Top Social

Image Slider

Showing posts with label bodycare. Show all posts
Showing posts with label bodycare. Show all posts

Dashing - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki

Saturday, June 22, 2019
DASHING - Semburan Badan Deodoran Dan Wangian Badan Untuk Lelaki  |  Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.


Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! 

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai :- 


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, sila layari :-

FACEBOOK

INSTAGRAM


Manjakan Diri Dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baru

Saturday, January 19, 2019
Manjakan Diri Dengan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris Baru  |  Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel :


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Belle Amour Bright & Smooth 
- Mencerah & Melicin -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris


Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Mon Amie Fresh & Cool
- Menyegar & Menyejuk -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris


Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris Adore Soothe and Care
- Menenang & Melega -

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.