gift
Showing posts with label gift. Show all posts

Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin

Monday, June 19, 2017

12 comments
Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin  |  Dah agak lama sebenarnya nak update pasal hadiah giveaway yang aku dapat ni.. Tapi asyik tertangguh jerk dek kerana kekangan masa dalam menyelesaikan tugas hakiki, tugas sebagai housewife dan ummi serta tugasan blog yang berbayar dan tidak berbayar... Terpaksa bahagi-bahagikan masa yang ada dengan pelbagai tugasan.. Nak-nak lagi raya pun dah dekat.. Sibuk dengan persiapan raya juga... Orite, kali ni aku nak update tentang name card hadiah dari blogger Busyra Takiyudin yang dah selamat pun aku terima pada 13 Jun 2017 yang lalu.. Lama dah kot aku terima.. Baru hari ni nak apdet.. Hahahadoiii!!

Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin
Name Card, Hadiah Dari Blogger Busyra Takiyudin
Pada 02 Mei 2017 yang lalu, aku ada sertai giveaway anjuran Blogger Busyra Takiyudin dan pada 27 Mei 2017, nama pemenang diumumkan... Aku adalah salah seorang pemenang itu.. Alhamdulillah... Rezeki dari tuhan untuk aku disampaikan melalui adik Busyra Takiyudin.. Thankz ALLAH.. Thankz Busyra.. Untuk pemilihan template name card, aku boleh pilih sendiri atau design sendiri.. Tapi aku tak mahu pening-peningkan kepala aku yang dah sedia pening ni, aku amek aje template yang Busyra dah show off kan kat blog beliau.. 

Warna pilihan aku adalah Gold Black... Exclusive kot warna ni.. Nampak mewah gituu.. Simple tapi Elegant.. Hah, itu motto untuk name card aku.. Siap ada motto lagik tu.. Hiks.. Aku sangat berpuashati dengan hasil kerja Busyra.. Kemas sangat.. Tiada cacat celanya.. Kualiti card pun sangat bagus.. Card aku ni bukan dari jenis kertas berkilat ye tetapi jenis matte.. Konklusinya, aku sangat suka, berpuashati dan sangat sayang nak guna.. Haha!!


Show off sikit name card exclusive aku ni.. Haha!! Jangan kecam mak ye nakkk!! Hiks.. Okeh, kalau korang nak jugak namecard cam aku ni, korang boleh la buat tempahan dengan Adik Busyra Takiyudin.. Selain name card, beliau juga menerima tempahan untuk banner, bunting dan flyers dengan harga yang berpatutan.. Kualiti memang terbaik dari ladang... Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh layari :-


Blog 



Facebook

Instagram

Twitter


Read More

Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Monday, June 12, 2017

10 comments
Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat  |  Assalamualaikum wbt... Setuju tak kalau aku cakap rezeki ni kengkadang datang tanpa disangka-sangka? Mungkin kita tak pernah terfikir langsung dan tak mengharapkan langsung sesuatu itu untuk datang pada kita.. Tetapi dengan izin tuhan, ia datang pada kita tanpa kite sangka.. Macam apa yang berlaku pada aku beberapa hari yang lepas... Aku mendapat hadiah sehelai shawl raya dari seorang sahabat sempena birthday aku... 

shawl raya, hadiah hari jadi lea azleeya
Sehelai Shawl Raya Dari Seorang Sahabat

Sehelai shawl berwarna biru untuk aku pakai di pagi raya nanti... Sebelum ni memang kitorang dok berborak tentang tema hari raya.. Warna apa tahun ni.. Kebetulan warna tema raya kitorang sama pulak.. Sesambil tu berbincang warna tudung yang sesuai untuk baju raya kitorang nanti.. Almaklumlah warna yang kami pilih agak tidak menonjol dari warna-warna yang lain.. Low profile kata orang.. Haha.. Aku pun sebenarnya buntu nak pakai tudung warna ape.. Tapi, buat-buat relax jerk la.. Sampai masa aku sarung aje tudung warna ape pun.. Apedehal kan.. 

Tapi sahabat aku ni dah ada warna pilihan yang sesuai untuk dipadankan dengan baju rayanya tahun ni.. Dan aku mintak la dia tunjukkan dekat aku nanti.. Boleh la jugak aku carik tudung warna tu kan.. Tak payah dah nak fikir-fikir warna ape yang sesuai... Aku ni bukannya tahu sangat nak suai padankan warna ni.. 

Nak dijadikan cerita, 10 Jun 2017 (sabtu) yang lalu aku pergi la shopping mall untuk cari baju raya anak aku si Qhaliff tu... Beraturlah aku di ATM mechine untuk ambil duit.. Tetiba ternampak sesusuk tubuh yang aku kenali.. Cewahh.. Dah macam cerita hantu jerk gayanya.. haha..!! Kak Uda dan anaknya sedang bertungkus lumus untuk keluarkan duit dari ATM mechine.. Sesambil tu aku berborak la dengan dia... Sesambil berborak tu di hulur satu plastik bag dan ucap "Hepi besday, Ina"... Huk!! Apakah?? Terkejut aku... Aku sendiri pun tak berapa nak ingat besday aku.. Orang lain pulak yang ingat.. Time tu tak tahu nak cakap apa... Dia selalu ingat besday aku... Tapi aku?? Hurmm.. Rasa cam tak layak aku jadi kawan dia... Dengan rasa malu dan bersalah aku terima hadiah tu... 


Bila aku jengok dalam plastik bag tu, rupanya sehelai shawl... Warna yang pernah kitorang bincangkan kat opiz hari tu.. Ya Allah, rasa nak nangis rasa... Tak sangka dapat hadiah shawl raya.. Memang tak membayangkan langsung dapat apa-apa hadiah dari sesiapa juga dan tak pernah mengharapkannya... Tetiba, tuhan kasi rezeki hari tu.. Mungkin kalau dilihat dari mata kasar hanya sehelai shawl sahaja.. Tetapi, sentimental valuenya sangatlah tinggi.. Kerana ia datang dalam keadaan yang tak disangka-sangka.. 

Pape pun aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Kak Uda sebab hadiahkan shawl raya ni buat aku... Aku doakan beliau dirahmati dan sentiasa dilindungi olehNYA serta dilimpahkan dengan rezeki yang halal.. Amiin YRA... 


Read More

Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS

Wednesday, April 12, 2017

19 comments
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS  |  Petang semalam balik kerja tengok ada parcel sampai rumah Pengasuh anak aku.. Aku memang guna alamat rumah Pengasuh anak sebab kalau guna alamat rumah aku jawabnya kena pergi collect sendiri la.. Huhu.. Aku terfikir-fikir parcel ape la ni.. Rasa macam tak de beli pape.. Bila dah sampai rumah terus koyak plastik parcel tu.. Oh!! rupenya hadiah giveaway dari Blogger SA-VIORS, Adik Rii... Hampir lupa tentang hadiah ni.. Aku ni kan jenis pelupa sikit.. Almaklumlah usia dah meningkat 'remaja' ni.. Ekeke..

Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Hadiah Giveaway Dari Blogger SA-VIORS
Aku dapat 2 buah buku.. Satu buku motivasi agama Lukisan Tarbiah terbitan Tarbiah Sentap.. Aku memang suka baca buku terbitan Tarbiah Sentap ni.. Boleh buat aku tersentap membacanya... Hiks.. Satu lagi buku komik Lawak Kampus.. Seronok sekali sekala dapat baca komik.. Senang ati rasa.. Selain tu dapat beg comel mungee mungee.. OMG!! sangat comel ok.. Boleh letak barang make up atau dibuat bekas pensil.. Terbaikkk.. Button badge Running Man pun dapat jugak satu beserta sepucuk surat dari Adik Rii.. 


Ni suratnya.. Kata-kata dari Adik Rii untuk diri ini.. cewahh.. Btw, thankz ya Adik Rii untuk hadiah yang terlalu istimewa ni.. Moga Adik Rii terus diperluaskan rezeki olehNYA dan berjaya di dunia dan di akhirat.. 

Yang belum kenal dengan Blogger bernama Rii ni boleh la terjah blog beliau ye... Leh kenal-kenal tambah kenalan dalam dunia blog ni... Tak gitu.. 

Jom terjah!!


Read More

Hadiah Giveaway - Menangi Percutian Ke Suria Resort

Saturday, April 1, 2017

10 comments
Assalamualaikum wbt..

Hadiah Giveaway - Menangi Percutian Ke Suria Resort  |  Alhamdulillah, hadiah giveaway "Menangi Percutian Ke Suria Resort" dah pown aku terima pada 24 Mac 2017 yang lalu... Giveaway ni sebenarnya berlangsung pada bulan Januari 2017 dan senarai pemenang telah diumumkan pada 7 Februari 2017 kalau tak silap aku...

Mungkin memakan masa yang agak lama untuk hadiah sampai kepada pemenangnya.. Namun, aku bersyukur kerana pihak penganjur jujur dalam pemberian hadiah.. Alhamdulillah... Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada pihak penganjur, Adik Nurul dan juga Suria Resort.. Cewahh dah macam dapat award pelakon terbaik tu.. Haha..

Ok, korang mesti nk tengok kan hadiah apa yang aku dapat... Meh tengok gambar kat bawah ni.. Hiks.. 

Voucher penginapan 2 hari 1 malam tajaan Suria Resort..

Ada lagi aku dapat.. 2 botol mini perfume d'xandra.. Tapi gambarnya entah kemana.. Mungkin terdelete.. Hadoii.. Minyak wangi tu dah selamat aku hadiahkan kat orang.. Almaklumlah sejak preggy ni aku memang tak boleh bau minyak wangi... Huhu.. 

Voucher ni valid sehingga 20 Februari 2018.. Lambat lagi.. Tataw bila nak guna.. Kene plan betul-betul baru menarik percutian nanti.. Tak gitu?? Lama betul tak bercuti.. Moga percutian kali ni dapat memberi pengalaman dan kenangan yang istimewa buat aku dan family... Insyaallah..


Read More