food
Showing posts with label food. Show all posts

Fryerzone Western Food | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Kuantan

Monday, May 7, 2018

8 comments
Fryerzone Western Food | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Kuantan |  Jumaat lepas terasa nak makan western food.. Alkesahnya dah janji dengan encik suami sebenarnya nak belanja dia makan western food sebab dia tolong aku selesaikan kerja sikit.. Cuma tak tahu bila nak keluar makan sebab encik suami bekerja shif.. Jumaat baru ni, kebetulan dia kerja pagi (12.00 am), jadi sempatlah keluar makan.. Lagi pun dah lama benar rasanya tak pekena western food.. Kami decide nak makan di Fryerzone Western Food di Indera sempurna.. Rasanya last makan masa Qhaliff kecil lagi... Boleh baca SINI..


Malam tu kami keluar dari rumah selepas maghrib dan kami hanya bertawakal berharap agar kedai buka.. Alhamdulillah, sampai saja kawasan kedai, dah nampak lampu terang benderang.. Kereta pun banyak parking disekitar kawasan tersebut.. Masing-masing dah senyum sampai telinga.. Haha!! Yelah, selalunya kami pergi time dorang tutup kedai.. Memang frust gile.. Seperti biasa, kedai ni memang selalu ramai pelanggan.. Nasib baik ada meja kosong.. Kalau tak terpaksalah menunggu..


Dah pilih meja, kami terus dilayan oleh pelayan kedai.. Servis memang terbaik.. Cepat!! Dek kerana kami mengejar masa sebab encik suami nak kerja pula malam tu, kami order yang mudah-mudah sahaja.. Dapat saja Menu List, aku dah blur sebab tak tahu nak order apa.. Agak complicated sikit nak tengok list menu sebab tulisannya agak hipster.. Hehe.. Aku terpaksa baca satu persatu.. Tengok aku dah terkebil-kebil baca menu list macam siput, last sekali, encik suami suggest supaya ambil promo set sahaja... Aku setuju aje sebab malas nak buntangkan mata aku baca menu list satu persatu.. Haha.. Almaklumlah, aku tak berapa nak hipster kan.. Kehkehkeh!!

Kali ni kami order Set Promo - Chicken Grill with Mashed Potato, Chicken Chop with Mashed Potato, Meatball dan Mushroom Soup.. Lepas buat order, pelayan akan bacakan sekali lagi apa yang kita order bagi memastikan order tak salah ditulis.. Hehe bagus betul servis dorang kan.. Tibalah sesi menunggu order sampai ke meja.. Sambil menunggu kita selfie dulu.. Hiks..

Time ni air dah sampai.. Pantas gile! Si budak Qhaliff dapat air Ribena baru dok diam.. Buah Laici tu, dia rembat yang Abi dia punye.. 

Si budak baby ni pun tak sabar nak makan.. Eh! Dah boleh makan ke? Hehe aku suapkan dia Mashed Potato jerk.. Selera dia makan.. Bukan selalu dapat makan sedap ye.. Hah!!

Sementara menunggu makanan sampai, air terlebih dahulu sampai ke meja.. Perut agak lapar malam tu sebab  dari petang dok spend perut untuk diisi dengan western food.. Tak sabar sebenarnya tunggu makanan sampai... Walaupun tak mengambil masa yang lama untuk makanan sampai ke meja, dek kerana perut lapar, terasa lama la pulak.. Haha.. 

Nampak tak si budak baby tak sabar nak makan roti tu.. Eh! Tapi nampak mata dia dok usha ayam.. Haha!!

Promo Set - Chicken Grill with Mashed Potato

Menu pilihan aku Chicken Grill with Mashed Potato.. Oh ya, set promo ni didatangkan sekali dengan air buah ye.. Jadi, kita boleh pilih air buah yang kita suka.. Tapi nak pilih tu agak-agak la ye.. Pilih la air buah yang ada dijual sahaja.. Kalau korang dok mintak air buah blueberry ke strawberry ke, memang tak de la.. Air buah pilihan aku adalah Carrot Susu.. Untuk set promo yang aku pilih ni harganya RM10.80 sahaja.. Memang harga berpatutan dan rasanya pun sedap..

Si budak baby tak sabar nak makan roti.. Jadi, kita bagi dulu dia rasa roti.. Dak telan air liur dak tecik ni.. Hehe

Macam biasa, rasanya masih menten sedap tapi set promo ni black pepper sos dia sikit.. Tapi alhamdulillah, ngam jerk sos dengan ayam grill tu.. Biasalah, nama lagi set promo kan.. Takan la nak serba serbi lebih.. Berpadanan lah dengan harganya, ye dak? Apa yang encik suami order? Jom tengok..

Promo Set - Chicken Chop with Mashed Potato

Ini pula pilihan encik suami.. Chicken Chop with Mashed Potato berharga RM9.00.. Encik suami pilih air laici aje.. Biasanya dialah yang susah nak decide minum air apa.. Mungkin malam tu malas nak peningkan kepala, terus aje order air laici.. Jarang-jarang dia order air laici ni.. Untuk Qhaliff aku order air ribena supaya dia tak kacau air aku.. Haha!! Kalau tak order air asing, jawabnya memang air aku la jadi mangsa.. 


Wahh dah licin encik suami makan... Tak cukup sos katanya.. Biasalah dia, kalau makan tak kiralah western food ke atau makanan yang berkuah, memang nak kena sos atau kuah lebih.. Si budak Qhaliff tak nak makan ayam malam tu.. Dia nak makan meatball.. 

Meatball
Meatball ni sedap tau.. Harganya RM 8.00, ada 8 ketol semuanya.. Nama saja order untuk Qhaliff tapi kami jugak yang habiskannya.. Qhaliff makan 2 ketol saje.. Dah kenyang makan Chicken Grill dan Meatball, aku pekena pulak Mushroom Soup.. 

Mushroom Soup

Aku memang penggemar Mushroom Soup.. Kalau pergi makan mana-mana yang ada menyediakan menu Mushroom soup mesti aku wajib rasa.. Sebelum ni dah pernah makan Mushroom Soup di Fryerzone ni, memang kena dengan selera.. Jadi, kali ni aku masih lagi nak cuba Mushroom Soupnya.. Alhamdulillah, rasanya masih sama..  Yela, kengkadang kalau pergi kali pertama sedap, pergi kali kedua, dah kelaut rasanya.. Nasib baik di Fryerzone ni tak macam tu.. Hehe


Dah kenyang perut kita selfie sekali lagi dengan si budak baby ni.. Hehe.. Kemain lagik dia ye makan roti dan mashed potato kali ni.. Dah siap isi perut yang kosong, kami bergegas balik sebab risau encik suami lewat pergi kerja.. Sampai rumah dah jam 11 malam.. Terus encik suami bersiap nak pergi kerja.. Lain kali kena plan hari cuti.. Kalau hari kerja, memang kelam kabut jadinya.. Makan pun  tak tenang..

Jom Pekena Western Food Di Fryerzone, Kuantan

Oklah, kalau korang sedang mencari tempat makan best dan sedap di Kuantan, bolehlah ke Fryerzone Western Food sebab makanannya banyak pilihan, murah dan sedap.. Lokasinya di Indera Sempurna.. Mudah saja kalau nak cari.. Kalau rasa tak jumpa, boleh guna waze.. Hehe.. Aku bagi detail kedai ye.. Nanti senang korang nak terjah..

Oh ya, puasa dah dekat ni.. Nanti bolehlah berbuka di Fryerzone Western Food ni.. Kalau mengikut tahun sebelumnya, mereka ada menyediakan pakej berbuka.. Tak mahal.. Murah-murah aje.. Makanan pun sedap-sedap.. Jadi, masukkan Fryerzone Western Food, Kuantan dalam list lokasi berbuka puasa korang nanti ye.. 




Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook



Read More

Wajib Cuba! Makanan Sedap Di Mee Tarik Warisan Asli

Monday, April 16, 2018

9 comments
Wajib Cuba! Makanan Sedap Di Mee Tarik Warisan Asli  |  Bulan lepas aku berkesempatan mencuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli dengan kengkawan pejabat aku.. Aku ni sebenarnya tukang ikut dorang jerk sebab aku jenis bukan suka cuba bende yang baru.. Tapi dah dorang ajak, boleh la merasa kan.. Haha!! 


Sebenarnya Mee Tarik Warisan Asli ni ada 2 cawangan di Kuantan iaitu di Pantai Teluk Cempedak dan terbaru di Kuantan City Mall.. Untuk kali ni, kami terjah cawangan Mee Tarik Warisan Asli di Kuantan City Mall (KCM) kerana kebetulan kami ke KCM untuk cuci mata.. Sambil cuci mata kita cuci poket sekali.. Haha!! 

Pada awalnya nak pekena makanan korea sedap, tetapi dek kerana lalu depan kedai Mee Tarik ni, terus melencong masuk ke kedai Mee Tarik.. Tak jadi nak berkorea.. Hiks.. Seperti biasa, aku dah pening nak pilih menu yang ada... Almaklumlah tak biasa dengan makanan baru, beginilah natijahnya.. Tapi hakak cuba jadi se-cool yang mungkin dik non.. Wahaha!! Nasib baik, nama menunya tak pelik sangat.. Kalau tak, mahu kene interview pekerja kat situ dulu sebelum order.. 

Bersedia untuk memilih menu yang ada

Eceli kami keluar jalan-jalan cari makan ni adalah pada hari jumaat.. Time rehat untuk hari jumaatkan panjang, jadi masa nilah kitorang nak lunch tempat spesel sikit pun.. Kalau hari biasa, memang  tak sempat sebab tempat kerja kami jauh dari bandar.. Jom kita lihat apa yang aku dan kengkawan pilih untuk santapan lunch kali ini..

Mee Tarik Goreng adalah menu pilihan aku

Ini rupa sebenar Mee Tarik Goreng

Seperti biasa, aku mesti pilih menu yang paling selamat kalau aku tak biasa dengan sesebuah kedai makan tu.. Risau kalau tersalah order, tak tertelan dek tekak aku yang agak memilih ni.. Huhu.. Alhamdulillah, Mee Tarik Goreng ni memang sedap rasa dia.. Sampai licin aku bedal.. Nampak sikit kan, sebenarnya banyak ni tau.. Nak menghabiskannya tu, alahai bercita-cita hakak ni dik non!! Nasib baik sedap.. Hehe..

Mee Soup With Slices Chicken

Tu diaaa.... Penuh mangkuk..

Mee Soup With Slices Chicken ni pilihan Kak Era.. Dia memang peminat tegar sup.. Jadi, tak hairanlah dia memilih menu ini sebagai menu lunch dia kali ini.. Tapi yang menjadi masalah dia bila Cili Kicap tiada... Gelisah setaman dia.. Mula-mula tanya pekerja kat situ, katanya tiada.. Dah makan separuh, tetiba ternampaklah satu customer ni mintak Cili Kicap dan ada la pulak.. Terus aje Kak Era pergi kaunter mintak.. Rupanya, pekerja tu tak faham apa yang kami mintak tu.. Hadoiyai.. Apekeheyy lah.. Haha!! Lawak jerk..

Wet Mee With Mushroom & Meat

Banyaknye cendawannnn.. Nyummm!!

Kami bertiga, jadi menunya pun mestilah ada tiga.. Ini Menu ketiga, pilihan kawan aku yang bernama Eifah, Wet Mee With Mushroom & Meat.. Katanya tak ada selera tetapi terpaksa makan jugak sebab perut agak lapar.. Tak habis pun dia makan.. Huhu.. Bukan bermakna menu tak sedap tetapi tekak dia jerk yang kurang selera.. Menu ni agak kering sikit sebab tak berkuah.. 

Dah makan, mestilah ada air kan.. Air apelah agaknya kami order yek.. 


Ais Lemon Tea & Babao Tea


Aku dan Kak Era memilih air feberet kami iaitu Ais Lemon Tea.. Eifah biasalah, dia suka sangat cuba air pelik-pelik ni.. Babao Tea menjadi pilihan dia sebagai penghilang dahaga... Sedap ke? Hanya dia aje yang tahu sebab kami tak rasa pun.. 

Nampak tak makanan aku tak sampai lagi.. Selalu aje pergi makan mesti makanan aku lambat sampai... Huhu

Dah selesai isi perut, kami terus aje pulang ke pejabat... Perut dah kenyang baru senang hati nak sambung kerja.. Hehe.. 

Jadi, bagi korang yang nak cuba makanan sedap di Mee Tarik Warisan Asli ni, bolehlah terjah cawangan mereka di Kuantan.. Bermacam-macam menu makanan ada... Kalau nak cuba yang kami makan ni pun ok jugak sebab ternyata sedap.. 

Alamat

Mee Tarik Warisan Asli
Teluk Cempedak
25050 Kuantan, Pahang

Mee Tarik Warisan Asli
Kuantan City Mall (KCM)
GF 15 Kuantan City Mall Jalan Putra Square, 
25300 Kuantan, Pahang

Read More

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap

Sunday, April 15, 2018

15 comments
Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap  |  Alkesahnya dah berbulan-bulan berlalu tetapi baru ada masa untuk aku memorikan dalam blog aku ni.. 28 Februari yang lalu, aku memang dah plan siap-siap sebelum tu untuk ambil cuti bagi menenangkan fikiran pergi berjalan-jalan sambil happykan diri bersama BFF aku, si Yatt.. Dari dulu lagi memang begitulah cara kami.. Kami akan keluar bersama time hari bekerja sebab tak nak ganggu hujung minggu yang memang dah diperuntukan hari untuk bersama keluarga.. 


Masa untuk diri sendiri ni penting tau bagi meneutralkan kembali diri dan fikiran daripada tekanan di tempat kerja mahupun dirumah... Hehe... Selalunya kami akan keluar dari rumah sama waktu dengan kami pergi kerja.. Kenalah keluar awal sikit supaya perut dapat diisi terlebih dahulu sebelum misi kami jalankan.. Haha!! Bila dah perut kenyang, baru seronok nak jalan-jalan.. Betul tak?

Hari tu kami makan dekat kedai berhampiran rumah aku je.. Malas nak jelajah tempat yang jauh.. Lepas makan, barulah kami rancang apa aktiviti seterusnya.. Kami perlu setting masa dengan baik sebab jam 5 petang aku harus ambil anak aku pula di rumah pengasuh.. Masa tu ibarat emas bagi kami..

Black Panther Jadi Pilihan


Macam biasa, aktiviti menonton wayang harus ada dalam jadual kami.. Kali ni kami pilih movie Black Panther untuk santapan mata kami.. Pertama kali kami menonton di MBO selepas beberapa bulan dibuka di Kuantan City Mall (KCM)... Biasanya kami layan movie di Golden Screen Cinema (GSC) jerk.. Oh lupe, selalunya kami akan pilih hari rabu untuk kami keluar bersama sebab tiket wayang murah pada hari tersebut.. Nak berseronok pun, kena save bajet jugak kan.. Haha!!

Pada awalnya kami sangka tiket wayang di MBO ni mahal.. Rupanya, banyak pilihan rupanya.. Ada yang mahal ada juga yang murah mengikut seat dan juga hall... Kami memilih untuk menonton di small hall sahaja walaupun kami diberi cadangan oleh mereka untuk mencuba hall yang ada 'katil'.. Haha!! Kira katil la tu kan, sebab siap boleh baring lagik katanya.. Kalau kami pilih hall tu, rasanya kami tak menonton sebaliknya kami membuta.. Haha!!

Sementara tunggu nombor hall menyala!

 Nak bergambar kat sini pun boleh cetus kontrolbesi.. Haha!

Sebelum masuk panggung, kita bergambar dulu..

Black Panther? Hurmm pada pendapat aku, jalan ceritanya not bad.. Best jugak.. Tak membosankan.. Itu paling penting bila tengok wayang.. Kalau bosan, memang boleh kejadian keluar awal la jawabnya.. Hehe.. Cerita ni ada serius, sedih dan lawak.. Nampak macam cerita serius kan, tapi dalam serius tu ada jugak lawaknya.. Atau, kami jerk yang rasakan ianya lawak.. Haha!! Kiranya tak rugi la kami menonton cerita ni.. Berbaloi-baloi bayar tiket walaupun tiket tak mahal mana sebab hari rabu.. Half price!

Pekena Makanan Korea Sedap Di MyeongDong Topokki

Hang Out Dengan BFF Sambil Pekena Makanan Korea Sedap, Makanan Korea Sedap, MyeongDong Topokki, Kuantan city mall, kaki wayang, black panther movie

Eceli, ini adalah kali pertama aku makan makanan korea.. Aku ulangi, kali pertama!! Serius, sebelum ni memang aku tak ada terlintas langsung kat hati nak makan makanan korea sebab aku ni jenis yang tak suka explore makanan baru dan pelik.. Disebabkan desakan kawan aku sorang ni, aku cabarlah diri untuk makan makanan korea ni..

Lepas habis menonton, kami ke MyeongDong Topokki di dalam KCM juga.. Awal lagi kawan aku ni dah plan nak makan kat sini.. Aku ni dah biru muka tak tahu nak terima pelawaan dia atau pun tak.. Haha!! Kelakooo!! Almaklumlah jenis yang susah nak makan bende-bende diluar kotak.. Bagi aku, di luar kotak la.. Bagi korang, mungkin dah biasa dengan makanan korea ni kan..


Time nak order tu, aku dah tak tahu nak order apa.. Yang mana sedap pun ofkoslah aku tak tahu kan.. Jadi, jalan selamat aku pilih la menu yang berasaskan megi korea.. Nampak gambar pun menarik dan hot seller kat situ.. Apa yang aku order? Jom tengok..

Bersedia pilih menu

Ini pilihan aku.. Nampak sedap nak menarik..

Berasap lagi tuu... Mane tak berasapnya, sama berasap dengan hati aku sebab makanan aku ni dapat lambat gile.. Boleh pulak dorang terlupa buat yang aku punya.. Hampeh betul la..!! 2 kali pergi tanya baru dapat...


Menu pilihan aku adalah Hangul Chicken Ramyun berharga RM18.90... Set ni didatangkan sekali dengan sushi sayuran, bilis goreng (serius sedap), kimchi dan sayur kacang panjang. Air pilihan aku pula adalah Green Tea Ais.. Alhamdulillah menu pilihan aku ni dapat aku telan dengan aman tanpa rasa ragu-ragu sebab ternyata sedap.. Memang la megi tapi rasanya sedikit lain dari megi yang biasa aku makan.. Nama lagi megi korea kan, mestilah lain rasanya.. Tapi sedap wehh!!

Green Tea

Green Tea menjadi pilihan kitorang.. Inginkan sedap, rupanya tak rasa ape pun.. Haha!! Air teh tanpa gula.. Macam minum air kosong aje.. Itu pandangan kami yang selalu sangat minum air manis ni.. Padahal memang airnya rasa macam tu.. Green Tea kosong untuk kesihatan.. Orang korea kan memang mementingkan kesihatan.. Tak gitu hakak-hakak k-pop sekalian? Hehe..

Menu pilihan BFF aku

Rabokki namanya.. Dah nama cam robot jerk.. Hehe

BFF aku pilih untuk cuba Rabokki dengan harga RM17.90... Setnya juga seperti yang aku tadi juga ada sushi sayuran, bilis goreng, kimchi dan sayur kacang panjang... Kalau dilihat melalui gambar, aku rasa memang tekak aku tak boleh nak hadam menu ni.. Ternyata, bila aku cuba sikit yang BFF aku ni, tekak tak berapa nak terima sebab rasa peliknya agak kuat.. Tapi BFF aku boleh aje habiskan semuanya.. Hehe..

Cabaran makan Yangnyeom Chicken

Merah menyala warnanya..

Ini menu terakhir yang kami order.. Yangnyeom Chicken, RM 9.90 sahaja.. Nak tahu cabaran apa yang kami hadapi semasa makan ayam ni.. Pedas wehhh!! Pedas meletop.. Bukan sikit-sikit punye pedas.. Memang berapi mulut.. Aku larat makan seketul aje sebab pedas terlampau.. Yang lain BFF aku yang terpaksa habiskan.. Merah muka-muka dia nak habiskan ayam ni.. Memang tak order dah.. Haha!!

Haha.. sempat lagi dia kunyah tu time nak snap gambar.. Hadoii!!

Ini harga yang perlu kami bayar.. Kami dapat diskaun tau 15%... Muka ada sinyummm!! Alhamdulillah rezeki aku ari tu, BFF belanja.. Hehe

Kalau korang nak cuba makanan korea atau korang memang seorang yang craving makanan korea, bolehlah cuba di Myeongdong Tapokki ni.. Mungkin ramai yang dah familiar dengan kedai ini sebab mereka ada cawangan dimerata-rata di Malaysia ni..

Alamat

MyeongDong Topokki (Kuantan City Mall)
Kuantan City Mall, 
Jalan Putra Square 6/1,
Putra Square, Kuantan, 
25300 Kuantan, Pahang


Lepas makan, kami bergegas pula ke Kuantan Parade untuk aktiviti seterusnya.. Sebelum meneruskan aktiviti, kami menunaikan dulu kewajiban kami kepadaNYA.. Kami bersolat di Surau Kuantan Parade... Bila dah selesai solat, baru senang hati nak teruskan aktiviti kami..

Seperti biasa, aktiviti wajib kami adalah aktiviti menyumbangkan suara.. Suara dahlah sumbang, kami sumbangkan lagi.. Hehe.. Selepas kami karok sejam dua, kami pun terus pulang.. Memang tak singgah dimana-mana dah sebab aku berkejar-kejar pula untuk ambil anak di rumah pengasuh.. Kesimpulannya, hang out kami kali ni memang best!! Ehh bukan kali ni jerk tau, tetapi setiap kali hang out pasti akan rasa puas hati.. Hilang segala gundah gulana hati dan stressss.. Hehe...

Tunggu next plan kami lagi ye...


Read More

Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan

Friday, April 6, 2018

10 comments
Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Dah lama rasanya LA tak bersenang-senang menaip entry makan-makan.. Kali ni LA nak kongsikan dengan korang sebuah restoran yang menyajikan Asam Pedas paling sedap di Kuantan.. Dimana? Semestinya di Dapur Asam Pedas Kukus yang beralamat B8030 Ground Floor Block B Sri Square, Jalan Teluk Sisek, 25250 Kuantan, Pahang... Berhampiran Hotel Seri Malaysia, Kuantan.

Asam Pedas Paling Sedap Di Dapur Asam Pedas Kukus Kuantan, makan sedap di kuantan, restoran sedap di kuantan,

Firstime LA ke restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni time lunch.. Dah lama tau, bulan disember tahun lepas lagi.. Dah berbulan-bulan lamanya cerita ni tetapi baru hari ni berkesempatan untuk update.. Ngeee!! Bila Asam Pedas di restoran ini menjadi buah mulut orang sekeliling LA, jadi LA tak senang duduk mesti nak kena cuba juga.. Almaklumlah peminat tegar Asam Pedas la katakan... Tetapi, haaaa ada tetapi tu... Bukan semua Asam Pedas yang LA craving.. Cuma Asam Pedas Ikan Pari sahaja menjadi pujaan hati ini.. Haha!! 

Dapur Asam Pedas Kukus ni memang menyajikan Asam Pedas Ikan Pari.. Sebab itulah LA sanggup pergi walaupun agak jauh dari tempat LA... Alhamdulillah, masakannya memang tak menghampakan.. Sedap!! Itu aje mampu LA katakan.. Sebelum ni memang tak pernah lagi rasa Asam Pedas Kukus.. Agak lain sikit dari asam pedas yang biasa LA rasa..

Muka lapar tetapi masih boleh senyum tu.. Asam Pedas Ikan Pari punya pasal..

Time ni, LA pergi 3 orang aje.. Kebetulan masa ni ada tugasan luar yang perlu diselesaikan.. Dah masuk waktu lunch terus aje singgah Dapur Asam Pedas untuk isi perut dulu sebelum sambung balik kerja.. Banyak kali jugalah LA layan Asam Pedas kat sini selepas tu.. Memang tak boleh move on.. Kalau pergi bandar kuantan aje dengan encik suami, mesti singgah untuk pekena Asam Pedas Ikan Pari disini.. Memang menepati citarasa LA..


Penantian itu satu penyiksaan.. Betul tak? Walaupun tunggu tak lama untuk makanan sampai dimeja, tetapi bila perut lapar, 1 minit pun rasa lama.. Haha!!.. Masa Asam Pedas Ikan Pari ni dah terhidang depan mata, macam nak menitik air liur atas meja.. Wahaha over aku ni!! Tengok rupa dah sedap, belum lagi rasa tu.. Dan bila dah rasa, indah khabar indah rupa akhirnya.. Alhamdulillah.. Sangat berselera hokeh LA makan.. Sampai licin.. kehkeh!!

Sebelum makan wajib selfie dulu...


Asam Pedas Kukus ni memang pekat dan rasanya sedikit seperti kari.. Kata kawan LA, dia panggil asam pedas ni, Asam Pedas Kari.. LA pun tak pasti sama ada Asam Pedas Kari dan Asam Pedas Kukus ni adalah menu yang sama.. Sungguhpun begitu, memang Asam Pedas Kukus ni memberi kelainan dalam menu Asam Pedas itu sendiri.. Yang pastinya, menu pilihan LA haruslah Asam Pedas Ikan Pari dan tak pandang yang lain dah walaupun banyak lagi menu asam pedas yang lain disediakan.. Hehe..


Restoran ini menyediakan ruang memasak di hadapan kedai.. Jadi, korang boleh lihat sendiri penyediaan asam pedas tersebut sementara ianya sampai ke meja korang untuk di santap.. Jika, korang tak suka dengan Ikan Pari, korang boleh pilih menu lain seperti Asam Pedas Ayam, Kembong, Udang dan Daging.. 

Antara menu asam pedas yang ada

Kalau nak order asam pedas, korang boleh terus oder set asam pedas yang didatangkan sekali dengan air dan juga nasi... Untuk air, korang boleh pilih sama ada sirap atau teh 'o' ais.. Harga pun LA rasa berpatutan iaitu RM12.90 untuk 1 set... Tak kiralah korang order apa, semuanya harga sama..

Jadi, jika korang peminat asam pedas, bolehlah cuba di Restoran Dapur Asam Pedas Kukus ni.. Bagi LA memang sedap dan menepati citarasa LA.. Bagi korang tak tahu la.. Selera masing-masing kan.. Jadi, belum cuba belum tahu.. Dah cuba pasti datang lagi bertalu-talu macam LA sendiri.. Haha!! Okla, sampai sini dulu ye kita sembang pasal makan.. LA tengok gambar pun dah rasa kecur air liur... Nasib baik encik suami kerja, kalau tak memang harussss start kereta pergi pekena asam pedas lagi malam ni.. Hiks..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-

Facebook

Instagram

Alamat
Dapur Asam Pedas Kukus
B8030 Ground Floor Block B Sri Square,
 Jalan Teluk Sisek, 
25250 Kuantan, Pahang


Read More