hiburan
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?

Monday, November 27, 2017

5 comments
Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?  |  Sekarang jam menunjukkan 2.32 pagi.. Tapi mata masih segar bugar lagi tak mahu lelap.. Sejak bercuti pantang ni, selalu aje tidur lewat.. Rasa mengantuk entah kemana menghilang.. Huhuhu.. Ok, aku sebenarnya baru je habis tonton Gegar Vaganza 2017 Minggu ke-5 ni di youtube.. Yelah, nak tengok live di Astro Ria, malas nak langgan.. Jadi, tengok di youtube aje la.. Hehe..

liza hanim, lan kristal, gegar vaganza, syura, hazami, gv2017,

Korang team siapa untuk tahun ni? Aku rasa tahun ni ramai yang  mantap-mantap.. Mula-mula aku team Liza Hanim dan Lan Kristal.. Lepas tengok konsert minggu ke-5 ni, dah rasa nak tambah team lagi... Haha.. Syura dan Hazami.. Memang mantap gile la Syura nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah (Ella).. Memang patut dipuji.. Hazami pulak, aku rasa dia konsisten setiap minggu dan nyanyian dia memang best dan sedap di dengar.. Tak hairanlah kan dia jadi seorang guru muzik.. 


Liza Hanim memang aku minat dia dari dulu lagi.. Vokal dia memang mantop tak yah nak cakap la.. Aku suka lagu-lagu dia.. Dulu-dulu kalau pergi karok, mesti nyanyi lagu dia.. Sampai nak terkeluar anak tekak.. Lagu dia kebanyakannya bernada tinggi.. Huiii mencabar betul... 

Tapi minggu ke-5 ni agak kecewa sikit sebab Liza Hanim nyanyi tak berapa ok.. Hurmm.. Mungkin jugak lagu Dayang Nurfaizah ni agak susah untuk dibawa kot... Aku sendiri pun tak boleh nak hadam melodi lagu Lelaki Terangung ni.. Susah sangat.. Sampai ke sudah aku tak karok lagu ni.. Haha.. Tak reti wehhh.. 


Lan Kristal pun aku suka sebab vokal dia.. Lain dari yang lain... Kengkadang rasa cam Awie pun ada jugak.. Haha.. Mungkin aku ni peminat Awie kot.. Ekeke.. Apa-apa pun aku memang suka dengan vokal Lan.. Mantap meletop gituu.. Perfomance dia setiap minggu pun best wehh.. Kagum aku dengan dia.. Harap-harap dia dapat ke final.. Manelah tahu ada rezeki jadi juara kan.. InsyaAllah.. 

Ada masa nak try duet dengan Lan la kat Smule.. Berangan gitu aku.. Yelah kat Smule aje kite dapat duet dengan retis ni.. Tapi rasanya sekarang Lan dah tak sempat kot buat OC sebab bizi dengan GV kan.. Mungkin nextime lepas abes GV ada la tu kot dia berSmule balik.. Hiks..

Minggu ni Elyana terkeluar.. Minggu depan siapalah pulak agaknye ye... Kene tunggu dan lihat ajo lah jawabnye... Apa-apa pun jihan dan nabil menten kelakar.. Tak tun tuang.. Tak tun tuang... 






Read More

Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi

Wednesday, May 24, 2017

11 comments
Datuk Jamal Abdillah Sah Bernikah Lagi  |  Terkujat mak tengok berita dekat Metro Online pagi ni dengan tajuk "Ya, saya sudah bernikah".... Alhamdulillah, penyanyi Datuk Jamal Abdillah sah bernikah lagi... Menurut Metro Online pagi ni, beliau mengakhiri zaman dudanya dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.. Tahniah buat Datuk Jamal Abdillah.. Semoga bahagia dan kekal hingga jannah.. 

Jamal Abdillah Berkahwin Lagi
sumber foto : Metro Online

Aku and family memang meminati Raja Pop Malaysia ni.... Dulu-dulu time aku bebujang dulu selalu lah pergi nonton konsert beliau.... Setiap kali pergi konsert beliau, memang tak kan kecewa dengan persembahan yang diberikan olehnye.. Powerrr ohh suara dia.. Tu belum dia Azan lagi.. Meremang bulu roma dengar... 

Pape pun aku doakan, semoga perkahwinan kali ni adalah perkahwinan beliau yang paling bahagia dan kekal hingga jannah... Amiin.. :)

Artikel dari Metro Online - sumber : Metro Online


Read More

Juara Mentor Milenia 2017

Sunday, May 7, 2017

6 comments
Juara Mentor Milenia 2017  |  Konsert akhir Mentor Milenia 2017 baru je berakhir.. Kemahenn semangat aku nonton tadi.. Sesambil pekena ayam bakar.. Hehe.. Aku rasa tahun ni adalah tahun yang dimana para pesertanya memberi saingan yang hebat... Semua best-best belaka.. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni..  Jom kita tengok, siapakah yang bergelar juara Mentor Milenia 2017..

Juara Mentor Milenia 2017
Juara Mentor Milenia 2017
Antara protege yang berentap pada malam ni di Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 ialah Along, Usop, Elica dan Syeera... Kesemua peserta bagi aku memberikan persembahan yang terbaik pada malam ni.. Kirenya tak mengecewakan lah.. Paling ketara adalah persembahan dari Along.. Memang berbeza dari biasa.. Mantap dan bertenaga.. Cewahh dah macam juri aje aku.. Haha..

Orite, sebelum kite tengok keputusan penuh Konsert Final Mentor Milenia 2017, apa kata kita tengok senarai lagu yang dinyanyikan oleh mereka pada malam ini..


Pusingan Pertama
(Duet)
***********

Elica ft Heal
Ceritera Cinta

Along ft Siti Nordiana
Memori Berkasih

Usop ft Salma
Malam

Sheera ft Misha Omar
Di Pintu Syurga


Pusingan Kedua
(Solo)
***********

Along
Merisik Khabar

Syeera
Sekadar Di Pinggiran

Elica
Samar Bayangan

Usop
Bayang

Siapa Juara Mentor Milenia 2017??

Hehe.. Mungkin ramai yang meramalkan Usop menjadi juarakan.. Tak kurang juga yang meramalkan Elica... Tak gitu.. Ternyata kedua-duanya memberi saingan yang hebat pada malam ni.. Ehh Along dan Syeera pun apa kurangnya.. Mereka pun hebat malam ni tau..


KEPUTUSAN KONSERT MENTOR MILENIA 2017

TEMPAT KE-4
Syeera
(Wang Tunai RM 10,000 & Trofi)

TEMPAT KE-3
Along
(Wang Tunai RM 20,000 & Trofi)

TEMPAT KE-2
Usop
(Wang Tunai RM 50,000 & Trofi)

JUARA
Elica
(Wang Tunai RM 100,000, Trofi & Pakej Percutian ke London)


Anugerah Khas
********

PROTEGE PILIHAN NEFFOS
Elica
(Wang Tunai RM 10,000)

Orite.. Dah tahu siapa Juara Mentor Milenia 2017 kan.. Tak dinafikan persembahan Elica pada malam ni memang mantap dan bertenaga.. Tinggi kot dia punya tarik... Terkujat aku mendengarnya.. Hehe.. Jom tengok persembahan dorang dalam Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 pula.. Kot ada yang tak berkesempatan nak tengok.. Leh tengok kat sini..

Tonton
KONSERT AKHIR MENTOR MILENIA 2017

**nanti akan diupdate videonya.. hiks..







Read More

Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016

Monday, December 5, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 2016  |  Semalam telah berlangsungnya Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-3 bagi tahun 2016.. Sempat juga aku menonton semalam walaupown tergesa-gesa kerana melunaskan urusan yang lebih penting sebelumnye.. 

Konsert Akhir Gegar Vaganza semalam telah menampilkan 6 finalis yang terdiri daripada Ameng, Azharina, Gmie, Intan Sarafina, Siti Sarah dan Zarul..Konsert berlangsung di Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam.. 

Pada konsert final tersebut, untuk persembahan pertama mereka telah menyanyikan 2 buah lagu secara medley dan sebuah lagu dalam pusingan "Battle"... Jom tengok lagu apa yang dorang nyanyi malam konsert final itewww..!!

Pusingan Medley

Lagu untuk task pertama

Pusingan Battle

Ameng (Duhai Malam) VS Intan Sarafina (Sampai Hati)

Zarul (Bila Cinta Didusta) VS Gmie (Bukalah Hati)

Azharina (Kesetiaan) VS Siti Sarah (Seandainya)


Bagi aku, persembahan dorang malam tu memang ohsem dan mantap.. Kalau aku duduk di tempat juri jawabnya takde keputusan la malam tu.. haha.. sebab semua hebat-hebat belaka..

Untuk anugerah khas kali ni adalah pilihan peminat.. Anugerah Persembahan Pilihan Penonton dimenangi oleh Siti Sarah.. Ehh Jihan dan Nabil pown dapat juga anugerah khas tau.. Dato' Seri Vida sediakan hadiah untuk pengacara bagi menghargai mereka berdua mengacarakan rancangan gegar vaganza iteww.. Hehe.. Tahniah buat mereka..

Siapakah Juara Gegar Vaganza Musim Ke-3 [2016]??

Meh tengok senarai ni..



TEMPAT KE-6

G-Mie



TEMPAT KE-5

Intan Sarafina



TEMPAT KE-4

Ameng



TEMPAT KE-3

Zarul



NAIB JUARA

Siti Sarah



JUARA

Azharina


Tahniah kepada semua pemenang.. Korang memang ohsem..!!


Tonton Konsert Akhir Gegar Vaganza 2016

Read More