Giveaway by LZ

Monday, August 14, 2017

10 comments
Giveaway by LZ  |  Tajuk yang sangat simple.... Sesimple syarat yang ditetapkan.. Alhamdulillah nampaknya penganjur "Giveaway by LZ" tak nak susahkan para pesertanya.. Hanya syarat simple aje yang ditetapkan dalam giveawaynya kali ni.. hehe.. Apa-apa pun, kita up banner giveaway dulu barulah kita berceloteh panjang sikit ye.. Hiks.. Dah la line macam siput malam ni.. Tertekan mak dibuatnya dengan line 'orang kuning' malam ni.. Huh!!

Giveaway by LZ
Giveaway by LZ

Orite banner dah pun di up kan.. Kalau nak join SILA KLIK BANNER di atas ye.. Kenapa aku teruja sangat nak join giveaway ni.. Pertamanya, ofcoz la syarat-syarat dia SIMPLE lagi MUDAH.. Aku kalau syarat mudah memang cepat jerk nak join... Sebabnya boleh join dengan laju.. Almaklumlah line aku ni bukan mengizinkan sangat.. Nak upload gambar pun sekian hal.. Inikan pulak nak bukak banyak-banyak page.. Huh!! Yang keduanya, my sista LZ yang anjurkan harusss kena join.. Hiks.. Yang last sekali, hadiahnya agak menarik.. Menang kalah belakang kira.. Sekurang-kurangnya kita cuba nasibkan sekaligus dapat support kengkawan.. Nak tau hadiah ape yang disediakan untuk bakal pemenang?? Hadiahnya berupa barangan yang di bid di website Chilindo Malaysia.. Nak tengok gambar hadiah, kena klik banner kat atas tu dulu.. Baru dapat tengok hadiahnya.. hehe..

3 orang pemenang dicari dan seorang pemenang bertuah.. Kirenya 4 orang la.. Oh ye.. untuk pemenang 1 hingga 3 tu, dapat lagik RM10 dari sista LZ... Bestkan.. So, ape tunggu lagik.. jom la join.. Oklah, aku dengan lafaz Bismillah menjoinkan diri aku dalam giveaway comel ni.. Kalau korang rasa korang blogger, jom le pakat join yerk.. Rugi tak join tau, leh tambah kenalan and follower.. 


Tarikh Tamat
31 Ogos 2017


Read More

Menang Dua Giveaway Hadiah Berbentuk Wang Tunai

Sunday, August 13, 2017

21 comments
Menang Dua Giveaway Hadiah Berbentuk Wang Tunai  |  Kadang-kadang bila kita join giveaway ni, kita tak ingat nak semak balik sama ada nama pemenang dah diumumkan atau belum.. Kadang tu sampaikan dah lama nama pemenang diumumkan baru kita perasan.. Macam tulah aku sejak akhir-akhir ni.. Banyak jugak join giveaway tapi tak alert dengan tarikh tamatnya.. Bukan tak nak alert tapi tak sempat nak semak satu persatu.. Sibuk dengan draft entry client.. Takut tak sempat sebab due date nak bersalin dah semakin hampir.. Tu yang pulun sakan tu buat entry kasi siap.. Sampaikan aku tak blogwalking langsung ke blog kengkawan.. Maaf ye.. Bukan sombong tapi memang tak sempat.. Sob sob sob... Kepada yang sudi singgah blog aku dan tinggalkan komen serta follow blog aku ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.. Bukan tak nak buat kunjung balas tapi masa sangat terhad sekarang ni.. Harap jangan kecik ati ye.. InsyaALLAH, kalau semuanya dah tenang, aku akan balas kunjungan korang nanti..  Ehh, panjangnya mukadimah.. Hehe.. Sebenarnya aku nak cerita pasal aku menang dua giveaway hadiah berbentuk wang tunai.. Tapi dok melalut kelain pulak.. Haha!! Maafkan saya........

sumber foto : google


Eceli, kemenangan yang aku kecapi ini (cewah ayat, cam menang award aje gayanya) dah lama... Hadiah pun dah dapat.. Dah habis pun.. Haha.. Giveaway pertama yang aku menang adalah Giveaway Nurul & Friend.. Aku join pada 05 Julai 2017 bulan lepas.. Dan senarai pemenang telah diumumkan pada 05 Ogos 2017 di blog Syahirah Valiant... Sponsor untuk hadiah aku adalah Blogger Radhia Penselduabee... Berapa yang aku menang untuk giveaway ni? 

Yeahh wang tunai berjumlah RM10... Alhamdulillah wang tersebut dah di bank in kan ke akaun aku.. Thank for Radhia untuk hadiah ini.. Moga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang halal.. Amiin YRA... :)


Orite, untuk giveaway kedua yang aku menang adalah dari Mini Giveaway : Duit Raya anjuran Blogger Tashira dari Blog Ohthrillers... Giveaway ini pula aku join pada 10 Julai 2017 dan telah tamat pada 31 Julai 2017... Macam biasa, aku tak alert dengan pengumuman senarai pemenangnya sehinggakan adik Tashira DM aku dekat IG... Terkejut jugak aku mula tu sebab aku tak ingat giveaway mana satu sehinggakan aku check balik satu persatu.. Hehe.. Alhamdulillah, Adik Tashira seorang penganjur yang perihatin.. Siap DM lagik pemenang.. Thank ya Adik.. Senarai Pemenang telah diumumkan pada 02 Ogos 2017 lagi sebenarnya.. Dan aku memenangi tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak.......

Yeahh RM20.. Alhamdulillah.. Hadiah pun dah selamat dimasukkan ke dalam akaun aku.. Apa-apa pun aku doakan moga Adik Tashira dimurahkan rezeki dan dilimpahi rezeki yang halal.. Amiin YRA... 

Jom kenali kedua-dua blogger ini...






Read More

Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan

4 comments
Review Novel Fixi | Gantung By Nadia Khan  |  Aduiii terlalu banyak bende yang nak kene settle sebelum aku bersalin sampai tak de masa nak siapkan entry review novel Fixi Gantung by Nadia Khan ni... Dah lama kot terperam dalam entry ni.. hehe... Eceli aku start baca novel ni pada 24 Julai yang lalu dan settle menghadamnye dengan jaya pada 29 Julai... Lamanye aku amek masa nak habiskan  novel ni.. Padahal bukannye tebal pun novel ni berbanding Kelabu.. hehe..


Gantung... Firstime baca tajuknye, apa yang aku bayang adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang orang gantung diri.. Yesss, memang betul dalam buku ni ada kisah itu.. Pelajar yang kecewa dan gantung diri.. Cuma perlu diingatkan bahawa novel ini hanyalah untuk mereka yang dah cukup umur ye.. Atau lebih tepat untuk bacaan orang dewasa tak sesuai untuk mereka yamg masih dibawah umur iaitu remaja apatah lagi kanak-kanak... AMARAN KERAS ni tau!! 

Bagi aku novel Gantung ni jalan ceritanya agak bercelaru sikit kalau tak dibaca dengan teliti dan fokus betul-betul memang tak akan faham.. Apatah lagi kalau baca skip-skip.. Alamatnye memang tak faham teruslah jawabnye.. Agak struggle jugak untuk aku habiskan novel ni.. Memerlukan penghayatan dan fokus yang lebih berbanding novel Nadia Khan sebelum ni yang pernah aku baca..

Novel ini mengisahkan sebuah kisah sekumpulan pelajar kolej yang agak sosial kehidupannye di dalam dan diluar kolej.. Kalau difikirkan balik, rasa macam tak logik aje kisah sebegini terjadi dalam kolej.. Tapi apa-apa pun tak mustahilkan di akhir zaman sekarang ni kan.. Tapi bila fikir sekali lagi, ehh tak de pemantauan ke dari pihak sekolah sehinggakan kegiatan yang tak bermoral terjadi dalam kolej itu.. huhuhu.. Naseb baik ini hanyalah cerita sebuah novel aje.. hehe...

Sekumpulan pelajar lelaki yang berstatuskan anak orang kaya yang menjadi tumpuan di dalam kolej tersebut.. Dengan ketampanan dan kefemesan mereka, jadi mereka menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej tersebut sehingga sanggup menyerahkan segalanya kepada mereka sedangkan mereka hanya sekadar ingin permainkan mereka sahaja selebihnya hanya untuk berseronok semata-mata... Dengan prinsip 'one for all' persahabatan mereka bertambah erat... 

Pendek kata novel ni terlalu daring... Terkejut jugak la aku baca sebab ia berlaku dikalangan budak sekolah.. Tak sesuai betul!!

Okeh, untuk bab seram pulak, boleh dikatakan novel ni agak seram.. Bermula bila mana seorang pelajar gantung diri kerana kecewa dipermainkan oleh sekumpulan pelajar lelaki tadi.. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh berlaku.. Sememangnya kolej tu memang dah berhantu kot.. hehe.. Setiap kejadian seram yang berlaku, memang boleh membuatkan aku keseraman... Rasa macam ada yang memerhati semasa baca novel ni.. Kalau korang nak tahu lebih, kena lah baca yek novel ni..


Orite, jom baca review aku di goodreads pulak.. Kalau nak tahu sinopsisnya, boleh baca cover belakang novel ni kat atas..

REVIEW AKU DI GOODREADS

GANTUNG

My rating: 3 of 5 stars

Sebelum aku start review pasal novel Gantung ni, nak pesan ye novel ni tak sesuai utk mereka dibawah umur... Untuk bacaan DEWASA sahaja.. Huk!!

Orite, permulaan baca novel ni agak mengelirukan sebab jalan ceritanya berplot-plot.. Sekejap kisah tu.. sekejap kisah ni.. Adehh.. Mula baca memang pening dan tak faham jalan ceritanye.. siapa cikgu.. siapa khalil... (Khalil ke nama lelaki tu ekk. lupe dah aku.. malas nk belek blk buku..) Memang kene byk perah otak untuk faham satu² cerita.. ( atau aku sendiri yg susah nak faham.. hahahha )

Bila dah last² barulah dapat jawapan dari segala-galanye.. Twist yang menarik sebenarnya.. Tapi bab permulaan cerita tu mmg senak otak fikir.. So x dpt nk bagi byk bintang untuk novel ni.. Lebih best novel 'Kelabu' berbanding Gantung ni...

Bab seram pulak, tak dinafikan ada part² seram tu boleh meremangkan bulu tengkok.. haha.. Rasa diperhatikan.. Yg tu memang ohsemness dan boleh dipuji... Cuma jalan cerita aje memeningkan aku.. hiks..



Read More

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

7 comments
Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com  |   Gigih aku follow para sponsor untuk giveaway kali ni.. Alhamdulillah semua pun dah setel aku follow.. Tinggal nak copy paste coding aje.. Kita kasi copy and paste sekarang jugak...
.
.
.
.
.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Klik banner untuk join

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.

Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :- 

Follow Blog Sponsor 


Like Fanpage 



Add To Circle Sponsor 


Follow Instagram Sponsor  
| Radhia Razali | Syafiqah Azahar | Shaidatul Aireen | Iffat Izzat | JMBelog  


Follow Twitter Sponsor 

  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI


 17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada  
1 September 2017

Sekian , terima kasih


Read More