go shop
Showing posts with label go shop. Show all posts

Kali Kedua Shopping Di Go Shop

Monday, August 15, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Kali Kedua Shopping Di Go Shop  |  Alhamdulillah, petang tadi barang yang aku order melalui online shopping Go Shop dah selamat sampai ke tangan.. Kali ni dah masuk kali ke-2 aku shopping di Go Shop.. Perkhidmatan yang diberikan amatlah memuaskan hati setakat ni.. Firstime aku beli Telekung Khatijah...Untuk kali ke-2 ni aku beli set pisau.. Dah lama sebenarnya dok usha set pisau ni dekat Go Shop.. Minggu lepas baru berpeluang untuk membelinya.. hehe..


Awat gambar tak memuaskan aku amek ni.. Haha.. Aduyai... Tak pe la janji nampak ye.. Haaa ni la set pisau yang aku maksudkan.. Tajam ohh... Awas tangan anda.. Hiks.. Kat umah aku sebelum ni ada 2 bilah pisau aje.. Yang tu lah potong bawang.. yang tu lah potong ayam atau ikan atau daging.. Yang tu jugak potong segala bende alah yang nak dipotong.. huhu.. Sebab tu la aku nak sangat set pisau ni.. Lengkap untuk semua jenis potongan.. Cewahhh.. 


Dalam set ni ada 5 jenis pisau pemotong pelbagai guna... Sebilah gunting.. Dan gift pengasah pisau.. Semua sekali 7 item.. Bila dah buka dan susun atur pisau-pisau tersebut rasa sayang pulak nak guna.. Haha.. Boleh cenggitu ekk..!! Dah beli sayang lak nak guna.. Ayoyoo...


Ok dah siap susun.. Tunggu untuk digunakan aje.. Ni membuat makin RAJIN nak memasak ni.. (yeke??) haha.. Dah pesan awal-awal dekat encik somi, jangan buat cubaan menyalahgunakan pisau-pisau tersebut.. hehe.. Kalau tak di pesan mahu habis semua dia lanyak ikut suka dia.. hiks.. Moga pisau-pisau ini akan membantu aku didapur.. Peace.. !!


Read More