Melaka Hotels Untuk Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan

Monday, July 8, 2019

Assalamualaikum wbt

Melaka Hotels Untuk Percutian Yang Tidak Dapat Dilupakan  |  Hai korang!! Nak tanye sikit ni.. Korang ada apa-apa rancangan tak untuk holiday akan datang? Kalau ada, apa kata holiday kali ni jom kita plan pergi melawat Melaka dan tinggal kat hotel yang terbaik untuk pelancong.. Nak tak?? Hehe.. Commonly, kalau kita bercakap pasal vacation dekat Melaka ni mesti terbayangkan tempat-tempat bersejarah kan!! Nama lagi Melaka Bandaraya Bersejarah kan, ofkos la banyak tempat-tempat bersejarah kat sana.. Contohnya Kota A'Famosa, The Stadthuys, Baba & Nyonya Museum dan sebagainya... Tetapi hakikatnya, ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai tempat baru yang belum kita terokai di Melaka ni.. Tempat apa tu?? Haaa meh sini nak kasi tau kat korang semua.... 

Kalau korang nak tahu, di Melaka terdapat beberapa tempat baru yang dapat menarik perhatian para Pelancong untuk ke Melaka seperti Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village, The Pirate Adventure Melaka, Melaka Upside Down House dan banyak lagi..

Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village


Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village boleh dikatakan syurga buat kaki shopping kerana terdapat pelbagai barangan yang berjenama ada dijual di sini seperti Nike, Carlo Rini, Cotton On, Hush Puppies dan banyak lagi.. Freeport A'Famosa Outlet (FAO) Village ini dibuka pada penghujung tahun 2015.. Kalau korang datang ke sini mesti korang teruja dengan senibina bangunan disini yang menyerupai senibina Eropah.. Siap ada Kinchir Angin lagi tau.. Sangat menarik.. Tak hairanlah kalau ramai yang datang ke sini sekadar mencuci mata dan untuk bergambar sahaja.. Hehe..

Alamat :-
Freeport A'Famosa Outlet
Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

Masa Operasi :-
Setiap Hari : 10.00 am - 10.00 pm

Credit Foto : The Bgirl World

Terdapat hampir 70 jenama terkenal yang ada disini
Credit foto : Freeport A'Famosa Outlet


The Pirate Adventure Melaka

credit foto : vkeong.com

Satu lagi tempat menarik di Melaka adalah The Pirate Adventure yang terletak di Melaka Alive, Bandar Hilir Melaka.. Bagi mereka yang dah biasa ke Melaka, mesti dah mahir dengan selok belok di Bandar Hilir kan.. Kalau korang ada plan nak berkunjung ke The Pirate Adventure Melaka ni, jangan lupa tau bawa anak-anak bersama kerana kat sini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh korang lakukan bersama dengan family seperti mencari harta karun dan korang juga dapat merasakan sendiri pengalaman menjadi lanun dalam masa satu hari.. Best tau... Bila lagi nak merasa jadi lanun kan.. Bukan senang nak dapat pengalaman cam ni..

Alamat :-
The Pirate Adventure Melaka
Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka

Masa Operasi :-
Isnin - Khamis : 10.00 am - 7.00 pm
Jumaat - Ahad & Cuti Umum : 10.00 am - 9.30 pm

credit foto : sini.com


Melaka upside Down House & Street Art Melaka

Next things to do in Melaka is, apalagi bergambar sakan la!! Bagi orang yang kaki selfie dan wefie, korang bolehlah berkunjung ke Melaka Upside Down House dan Street Art Melaka.. Kat sana memang banyak sudut-sudut yang menarik untuk korang capture dan abadikan gambar yang korang ambil tu sebagai kenangan bercuti di Melaka... 


Ingin merasai pengalaman tinggal di dunia yang terbalik, Melaka Upside Down House adalah tempatnya.. Korang boleh rasai sendiri pengalaman berada di dunia yang serba serbi terbalik.. Gambar-gambar yang menarik boleh dirakamkan di sini sebagai kenangan..

Alamat :-
Melaka Upside Down House 
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka


credit foto : travelblog

Street Art Melaka ini terletak di sepanjang Sungai Melaka dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.. Terdapat perkhidmatan River Cruise yang membolehkan korang menyelusuri Sungai Melaka ataupun korang juga boleh hanya berjalan kaki dan melihat dengan lebih dekat gambar-gambar art yang ada di sini... Korang pasti teruja dengan seni lukis yang ada di Street Art Melaka ni..

Okay la, dah puas berjalan situ sana sini, mesti la nak cari tempat penginapan untuk berehat pulak kan?? Haaa korang tak payah nak risau bagai, dengan melayari https://www.traveloka.com/en-my korang boleh pilih sahaja tempat penginapan yang menepati citarasa korang... Nak yang mahal ada, nak yang murah pown ada.. Tengoklah bajet masing-masing ye.. Kat sini ada beberapa list hotel yang disyorkan oleh pengunjung sebelum ni, antaranya adalah :-

Courtyard @ Heeren Boutique Hotel

credit foto : melaka.my

Korang bosan tak asyik tinggal kat hotel backpakers biasa-biasa je?.. Haaaa korang jangan bimbang, sebab Courtyard @ Heeren Boutique Hotel ni adalah salah sebuah boutique hotel di Melaka gaya ala-ala Baba dan Nyonya ataupun orang kata 'peranakan style', digabungkan bersama dengan design citarasa modern yang dihias cantik...


Lokasi butik hotel ini terletak betul-betul di tengah-tengah Jalan Jonker.. Bukan itu sahaja, kakitangan di hotel ini juga sangat friendly tau serta mengalu-alukan kedatangan pengunjung di Courtyard @ Heeren... Seriously, hotel ini memang cantik dan mempunyai style yang tersendiri. Antara yang menariknya bilik hotel ini adalah bilik mandinya yang luas dan siap ada Jakuzi lagi!! Sudah semestinya korang kena cuba try test tempat ni kalau korang menginginkan tempat penginapan yang cozy dan selesa gitu..!! Jom layan gambar bilik di Courtyard @ Heeren..

Superior Room

Deluxe Room

Junior Suite

Ada beberapa lagi jenis bilik yang terdapat di Courtyard @ Heeren Boutique Hotel ni sebenarnya.. Kalau korang nak tengok senarai bilik yang ada, korang boleh la check di SINI ye..


Limastiga Homestay

credit foto : limastiga

Kepada korang yang plan nak buat family day, family gathering or friend reunion ke, mesti korang perlukan tempat penginapan yang boleh menampung jumlah yang ramai kan? Jangan risau, sebabnya Limastiga Homestay ni memang menyediakan tiga buah rumah dalam satu kawasan.. Dengan berkonsepkan kampung melayu style, korang boleh merasakan yang korang sedang merehatkan diri dalam suasana kampung halaman... Jom tengok suasana kat sana.. 

Suasana Rumah Satu

Rumah Satu

Suasana Rumah Dua

Suite Room Rumah Dua

Suasana Rumah Tiga

Bukan itu sahaja tau, bahkan terdapat kemudahan seperti dapur, dewan makan yang besar and open space serta 2 buah swimming pool yang luas di Limastiga Homestay ni... So, kalau korang ada plan nak buat masjlis makan-makan bersama keluarga or kawan-kawan, boleh dikatakan homestay ni memang pilihan yang tepat untuk korang pilih... Limastiga Homestay ini juga berkonsepkan 'Private Homestay', jadi korang digalakkan untuk menyewa seluruh kawasan ni agar ruang privasi korang bersama dengan keluarga tidak terganggu.. Walaupun ia merupakan sebuah homestay, ia masih lagi boleh dikira sebagai one of the best Melaka hotels.


Masbro Village Homestay


Kalau korang nak bawak family pergi bercuti ala-ala oversea gitu, Masbro Village Homestay adalah tempatnya!! Terdiri daripada rumah yang berbentuk segitiga, dua tingkat dan berwarna-warni serta halaman rumah yang teratur dan bersih ditambah pula dengan bunga-bungaan yang kiut miut kat halaman rumah membuatkan korang berasa seperti berada di luar negara kerana suasananya nyaman dan menyenangkan.... Oh ya, homestay ini terletak di Paya Rumput, Melaka.. 

credit foto : wanista

credit foto : qairunissakhan 

Boleh dikatakan spacious juga rumah ini walaupun berbentuk segitiga, tapi siap dengan dining hall, kitchen, two queen size beds.


credit foto : homesweethomemy

Homestay ni gated area tau.. So, korang tak perlulah bimbang tentang keselamatan disini sebab hanya member Masbro Village sahaja yang dapat access area homestay ni.. The most important things, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak bila bercuti di Masbro Village ni, barulah ada kenangan feeling-feeling bercuti di luar negara.. Tak gitu?? Haha..


Menarikkan tempat-tempat di Melaka.. Dari tempat yang boleh kita melawat sampailah ke tempat untuk kita menginap.. Semuanya menarik dan cantik-cantik belaka.. Jadi, apa tunggu lagi?? Jom la plan vacation for next holiday and don't forget to choose which Melaka Hotels you would like to stay at Traveloka!!



19 comments:

  1. alahai..asal balik melaka je mesti tak kesampaian nak datang sini..parking payah lea...nak2 time cuti...sesak...

    ReplyDelete
  2. Alahai.. rindu lak nak gi Melaka..

    ReplyDelete
  3. Akak sekadar lalu ada la Lea...tapi jelajah tempat2 menarik di Melaka belum lagi..tertarik pulak bila tengok rumah segitiga tu Lea..

    ReplyDelete
  4. alamak aii, tergugat lah bace entry sis ni, rase macam nak pergi melaka sekarang jugak! >w<
    semakin banyak ye tempat menarik and best kat sane! hmmm, kene masuk wishlist tahun 2017 ni. hehee. eh sis, jemput lah bace blog Fie di http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/fie-nak-jadi-mommy-dah.html . hee sambil bace boleh komen juge. thanks <3

    ReplyDelete
  5. bestnya...nk g melaka kna spend duit lebih sikit..byk ngat tempat menarik nk g

    ReplyDelete
  6. Lama dah saya tak pergi Melaka...

    ReplyDelete
  7. menarik tempat-tempat di melaka ni

    ReplyDelete
  8. Alaaa dah lama sangat tak pergi melaka. Teringin ni nak pergi Masbro Village Homestay tu fefeling orbesi. Hehe tq kak lea untuk info ni

    ReplyDelete
  9. banayk lagi tempat di melaka yang tak dikunjungi....info yang menarik

    ReplyDelete
  10. Omg nice nyaa buat Lya terasa nak ke Melaka pulak!

    ReplyDelete
  11. Berhuhhu lah lea.. Melaka bayak tempat menarik ... makin lama makin banyak lokasi yang mesti dikunjungi ... part colorful house tu teruja sangat hiii

    ReplyDelete
  12. cantiknye hotel .. aril dh prgi MELAKA. bnyak tempat best .. aril balas singgah ye kak lya .

    ReplyDelete
  13. Cantiknya bilik2 tu! haritu pergi duduk dekat A-Famosa resort tu ja, okaylah takda la cantik macam gambar kat atas tu haha. btw saya singgah sini dan follow ya. Jemputlah melawat blog saya :)

    ReplyDelete
  14. melaka mmg best kan kak lea. bnyk tmpat yg best. busyra tringin nak ke Masbro Village Homestay tu.. tahun lepas ke melaka tp tak dpt nak singgah.

    ReplyDelete
  15. Melaka, 1 hari nanti 😄 Nak pegi tmpt bsejarah. Thanks atas infonya 😉

    ReplyDelete
  16. Mek antara golongan yg rugi sebab dh smpai melaka tapi tk pegi semua ni kecuali a famosa --' Tu la degil tk nk dengar cakap boss sndiri kena stay lagi satu malam. Nak pegi entah bile la pulak

    ReplyDelete
  17. aida yg dok melaka ni pun, lom abis lg tawaf semua tempat :)
    syok bwk anak2 aje jalan2, lea.

    ReplyDelete
  18. bestnya melaka! lama sangat dah kami tak pegi..

    ReplyDelete