Top Social

Image Slider

Showing posts with label faizal sulaiman. Show all posts
Showing posts with label faizal sulaiman. Show all posts

Review Novel | Rahsia by Faizal Sulaiman

Wednesday, January 09, 2019
Rahsia by Faizal Sulaiman  |  Asek bertangguh jerk nak review novel yang dah dibaca.. Sibuk aku tu mengalahkan pak menteri.. Harapnya ditahun baru ni perancangan hidup dan blogging aku lebih teratur hendaknya.. Hehe.. Kali ni aku nak review pula novel hasil lakaran cerita dari novelis Faizal Sulaiman iaitu Rahsia.. Bila dah tajuk pendek cenggini haruslah novel ni terbitan buku fixi.. Best ke tak novel Rahsia ni? Tak yah nak cipta soalan, sila baca entry ni sampai habis.. hiks..


Eceli novel Rahsia ni aku beli dah lama sebenarnya sebelum si Aqiff lahir lagi.. Time tu aku tiada keberanian untuk baca novel seram tahap cekik leher sendiri ni.. Now, bila dah mula ada kekuatan sikit, bolehlah aku habiskan semua novel seram aku yang banyak dok bertenggek kat rak buku aku tu.. Hehe.. 

Oklah, tak nak bebel panjang lebar lagi, meh aku kenalkan korang serba sedikit tentang penulis novel Rahsia ni..
Nama penuhnya Muhammad Faizal Sulaiman dilahirkan pada 28 April 1985. Beliau membesar sepenuhnya di Kota TInggi, Johor. Tidak pernah menganggap hobi penulisan akan membawanya sejauh ini.. Beliau salah seorang peminat tegar Maya Karin dan suka mengambil gambar makanan.

Tajuk : Rahsia
Penulis : Faizal Sulaiman
Muka Surat : 266
Penerbit : Buku Fizi Sdn. Bhd. 
Tahun Diterbitkan : Julai 2017


Sinopsis Rahsia


ARIF berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia.

Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan Seri Panggung bernama Dewa Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau.

Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Review Rahsia


Starting cerita aku dah dapat rasa novel ni mesti berkaitan dengan saka... Cumanya aku tak pasti saka yang bagaimana.. Bila dah dapat tahu, ye ternyata ianya agak menggerunkan.. Terlalu kuat untuk dibuang sehingga mengorbankan nyawa-nyawa yang ingin membantu membuangnya.. Ada yang menolak untuk membantu kerana takut keluarga diganggu..

Sememangnya bende-bende macam ni ada berlaku dikalangan kita.. Sama ada nak percaya atau tidak sahaja.. Dalam novel ni, ada perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripada mereka yang suka bercakap besar tentang kewujudan 'mereka'.. Bila dah kena 'sergah' baru nak sedar dan beringat.. Jadi, kita tak perlulah nak bercakap besar ye walaupun kita tak percaya sekalipun kewujudan 'mereka'

Aku suka jalan cerita novel ni.. Dari awal hingga akhir semuanya berjalan dengan baik dan tersusun tanpa memerlukan aku memerah otak aku untuk memahami setiap plot yang ada.. Ada rasa suka, duka, takut, gelisah, seram dan bimbang.. Uiss bercampur baur perasaan bila baca novel ni.. Aku sendiri rasa tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya..

Dalam novel ni aku suka dengan kata-kata ini..

Dalam hidup ini kita semua tidak ada jaminan. Kalau kita kaya, harta tidak menjamin kita senang di dunia mahupun akhirat. Jika kita berpendidikan, kebijaksanaan tidak menjamin kita untuk berlaku adil sesama manusia dan seandainya kita warak, keimanan kadangkala tidak menjamin seseorang masuk ke syurga

Rating & Cadangan


Rating : 🌟 🌟 🌟 🌟

Bagi korang yang suka novel seram dan mistik, hah inilah novelnye yang boleh korang hadam dengan pelbagai perasaan.. Bila dah start baca memang tak sabar nak tahu kesudahannya.. Baca, baca dan terus membaca sampai habis tanpa melepaskannya..

Moga penulis lebih success menghasilkan karya yang lebih ohsem dimasa akan datang..