Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®!

Monday, January 15, 2018

3 comments
Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®!  |  Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi… Bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018! Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru dengan lebih sejahtera? Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai 'cleaning supplier' dan pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu?    


Baiklah, antara asas-asas yang perlu ada di dalam senarai semak anda adalah seperti WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna), 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris) serta Kain Pembersih/ kain.  

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda mengemas rumah anda   

WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna)


Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur  dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik.  

3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin)


Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!        

WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris)


Ini adalah satu  penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!  

Kain Pembersih/ kain

Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan.   

Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.  

Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya! WD-40® mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga diberi kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua!  

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda, sila layari, http://wd40.asia.


Read More

Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com

Sunday, January 14, 2018

14 comments
Tersenarai 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com  |  Alhamdulillah, permulaan tahun 2018 menjadi pembukaan tahun yang sangat bertuah bagi aku.. Banyak rezeki yang datang kepada aku.. TQ ALLAH... Salah satunya tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.Com.. Syukur yang tak terhingga.. Terima kasih kepada blogger femes Hasrul Hassan kerana sudi pilih Blog Lea Azleeya sebagai blog pilihan bagi tahun ini.. 


Bagi warga keluarga blogger malaysia, rasanya semua dah kenal kot Blogger Hasrul Hassan ni kan.. Femes dengan tips SEO dan Adsense.. Banyak maklumat tentang SEO dan terutamanya tentang Adsense boleh didapati di blog beliau.. Kalau korang yang masih terkapai-kapai mencari maklumat dan panduan adsense, bolehlah ke blog beliau untuk menyelongkar tips yang ada.. hehe..



Hah, kalau korang nak blogging tips juga korang boleh terjah blog beliau.. Banyak perkongsian tentang blogging tips di sana.. Memang tak rugi kalau korang singgah di blog beliau.. Korang akan membaca pelbagai ilmu dari sana untuk lebih maju dalam dunia blogging... Bagi yang bukan blogger pula, korang boleh lihat tempat-tempat menarik yang pernah blogger Hasrul Hassan lawati.. Nanti bolehlah korang plan untuk bercuti bersama keluarga.. Tak gitu.. Hiks

Oklah, untuk list 100 blog pilihan 2018 aku  tersenarai di tangga yang ke-50.. Wahh cun-cun dok tengah-tengah tu.. Haha!! Ramai blogger yang aku kenal dan ada dikalangannya merupakan blogger yang agak rapat dengan aku.. Semoga dengan penghargaan ini, dapatlah aku dan kengkawan yang lain lebih bersemangat untuk blogging lepas ni.. 

Kalau korang nak tengok sama ada korang tersenarai ataupun tidak, boleh klik di SINI..


Read More

Prosperity Juice KEMBALI Lagi!

Saturday, January 13, 2018

3 comments
Prosperity Juice KEMBALI Lagi!  |  Lagu kegemaran Tahun Baru Cina, Gong-Xi, Gong-Xi Songs telah kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi! 


Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur, Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!   

Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici.. Minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan memberikan anda kebaikan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.  

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz iaitu Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95; MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95; dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semuar harga adalah termasuk GST).   


Berikut adalah serba sedikit kenapa Juice Works memilih buah-buahan istimewa di atas sebagai ramuan minuman tahun baru mereka :-    

Limau Mandarin 
Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini. 

Jambu
Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat. 

Laici
Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!

Strawberi
Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang!      


Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapatkan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.  

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, Juice Works mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!  

P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedia Juice Works DM Mall.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website



Read More

Pump Susu Terbaik Untuk Ibu Bekerjaya

Thursday, January 4, 2018

10 comments
Pump Susu Terbaik Untuk Ibu Bekerjaya  |  Hari ke-4 untuk tahun 2018.. Selamat tahun baru buat semua.. Hehe baru nak wish tahun baru ye.. Dah masuk hari keempat dah kot.... Sekarang cuaca hujan tak berhenti.. Kat tempat aku ni banyak dah yang terkena banjir.. Banyak jalan-jalan ditutup akibat banjir... Ok, bukan itu yang aku nak cerita tetapi aku nak cerita tentang pump susu terbaik buat ibu bekerjaya.. Jauh betul menyimpang ye.. Haha!!


Bagi aku yang bekerja ni memang sangat-sangat memerlukan pump susu selepas bersalin.... Lahirkan anak yang pertama dulu aku dah beli siap-siap pump susu sebagai persediaan awal.. Supaya bile diperlukan, dah sudah tersedia ada... Jenama pump susu yang aku beli adalah dari jenama Snow Bear.. Alhamdulillah aku serasi dengan pump susu ni..

Snow Bear Breast Pump

Snow bear ni satu pump aje bukan double pump.. Kecil molek aje dan ringan sangat, mudah dibawa kemana-mana.. Aku selesa dengan pump ni.. Paling best tak menyakitkan.. Dulu aku beli rasanya dekat RM200 jugak kalau tak silap aku.. Sekarang tak pastilah aku harganya berapa.. Mungkin lebih murah.. Hehe.. Aku guna pump ni semasa melahirkan anak pertama dulu selama 6 bulan sahaja sebab susu drop dan anak aku sendiri pun dah tak nak menyusu badan + minum susu badan.. Huhu..


Bila dah tak digunakan, aku masukkan balik dalam kotak dan simpan dalam stor.. Nak dijadikan cerita, selepas aku bersalin anak kedua lebih kurang 4 bulan yang lepas, aku ambil balik pump ni untuk digunakan.. Tetapi malangnya, pump ni dah rosak rupanya.. Allahuakbar.. Kelam kabut aku usha pump lain.. Bajet pulak tengah semput masa tu.. Yelahkan, tak prepare la pulak untuk pump susu.. Jadinya, tiada peruntukan untuk membeli pump susu lagi..

Jadi, alternatif lain aku cubalah pinjam pump susu dari anak saudara aku...

Unimom Breast Pump

Unimom Breast Pump ni agak besar sikit saiznya dan sedikit berat.. Apa yang bestnya pump ni, sebab ianya double pump.. Tapi aku guna satu jerk.. Haha.. Kelajuannya pun boleh ejas dan tak menyakitkan.. Aku suka pump ni cuma berat sikit.. Nak angkut kesana kemari agak membebankanlah jugak.. Tapi takde lah seberat kayu balak tu.. Haha!! Masih boleh dibawa kemana-mana janji sadooooo...


Kelajuannya boleh ejas.. Nak slow ke nak kuat ke.. Terpulang.. Yang penting tak menyakitkan.. Yelah, kalau pump yang menyakitkan memang tak selesa nak pump susu kan.. Kadang tu boleh luka.. Owchh!! Seram wehhh!!


Biasanya aku guna set pump snow bear yang aku sendiri dan motornya pakai Unimom.. Mungkin aku dah selesa dengan set pump snow bear.. Kira kacuk la ni.. Kalau korang tengah cari pump susu, boleh lah try 2 jenama ni.. Sangat recommend kat korang.. Kalau bajet besar bolehlah beli yang jenama lebih mahal.. Tapi 2 pump ni antara bajet yang mampu milik tak terlalu mahal..


Untuk Breast Milk Storage Bags pulak aku guna jenama Autumz.. Tetap setia dengan jenama ini.. Plastiknya tebal dan senang digunakan.. Paling penting sangat safety...


Read More

Black Sparkling Box From Althea Korea

Monday, January 1, 2018

17 comments
Black Sparkling Box From Althea Korea  |  Wanita dan makeup memang tak dapat dipisahkan.. Sekarang ni tengah meletop-letop produk k-beauty.. Sana sini dok bercerita tentang k-beauty... Aku yang tak berapa suka makeup ni pun terjebak sama.. Yelah, bile tengok artis korea yang cun melecun tu sape la yang tak nak jadi cantik camtu kan.. Haha.. Boleh ke orang Malaysia jadi cantik macam artis korea? Alah tak jadi macam artis korea pun tak pe, janji dapat pakai produk makeup dari Korea.. Betul tak? Hehe.. Dekat mana nak shopping produk k-beauty yang best dan murah? Haruslah di Althea sebab produknya memang berkualiti, servis dipercayai dan penghantaran yang cepat.. Lagipun produk k-beauty ni sesuai untuk semua jenis kulit, natural dan bebas chemical.. 

black sparkling box, smokey eyes, smokey makeup, althea, kbeauty, makeup, skincare, kosmetik korea, althea korea, althea malaysia
Black Sparkling Box From Althea Korea 

Taddaaaaaaa... Dah selamat sampai pun Holiday Limited Black Sparkling Box daripada Althea Korea ni.. Excited bukan main aku terima kotak istimewa dari Althea.. Christmas box limited edition.. Cantik sangat kotaknya.. Itu baru kotak tau.. Belum lagi produk yang ada dalam kotak tu.... Kalau korang nak tahu, Althea kini sudah berada di 9 buah negara seperti Korea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina, US dan Rest Of World.. Memang worldwide kan Althea ni..

Rasanya bagi peminat k-beauty mesti dah familiar dengan Althea kan.. Althea sememangnya terkenal dengan barangan kosmetik dari korea yang didatangkan sekali dengan kotak yang menarik dan limited edition pada waktu-waktu yang tertentu.. Althea juga sentiasa up-to-date tentang musim perayaan di Malaysia. Setiap kali musim perasaan, althea akan memastikan pelanggan mereka mendapat promo atau diskaun hebat supaya dapat shopping sakan dengan lebih jimat.. Bestkan?

Eceli, ini firstime aku shopping di Althea dan pengalaman bershopping di Althea tak mengecewakan.. Semuanya berjalan lancar dan terbaikkkk.. Ok, jom tengok apa ada dalam Holiday Edition Box ni..


Black Sparkling Box.. Dah nama lagi Black Sparkling Box kan, haruslah item di dalamnya semuanya berunsurkan warna hitam... 'Nothing says classy and chic like Black'.. Hah gitu... Ini adalah Holiday Edition box sempena musim perayaan Christmas.. Sekarang ni pun masih berlangsung promo dan diskaun hebat di Althea tau.. Rugi tak grab.. 

Althea Black Sparkling Box ni ada 4 item kesemuanya.. Box ni harganya RM120.00 kalau loose harganya lebih kurang RM400++.. Murah gile kot.. Apa yang menariknya dengan koleksi black sparkling ni? Jom kita sama-sama tengok..


What's Inside Holiday Limited Black Sparkling Box?

SON & PARK All that Smoky Kit
APRIL SKIN Magic Snow Cushion 2.0 (2016 New) #23
MISSHA The Style 4D Mascara
RIRE Rire Gel Eyeliner #01 Kill Black


ALL THAT SMOKY KIT
Son & Park
A smokey eyeshadow pallate for elegantly gorgeous eyes.. Create a sultry, smoky look by using brown or gray eye shadow. These rich shades come in both matte and shimmer finishes to create multiple looks for any accasion. 
Aku suka gabungan warna yang ada dalam pallet eyeshadow ni.. Semuanya warna feberat aku.. Ada yang jenis matte dan juga shimmer.. Semuanya warna yang gorgeous... Bolehlah try make up smokey pulak lepas ni.. Tak pernah lagi try makeup smokey look... Tak pandai tak pe kita boleh belajar kan... Janji dah ada smokey eyeshadow pallate dari Son & Park ni dulu.. hehe..


MAGIC SNOW CUSHION 2.0 #23
April Skin
April Skins Magic Snow Cushion is a must-have in your beauty pouch! With a luxurious black case, this cushion contains more than 45% moisture serum that instantly gives you a moisturized, flawless finish. Keep your skin looking and feeling great this party season!
I luv it! Aku dah jatuh cinta dengan Magic Snow Cushion 2.0 dari April Skin ni.. Best sangat tau pakai.. Muka jadi lembut dan lembap.. Paling best muka nampak flawless sangat lepas pakai Magic Snow Cushion ni.. Code yang aku guna ni adalah #23... Memang sesuai dengan aku warnanya.. 


Kalau korang nak tahu, April Skin Magic Snow Cushion ni pernah memenangi Moneytoday Hit Awards 2016 kerana jualan produk ini telah menakluki pasaran dengan teknologi dan idea inovatifnya.. Wajib ada dalam koleksi make up korang juga ni..


THE STYLE 4D MASCARA
Missha
Finish your smokey eyes with fluttery lashes! Define, volumize and lengthen your lashes for a gorgeous finish to your sexy, edge look.

Aku memang tengah mencari mascara yang betul-betul boleh melentikkan bulu mata dan tidak comot.. Dan sekarang aku dah jumpa mascara yang menepati citarasa aku.. The Style 4D Mascara dari Missha ni best sangat tau.. Bila pakai, ofkos bulu mata lentik dan kelihatan lebat.. Paling seronok tak comot dan bergumpal-gumpal.. Itu paling best.. 


RIRE GEL EYELINER #01 KILL BLACK
Rire
Smudged eye, wterproof and point makeup.. No bad-girl look is complete without eyeliner. Define those eyes on both the upper and lower waterline. This pencil gel eyeliner is easy to apply and blend for bright, clear eyes.

Rire Gel Eyeliner ni banyak warna sebenarnya.. Yang aku ni warna Kill Black #01.. Pure hitam punya ni.. Kalau pakai memang nampak jelas sangat dan cantik.. Senang digunakan dan senang juga dibentuk.. Aku memang suka pakai eyeliner.. Rasa tak boleh hidup tanpa eyeliner sebabnya bila aku pakai eyeliner, secara automatik lebam bawah mata aku kurang sikit kelihatan.. Kalau tak, mesti orang ingat aku ni panda.. Haha..!!


Choose your colour - Rire Gel Eyeliner

Overall, aku memang suka sangat dengan koleksi makeup dalam Black Sparkling Box ni dan aku recommend sangat kat korang Althea Black Sparkling Box ni terutama yang suka dengan smokey look kerana set dalam kotak ni, memang di khaskan untuk korang makeup smokey look.. Satu lagi ofkoslah harganya sangat murah berbanding tempat lain dan itemnya sangat superb best sebab dari brand-brand yang terkenal di Korea... 


Kalau korang shopping sekarang dan dapatkan Special Christmas Box untuk year end promo, korang akan dapat sekeping card secara random untuk korang nikmati diskaun hebat.. Kira atas nasib la kan dapat yang mana... Kalau dapat WIN50, korang boleh shopping sakan dengan potongan harga 50%.. Best tu weh..!!

Jadi, tunggu apa lagi tu.. Jom la pakat terjah laman web Althea ni untuk dapatkan Special Christmas Box.. Korang boleh pilih pelbagai produk di sana lengkap dengan skincare hinggalah ke barang makeup.. Semua ada di Althea.. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Blog

Youtube


Read More