Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa

Thursday, August 3, 2017

Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa  |  Semakin hampir due date, semakinlah rasa risau dan berdebar-debar.. Pengalaman bersalin yang lalu masih segar diingatan.. Melalui detik-detik cemas dan menyakitkan semasa hendak melahirkan.. Moga kali ini aku diberi kekuatan dan dipermudahkan olehNya.. Amiin YRA... Bila sebut saje pasal bersalin ni, mestilah teringatkan keperluan baby dan ibunya kan.. Alhamdulillah, segala keperluan untuk bersalin dan keperluan untuk baby baru dah lengkap semuanya termasuklah segala bagai jenis minyak untuk baby nanti.. Minyak telon, minyak baby johnson dan juga balm.. Ehh balm pun ada?? Balm penting hokeh terutamanya bila baby mengalami masalah kembung perut, selesema, batuk dan sukar tidur.. Balm sangat membantu.. Kalau sebelum ni, aku menggunakan Children's Vapor Balm 21st Century tapi tidak untuk kali ni.. Untuk baby baru nanti aku akan menggunakan produk keluaran bumiputera iaitu Balm Tasneem Naturel diyakini lebih selamat untuk digunakan..

Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa
Balm Tasneem Naturel Buat Si Manja Lebih Selesa
Alahai, terlebih cute pulak packaging balm ni kan.. Rasa sayang pulak nak guna.. Haha!! Ok, kepada mommy-mommy diluar sana yang belum tahu tentang Balm Tasneem Naturel ni, bolehlah terus membaca entry ni ye sebabnya aku akan kongsikan serba sedikit tentang produk Tasneem Naturel ni.. Orite, kalau korang nak tahu, Tasneem Naturel adalah sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan produk balm bayi yang berasaskan pati minyak (essential oil)... Balm Tasneem Naturel ni adalah 100% berasaskan bahan semulajadi, tiada paraben, tiada SLS dan tiada bahan kimia.. Bahan yang digunakan dalam menghasilkan balm ini adalah 100% minyak pati dan carrier oil seperti beeswax, shea butter, dan sweet almond oil.. Memang selamat untuk digunakan pada kulit bayi dan anak-anak kecil.. Aroma dari balm ini juga sangat lembut dan menenangkan... Tak hairanlah, si manja akan lebih selesa selepas menggunakannya..

Balm Tasneem Naturel ni didatangkan dalam 4 variasi mengikut keperluan dan masalah yang berbeza-beza iaitu :-
  • Coughflu Time 
  • Tummy Time
  • Calm Time
  • Sleep Time

COUGHFLU TIME
Soothe Cough and Flu
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Coughflu Time ini membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.. Paling aku risau bila anak terkena batuk dan selesema.. Untuk pulih sepenuhnya memang mengambil masa yang lama.. Itu pentingnya balm ni, sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping memberi keselesaan pada anak kita.. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni Qhaliff terkena selesema dan agak susah nak bernafas disebabkan hidung tersumbat.. Dah alang-alang ada balm ni, aku gunakanlah dulu pada Qhaliff.. Lepas aku sapu balm ni kat hidung dan dada dia, barulah boleh bernafas dan nampak dia lebih selesa.. Time tidur pun, dia lebih lena.. Alhamdulillah.. Okeh, jom tengok apa kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time ni..

Kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time 
  • Membantu kurangkan selesema
  • Membantu mencarikan kahak
  • Membantu melegakan athma
  • Membantu mengurangkan suhu ketika demam
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypress, Tea Trea, Frankinsence
Cara Guna
  • Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada..


TUMMY TIME
Ease Tummy Discomfort
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Tummy Time ni pula dapat membantu menangani masalah anak kembung perut, sakit perut, dan cirit birit.. Kalau bab kembung perut ni sangat menakutkan dikalangan mak-mak.. Bila baby yang tak pandai bercakap dan tak tahu apa-apa tu mengalami kembung perut, si ibu ni mulalah gelabah unta tak tahu nak buat apa bila mana minyak atau balm tiada dalam simpanan.. Sebab itu lah, perlunya 'sediakan payung sebelum hujan'.. Dengan adanya Tasneem Naturel Tummy Time ni, masalah kembung perut dapat diatasi.. Insyaallah..

Kelebihan Tasneem Naturel Tummy Time
  • Bertindak seperti minyak telon
  • Dapat membuang angin dalam perut
  • Membantu melegakan perut sebu
  • Membantu melegakan kembung perut
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli, Tangerine, Lavender
Cara Guna
  • Hanya perlu sapu di perut dan tapak kaki


CALM TIME
Promote Whole Body Relaxation
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Calm Time mampu memberikan ketenangan kepada anak semasa mereka berada dalam keadaan meragam atau tantrum..

Kelebihan Tasneem Naturel Calm Time
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Membantu anak lebih tenang
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile
Cara Guna
  • Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.


SLEEP TIME
Support Restful Sleep
RM 49 / 18gm


Tasneem Naturel Sleep Time ini pula dapat membantu anak yang susah tidur.. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat menyeimbangkan hormon tidur dan hormon sedar anak.. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti kepada anak-anak..

Kelebihan Tasneem Naturel Sleep Time
  • Membantu anak tidur lena
  • Membantu anak supaya mudah tidur
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria
  • Memberikan tidur yang berkualiti
Ingredients :-Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang
Cara Guna
  • Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.

Ternyata keempat-empat variasi Balm Tasneem Naturel ini mempunyai kelebihannya tersendiri.. Bagi aku, setiap rumah perlu ada balm keluaran Tasneem Naturel ini kerana ia dapat membantu menangani pelbagai masalah yang sering dihadapi anak kecil kita... Paling penting, produk ini tiada bahan kimia dan telah mendapat kelulusan daripada KKM.. Sebagai seorang mommy, aku percaya dan yakin dengan produk Tasneem Naturel yang berasaskan essential oil ini, selamat dan dapat membuatkan si manja lebih selesa.. Sebenarnya produk ni bukanlah hanya boleh digunapakai oleh baby aje, orang dewasa pun boleh.. Hehe.. Ramai dah yang mencubanya dan sangat berpuashati dengannya.. Jom tengok testimoni dari pengguna produk Tasneem Naturel ni..

Testimoni Pengguna





Untuk lihat testimoni lain boleh klik di SINI

Oklah.. Bagi korang yang ada anak kecil, aku sangatlah recommended produk Tasneem Naturel ni kerana ianya dapat membantu dalam menyelesaikan masalah demam, batuk, selesema, sakit perut, tantrum dan masalah tidur anak kita... Bila anak tak menghadapi masalah, ibu pun gembira.. Tak gitu?? Hiks.. Keselesaan anak itu sangat penting.. 



Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, bolehlah layari :-

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
011-2096 4665



12 comments:

  1. Comel packingnya... harganya pun tak mahal sangat..

    ReplyDelete
  2. singgah² sini....
    bagus ni pada yg de baby...
    kena beli..

    ReplyDelete
  3. Comelnya packaging dia lea. Memang wajib ada bg yg ada baby. Nak jadikan hadiah pun boleh kan.

    ReplyDelete
  4. comelnya pakaging dia kak lea. hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok la new baby pakai ni nanti... Hehe

    ReplyDelete
  6. Cantik packaging dia.. menawan hati..
    Buat gift pun best nie..

    ReplyDelete
  7. alahaaaai comelnya. ada sleep time hehe..

    ReplyDelete
  8. Suka dengan packaging die. Sesuai sangat untuk buat gift baby new born

    ReplyDelete
  9. NAMPAK BEST PULAK 4 VARIASI NI

    ReplyDelete