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.. Jika beli pada waktu tengahari, pastikan balik rumah terus cuci dan masukkan ke dalam peti beku sebelum dimasak bagi mematikan bakteria... Masak ayak dengan sempurna.. Kalau tak cukup masak, bakteria tak mati dan akan aktif semula bila makanan itu sejuk..

3  Panaskan makanan setelah sejuk.. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.. Perlu dipanaskan sampai mendidih..

4  Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh ditangan kita..

5  Elakkan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak

6  Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan

7  Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam, daging burger digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk.. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana mengundang bakteria.. Pastikan goreng dalam minyak yang betul-betul panas..

8  Pastikan tukang masak berada dalam keadaan yang bersih semasa memasak kerana 95% penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.. Itu sebab orang berniaga kena amek suntikan vaksin untuk elak dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain..

9  Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.. (tin tu basuh dulu.. hehehe)

10  Jika makan dikedai, pastikan basuh dan lap sudu yang nak digunakan terlebih dahulu.. Jangan gunakan sabun tongkol yang disediakan kedai makan.. Sebaiknya gunakan pencuci cecair dan tak salah kalau bawa kemana-mana pencuci tangan bersama kita.. Sekarang banyak penyakit berjangkit berpunca dari makanan..

11  Khasnya ayam golek, pastikan ayam itu panas.. jangan beli kalau ayam sudah sejuk dan yang sudah siap potong..

12  Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik.. Kalau kayu jangan makan sebab serbuk kayu mungkin melekar pada ayam dan daging yang dicincang..

13  Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk elakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin..




Read More

Senyum Pagi | Anda Kategori Yang Mana?

Wednesday, January 4, 2017

8 comments
Assalamualaikum wbt..


-SMiLe-


Read More

Renung Pagi - Luahan Umat Akhir Zaman

Tuesday, January 3, 2017

5 comments
Assalamualaikum wbt..


-SMiLe-
Read More

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Saturday, December 24, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017  |  Tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2016 dah tahu.. So, kali ni nak apdet pula tarikh pembayaran bonus penjawat awam Januari 2017...


Bila tu agaknya?? Sebelum tahu tarikhnya, mari tengok dulu jumlah bonusnye.. Hehe..


Menurut sumber, CUEPACS telah membentangkan permohonan bonus sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2017 tetapi tidak diluluskan.. Seperti tahun-tahun yang sudah, bagi meringankan beban kos sara hidup, kerajaan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam dan RM 250 kepada pesara.. 

Selain daripada bantuan khas, terdapat beberapa inisiatif lain untuk penjawat awam telah diumumkan pada Pembentangan Bajet 2017 tersebut.. Antaranya ialah :-


INTIPATI BAJET 2017 INISIATIF KEPADA PENJAWAT AWAM











TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2017

sumber : http://www.mysumber.com/tarikh-bayaran-bonus-kakitangan-awam-2015-pada-januari.html



Read More

Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016

Friday, December 23, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt


Kadar Pengagihan Dividen Dan Bonus ASB ASN Tahun 2016  |  Selalunya bila hujung tahun, para penyimpan ASB dan ASN mesti tak sabar menantikan kadar dividen dan bonus diumumkan.. Korang dah tahu ke berapa kadar dividen dan bonus bagi ASB ASN tahun ni?? Aku yakin mesti ramai mengharapkan kadar untuk tahun ni lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya..

Semalam 22 Disember 2016 (Khamis), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telahpun mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.. Kata mereka, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar di mana sehingga 30 November 2016, indeks saham utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7%.. Kalau korang nak tahu, tahun ini adalah merupakan tahun ke-3 berturut-turut bursa saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, berikutan tekanan terhadap harga komoditi utama, kadar faedah yang rendah dan ketidaktentuan dalam pasaran matawang..

Dengan penjelasan di atas, korang agak dividen untuk tahun ini naik tak?? Hehe Untuk menghilangkan tanda soal yang terlalu banyak kat atas kepala korang tu, meh tengok carta kat bawah ni..


DIVIDEN & BONUS AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)


Untuk info lebih lanjut, klik SINI


Aku agak, mesti ramai yang dah menjangkakan akan penurunan dividen bagi tahun ini kan.. Yelah, dengan ekonomi sekarang yang tak menentu, sedikit sebanyak memberi impak kepada penurunan ini.. Ye dak?? Korang tengok, bermula tahun 2013 lagi kadar dividen menurun sehinggalah tahun ini.. Bilalah agaknya dividen dan bonus akan naik kembali ye.. Hurmm Kita tunggu dan lihat aje la tahun hadapan pula.. Moga ada sinar baru di penghujung tahun hadapan.. Insyaallah..


PEMBUKAAN SEMULA URUSNIAGA ASB DAN ASN


Baca lagi di SINI


PENGIRAAN & PEMBAYARAN PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB

Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASB adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2016, manakala pengiraan bonus yang dibayar oleh PNB pula adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir. Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Januari 2017. 

Manakala, pengiraan pengagihan pendapatan bagi tabung ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada 31 Disember 2016, iaitu hari terakhir tahun kewangan tabung ASN. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.


Sumber :-

SATU   |   DUA

Read More

Tarikh Akhir Penukaran Kad Debit Secara Percuma

Wednesday, December 14, 2016

18 comments
Assalamualaikum wbt..



Tarikh Akhir Penukaran Kad Debit Secara Percuma  |  Wohaaaa... Korang dah tukar ke belum Debit Card korang?? Cepat-cepat tau tukar sebab tarikh akhir untuk penukaran Debit Card tak lama lagi akan berakhir.. Lepas dari tarikh tersebut korang dikenakan bayaran untuk tukar kad... 

Bila tarikh akhir penukaran Debit Card tersebut?? Dah tahu ke?? Kalau belum tahu, sila ambil maklum notis kat bawah ni ye..


PERHATIAN KEPADA PEMEGANG 
KAD DEBIT BANK!!

Tarikh akhir untuk menukar kad debit bank adalah seperti berikut :-

MAYBANK
Sebelum 18 Disember 2016

CIMB
Sebelum 20 Disember 2016

RHB
Sebelum 31 Disember 2016

BSN & Lain-Lain Bank
Sebelum 31 Disember 2016

Kad lama anda tidak akan berfungsi selepas tarikh tersebut..

Denda RM 12.70 akan dikenakan bagi penukaran kad baru selepas tarikh tersebut..

Sekian, Harap Maklum..



Read More