Birthday Giveaway November By Blog Syifa

Friday, December 1, 2017

5 comments
Birthday Giveaway November By Blog Syifa  |  Assalamualaikum wbt.. Hi uolls.. Selamat pagi.. Hehe.. Macam biasa aku akan keudara ditengah malam pagi buta.. (ada ke istilah cenggitu? hiks) Disebabkan aku diseru dengan tag oleh seseorang untuk join giveaway ini, jadi aku pun joinlah untuk menunjukkan aku ni support rakan-rakan blogger buat giveaway.. (perghhh ayat berdarah hidung... berlagak tak hengat.. hahaha... jangan kecam mak ye nakkk!!) Jom up banner giveaway dulu kasi semangat bergiveaway tu berkobar-kobar sikit.. kehkehkeh!!

Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Birthday Giveaway November By Blog Syifa
Nak join, klik banner kat atas nun ye!

Alah comeynye banner dia.. Ada tedibey deting lagik tu.. hehe.. Ok, tentang giveaway ni aku dapat tahu daripada seorang rakan blogger iaitu blogger Najah Mustafa geng blogger pantai timur kita.. ThankQ Najah sudi tag untuk giveaway ni.. Dan dengan rasminya aku join Birthday Giveaway November by Blog Syifa ni.. 

Kalau korang nak tahu, hadiah yang ditawarkan sangat-sangatlah bestttt!! Kalau korang tak join memang rugi besar.. Nak tahu apa hadiah yang disediakan? Jom semak sesama..

Hadiah Pertama 
1) Hadiah Misteri.  
2) Tudung dari koleksi 3nurulscollection. 
3) Fridge Magnet.  
4) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
5) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Kedua 
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).       

Hadiah Ketiga
1) Tudung dari koleksi dari 3nurulscollection.  
2) Fridge Magnet.  
3) Kupon Diskaun Baucer beli-belah dari 3nurulscollection.  
4) Tersenarai dalam Bloglist di Blog Nabilasyifa dan 3nurulscollection (setahun).

Menarik kan!! Banyak gile kot hadiah disediakan untuk 3 orang pemenang.. Jadi, tak payah lah dok garu-garu dagu tu, moh le pakat join giveaway gempak ni... Tak join korang rugi.. sekian!!!! oh lupa, nak tag jugak la 3 orang kengkawan blogger aku.. Siapa yekk?? Hurrmmm... Haaaaaaa...

......... Sha Mohamad
......... Siqah
......... Sis Hawa


Tarikh Tamat
31 Disember 2017


Read More

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Thursday, November 30, 2017

11 comments
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Setelah penat memerah otak untuk menyelesaikan kerja menulis artikel, kita relaxkan minda dengan menyertai segmen dan giveaway anjuran kengkawan blogger.. Dah kenapa aku asyik join giveaway dan segmen aje yek sejak kebelakangan ni.. Tak de artikel baru ke? Hehe bukan tak ade, tetapi proses mengambil dan mengedit gambar tu agak memakan masa.. Jadi, ianya memerlukan waktu yang agak panjang untuk diselesaikan dek kerana ada tanggungjawab lagi besar harus digalas.. 

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, blogger malaysia, segmen, giveaway, leaazleeya, blogger pantai timur
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Sebagai blogger memang memerlukan masa yang agak lama untuk dihabiskan di hadapan PC mahupun Laptop.. Tambahan pula dengan adanya lambakan job review yang perlu diselesaikan.. Buat masa ni, semua job review aku dah selesai dan aku boleh tumpukan lebih masa aku buat si kecil.. Hiks.. Ok, kali ni aku agak teruja dengan Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia anjuran Blogger Sofie ni.. Ini adalah kali pertama aku join segmen yang sebegini.. Teringin jugak nak mengenali semua blogger yang ada di Malaysia ni.. Pasti banyak pengalaman yang dapat dikongsi bersama dalam dunia blogging ni kan.. 

Ada ke blogger yang nak kenal dengan aku yang sekadar blogger picisan ni.. Hehe.. Oklah, tak nak bebel panjang-panjang, jom kenali blogger dari Kuantan, Pahang ini.. 

Siapa Lea Azleeya?


Ya aku adalah seorang blogger.. Berasal dari Kuantan, Pahang.. Mula terjun ke dunia blogging ni pada bulan kelahiran aku iaitu bulan Jun tahun 2013.. Rentetan dari kisah hidup aku sebelum dan diketika itu yang penuh dengan liku, tergerak hati aku untuk membuka sebuah akaun blog untuk aku luahkan dan abadikan segala dugaan hidup yang pernah dan akan aku lalui.. Itulah permulaan cerita bagaimana aku boleh ada sebuah blog yang pada hari ini merupakan punca rezeki bagi aku dan keluarga.. 

Sebenarnya tak terluah pun kisah aku diblog ni.. Bila nak menaip kisah hidup, pasti rasa terbantut jari jemari untuk teruskan taipan.. Hehe.. Itu bermakna tuhan tak redha apa yang aku nak buat.. Alhamdulillah, kisah hidup aku masih mampu aku simpan dalam hati sebagai kenangan dan sebagai panduan serta pengajaran untuk aku baiki segala kesilapan yang lalu.. 

Aku pun tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini dalam dunia blogging ni.. Mengenali ramai blogger-blogger hebat, dapat rezeki melalui blog dan paling best banyak ilmu yang aku dapat sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia yang penuh dengan keajaiban ni.. Pada awal penglibatan aku, aku lebih banyak join giveaway dan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger dan sekali sekala aku sendiri yang anjurkan giveaway buat rakan-rakan blogger.. Alhamdulillah dapat sambutan.. Masa tu aku belum tahu arah tuju blog aku dan masih tercari-cari identiti diri..

Sampai satu tahap aku merasa lelah untuk terus berkeadaan sebegitu dan aku mencari bahan yang boleh dibuat artikel.. Contohnya isu semasa, lagu, filem dan sebagainya.. Untuk menulis aktiviti yang aku lakukan, memang aku seorang yang jarang-jarang beraktiviti sama ada bersama keluarga mahupun kengkawan.. Aku adalah seorang yang membosankan.. Haha.. Ada juga sekali dua aku review tempat makan yang aku pergi.. Dan ada juga aku up resepi masakan yang aku masak.. Aku tak pandai masak sangat pun sebenarnya.. Kalau pandai masak, maka banjirlah blog aku ni dengan resepi.. Hehe..

Lama kelamaan aku telah jumpa apa yang aku suka.. Buku.. Ya aku suka membaca.. Jadi bermulalah halaman blog aku ini dihiasi dengan review novel dan buku-buku yang aku baca.. Dan aku masih juga mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan artikel yang berlainan setiap masa.. Dalam masa yang sama aku juga review barang-barang yang aku beli... Sehinggalah aku dipelawa untuk membuat review produk.. Alhamdulillah, bermula saat itu rezeki aku mula bertambah.. Tak banyak pun sikit pasti ada.. Kalau korang nak tahu, aku baru saja aktif buat review produk ni.. Aku mula dapat banyak jemputan review produk bermula pertengahan tahun 2016.. Itu juga berkat dari pertolongan rakan-rakan blogger yang aku kenal.. Mereka banyak bantu aku untuk mendapatkan job review.. Tq ye kengkawan.. Sayang kamu ketat-ketat..

Sekarang aku masih lagi bertatih untuk memantapkan blog aku yang tak berapa nak mantap ni.. Banyak kali jugak aku tukar tamplate blog.. Dulu aku guna sotskirt.blogspot.com dan telah ditukar ke domain untuk menampakkan blog lebih gah kononnya dengan www.leaazleeya.com.. Untuk menukar domain ni pun kemain susah nak pilih nama yang sesuai.. Berkat dari sergahan dari seorang kawan, aku guna nama aku sendiri.. Haha.. Kejam sungguh.. Kikiki..

Aku harap dimasa-masa akan datang, aku dapat memeriahkan lagi blog aku ni dengan artikel yang lebih baik dan bagus.. Sekaligus mencari rezeki halal melaluinya.. Moga dibukakan pintu rezeki aku dan keluarga dengan adanya blog ni.. Insyaallah.. Oh ya, aku adalah seorang isteri kepada seorang suami.. Haha dan seorang ummi kepada 2 orang putera yang comel lagik encem.. Hiks.. Oklah, itu saja tentang diri aku, Lea Azleeya - Blogger picisan dari Kuantan, Pahang belah Pantai Timur..

Untuk menyertai segmen ini,


Read More

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia

Tuesday, November 28, 2017

18 comments
Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia  |  Holaaa... Kembali bersiaran aku dipagi buta nan damai ni.. Sebelum tidur jengok blog sekejap dan tetiba tengok kemaheeennn ramai join Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia ni.. Bila tengok hadiah yang disediakan untuk para pemenang, OMG!! Patutlah ramai yang join.. Aku pun nak jugak la tumpang sekaki.. Manelah tahu ada rezeki pakai tudung Duck yang femes tu kan.. Tak pun dapat Planner Duck yang smart tu.. Hadoiii admire betul la.. Haisss.. Tak boleh jadi, kene join juga.. Haha..

Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia, tudung duck, planner duck, duck
Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Orite, Blogger Nadia ni merupakan kenalan baru aku sebab aku baru jerk follow blog dan socmed beliau.. Alhamdulillah, sebenarnya buat giveaway ni boleh menambah kenalan kan.. Dari tak kenal menjadi kenal.. Banyak blogger yang aku kenal melalui giveaway.. Ini bermakna, giveaway ni memainkan peranan yang penting dalam dunia blogging.. 

Oklah, semua syarat dah pun aku lunaskan.. Cuma untuk follow 'Bloglovin' tu aku tak dapatlah penuhi sebab takde akaun tersebut.. Hehe.. Yang lain-lain dah settle.. Alhamdulillah.. Syarat yang sangat mudah.. Tak memeningkan kepala.. TQ Nadia.. hiks..

Jomlah korang pakat join giveaway ni.. Kalau menang dapatlah melaram dengan jenama DUCK.. Kalau tak sebelum ni dok tengok Siqah jerk la pakai jenama ni.. Meleleh air lur.. Haha. (over aku ni kan) ... Terbatuk Siqah sebut nama dia.. Sorry Siqah.. 

Tarikh Tamat
25 Disember 2017


Read More

Sis Gee First Giveaway

Monday, November 27, 2017

11 comments
Sis Gee First Giveaway  |  Geng Blogger Pantai Timur buat giveaway haruslah kena support.. Ehh, yeke?  Cam ada lagik jerk yang aku tak join? ngehh ngehh ngehh.. Mintak maap mane yang tak sempat nak join tu yek.. Giveaway ni tetiba melintas depan mata aku tadi, tu yang aku join ni.. (haaa mengaku pun.. haha).. Jangan marah ekk geng blogger pantai timur.. Korang paling best!! Keh keh keh..!! Apa yang aku merepek ni labuuu.. Ok, jom join giveaway anjuran Sis Gee ni sekarang.. Up banner dulu untuk memenuhi syarat penyertaan..

giveaway, contest, planner
Sis Gee First Giveaway
Orite, syarat mudah sangat.. (Sebab tu aku join.. Haha).. Awal-awal dulu lagik dah follow socmed Sis Gee ni.. Kire settle lah kan.. Banner pun dah up dan backlink ke link giveaway ni.. Selesai semua.. Jadi, sekarang aku nk ajak korang semua, blogger-blogger di Malaysia untuk join giveaway ni.. Hadiah menarik menanti anda.. Hadiah utama berupa Planner 2018 yang comel... Kalau menang dah tak payah nak bazir duit beli planner untuk tahun depan kan.. So, meh la join ramai-ramai yek..



Tarikh Tamat
12 Disember 2017



Read More

Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?

5 comments
Gegar Vaganza 2017.. Anda Team Siapa?  |  Sekarang jam menunjukkan 2.32 pagi.. Tapi mata masih segar bugar lagi tak mahu lelap.. Sejak bercuti pantang ni, selalu aje tidur lewat.. Rasa mengantuk entah kemana menghilang.. Huhuhu.. Ok, aku sebenarnya baru je habis tonton Gegar Vaganza 2017 Minggu ke-5 ni di youtube.. Yelah, nak tengok live di Astro Ria, malas nak langgan.. Jadi, tengok di youtube aje la.. Hehe..

liza hanim, lan kristal, gegar vaganza, syura, hazami, gv2017,

Korang team siapa untuk tahun ni? Aku rasa tahun ni ramai yang  mantap-mantap.. Mula-mula aku team Liza Hanim dan Lan Kristal.. Lepas tengok konsert minggu ke-5 ni, dah rasa nak tambah team lagi... Haha.. Syura dan Hazami.. Memang mantap gile la Syura nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah (Ella).. Memang patut dipuji.. Hazami pulak, aku rasa dia konsisten setiap minggu dan nyanyian dia memang best dan sedap di dengar.. Tak hairanlah kan dia jadi seorang guru muzik.. 


Liza Hanim memang aku minat dia dari dulu lagi.. Vokal dia memang mantop tak yah nak cakap la.. Aku suka lagu-lagu dia.. Dulu-dulu kalau pergi karok, mesti nyanyi lagu dia.. Sampai nak terkeluar anak tekak.. Lagu dia kebanyakannya bernada tinggi.. Huiii mencabar betul... 

Tapi minggu ke-5 ni agak kecewa sikit sebab Liza Hanim nyanyi tak berapa ok.. Hurmm.. Mungkin jugak lagu Dayang Nurfaizah ni agak susah untuk dibawa kot... Aku sendiri pun tak boleh nak hadam melodi lagu Lelaki Terangung ni.. Susah sangat.. Sampai ke sudah aku tak karok lagu ni.. Haha.. Tak reti wehhh.. 


Lan Kristal pun aku suka sebab vokal dia.. Lain dari yang lain... Kengkadang rasa cam Awie pun ada jugak.. Haha.. Mungkin aku ni peminat Awie kot.. Ekeke.. Apa-apa pun aku memang suka dengan vokal Lan.. Mantap meletop gituu.. Perfomance dia setiap minggu pun best wehh.. Kagum aku dengan dia.. Harap-harap dia dapat ke final.. Manelah tahu ada rezeki jadi juara kan.. InsyaAllah.. 

Ada masa nak try duet dengan Lan la kat Smule.. Berangan gitu aku.. Yelah kat Smule aje kite dapat duet dengan retis ni.. Tapi rasanya sekarang Lan dah tak sempat kot buat OC sebab bizi dengan GV kan.. Mungkin nextime lepas abes GV ada la tu kot dia berSmule balik.. Hiks..

Minggu ni Elyana terkeluar.. Minggu depan siapalah pulak agaknye ye... Kene tunggu dan lihat ajo lah jawabnye... Apa-apa pun jihan dan nabil menten kelakar.. Tak tun tuang.. Tak tun tuang... 






Read More