food
Showing posts with label food. Show all posts

Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!

Thursday, September 21, 2017

14 comments
Dengarlah Suara Hatimu Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!  |  Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini. Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung adalah punca utama kematian dikalangan wanita dan bukan kanser payudara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang. 

Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki. 

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindungan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku. Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pembedahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.


Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsung pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang di penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini. 

Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal. Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**! 

Kenapa Limau Gedang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gedang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawa makanan yang ditambah dengan limau gedang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida. 

Kenapa Timun? Rendah kalori, kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.   

Kenapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah. 

Kenapa Lobak Merah? Lobak merah adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diproses oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru-paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juga mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata. 

Kenapa Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari. 

Jadi, dengarlah suara hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat! 
  • Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaran / baucar yang lain 
  • Minuman bermusim ini hanya boleh diperolehi sehingga 31 Oktober 2017. 
  • Sementara stok masih ada 
  • Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.


Read More

Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan

Saturday, June 10, 2017

10 comments
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan  |  Bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana keistimewaan dan kelebihannya sehingga ia dikenali sebagai 'penghulu segala bulan'. Pada 02 Jun 2017 yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam Program Amal AnCasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim Furqan seramai 19 orang dan Rumah Anak Yatim & Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar seramai 31 orang.


Majlis ini merupakan program tahunan dan menjadi tradisi setiap kali bulan Ramadhan yang juga turut mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial korporat (CSR) khusus untuk golongan yang kurang bernasib baik. Antara tetamu-tetamu terhormat yang dijemput hadir ialah Datuk Seri Dr. Mohd Shafei' selaku Pengerusi UDA Holdings Berhad, YB. Dato' Mohamad Fakharuddin M. Arif, Adun Bebar, Yb. Dato' Sh Mohamed Puzi bin Sh Ali, Adun Peramu Jaya dan beberapa tetamu lain.



Selain Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim, bubur lambuk juga diedarkan percuma sempena menyambut Ramadhan. Bubur Lambuk tersebut dimasak sendiri oleh chef yang berpengalaman di hotel ini iaitu Chef Mohd Hazlan... Bubur Lambuk mula diedarkan sekitar jam 5.30 petang di hadapan Ibupejabat Polis Daerah Pekan, Pahang kepada orang awam yang dibantu oleh Pengurus Hotel iaitu Puan Norlina Zubir dan beberapa kakitangan pengurusan hotel. Bagi mereka yang melalui jalan tersebut, bolehlah mendapatkan Bubur Lambuk AnCasa Royale ini secara percuma dan merasai keenakannya.. 

Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan
Program Amal Ancasa Royale, Pekan Sempena Bulan Ramadhan

Layanan istimewa daripada tetamu VIP

Bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini, AnCasa Royale, Pekan menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dulunya memang popular di sekitar daerah Pahang pada tahun 70an hingga 90an. Dan kini berada di bawah satu bumbung berkonsepkan "Selera Desa - Kembara Iftar Di Pekan, Pahang". Antara sajian yang sememangnya popular di Pahang ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Opor Daging, Sup Tulang Kicap dan Sambal Hitam.. 

Ikan Patin Masak Tempoyak
Ikan Patin Masak Tempoyak

Opor Daging Pahang
Opor Daging Pahang

Sambal Hitam Pahang
Sambal Hitam Pahang

Sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Chef Mohd Hazlan yang merupakan Chef Sous Eksekutif, Chef Syed Badrul Hisham Syed Rudzlan selaku Chef Masakan Melayu dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman. 

Sepertimana yang semua orang pun tahu bahawa masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu untuk dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Royale, Pekan menggabungkan tema Kembara Iftar Di Pekan, Pahang bagi menyingkap semua kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut daerah-daerah yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih kekal terpahat dimemori kita. 

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.. 

















Kambing Panggang Istimewa juga antara menu yang disajikan di AnCasa Royale ini.. Antara sajian lain yang dihidangkan di bahagian luar Dewan Saffron Brasserie adalah seperti Chicken Roster, Kuey Teow Goreng, Shell Out, Satay, Lok-lok dan banyak lagi...








Tidak ketinggalan juga, sajian pemanis mulut seperti Kuih Talam, Lepat Pisang, Bingka Ubi, Bubur Kacang, Puding Raja dan bermacam jenis lagi yang akan membuat pencinta manisan mulut pasti akan kembali lagi ke AnCasa Royale, Pekan..

puding raja
Puding Raja

kuih tradisional
Antara kuih tradisional yang ada

Kek-kek yang enak

Platting yang cantik

Susun yang menarik

Sebelum masuk waktu berbuka, alunan merdu ayat al-Quran akan diperdengarkan dan seterusnya bacaan doa berbuka puasa akan dibacakan.. Sambil berbuka dan menikmati juadah berbuka puasa, anda juga akan ditemani dengan lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis jemputan AnCasa Royale.. 



Di majlis berbuka puasa ini juga, aku berkesempatan untuk bersua muka dengan Blogger Rozita... Sebelum ni hanya berhubung melalui laman sosial dan whatsapp sahaja.. Kali  ni dapat berkenal-kenalan secara 4 mata.. Cewahh.. Haha!!

Blogger Kuantan, Kak Rozita
Bergambar kenangan bersama Kak Rose, orang kuat AnCasa Royale..

JOM BERBUKA DI ANCASA ROYALE, PEKAN


Dengan harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak, anda akan dapat menikmati lebih 100 juadah berbuka puasa yang enak.. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :-

No. Telefon
Saffron Brasserie
09-424 6600

Laman Web

Alamat
AnCasa Royale Pekan, Pahang
Lot 2670, Jalan Pekan-Kuantan,
26600 Pekan,
Pahang Darul Makmur


Read More

Tempat Makan Sedap Di Kuantan | Rimbunan Oriental

Friday, April 28, 2017

19 comments
Tempat Makan Sedap Di Kuantan | Rimbunan Oriental  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang... Entry kali ni aku nak story tentang jalan-jalan cari makan di Kuantan... Aku ni sebenarnya tak berapa tahu juga kedai-kedai yang menghidangkan makanan yang sedap di Kuantan ni.. Tapi bila dah terjumpa yang sedap tu, terasa teruja nak kongsi dengan korang semua.. Okeh, pada 15 April 2017 baru-baru  ni, aku berpeluang untuk makan berjemaah bersama blogger di sebuah cafe ni iaitu Rimbunan Oriental, Kuantan Pahang... Pelbagai menu hidangan disajikan untuk kami termasuklah menu utama Rimbunan Oriental Cafe... Nak tahu apakah menu utama di Rimbunan Oriental Cafe, teruskan membaca ye.. Hiks..

Tempat Makan Sedap Di Kuantan, Rimbunan Oriental
Makan berjemaah bersama blogger di Rimbunan Oriental, Kuantan

Kalau korang  nak tahu, Rimbunan Oriental ni terletak di Kosma Business Hotel, Jalan Tun Ismail Kuantan.. Berhampiran dengan Masjid Tepian Putra berdekatan dengan ECM, Kuantan.. Dimana dahulunya cafe ni adalah Kosma Business Hotel Cafe dan sekarang telah diambil alih oleh pihak Rimbunan Oriental... Cafe ini mempunyai 3 cawangan di Kuantan iaitu Cafe Kolej Yayasan Pahang, Rimbunan Cafe, Kubang Buaya (Catering) dan Rimbunan Oriental, Kosma Business Hotel... 


Rimbunan Oriental, Kuantan

Di Rimbunan Oriental ni pelbagai menu disediakan termasuklah pelbagai jenis minuman, hidangan Hi-Tea, Ala-Carte, Kid's Treat, Dished Set dan banyak lagi... Nak tahu senarai menu penuh di Rimbunan Oriental ni, boleh tengok gambar kat bawah ni...


Waktu Operasi :-

Setiap Hari
7.00 am - 11.00 pm

Setiap Jumaat
7.00 am - 12.30 pm
2.30 pm - 11.00 pm


Antara menu yang ada di Rimbunan Oriental 


Senarai menu yang ada di Rimbunan Oriental

Seperti yang aku katakan tadi, aku berpeluang menikmati keenakan hidangan utama di Rimbunan Oriental ni iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api...

Daging Salai Masak Lemak Cili Api terbaik dari ladang

Pada awalnya aku tak de lah terlalu teruja untuk rasa menu ini.. Tapi bila dah semua yang ada kat situ cakap sedap, aku pun cubalah juga rasa.. Mula-mula ambil sikit aje, lastnya bertambah-tambah pula.. Aku rasa inilah Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang paling sedap yang pernah aku rasa.. Serius tak tipu.. Kalau korang nak rasa Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang sedap, korang datanglah ke Rimbunan Oriental ni.. Gerenti Puas hati.. Bila dirisik-risik, rupanya chefnya adalah orang Negeri Sembilan.. Patutlah sedap sangat.. Hehe.. So, lepas ni tak payah dah nak pergi sampai Negeri Sembilan cari Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang sedap, dekat Rimbunan Oriental pun ada...

Okeh, jom tengok hidangan lain pula yang ada di Rimbunan Oriental ni..

Siakap Fried Fish With Mango

Siakap Steamed Fish In Hong Kong Style

Kedua-dua hidangan ikan ni memang sedap dan ada kelainannya... Biasa kalau makan di mana-mana restoran selalu order ikan siakap 3 rasa dan masam manis.. Untuk hidangan kali ini, memang ada kelainannya tersendiri.. Paling ohsem bagi aku Siakap Steamed Fish In Hong Kong Style tu.. Bila makan, terasa semua bahan yang dicampurkan dalam masakan ni.. Memang best.. Secukup rasa.. Siakap Fried Fish With Mango pula, aku lebih teruja dengan hirisan mango kat atas ikan tu.. Hehe..

Stir Fried Mixes Vege

Aku ni bukanlah penggemar sayur... Tapi bila makan Stir Fried Mixes Vege ni, aku rasa SEDAP!! Mungkin masakan jenis ni menepati selera aku membuatkan aku makan sayur mayur ni.. Cuma cendawan kat tengah tu memang aku tak makan.. Aku tak suka cendawan.. Haha!! So, memang tak boleh blah.. Yang lain-lain aku makan dan rasanya sangat sedap...

Sotong Celup Tepung

Yang ni memang feberet aku.. Kalau makan dekat mana-mana yang menyediakan hidangan ni, mesti aku akan order.. Menu ini juga disediakan di Rimbunan Oriental.. Bagi peminat Sotong Celup Tepung, bolehlah cuba di Rimbunan Oriental pula.. Dihidangkan bersama sos lada yang menambahkan lagi kesedapan pada menu ini... Rugi kalau tak cuba..

Red Tomyam

Ada 2 jenis tomyam di Rimbunan Oriental ni iaitu White Tomyam dan Red Tomyam.. Kami disajikan dengan Red Tomyam.. Bagi aku walaupun tomyamnya tidaklah sepedas mana tetapi masih sedap dimakan.. Sesuai untuk kanak-kanak kerana tak terlalu pedas... Kalau pedas sangat aku gerenti bebudak tak boleh nak makan... 

 Fried Chicken With Sweet & Sour Sauce

Yang ni memang sedap.. Fried Chicken With Sweet & Sour Sauce.. Rasa masam manisnya cukup.. En somi pun suka.. Sedap katanya... Tapi sayang kami makan masa perut dah penuh.. Kalau tidak mahu habis sepinggan  ni sorang.. Haha.. Rakus betul... Nampak tak nugget kat belakang tu.. Haa tu adalah antara menu untuk kanak-kanak (Kid's Treat)... Chicken Nuggets with Trench Fries... Lupa pulak nak snap gambar.. Mungkin terlepas pandang sebab banyak sangat hidangan atas meja hari tu... Huhu..

Hot Dog With Trench Fries

Pasta With Sauce

Ini juga adalah hidangan untuk kanak-kanak.. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang lebih suka makan makanan ringan seperti  ini dan tak berapa suka dengan makanan berat seperti nasi.. Salah satu yang aku suka tentang Rimbunan Oriental ni adalah mereka menyediakan makanan khas untuk kanak-kanak.. So, tak perlu risau dah nak bawak anak-anak makan diluar sekiranya anak-anak kita tak suka makan makanan berat.. Di Rimbunan Oriental ada disediakan makanan khas untuk kanak-kanak..

Banana Cheese Cake

Last sekali kami dihidangkan dengan pencuci mulut yang enak iaitu Banana Cheese Cake... Aku ni bukanlah seorang penggemar kek.. Biasanya kalau dekat rumah, mak aku beli kek pisang tak de nye nak makan.. Tengok aje la jawabnya... Tapi kali ni lain, bila aku rasa Banana Cheese Cake ni aku dah jatuh cinta dengannya.. Rasanya memang lain dari kek pisang yang ada dipasaran.. Rasanya sangat enak.. Dimakan pula dengan cheese yang ada diatas kek, membuatkan kek ni lagi sedap.. Kata chefnya, kek ni adalah pencuci mulut special di Rimbunan Oriental dan ianya adalah resepi tersendiri dan tiada dijual dimana-mana hanya di Rimbunan Oriental sahaja.. Bagi penggemar kek, korang patut cuba Banana Cheese Cake di Rimbunan Oriental ni.. Pasti korang suka dan teruja dengan rasanya..

Layanan terbaik diberikan oleh staff Rimbunan Oriental

Selain makanan yang enak, kami juga dilayan dengan baik oleh staf  Rimbunan Oriental ni.. Biasalah, bila makan di sesebuah restoran atau cafe, pastinya kita mahukan layanan yang terbaik daripada pekerja-pekarjanya.... Ramah dan sentiasa tersenyum.. Baru rasa seronok dan berselera makan.. Tak gitu? Di Rimbunan Oriental ni aku berpuas hati dengan layanannya yang sangat friendly... Tumb up untuk korang!!

Sesi temubual bersama chef

Inilah chef yang bertanggungjawab menyediakan segala hidangan di Rimbunan Oriental.. Kami berkesempatan berbual-bual dengan chef dan bertanyakan tentang hidangan yang disediakan.. Masa ni la tau yang chef ni berasal dari Nogori Sembilan.. Hehe..


Susun Atur Cafe Kemas dan Bersih

Bahagian lauk pauk

Susun atur meja yang menarik dan kemas

Penjuru sana bahagian pembakar roti

Pelbagai pilihan kek untuk pencuci mulut



Ok lah, rasanya itu saja yang nak aku kongsikan dengan korang semua tentang Rimbunan Oriental ini.. Overall bagi aku, semua hidangan yang dihidangkan kepada kami, semuanya sedap-sedap belaka.. Terutamanya Daging Salai Masak Lemak Cili Api tu.... Masih terasa keenakannya tu.. Lain kali pasti aku akan kembali lagi untuk merasai keenakan Daging Salai Masak Lemak Cili Api di Rimbunan Oriental ni.. Selain itu, bagi aku juga Rimbunan Oriental ni sangat menitikberatkan soal kebersihan.. Tak kira la dari segi penyediaan makanan mahupun di permis itu sendiri.. Aku berkesempatan masuk ke bahagian dapur melihat penyediaan makanan dilakukan.. Ianya sangat teliti dan bersih..  Satu lagi, servis memang terbaik..!!

Apa-apa pun, terima kasih kepada Rimbunan Oriental kerana sudi menjemput aku dan family untuk menikmati hidangan yang enak di sana.. Kami sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Superb sedap!!

Oh ye, ramadhan pun dah semakin hampir.. So, korang dah plan ke nak berbuka kat mana tahun ni? Kalau belum, aku suggest korang berbuka di Rimbunan Oriental ni kerana mereka juga akan menyediakan buffet ramadhan sepanjang bulan puasa nanti.. Bolehlah menikmati juadah berbuka puasa yang enak di Rimbunan Oriental bersama keluarga..

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :-

Facebook

Alamat
Rimbunan Oriental
Kosma Business Hotel
Jalan Tun Ismail 1/1 Kuantan Perdana,
Kuantan, Pahang

No. Telefon
012-296 3561
( En. Mohd Hafiz bin Mohd Nor )

012-752 8414
( Cik Pn. Nurul Hajatul Afzan binti Ramai )

017-906 5932
( En. Mohd Izdwan bin Abd Razak )


Read More