Top Social

Image Slider

Showing posts with label Bina rumah. Show all posts
Showing posts with label Bina rumah. Show all posts

Saya Akan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Dengan Nas Nuri Construction. Ini sebabnya!

Wednesday, August 28, 2019
Kalau sebut tentang rumah idaman ni, aku teringin sangat nak ada rumah sendiri atas tanah sendiri.. Aku yakin setiap orang pun kalau boleh inginkan benda yang sama kan.. Cuba bayangkan kalau kita tinggal dalam rumah idaman kita dimana setiap perincian rumah tersebut tak kiralah dari segi rekabentuk, hiasan dalaman dan sebagainya semuanya kita yang tentukan mengikut citarasa kita sendiri.. Wahhhh seronoknyaaaa...!! Aku setiap kali lalu aje depan rumah-rumah besar yang tersergam indah dengan rekabentuk yang unik, makin terasa keinginan untuk memilikinya suatu hari nanti.. Berangan dulu tak salah kan.. Hehe...

Apa yang kita perlu pertimbangkan sebelum bina rumah atas tanah sendiri?


Lokasi Rumah Idaman

Buat masa ni aku memang dah ada rumah sendiri tetapi di taman perumahan yang tiada laman yang ada hanyalah semata-mata garaj kerete.. hehe.. Kawasannya sangat terhad dan agak kurang selesa.. Impian aku untuk bina rumah sendiri atas tanah sendiri memang ada cuma masa yang akan menentukannya bila dan terserah kepada rezeki jugak.. Hehe..


Untuk lokasi, aku lebih suka memilih kawasan pinggiran bandar dimana terdapat kemudahan insfrastruktur berhampiran kawasan kediaman seperti sekolah, pasaraya, petrol pump dan restoran serta berhampiran kawasan rekreasi.. Aku memilih lokasi ini juga supaya aku senang nak shopping.. Haha.. Shopping tu kan terapi jiwa.. Kalau tengah stress, bila shopping gugur habis stress yang ada.. Hiks.. Semestinya di Selangor. Banyak tempat menarik untuk jalan jalan & shopping kan.


Rumah Banglo Idaman Berkonsepkan Moden Dan Elegan Menjadi Pilihan

Moden dan elegan adalah konsep yang akan aku pilih bilamana satu hari nanti aku akan bina rumah idaman sendiri atas tanah sendiri.. Wahh kemain lagi konsepnye kan.. Tapi itulah impian aku.. Dalam memiliki rumah idaman ni, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah keselesaan, keselamatan dan kalau boleh nakkan rumah yang lengkap dengan kemudahan yang boleh memenuhi keperluan aktiviti harian kami sekeluarga.. Kalau bolehkan aku nak jadikan rumah idaman aku tu nanti "Rumahku Syurgaku" agar kami sekeluarga sentiasa rasa selesa dan bahagia bila berada didalamnya..


Rumah idaman aku adalah jenis rumah dua tingkat.. Kenapa? Haaa sebabnya untuk rumah dua tingkat saiz penggunaan tanahnya lebih kecil berbanding rumah setingkat.. Jadi, kalau ada kenduri-kendara tak perlulah nak pasang kanopi hingga menutup jalan raya sebabnya tanah dikawasan rumah pun dah cukup untuk pasang kanopi.. Selain itu, rumah dua tingkat ni juga lebih privasi dimana di tingkat atas kita boleh jadikan ruang privasi keluarga kita dan memudahkan untuk penjagaan aurat untuk ahli keluarga semasa menerima tetamu.. Kalau kawasan rumah tu ada pemandangan yang cantik, beranda memang diperlukan supaya aku boleh menghayati keindahan pemandangan yang indah disitu nanti.. Cewahh.. 

Ok, untuk jenis rumah, aku dah nyatakan pilihan aku.. Untuk bahagian luar rumah pula, aku impikan sebuah laman dan taman mini di persekitarannya dengan landskap yang cantik beserta kolam ikan, sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.. Satu lagi aku nakkan sebuah kolam renang untuk kami sekeluarga habiskan masa bersama.. Kira cam bonding time la.. hehe.. Selain itu, ruangan parking juga perlu dititikberatkan.. Ruang parking yang luas bercirikan keselamatan menjadi impian aku dimana ia mempunyai segmen kereta yang pelbagai dan selamat dari dicerobohi dan dicuri.. 


Untuk hiasan dalaman pula, aku mahukan yang moden dan elegan.. Setiap ruang dan bilik di dalam rumah haruslah menerima cahaya semulajadi untuk mencerahkan dan menjamin keselesaan ruang dan bilik tersebut.. Antara lain yang aku inginkan :-
  • Ruang masakan yang luas, lengkap dengan peralatan dan mempunyai pencahayaan serta pengudaraan yang baik
  • Stor barangan yang luas dan bersistem bagi memudahkan menyimpan dan mencari barang
  • Untuk keselamatan, pemasangan cctv sangat penting.
  • Mesti ada ruang gym peribadi, ruang hiburan peribadi dan yang paling aku impikan adalah sebuah perpustakaan mini untuk aku lepaskan rindu aku pada buku..
  • Pilihan perabut juga adalah bercirikan moden dan elegan.. 
Tapi kalau impian untuk bina rumah sendiri atas tanah sendiri ni tak tercapai, aku juga menyimpan hasrat untuk mengubahsuai rumah teres aku ni menjadi sebuah rumah idaman aku walaupun tidaklah 100% boleh dicapai dek kerana ruangan yang sangat terhad.. Almaklumlah, nama lagi rumah  teres bukanlah besar sangat saiznye.. Cumanya rumah aku ni bumbungnya agak tinggi jadi bolehlah dibina loteng untuk dijadikan ala-ala rumah dua tingkat.. Haha.. Perlu diingat juga kalau nak ubahsuai rumah ni memang memerlukan modal yang banyak apatah lagi bina rumah atas tanah sendiri kan.. Jadi, haruslah berhati-hati supaya tidak mengalami kerugian.. Selain faktor kewangan, kontraktor yang layak dan berkemahiran juga perlu dititikberatkan.. Bukan senang senang nak pilih kontraktor ni kan.

Memilih kontraktor rumah banglo seperti, Nas Nuri Construction Boleh Merealisasikan Rumah Idaman Yang Diidamkan


Nak bina atau ubahsuai rumah ni bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan pembinaan atau pengubahsuaian rumah.. Bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dalam pemilihan tukang rumah atau kontraktor juga perlu dititikberatkan kerana jika tersilap memilih kontraktor ia boleh menyebabkan kerugian.. Pilihlah kontraktor yang berkelayakan, berpengalaman dan mahir dalam bidang pembinaan dan pengubahsuaian rumah seperti Nas Nuri Construction Sdn. Bhd...


NAS Nuri Construction Sdn Bhd mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman dan ditukar kepada nama sekarang pada penghujung 2009. Sepanjang tempoh tersebut, mereka banyak terlibat dalam projek kerajaan persekutuan dan negeri serta swasta seperti baikpulih sekolah, membina bangunan tambahan sekolah, kerja pembersihan, membina jeti, membina kediaman perumahan, baikpulih bangunan kerajaan dan lain-lain kerja berkaitan. Pada tahun 2009, mereka mengambil keputusan untuk mewujudkan NAS Nuri Construction Sdn Bhd dengan menumpukan pada binaan rumah banglo milik persendirian.  Sekarang ni servis membina banglo mereka meliputi 2 negeri iaitu Selangor dan juga Negeri Sembilan.

NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00.  Sejak penghujung 2009 hingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. Kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mempunyai 9 staff serta 30 pekerja tapak bagi melancarkan kerja-kerja binaan yang sedang dilakukan.


Kalau korang nak tahu, syarikat ini telah berjaya menyiapkan 90 buah banglo sepanjang 10 tahun beroperasi dimana dalam setahun mereka hanya membina 15 buah banglo sahaja bagi menjaga servis dan kualiti banglo itu sendiri mengikut kehendak pelanggan.. Apa yang lagi menarik, Nas Nuri Constraction ini menawarkan 3 tahun warranty bagi setiap struktur rumah yang mereka bina.. Warranti yang mereka tawarkan terbahagi kepada dua iaitu untuk kemasan selama 12 bulan dan untuk struktur binaan pula selama 36 bulan.. Korang ingat barang letrik jerk ada waranty, rumah pun ada tau hanya dengan Nas Nuri Constraction.. Sebab itulah aku recommend sangat korang guna khidmat Nas Nuri ni.. 


Kalau korang nak bina, ubahsuai atau baikpulih rumah, aku sangat syorkan korang guna khidmat Nas Nuri Construction ni sebabnya hasil kerja mereka bermutu dan terbaik serta servis mereka juga berkualiti.. Ramai yang dah menggunakan perkhidmatan mereka dan sangat berpuashati dengan hasil kerja mereka.. Banyak feedback positif yang diberikan kalau korang tengok dekat facebook mereka..


Setiap kali aku bukak facebook Nas Nuri Construction ni, setiap kali itulah aku rasa teringin sangat untuk memiliki rumah idaman atas tanah sendiri.. Setiap rekaan dan binaan mereka sangat memikat hati dan memenuhi citarasa aku.. Buat masa sekarang aku hanya mampu berangan sahaja dahulu kerana bajet untuk membina atau mengubasuai rumah ni memerlukan modal yang besar.. Manalah tahu bila dah pencen nanti aku mampu memiliki sebuah rumah idaman aku kan.. Sudah pastinya aku meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Nas Nuri Construction untuk merealisasikan rumah idaman aku tu nanti.. Hehe..

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membina rumah banglo, aku yakin Nas Nuri Construction mempunyai nilai kerja yang sangat baik.. Bila dilihat setiap hasil kerja mereka di facebook, memang sangat berpuashati, kemas, teratur, teliti, cantik dan rekabentuk menarik.. Bahan binaan yang digunakan juga sangat berkualiti dan hanya yang terbaik..


Macam aku sendiri, masa beli rumah dulu aku akan pastikan rumah tersebut dibina dari batu bata merah sebabnya binaan menggunakan bata merah ini lebih kukuh dan rumah juga akan rasa sejuk berbanding bata simen.. Ok untuk skop kerja pula mereka menyediakan seorang penyelia tapak bagi memantau segala kerja di tapak binaan dan akan dipantau oleh 2 orang pegawai iaitu pegawai teknikal untuk struktur binaan rumah dan juga pegawai kemasan bagi kerja-kerja kemasan, rekabentuk dalaman dan material kemasan tapak.

Bagi pekerja binaan pula mereka pecahkan mengikut kemahiran masing-masing dari start kerja hinggalah selesai kerja dan tiada pekerja yang sama akan kekal di tapak hingga akhir.. Setiap perjalanan kerja akan diselia oleh seorang penyelia tapak dan dipantau oleh pegawai yang bertanggungjawab.. Segala urusa pembelian barang ditapak pula diuruskan oleh staff kewangan di pejabat... Sangat teratur pengurusan Nas Nuri Constraction ni kan.. Tidak hairanlah mereka menjadi syarikat kontraktor terbaik di Malaysia..



Untuk rekabentuk dalaman juga aku sangat kagum kerana ia kelihatan sangat kemas dan cantik.. Setiap material yang digunakan memberi impak kepada keserian rumah tersebut.. Aku suka rekabentuk dalaman yang mereka ilhamkan.. Sangat menepati citarasa aku.. Wahh makin tak sabar aku nak memiliki rumah idaman secantik ini.. Ruang tamu rumah boleh letak gambar Mekah & Madinah, memang dah pasang impian nak pergi umrah & haji masa muda lagi. Dah boleh cari pakej umrah yang ok. Perancangan tu penting kan.


Satu perkara lagi yang amat penting dalam pembinaan rumah ini adalah sistem perparitan.. Ia juga perlu dititikberatkan supaya tidak timbul masalah dikemudian hari... Sistem perparitan, longkang dan kaki lima keliling rumah serta tangki air polythene harus diberi tumpuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.. Bukan itu sahaja yang dititikberatkan oleh Nas Nuri dalam pembinaan rumah ni sebaliknya masalah anai-anai juga diambil kira.. Mereka juga membuat rawatan anai-anai bagi memastikan rumah tahan lama dan kukuh.. Dah tak payah nak panggil pest control bagai.. Nas Nuri kasi setel semuanya.. hehe..

Rumah Banglo 2 Tingkat Hasil Kerja Nas Nuri Construction


1 unit banglo dibina di Bangi (Standard spec).. Kos keseluruhan anggaran RM 530k termasuk retaining wall sepanjang lebih 150ka, kerja infra (longkang infra) dan juga pagar.. Saiz binaan rumah pula anggaran 2850kps (binaan manggunakan bank loan comply CCC)..





Spesifikasi :- 
  • Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien).. Tile dinding penuh bagi bilik air dan 6ka bagi dapur.
  • Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh.
  • Struktur reinforced concrete (ikut structure drawing), ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka
  • Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn
  • Bumbung jenis metaldecking dengan sound insulation dan end cap
  • Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster) 
  • Tingkap jenis aluminium NB
  • Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist). Alatan tandas jenama Sorento
  • Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara).
  • Termasuk alarm system dan CCTV (wiring sahaja)
  • Longkang dan kakilima keliling rumah
  • Rawatan anai-anai biasa
  • Waranti kemasan 12bulan dan struktur binaan rumah 36bulan



Bila tengok segala hasil kerja Nas Nuri Construction ni, aku sendiri tertarik untuk menggunakan perkhidmatan mereka.. Lagi pun ramai yang dah menggunakan perkhidmatan mereka dan berpuashati dengan hasil kerja yang mereka berikan.. Sepertimana yang aku katakan diawal tadi, sekiranya aku ingin membina atau mengubahsuai rumah, aku akan pastikan Nas Nuri Construction menjadi pilihan aku kerana mereka berpengalaman, berkemahiran dan berkelayakan..

Jadi, bagi korang yang ada plan nak buat rumah sendiri atas tanah sendiri ataupun nak ubahsuai rumah bolehlah mendapatkan perkhidmatan dari Nas Nuri Construction ni bagi mencapai impian korang memiliki rumah idaman yang cantik dan berkualiti.. Aku yakin korang akan berpuashati dengan hasil kerja mereka.. Oh ya, buat masa ni mereka hanya beroperasi di Selangor dan Negeri Sembilan sahaja ye.. Kot la korang ada plan nak bina rumah kat area sana kan.. Bolehlah berhubung dengan Nas Nuri Construction ni...



Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

💬 Website : https://binabanglo.com/
💬 Facebook : Nas Nuri Construction Sdn. Bhd.
💬 Blog : https://www.dawaibesi.com/

Alamat :
NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
No. 26-2F (2nd floor),
Jalan Setia Perdana AY U13/AY,
40170 Shah Alam, Malaysia

Contact No.:
019-348 7372 (Encik Fairul)
03 33923478 (Pejabat)

Email : sales.nasnuri@gmail.com