Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Monday, September 17, 2018

6 comments
Let's Be Beautiful by Ana Suhana  |  Kemain semangat nak update blog bila si kecik tidur.. Kalau budak kecik tu tak tidur, memang tak de harapan nak mengadap pc ni.. Huhu.. Sebelum memerah otak dan jari jemari menaip entry kerja, kita bersantai dulu join giveaway.. Weh, lama dah makcik tak join giveaway... Malam ni nak join giveaway 'Let's Be Beautiful by Ana Suhana'... Tengok tajuk pun dah teruja nak join noq!! hehe..


Nampaknya giveaway ni akan berlansung selama sebulan.. Mesti ramai penyertaan untuk giveaway Blogger Ana kali ni.. Hadiah yang ditawarkan menarik hokeh! Kalau tak join memang rugi besar.. Biasa kalau hadiah dia gempak, mesti syarat penyertaannya agak 'cerewet'.. Haaa korang tak yah risau sebab syarat penyertaannya sangatlah simple.. Jadi, apa tunggu lagi, jom pakat join giveaway ni.. Aku dah join.. Yey!! Haha...

Wish me luck ok!!


Read More

Snowyskn | Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing

Sunday, September 16, 2018

3 comments
Snowyskn | Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing |  Zaman sekarang ni ramai yang berlumba-lumba nak cantik! Ada yang mengamalkan petua tradisional dan tak kurang juga yang menggunakan cara moden sama ada buat rawatan kecantikan mahupun consume produk-produk kecantikan.. Haa sebut pasal produk kecantikan, kali ni aku nak bongkar rahsia kulit cantik, flawless dan glowing dengan hanya mengamalkan produk kecantikan dari Dynamic Nutrition iaitu Snowyskn..


Snowyskn adalah inovasi terbaru yang diperbuat daripada ramuan terpilih untuk merawat semula kulit dari dalam.. Campuran buah beri yang mengandungi antioksidan yang tinggi dari pelbagai sumber dapat menahan penuaan kulit...

Snowyskn merupakan minuman buah beri yang lazat dan menyegarkan ditambah dengan serat makanan galacto-oligosaccharides (GOS). Setiap hidangan juga menyediakan Vitamin C yang menyumbang kepada penyerapan zat besi dari makanan dan zink yang penting untuk pertumbuhan.



Manfaat Snowyskn

  • Menjadikan kulit berseri
  • Meningkatkan penghidratan kulit
  • Mencerahkan dan menjadikan tone kulit sekata
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Tiada pewarna tiruan atau bahan pengawet
  • Mengandungi Vitamin C dan serat yang tinggi
  • Mengandungi SkinAx2 - Produk yang dipatenkan oleh ACTIV INSIDE dari Perancis


Bahan-Bahan Utama
  • Mixed Berries
  • Fruit Powder (Blackberry, Rasberry, Blueberry, Elderberry)
  • Isomaltulose
  • Galacto-Oligosaccharides (GOS) [prebiotic]
  • Yeast Extract
  • SkinAx2 - Grape Seed Extract, Vitamin C, Zinc, Melon Juice Concentrate
  • Stevia.

Cara Pengambilan


Macam biasa, cara bancuhnya, hanya perlu sediakan air masak suam, biasa ataupun sejuk... Aku lebih prefer air sejuk.. Hehe.. Baru sedap sikit nak minum.. Lepas tu masukkan satu sachet Snowyskn kedalam gelas yang berisi air tadi dan kacau.. Kemudian, bolehlah diminum.. Cadangan pengambilan, boleh ambil satu hingga dua sachet sehari.. kalau nak jimat, ambillah satu sahaja.. Kalau nak cepat nampak kesannya, boleh ambil dua sachet sehari.. Satu pagi dan satu malam.. Hiks..

Jom Dapatkan Snowyskn Untuk Rahsia Kulit Cantik, Flawless Dan Glowing!


Ewahhh!! Makcik pun baru consume.. Flawless tak makcik?? haha!! Orite, kalau korang nak kulit cantik, flawless dan glowing bak selebriti, korang bolehlah dapatkan snowyskn ni kerana kulit kita memerlukan antioksidan primer dan sekunder yang berfungsi untuk melawan kerosakan kulit akibat pengoksidaan. Snowyskn adalah formulasi yang unik yang mengandungi antioksidan primer dan sekunder, lebih berkesan dalam mengatasi penuaan kulit dan mengekalkan kulit muda remaja..

Kat mana nak dapatkan snowyskn? Ok, untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website : https://www.dyna-nutrition.com/
Facebook : https://www.facebook.com/dynamicnutrition/
Instagram : https://www.instagram.com/dynamicnutrition123/
No. Telefon : +603 80812128    
Email : enquiries@dyna-nutrition.com


Read More

Marathon Movie Hantu Kak Limah Dan Munafik 2

Saturday, September 15, 2018

2 comments
Marathon Movie Hantu Kak Limah Dan Munafik 2  |  Khamis minggu lepas aku berkesempatan menonton movie bersama-sama BFF aku Yatt.. Macam biasalah kalau keluar pergi tengok wayang, mesti dengan dia dan haruslah pergi hari bekerja.. Bila dah pergi hari bekerja ofkoslah aku dan dia awal-awal mohon cuti rehat.. Hehe.. Biasalah, sekali sekala kenalah ada masa untuk diri sendiri jugak kan.. Bak kata orang 'me time'.. Hiks.. Movie apa yang kami tengok? Yeahh tentulah movie yang paling hot diperkatakan iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2.. Marathon kite kali ni wak!!


Tu dia, dua movie sekali kami tengok.. Yang bestnye time kitorang pergi tu, kebetulan GSC ada buat promotion.. Tiket wayang murah weh.. RM10 jerk.. Dari jam 10 pagi hingga 1 petang... Nasib baiklah kami turun awal pagi.. Jadi sempatlah kami grab tiket murah untuk satu movie... Movie first kami tonton haruslah Hantu Kak Limah... Hiks..

Tiket dah murah itu memang best.. Tetapi apa yang tak best, kebetulan pulak time kami  tengok tu ada sekumpulan budak sekolah rendah bersama guru-guru mereka turut menonton sama.. Haduii.. Ramai gile kot.. Ada la dalam 40 orang atau lebih.. Memang kecoh panggung... Seat pun kami dapat yang agak depan..

Masuk awal tak kalut dengan bebudak sekolah..

Best ke filem Hantu Kak Limah?

Filem Hantu Kak Limah Buat Aku Gelak Tak Henti!

Hari pertama filem Hantu Kak Limah ni ditayangkan, dah bermacam-macam aku dengar dari mereka yang dah menonton filem ni.. Rata-rata dari mereka berikan pendapat dimana filem ni best dan kelakar gile.. Ini membuatkan aku lagi excited nak tengok cerita ni.. Hehe.. Aku biasalah kalau filem melayu ni excitednye lain macam sikit.. Mungkin orang lain lebih suka menonton filem omputeh, tetapi aku lebih gemar menonton filem melayu.. Bukan tak tengok filem omputeh, tetapi lebih utamakan filem melayu kite walaupun ada orang kata filem melayu tak best.. Haha.. Itu kata orang bukan aku yang kata... Ahakz..


Best ke filem Hantu Kak Limah ni?

Haaa sekali lagi soklan sama muncul.. Yeahh filem Hantu Kak Limah buat aku gelak tak henti.. Itu bermakna ceritanya best dan tak mengecewakan.. Sepanjang perjalanan cerita ada sahaja part yang lucu.. Starting cerita pun dah buat aku gelak terutamanya part awie bawak motor besar, rupa-rupanya atas sampan.. Haha!! Bagi aku setiap watak dalam filem ni memainkan peranannya yang tersendiri bagi menghidupkan lagi cerita ini..


Tak dinafikan watak Nayan yang dilakonkan oleh Ropie dalam filem ni sangat menonjol dengan lawak selambanya membuatkan penonton tak kering gusi.. Setiap kali kemunculan Ropie pasti gamat panggung dengan gelak berdekah-dekah.. Haha.. Satu lagi watak yang aku suka adalah watak Yeh Sekupang yang dilakonkan oleh Allahyarham Rab Khalib.. Dengan loghat kedahnya yang pekat melontarkan dialog yang seolah-olah spontan sahaja dari mulutnya membuatkan kami gelak tak henti-henti..  Aku suka dengan bakat lakonannya.. Kelakarnya semulajadi.. Tiada lagi lakonannya selepas ni.. Al-Fatihah untuk Allahyarham Rab Khalib..


Bukan itu sahaja, watak wani pun best jugak tau.. Kelakar!! Aku suka.. Haha.. Selain tu, Zul Ariffin pun boleh tahan lucunya.. Tak sangka abang sado ni boleh berlakon dalam genre komedi.. Paling kelakar time wani menyanyi dekat rumah Bomoh (Zul Ariffin).. Time tu aku gelak tak hengat tengok telatah sorang-sorang.. Haha!!


Watak Husin dan Hantu Kak Limah itu sendiri tak perlu dipertikaikan.. Sebabnya ia memang best dari dulu sampai sekarang.. Watak yang paling aku nak tengok sekali dalam filem Hantu Kak Limah kali ni adalah Watak yang dilakonkan oleh Mus May.. Mana pernah lagi aku tengok Mus May berlakon.. Inilah firstime.. Gile ko tak excited tengok penyanyi yang aku minat berlakon... Ternyata dengan kemunculannya sebagai orang bunian, membuatkan aku terhibur dengan dialognya yang kelakar.. Sampaikan aku tak boleh nak move on dengan 'per per' tu.. Haha!! Ditambah pulak dengan lawak awie, lagik la kelakoo.. Haduyai keras perut mak nak gelak!!


Kesimpulannya, filem Hantu Kak Limah kali ni memang best!! Watak best, jalan cerita best dan sinematografi pun menarik!!


Ada lagi tak agaknya lepas ni Hantu Kak Limah? Hehe.. Sama-samalah kita tunggu ye!!

Dah selesai tengok Hantu Kak Limah, menunggu pulak turn untuk menonton Munafik 2.. Huisss time tu rasa berdebar pun ada sebab feedback rata-rata dari mereka yang dah tengok, semua cakap seram dan menakutkan.. Ada masa lebih kurang setengah jam jugak nak tunggu tayangan Munafik 2.. Jadinya sempatlah aku window shopping dulu... Sempatlah rembat dua pasang kasut dari butik Vennz.. Ahakz..


Dah letih berjalan, perut pun mintak diisi.. Jadi kami belilah bekalan untuk perut kami yang dah berbunyi lagu dondang sayang.. Kami order finger fish aje.. Masalahnya, cakap kena tunggu 5 minit tetapi lebih 10 minit kami tunggu.. Ini membuatkan halkum kami bergetar-getar nak terkeluar.. Haha!! Bukan kami tapi kawan aku tu jerk.... Wahahaha.. Sorry der!! Wa gurau jerk!! Haha!!

Dah dapat makanan yang dipesan terus meluru masuk panggung.. Nasib baik cerita baru start.. Kalau tak, mau klim balik duit tiket.. Kehkehkeh!!

Macam mana filem Munafik2? Best ke?

Munafik 2 Seram Dan Banyak Pengajarannya

Starting cerita dah buat aku berdebar sampaikan tangan menutupi mata.. Haha.. Biasalah aku kalau tengok cite seram, harus tengok melalui celah-celah jari jemari.. Kehkehkeh!! Tak boleh la weh nak tengok terus, rasa tak de pelindung je.. Haha!!


Seperti filem Munafik, Munafik 2 ini juga merupakan filem Dakwah-Seram yang berjaya menarik para penonton ke pawagam.. Tak hairanlah aku juga turut tertarik untuk menonton sama.. Haha!! Kalau ditanya tentang lakonan mereka.. Ia tak perlu dipertikaikan lagi kerana filem ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon yang hebat yang membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali..

Apa yang menarik, filem ini membawa mesej dan dakwah yang boleh memberi pengajaran kepada para penonton..


Ada yang cakap filem ni juga sedih sehinggakan mereke menitiskan air mata.. Betul ke? Haha betul weh!! Aku pun menangis part yang last sekali.. Haduii time Ustaz Adam diseksa oleh Abuja dan tiada siapa yang dapat membantu tetapi dia masih berpegang teguh dengan Islam.. Allahuakbar.. Sedih sangat time tu..


Apa-apapun filem Munafik 2 ni best.. Tak sabar nak tunggu Munafik 3!!

Lepas habis aje Munafik 2, kami isi perut dulu dekat restoran makanan korea.. Tak ambil gambar pun sebab nak cepat kejar masa nak balik.. Sampai rumah pun dah dekat jam 5.00 petang.. Seronok kalau keluar dengan member sekali sekala.. Dapat lupakan kehidupan hakiki sekejap sambil meluangkan masa untuk diri sendiri pula... Hiks..


Read More

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Friday, September 14, 2018

11 comments
Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa  |  Haaa tu dia tajuk untuk hari ini.. Yang mane dok pakai noxxa tu mesti tergugat baca tajuk ni kan.. Haha.. Saje je buat korang berdebar.. Ekeke.. Kali ni nak lari sikit dari niche Beauty sebab aku nak bercerita perihal kedapuran.. Wahhh perkataan baru 'kedapuran'.. ekeke... Orite, sebenarnya aku nak cerita pasal Pressure Cooker Kenwood yang aku beli dah lama tetapi baru laaaa ni dok study dan praktis penggunaanya..

Pressure Cooker Kenwood Sehebat Pressure Cooker Noxxa!!

Nindia Pressure Cooker Kenwood yang aku maksudkan tu.. Harganya sangatlah murah berbanding Noxxa ye kengkawan.. Tak sampai pun RM300... Ini sahajalah yang aku mampu.. Biasalah, tengok orang mudah di dapur, aku pun nak jugak mudah.. Tapi orang mudah dengan Noxxa, aku pulak hanya mampu bermudah-mudahan di dapur dengan Pressure Cooker Kenwood ini ajo.. Hikhik.. Alah janji ado kann.. Ini pun beli dengan cara main kutu deknon!! Haha.. 

Time mula-mula terima periuk ni dulu, aku memang tak tahu langsung cara penggunaannya.. Puaslah google tetapi tak jugak jumpa cara guna.. Noxxa lain sikit ye button dia tu.. Yang ni lebih kepada automatik.. Nak masak daging, tekan aje button meat. Nak masak nasik, tekan aje button rice.. Hah gitu la kekdahnya.. Tapi masih lagi boleh set timing kalau nak.. Kot nak lama sikit kan.. Cewahh cam dah pro jerk aku kan..

Firstime guna, time tu gas habis!.. Nasib baiklah ada Pressure Cooker ni.. Tak sia-sia aku beli.. Ada hikmah rupanya.. Tapi, time nak guna tu memang buntu la sebab tak reti nak guna.. Lastnya try and error.. Alhamdulillah, berkat aku tekan sana tekan sini, aku berjaya menumis dan memasak.. Nak rujuk manual pun, memang tak disediakan dalam kotak.. Mungkin seller lupa isi balik kot lepas check defect... Tak pe la.. Janji aku berjaya jugak guna.. 


Lepas percubaan pertama tu, nasib Pressure Cooker ni hanya tersimpan kemas di dalam almari.. Haha!! Aku pun dah kembali lupa tentang penggunaannya.. Sehinggalah, dekat opiz aku nak main masak-masak sup tulang.. Member sorang tu suggest bawak pressure cooker aje.. Disebabkan tulang banyak, kena ada 2 pressure cooker.. Member aku dengan gahnya bawak noxxa.. Aku hanya bawah si merah ni aje la.. Ekeke.. Aku bawak periuk aku ni pun separuh hati sebenarnya sebab aku tak tahu guna.. Haha.. Aku dah sound kengkawan aku, nak guna boleh tapi cari sendiri cara nak guna sebab aku tak reti!! Wahaha.. Gile bebes tol kejadian.. Dan akhirnye, semua gagal mengesan cara penggunaanya.. Jadi, gunalah noxxa member aku tu jerk..

Lepas kejadian malang itu, aku nekad nak beli noxxa jugak sebab tengok kehebatan noxxa yang member aku punya buat hati aku tercalar dengan ketidakbestsan periuk sendiri.. Wahaha.. Ayat tak leh blah.. Dah siap usha kot, kat mana-mana yang ada buat kutu.. Dalam masa yang sama, aku nekad juga untuk balik cuba study semula Pressure Cooker Kenwood aku ni.. Hari cuti berikutnya, aku cuba selongkar misteri disebalik Pressure Cooker Kenwood aku dengan menu masakan Kari Daging!! Menjadi ke idokkkk?? Meh tengok video ini.. Ahakz..


Menjadik wehh!! Alhamdulillah dah tak perlu nak bazirkan duit beli noxxa sebabnya Pressure Cooker Kenwood sehebat Pressure Cooker Noxxa!! Haha.. Lepas ni aku tak akan lupa lagi cara penggunaannya.. Dah siap semat dalam otak ni haa.. Hiks.. Syok weh boleh masak daging dengan mudah.. Tak perlu berpanas depan dapur gas lagi dah.. Guna ajer periuk ajaib ni.. Sekejap dah siap..

Bagi yang kekurangan bajet tetapi nak beli Pressure Cooker, bolehlah cuba jenama ni... Ni model lama.. Yang model baru lagik best tau.. Kalau nak beli secara ansuran atau kutu, leh la cuba PM Kak Atie di https://www.facebook.com/inspirasi.azatie.7/ sebab aku pun beli dengan dia.. Hiks.. Oklah, lain kali aku share lagik story aku ye.. Lama dah tak berstory mory... Syok pulak rasa.. Orite, wa chow dulu ya!! 


Read More