Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable #iamremarkable

Saturday, May 19, 2018

4 comments
Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable #iamremarkable |  Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.  


Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.  


Kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil  menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.  

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang. Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.  

Bio-Oil Malaysia Meraikan Hari Ibu Dengan Kempen #sheisremarkable #iamremarkable

#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.  

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui. Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan. ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Bio-Oil Malaysia Mother's Day 2018 - Remarkable Love



Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable 

#iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Youtube



Read More

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Wednesday, May 16, 2018

10 comments
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung  |  Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Product Executive Safi, Sakinah Amirah giving a speech on the relaunch of SAFI Shayla with new and improved formula as well as introducing the new products to complete the haircare range of SAFI Shayla

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.


SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.


Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Safi Group Photo during the launch, from left - Cik Sakinah Amirah (Product Executive), Ms Jessie Wong (Sales General Manager), Ms Doris Gwee (Senior Product Manager), Pan Choi Yan (General Manager of Marketing), Mr Sriram Krishnamurthy (Chief Executive of Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd) and Puan Mahsuri Sulaiman (Marketing Manager)

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi) 



a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.  

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih  mudah untuk djaga/dimanja.  

c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.  

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.  

e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan – Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam  berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.  

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.  

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.  

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.  

2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol  
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus  

3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol  
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus  

4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90) 


Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.  

5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90) 

Juga terdapat dalam dua variasi.


Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi :-
  
a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.
  
b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.  

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)  

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-  


a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.  

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  

Safi Shayla Zumba activity with media

SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.   

Chief Executive of Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy (right) and Safi Marketing Manager, Puan Mahsuri Sulaiman introducing the relaunch of SAFI SHAYLA with new formulation and updated premium packaging

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasaraya dan juga di laman web dalam talian.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila layari :-

Facebook


Youtube



Read More

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Tuesday, May 15, 2018

5 comments
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018  |  Puasa dah dekat ni uolls.. Esok lusa dah.. Korang yang mana bekerja dalam sektor awam, dah isi ke borang Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) untuk bulan Ramadhan nanti? Kalau belum tu, bolehlah isi cepat-cepat nanti tak sempat pulak Ketua Jabatan nak beri kelulusan.. Macam biasalah, bulan Ramadhan kita akan diberi kelonggaran untuk pulang lebih awal setengah jam daripada biasa.. Tetapi rehat pun setengah jam aje hokeh!! Kire balance la kan.. 

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018, Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 ini sebenarnya terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 - Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan yang telah dikeluarkan pada 22 Disember 2017... Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018..

Untuk memudahkan korang, aku up terus kat disini Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 untuk rujukan korang.. Jom check waktu mengikut negeri masin-masing..




Kalau korang nak print atau nak terus rujuk pekeliling tersebut, korang bolehlah klik kat SINI.. 

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi ALLAH SWT ini.. Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna buat kita.. Insyaallah.. 


Read More

Review Buku | Kru Dari Langit - Cerita Dari Lapangan Terbang

Monday, May 14, 2018

1 comment
Review Buku | Kru Dari Langit - Cerita Dari Lapangan Terbang  |  Aku tak mengambil masa yang lama untuk habiskan buku ni.. Cukup cuma 2 hari sahaja.. Tapi sebenarnya, buku ni hanya boleh dihabiskan dalam masa setengah hari atau paling lama pun sehari sahaja memandangkan bukunya tidak terlalu tebal dan ceritanya tidak membosankan.. Bagi aku yang supermommy ni, memang tak boleh nak mengadap dalam masa yang lama.. Sebab itulah aku mengambil masa 2 hari.. Hehe.. Best ke buku Kru Dari Langit ni?


Seperti yang aku story baru-baru ini, buku ni aku dapat hadiah dari seorang rakan blogger.. Boleh baca SINI.. Kiranya aku salah seorang yang beruntung sebab dapat membaca karya 7 penulis yang berpengalaman di lapangan terbang.. Macam-macam cerita ada.. Kisah seram pun ada uolls..

Sinopsis Kru Dari Langit


"Sila pasang tali pinggang keledar anda."

Hari ini kapal terbang sudah menjadi pengangkutan yang rutin, affordable, mudah dan begitu selesa. Semua orang boleh terbang!

Langkah pertama ke lapangan terbang, semua nampak tenang dan ceria. Wajah petugas yang senyum sampai ke telinga. Cantik-cantik dan hansome juga peramah. Nampak serba sempurna kecuali apabila flight delay!

Tetapi tak siapa tahu hiruk pikuk, kelam kabut dan kerenah disebaliknya. Cabaran yang didepani oleh setiap petugas, dari penjaga kaunter sehingalah para juruterbang. Tidak semuanya smooth-take off. 'Cuaca' kadangkala tidak menentu.

KRU DARI LANGIT adalah cerita mereka.

Watak-watak yang kita temui sepanjang di lapangan terbang dan berada di udara. Tentu sekali, ia cerita sisi lain - yang anda tidak akan dengar melainkan dari kaca mereka.

"Sit back, and enjoy the flight."

Review


Serius, mula-mula aku dapat buku ni terlintas difikiran aku adakah buku ni best dan tak membosankan.. Bila fikir balik, kalau Sha yang hadiahkan mesti dia suka akan isi buku ni.. Jadi, terus aku positifkan diri untuk baca buku ni dengan satu semangat yang membara.. Cewaahhhh!!

Seperti yang aku katakan diawal tadi, buku ni mengisahkan beberapa kisah pendek dari 7 orang penulis iaitu Rafi Harumin (Abang Imigresen #orangkaunter), Idora Darwina (akak Check-in), Hafiz Mohd Roslan (Encik Jurutera - Penyelenggaraan Pesawat), Nurul Khadijah (Cik Pramugari), Rina Shourhami (Cik Pramugari), Md Shafik (Abang Pramugara) dan Kapten Fariz Mokhtar (Mr. Pilot)..

Setiap penulis ada pengalaman dan kisahnya yang tersendiri.. Setiap kisah yang dipaparkan ada nasihat dan pengajaran disebaliknya.. Mungkin selama hari ini kita lihat, inilah kerjaya yang paling gah dan bergaya serta menjadi perhatian orang ramai.. Paling tepat, kerjaya yang penuh glemer, tetapi disebaliknya yang ramai tak tahu dan tak pernah ambil tahu, tanggungjawab yang mereka pikul sangatlah berat dan mempunyai risiko yang tinggi..

Ikhlas aku katakan, selepas baca buku ni barulah aku tahu betapa beratnya tanggungjawab mereka.. Buku ini juga banyak memberitahu kita apa yang patut dan tidak patut dilakukan ketika kita berada atau berurusan di lapangan terbang... Bukan itu sahaja ye, buku ini juga memberi kita kesedaran tentang sikap kite yang mungkin kadang kala 'tak semenggah' tanpa sedar.. Haha!!

Buku setebal 173 mukasurat ini, dihiasi dengan ilustrasi kartun yang comel-comel oleh Cikgooden.. Bila ada ilustrasi macam ni, memang tak bosan baca..

Rating : ★★★★


Memandangkan aku suka dengan kisah yang ada dalam buku ni, jadi aku sangat recommend kat korang untuk baca dan faham tugas mereka di lapangan terbang... Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh korang dapat dari buku Kru Dari Langit ni.. Rugi tau tak kutip pengalaman mereka.. Hehe..

KRU DARI LANGIT adalah cerita mereka!!


Read More