Top Social

Image Slider

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang

Sunday, May 05, 2019
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2019 Bagi Negeri Pahang   |  Hola!! Rasa cam terlambat sikit up jadual berbuka dan imsak tahun ni.. hehe.. Di sini aku lampirkan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang, negeri kelahiran ku.. Cewahh.. Semoga dengan jadual ini dapat korang manfaatkan.. Oh ya, credit kepada mysumber diatas jadual yang comel ni..



Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2019 bagi Negeri Pahang








10 Trik Bijak Kegunaan WD-40 Yang Akan Menjimatkan Masa Anda Dirumah

Thursday, April 04, 2019
10 Trik Bijak Kegunaan WD-40 Yang Akan Menjimatkan Masa Anda Dirumah  |  Dalam pelbagai cara, teknologi yang berkembang pesat telah membantu bukan sekadar memudahkan tugasan harian malah mempercepatkan kerja-kerja yang dilakukan. Masa yang tersedia amat berharga, peruntukkan ia untuk perkara yang lebih bermanfaat. 

Namun, ramai antara kita yang masih memilih kaedah lama yang menuntut banyak tenaga dan masa lebih. Tidak kira, sama ada tersedia kelengkapan yang mencukupi atau peralatan yang tepat, produk berteknologi maju ini dapat membantu di mana jua walaupun di bawah sinki atau di garaj kediaman. Ya, kita sedang membincangkan produk yang di labelkan dengan warna biru dan kuning serta mempunyai lebih dari 2000 kegunaan iaitu Produk Pelbagai Guna WD-40®.

Hidup ini singkat, oleh itu peruntukkan ia dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan indah. Berikut, 10 trik bijak kegunaan WD-40® yang bukan sekadar memudahkan kerja malah menjimatkan masa dan tenaga anda.

1) Hilangkan lakaran krayon si cilik di dinding


Tidak perlu risau dan gusar untuk menghilangkan lakaran seni atau kesan conteng krayon si cilik anda di dinding. Cara mudah untuk membersihkannya, gunakan Produk Pelbagai Guna WD-40®. Semburkan pada lakaran di dinding dan biarkan beberapa minit. Setelah itu, ambil kain bersih dan lap pada lakaran yang telah disembur WD-40® tadi. Dengan mudah, warna karyon tadi tertanggal dan dinding anda bersih seperti sedia kala

2) Singkirkan pelekat dan gua getah


Menyingkir pelekat label atau harga adalah antara tugas yang sukar. Tambahan, untuk membersihkan gula getah yang melakat pada kasut atau alas kaki juga kerja yang memenatkan. Cara mudah, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan pelekat dan biarkan beberapa minit. Kemudian, gosok pelekat yang telah disembur dengan menggunakan tangan. Pelekat tadi dapat ditanggalkan begitu sahaja. Bagi gula getah pula, sedikit kerja keras diperlukan. Sembur Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan gula getah yang melekat, dan biarkan beberapa minit. Guna kain basah untuk menanggalkan gula getah tersebut. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga segala sisa gula getah dapat dibersihkan. Formula ini dapat memabantu melonggarkan molekul gula getah yang melekat dan secara tidak langsung ia mudah untuk ditanggalkan

3) Bersihkan gril BBQ


Pastikan gril BBQ anda tersedia sebelum digunakan ketika pesta? Sembur rata WD-40® Multi-Use Product pada permukaan jaring gril dan biarkan ia 10 minit sebelum disembur kali kedua. Gosok permukaan jarring gril dengan menggunakan kain bersih yang kering untuk menanggalkan kotoran atau bentangkan lapisan aluminium. Kemudian, lap keseluruhan permukaan rak grill dengan tuala kertas. Jika masih terdapat kesan degil yang melekat, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan kotoran tersebut dan sental dengan menggunakan berus dawai. Dengan ringkas, cuci keseluruhan permukaan jaring gril menggunakan sabun dan dibilas bersih.

4) Elak cermin di dalam bilik air berkabus


Selesai mandi dengan menggunakan air panas, sudah pasti permukaan cermin terbentuk satu lapisan kabus, Ia perlu dilap agar dapat digunakan. Hal ini akan menyababkan kesan atau tompokan air kelihatan dan ia perlu dibersihkan sekali lagi. Apa kata, anda ambil langkah untuk mengatasi masalah pembentukkan kabus pada permukaan cermin terlebih dahulu? Semburkan sahaja Produk Pelbagai Guna WD-40® pada keseluruhan cermin dan lap sehingga kering. Lakukan trik ini seminggu sekali.

5) Elak set golf dan peralatan memancing berkarat


Bukan sekadar dapat atasi set golf dan peralatan memancing dari berkarat, malah kelengkapan yang diperbuat dari keluli tahan karat juga dapat dielakkan. Apa bila permukaan kromium oksida yang sukar dilihat dengan mata kasar rosak, ia akan mengundang berlakunya pembentukkan karat. Untuk memastikan peralatan dan perkakas anda terhindar dari pembentukkan karat dalam tempoh yang lama, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® dan lap dengan menggunkan tuala kering. Lakukan langkah pencegahan karat ini seminggu sekali.

6) Bersihkan kotoran degil dalam peti sejuk


Apabila sisa makanan yang melekat dan sukar dicuci dengan menggunakan sabun dan air, Produk Pelbagai Guna WD-40® mengambil alih tugasan. Keluarkan semua makan dan jauhkan ia dari kawasan yang hendak di rawat. Semburkan sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® terus pada pemukaan kotoran dan lap dengan menggunakan kain basah atau span. Kemudian, setelah bersih lap sekali lagi dengan menggunakan kain bersih yang kering.

7) Pastikan Jubin sentiasa bersih


Untuk memastikan Jubin anda sentiasa kelihatan cantik dan bersih bukanlah sesuatu yang mudah dan murah lebih-lebih lagi jika ia adalah Jubin yang direka khas. Oleh itu, untuk mengekalkan Jubin anda kelihatan bersih dan cantik, sudah pasti penjagaan rapi perlu dilakukan. Bagi mencegah serta menghilangkan kesan calar, kotoran degil dan turapan Jubin yang kotor, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan Jubin kemudian dibiarkan seketika sebelum dibersihkan dengan menggunakan air sabun.

8) Melembutkan kasut kulit


Sepasang kasut diperbuat dari kulit menjadikan penampilan anda lebih elegan. Namun, bagi menyarung sepasang kasut kulit yang baru adakalanya mengundang ketidakselesaan kepada pengguna. Produk Pelbagai Guna WD-40® dapat membantu. Hanya semburkan pada permukaan kasut dan lap dengan kain lembut dan kering. Teknik ini membantu mengurangkan risiko lepuh pada kaki dengan melembutkan kasut kulit baru anda dan secara tidak langsung memberi keselesaan. Disamping itu juga, ia membantu manjaga kasut agar lebih berkilat. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyembur Produk Pelbagai Guna WD-40® dan gosok perlahan-lahan.

9) Zip tersangkut dan tersekat-sekat


Tidak kira di seluar mahupun beg, zip yang tersangkut dan tersekat-sekat boleh diselesaikan dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® . Teknik menggunakan lilin bagi menyelesaiakan masalah zip yang tersangkut dengan menggunakan lilin adakalanya kurang bernas terutamanya bagi tempat yang sukar dijangkau. Jadi, apa kata jadi bijak dengan menggunkan Produk Pelbagai Guna WD-40® . Apa yang perlu anda lakukan, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada zip yang tersangkut dan sepanjang trek zip yang tersangkut.

10) Bersihkan bilah mata pemotong rumput


Tugas memotong rumput anda sudah pasti menyukarkan apabila terdapat sisa potongan yang tersangkut pada bilah pemotong. Lebih teruk, jika tidak di atasi segera ia akan menyebabkan mata bilah tersangkut dan tidak berfungsi. Membuang sisa rumput yang melekat secara manual agak sukar dan memperuntuk masa yang lama. Untuk mengatasi masalah ini, semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada masin pemotong rumput terutamanya bahagian bilah mata.

Untuk lebih tip dan trik bijak penggunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® atau anda mencari produk yang bersesuai untuk menyelesaikan masalah dan tugas tertentu, jangan lupa layari https://wd40.asia/


How WD-40® Can Help Companies to Save Money

Wednesday, March 13, 2019
How WD-40® Can Help Companies to Save Money  |  Penyelenggaraan dan pembaikan adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pemilik bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan berfungsi. Begitu juga situasinya bagi syarikat.


Malah, untuk mempunyai peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh diabaikan oleh syarikat. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar kontrak.


Dalam erti kata lain, kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian. Pembaikan pula termasuk penggantian baru sama ada ia memerlukan kos yang tinggi dan barangkali menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan kerosakan itu pada tahap minimum.

Satu-satunya cara untuk memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi menangani situasi seperti ini.


Turut dikenali sebagai ‘Tin dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan industri, seperti pembinaan kapal, sektor tenaga angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum peralatan elektrik dan pneumatik serta pelbagai lagi.

Produk ini adalah jenama yang dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan, dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan.


Dan disebabkan ia menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untukmengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan.

Ciri-ciri-dan reka bentuk pintarnya yang terdapat dalam produk ini, termasuk straw fleksibel yang disediakan menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan dan barangan, serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat, serta membersihkan dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai.


Dalam proses pembuatan yang dipanggil pengacuan, sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan bahanyang digunakan.


Terdapat banyak sebab mengapa tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1953, kekal sebagai produk penting yang perlu ada di setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional mahupun amatur.

WD-40®juga mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza.

Untuk mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40® atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.


Betul Atau Salah Cara Anda Membersihkan Bilik Air?

Sunday, February 17, 2019
Betul Atau Salah Cara Anda Membersihkan Bilik Air? | Adakah anda tahu kemungkinan besar cara anda membersihkan bilik air adalah salah? Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehingga mengabaikan beberapa perkara utama – yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman – dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya.


Bilik air adalah tempat yang perlu anda bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus didatangi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.

Berikut beberapa cara yang anda lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu anda melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan, selepas ini.  

1. Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka, bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. Malah, terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan anda membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air.


Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti WD-40®Multi-Use Product yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas anda. Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Anda juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.

2. Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas


Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang  kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar. Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain mikrofiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan anda boleh mencuci dan menggunakannya semula.

Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini anda akan dapati bahawa WD-40®Multi-Use Product juga boleh membantu anda.

3. Hanya mop lantai


Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan WD-40® Specialist Fast Acting Degreaser. Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang residu. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.

4. Menggunakan produk pembersih yang salah


Lazimnya, sesetengah indvidu cenderung untuk menggunakan hanya satuproduk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ia lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi anda, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya memerlukan pembersih tertentu. Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili anda) memerlukan perhatian tambahan. Hanya sembur sedikit WD-40®Multi-Use Product bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.

5. Tidak membersihkan berus tandas

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.


Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu.

Sekiranya memerlukan  pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih antibakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman anda dan memastikan peralatan anda dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia. Anda pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.


Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Monday, February 11, 2019
Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan  |  Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, pada 4 Februari baru-baru ini, Nestle Malaysia telah menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.


Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.


Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.


Jom Kenali Nestle Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 


Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah

Friday, September 07, 2018
Prosedur Hukuman Sebatan Bagi Pesalah Syariah Kerana Musahaqah |  Baru-baru ini viral satu Malaysia tentang keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas dua orang wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis (Lesbian)... Hukuman sebat seumpama ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia terhadap pesalah yang didakwa di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Syeksyen 59(1) Enakmen Yang Sama Kerana Musahaqah (Lesbian).

Rentetan dari kontrovesi yang berlaku ini, timbul pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia... Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga yang memberi reaksi negatif.. Reaksi negatif itu mungkin disebabkan kurangnya pemahaman orang ramai terhadap pelaksanaan hukuman tersebut..

Jom sama-sama faham akan prosedur hukuman sebatan bagi pesalah syariah kerana Musahaqah ini.. Boleh rujuk info-grafik kat bawah ni ye..


Jika diteliti prosedur hukuman sebat yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah ini, ia ternyata berbeza daripada hukuman sebat yang dijatuhi oleh Mahkamah Sivil kerana ia lebih lembut dan ringan berbanding sebatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil.. Cara sebatan yang dilakukan adalah dengan pukulan yang sederhana menggunakan rotan yang kecil dan tidak boleh kena bahagian muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit pesalah..

Tujuan hukuman ini dijalankan adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar mereka menginsafi perbuatan yang bercanggah dengan hukum agama yang telah mereka lakukan.. Oh ya, hukuman ini dijalankan di dalam dewan sambil disaksikan oleh kira-kira 100 orang.. Ini sekaligus dapat memberi pengajaran juga kepada mereka yang menyaksikannya..

Moga kita semua juga mengambil pengajaran dari kejadian ini dan sekaligus dijauhi dari perkara-perkara seperti ini.. Insyaallah..


Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Tuesday, May 15, 2018
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018  |  Puasa dah dekat ni uolls.. Esok lusa dah.. Korang yang mana bekerja dalam sektor awam, dah isi ke borang Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) untuk bulan Ramadhan nanti? Kalau belum tu, bolehlah isi cepat-cepat nanti tak sempat pulak Ketua Jabatan nak beri kelulusan.. Macam biasalah, bulan Ramadhan kita akan diberi kelonggaran untuk pulang lebih awal setengah jam daripada biasa.. Tetapi rehat pun setengah jam aje hokeh!! Kire balance la kan.. 

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018, Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 ini sebenarnya terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 - Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan yang telah dikeluarkan pada 22 Disember 2017... Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018..

Untuk memudahkan korang, aku up terus kat disini Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 untuk rujukan korang.. Jom check waktu mengikut negeri masin-masing..




Kalau korang nak print atau nak terus rujuk pekeliling tersebut, korang bolehlah klik kat SINI.. 

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi ALLAH SWT ini.. Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna buat kita.. Insyaallah.. 


Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018

Saturday, May 05, 2018
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018  |  Assalamualaikum wbt.. Tinggal beberapa minggu lagi kita umat Islam akan menyambut bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadhan.. Korang dah bersedia ke fizikal dan mental untuk menghadapi bulan Ramadhan ni.. Yela, selama sebulan kita akan menahan lapar dan dahaga... Bukan itu sahaja ye, mulut pun kena puasa dari berkata-kata benda yang tak elok.. Tinggalkan title 'makcik bawang' dan 'pakcik bawang' buat seketika.. Eh!! Bukan seketika, kalau boleh buat selama-lamanya.. Hiks.. 


Orite, kali ni aku nak kongsikan dengan korang Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018 supaya dapat menjadi rujukan kita bersama di bulan puasa nanti.. Untuk negeri-negeri lain, aku akan sertakan pautan di akhir entry nanti ye...

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi 
Negeri Pahang Darul Makmur
Tahun 1439/H2018M


ZON 1 : PULAU TIOMAN



ZON 2 : ROMPIN, PEKAN, MUADZAM SHAH & KUANTAN



ZON 3 : MARAN, CHENOR, JENGKA, TEMERLOH, BERA & JERANTUT



ZON 4 : BENTONG, RAUB & KUALA LIPIS



ZON 5 : GENTING SEMPAH, JANDA BAIK & BUKIT TINGGI



ZON 6 : BUKIT FRASER, GENTING HIGHLANDS & CAMERON HIGLANDS


Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar


Bagi negeri-negeri lain, korang boleh klik SINI..


Semoga puasa kita pada tahun ini membawa keberkatan yang berganda dan dapat kita melakukan lebih banyak ibadah dengan sempurna sepanjang bulan ramadhan nanti.. Jauhi segala keburukan dan dekati segala kebaikan, insyaallah apa yang kita lakukan akan diberkati.. Selamat menyambut Ramadhan 2018.. Sama-sama kita perbaiki ibadah puasa kita..


Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Friday, December 15, 2017
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Kakitangan Kerajaan Dan Pesara  |  Alhamdulillah.. Tarikh bagi  Bayaran Khas Tahun 2017 untuk kakitangan kerajaan dan juga pesara telah diumumkan.. Kebetulan pulak tarikh bayaran  tersebut dibuat sebelum tarikh ayah mertua aku berangkat ke tanah suci Mekah.. Jadi, dah tak perlu runsing pasal modal nak hantar beliau nanti... Syukur Alhamdulillah, dipermudahkan olehNYA.. 

bonus 2018, bonus 2017, bayaran khas tahun 2017, bonus kakitangan kerajaan, bantuan khas 2018
Tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 Bagi Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

13 Disember 2017, Pekeliling bagi Bayaran Khas Tahun 2017 telah pun dikeluarkan dan tarikh Bayaran Khas Tahun 2017 adalah pada 08 Januari 2018.. Bagi penjawat awam akan menerima sebanyak RM1,000 manakala bagi Pesara Kerajaan pula akan menerima RM 500.. Alhamdulillah rezeki tahun ni lebih sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni.. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, pastinya sangat mengharapkan bantuan khas ini kan, bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.. Haaa korang yang tak de anak sekolah tu, apa plan korang? Nak guna duit tu untuk apa? Atau sebagai tabungan untuk masa hadapan?

Hurmm bagi aku pula, dengan duit RM1000 yang bakal aku terima nanti, aku nak bayar hutang piutang aku seperti Cukai Tanah tanpa sedar yang dah 2 tahun tak berbayar... Adeh.. Kenapalah aku cuai sangat yek.. Cukai Pintu yang masih tertunggak tu pun aku nak settle semua sekali supaya tak mengganggu fikiran aku ni.. Haha.. Selebihnya, aku nak buat back up untuk hantar ayah mertua pergi umrah nanti... Bila hutang settle, barulah boleh hidup tenang dan bersenang lenang tanpa perlu fikir apa-apa dah pasal hutang..  Tak gitu? Haha... Serius weh, kalau berhutang ni rasa semak otak..

Ok, kalau korang nak tengok Pekeliling Bayaran Khas Tahun 2017 yang dikeluarkan oleh JPA pada 13 Disember 2017 yang lalu, korang boleh klik SINI ye..


Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?

Monday, November 27, 2017
Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?  |  Sekarang jam menunjukkan 2.32 pagi.. Tapi mata masih segar bugar lagi tak mahu lelap.. Sejak bercuti pantang ni, selalu aje tidur lewat.. Rasa mengantuk entah kemana menghilang.. Huhuhu.. Ok, aku sebenarnya baru je habis tonton Gegar Vaganza 2017 Minggu ke-5 ni di youtube.. Yelah, nak tengok live di Astro Ria, malas nak langgan.. Jadi, tengok di youtube aje la.. Hehe..

liza hanim, lan kristal, gegar vaganza, syura, hazami, gv2017,

Korang team siapa untuk tahun ni? Aku rasa tahun ni ramai yang  mantap-mantap.. Mula-mula aku team Liza Hanim dan Lan Kristal.. Lepas tengok konsert minggu ke-5 ni, dah rasa nak tambah team lagi... Haha.. Syura dan Hazami.. Memang mantap gile la Syura nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah (Ella).. Memang patut dipuji.. Hazami pulak, aku rasa dia konsisten setiap minggu dan nyanyian dia memang best dan sedap di dengar.. Tak hairanlah kan dia jadi seorang guru muzik.. 


Liza Hanim memang aku minat dia dari dulu lagi.. Vokal dia memang mantop tak yah nak cakap la.. Aku suka lagu-lagu dia.. Dulu-dulu kalau pergi karok, mesti nyanyi lagu dia.. Sampai nak terkeluar anak tekak.. Lagu dia kebanyakannya bernada tinggi.. Huiii mencabar betul... 

Tapi minggu ke-5 ni agak kecewa sikit sebab Liza Hanim nyanyi tak berapa ok.. Hurmm.. Mungkin jugak lagu Dayang Nurfaizah ni agak susah untuk dibawa kot... Aku sendiri pun tak boleh nak hadam melodi lagu Lelaki Terangung ni.. Susah sangat.. Sampai ke sudah aku tak karok lagu ni.. Haha.. Tak reti wehhh.. 


Lan Kristal pun aku suka sebab vokal dia.. Lain dari yang lain... Kengkadang rasa cam Awie pun ada jugak.. Haha.. Mungkin aku ni peminat Awie kot.. Ekeke.. Apa-apa pun aku memang suka dengan vokal Lan.. Mantap meletop gituu.. Perfomance dia setiap minggu pun best wehh.. Kagum aku dengan dia.. Harap-harap dia dapat ke final.. Manelah tahu ada rezeki jadi juara kan.. InsyaAllah.. 

Ada masa nak try duet dengan Lan la kat Smule.. Berangan gitu aku.. Yelah kat Smule aje kite dapat duet dengan retis ni.. Tapi rasanya sekarang Lan dah tak sempat kot buat OC sebab bizi dengan GV kan.. Mungkin nextime lepas abes GV ada la tu kot dia berSmule balik.. Hiks..

Minggu ni Elyana terkeluar.. Minggu depan siapalah pulak agaknye ye... Kene tunggu dan lihat ajo lah jawabnye... Apa-apa pun jihan dan nabil menten kelakar.. Tak tun tuang.. Tak tun tuang... 






Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Monday, October 30, 2017
Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Melalui SAPS  |  Dalam era teknologi yang serba canggih ini dan zaman maklumat di hujung jari, pencarian dan penyampaian maklumat secara cepat dan tepat adalah penting.. Ia dapat menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan semua pihak di samping memberikan kemudahan untuk mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memudahkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secara online dengan memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

saps ibu bapa, sistem analisis peperiksaan sekolah, kementerian pendidikan malaysia, saps, semak keputusan peperiksaan, keputusan peperiksaan online
Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS 

Apa itu SAPS Ibu Bapa?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online.. Sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD..

Aku yakin ini adalah satu berita baik buat ibu bapa diluar sana terutamanya bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga tak punya masa untuk melihat atau mengambil keputusan anak-anak di sekolah.. Betul tak? Sekarang ibu bapa dah boleh semak keputusan anak-anak secara online sahaja.. Tak perlu lagi ke sekolah.. Hanya perlu berada di depan PC mahupun smartphone dah boleh mengetahui dan memantau perkembangan prestasi pelajaran anak-anak... Sangat mudah kan.. Segalanya hanya di hujung jari sahaja.. Jimat masa dan tenaga.. Dah tahu cara semak? Haa kalau belum tahu, jom lihat cara semaknya..

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa

Ok, sebelum aku ajarkan cara semakan aku nak maklumkan terlebih dahulu bahawa semakan keputusan peperiksaan secara online ini hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga 6 dan sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sahaja.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.. Keputusan bagi ketiga-tiga peperiksaan awam ini hanya boleh diambil di sekolah sahaja ok!.. Jom belajar cara semak..

Langkah-langkah Menyemak Keputusan Peperiksaan Pelajar 

Ibubapa/penjaga boleh membuat semakan dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :-

1Layari laman web SAPS Ibu bapa di https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/



2.  Masukkan No. Kad Pengenalan/Sijil Lahir pelajar dan klik 'Cari'..


3. Pilih negeri dan klik 'Cari Di Sini' untuk cari nama sekolah.. Dah jumpa nama sekolah, klik 'Semak'..


4. Pilih tahun peperiksaan..


5. Pilih jenis peperiksaan... Seterusnya klik 'Papar Slip Keputusan' untuk lihat keputusan peperiksaan dan klik 'Papar Markah Peperiksaan' untuk lihat semua markah bagi setiap peperiksaan yang telah diduduki pada tahun tersebut..


Contoh paparan Slip Keputusan dan Analisa Markah Peperiksaan


Mudahkan.. Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ni, rasanya tiada alasan lagi untuk ibu bapa beralasan tidak ada masa mengikuti perkembangan prestasi akademik anak-anak kerana sistem ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada... Janji ada talian internet.. Hehe.. 

Selain SAPS, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menubuhkan satu lagi laman web iaitu sistemkpm.com.. Mesti korang tertanya-tanya kan apa tujuan laman web tersebut ditubuhkan... Jadi, di sini aku ceritakan serba sedikit berkenaan laman web tersebut..



Sistemkpm.com merupakan sebuah forum yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membekalkan informasi berkenaan sistem-sistem KPM... Sebelum ini, kakitangan kerajaan seperti guru-guru terpaksa menghantar email untuk pertanyaan dan menunggu agak lama untuk mendapatkan jawapan.. Jadi, dengan adanya forum ini, segala pertanyaan yang sering diajukan tidak perlu lagi ditujukan kepada pegawai melalui email..

Nampaknya segalanya akan menjadi lebih mudah selepas ini dengan adanya forum seperti ini.. Kenapa lebih mudah? Yelah, hanya melalui forum ini segala pertanyaan dan permasalahan yang berkaitan ada jawapannya.. Betul tak? Tapi apa kaitannya sistemkpm.com ini dengan SAPS Ibu Bapa? Ada kaitannya... Melalui sistemkpm.com ini juga, korang boleh dapatkan maklumat terperinci tentang SAPS Ibu Bapa... Lihat anak panah dalam gambar diatas... Itulah kaitannya.. Hehe.. Jadi, dengan hanya melayari laman web sistemkpm.com ini, korang dapat pelbagai maklumat.. Mudahkan...

Oklah, aku harap artikel ini dapat membantu dalam menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda.. Semoga dengan adanya sistem ini, ianya akan menjadi titik tolak kepada ibu bapa dalam memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak dan lebih mengambil berat tentang pelajaran mereka.. Sekaligus dapat mengatur jadual pembelajaran anak dengan lebih baik mengikut prestasi mereka..