Review Novel | Terukir Cinta By Anna Lee

Monday, August 7, 2017

20 comments
Review Novel | Terukir Cinta By Anna Lee  |  Eceli, novel Terukir Cinta by Anna Lee ni dah lama sebenarnya aku habis baca.. 20 hb Julai start baca dan selesai baca pada 23 Julai 2017... Hari ni baru ada masa sikit nak update reviewnya.. Selepas bergelumang dengan novel seram, sekali sekala kena selit jugak dengan novel cinta baru ada kelainan dalam bahan bacaan kita.. Tak gitu? Tak de la asek dok keseraman ajerk sepanjang masa.. Haha!!

Terukir Cinta By Anna Lee, review novel
Terukir Cinta By Anna Lee

Ini adalah karya Anna Lee yang pertama aku baca.. Selepas baca novel  ni aku dah jatuh cinta dengan jalan cerita dan cara penulisannya.. Terus aje pasang niat nak kumpul koleksi novel dari penulis ini.. Aku suka cerita yang digarabkan dalam novel Terukir Cinta ni.. Agak 'sweet' jalan ceritanya.. Mengundangkan rasa fefiling romantik saat membacanya.. Romantik yang tak terlalu leleh.. Romantik yang sweet-sweet ragged gitu.. Hahaha.. Boleh tak cenggitu?? Hiks.. Macam-macam lah aku  ni kan.. Mungkin ada yang tak gemar akan jalan cerita yang sebegini, tapi bagi aku, jalan ceritanya tak terlalu berat dan jalan cerita yang slumber perjalanannya.. Memang seronok menghayatinye..

Baca sinopsis kat bawah ni ye!!


Orite, seperti biasa kalau aku buat review novel mesti melalui akaun goodreads aku.. Mudah sikitkan.. Tak payah la aku nak taip banyak kali.. Padahal bendanya sama jerk.. So, jom baca review aku tentang novel ni di goodreads aku.. Aku tampal dekat sini yek... Baca tau..!! Haha..



REVIEW AKU DI GOODREADS

Terukir cinta

My rating: 4 of 5 stars

Terasa sangat sweet baca novel ni.. Seolah-olah aku yang pegang watak utama novel ni.. hahhaa.. Aku suka novel ni.. Jalan ceritanye menarik dan sempoi.. Tak terlalu berat tapi terlalu sweet.. Boleh kencing manis kalau baca byk kali.. Ekekee..

Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuatkan hati aku berbunga-bunga semasa membacanye.. Ada jugak part yang boleh membangkitkan kemarahan.. Ada part yang boleh buat aku sedih.. ada part yang buat aku tersenyum sendiri dan paling best part yang membuatkan aku terkene kencing manis.. hahaha terlalu sweett wehh!! kikiki..

Tak rugi beli n baca novel karya Anna Lee ni.. Terbaik dari ladang..

View all my reviews


Kenali penulis - Anna Lee



Read More

Sulaman Comel Merdeka Contest

8 comments
Sulaman Comel Merdeka Contest  |  Tengok hadiah yang ditawarkan sangatlah superb kiut, terus rasa nak join.. Menang kalah belakang kire.. Sekurang-kurangnya kita mencuba nasib dan memeriahkan sesambil bagi support pada contest yang dianjurkan rakan blogger baru kita ni... Sulaman Comel Merdeka Contest anjuran Blogger Kak Noor ni dibuat sempena nak sambut merdeka nanti... Semangat patriotik tu harus ada kan.. Barulah Anak Malaysia namanya.. Tak gitu.. Hiks..

Sulaman Comel Merdeka Contest
Sulaman Comel Merdeka Contest
Klik Banner Untuk Join

Orite, Dengan lafaz Bismillah aku join contest ini.. Dalam contest ni Kak Noor mencari 3 orang pemenang sahaja untuk memenangi Tuala Sulaman Pakej Family... Bukan sehelai tuala tapi 3 helai tau untuk seorang pemenang.. Nama lagik pakej family kan.. Untuk Abi, untuk Ummi dan untuk Baby/Anak... Hehe.. Bestkan.. Menarik gile kot.. Sape nak kasi kan siap dengan sulaman comel lagik tu.. Rugi kalau korang tak join... Manelah tahu ada rezeki untuk  menang.. Tuah ayam nampak kat kakinya, tuah manusia hanya ALLAH yang tahu.. hehe..

Jadi, jom join reramai.. Jangan malu jangan segan.. Boleh berkenalan dengan Kak Noor sekali.. Oh ye, contest ni adalah kerjasama Kak Noor dengan Sis Hawa juga.. Kalau Sis Hawa tu rasanya tak asing lagik kot dikalangan blogger kan.. Sis hawa yang pandai mendesign blog tu.. Kalau tak kenal jugak, moh le kite kenal Kak Noor dan Sis Hawa.. 

Tarikh Tamat
31 Ogos 2017


Read More

Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca

Sunday, August 6, 2017

16 comments
Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca | Beli dah lama tapi baru sempat nak update di blog.. Bulan lepas lagi beli novel-novel ni sebenarnya.. Aku beli novel preloved untuk teruskan minat membaca aku ni... Kalau nk harapkan beli yang baru rasanye tak membaca la aku lepas ni.. Bukan tak beli langsung yang baru, tapi kena berpada-pada mulai sekarang.. Sebuah dua boleh la.. huhu... Sekarang dah kene berjimat cermat.. Almaklumlah, nanti nak sambut 'orang baru' pulak.. hehe..

Buku preloved murah, novel preloved murah, novel seram
Beli Novel Preloved Untuk Teruskan Minat Membaca

3 buah novel ni aku beli dari seorang seller dari group Novel Preloved di facebook.. Alhamdulillah dapat dengan harga murah dan berbaloi-baloi dengan kondisi novelnya... Novel Mesej - Anna Lee tu masih baru dan belum dibuka lagi.. Alhamdulillah, rezeki... 2 novel lagi siap berbalut.. Memang kondisi novel dalam keadaan yang baik dan elok lagi.. 


Lepas baca novel Terukir Cinta karya Anna Lee, hati dah mula jatuh cinta dengan hasil penulisannye.. Jadi aku memang dok usha novel karya beliau untuk dihadam.. Tapi aku cari yang preloved jerk la.. Hehe.. Seperti yang aku katakan tadi, nak save bajet kan.. Preloved pun ok kan, janji isi dalamnya masih boleh dibaca.. Tak gitu??


Orite yang ni pulak koleksi preloved aku beli dari blogger Sha... Kalau beli dengan Sha memang tak pernah mengecewakan keadaan bukunye.. Mesti Tiptop punye.. Harga pun murah.. Novel sedia terbalut.. Tapi kali ni aku terpaksa buang pembalutnya sebab dah terkena salotape di luarnya dan dok melekat-lekat antara satu sama lain.. Hehe.. Kuat betul salotape yang sha guna tu yek.. Ekeke.. Pape pun, buku memang masih dalam keadaan baru...


6 buah novel semuanya aku borong.. Walaupun dah beli lama tapi masih belum ada masa lagi nak baca sebab sekarang aku kena setelkan dulu job dari client.. Dah setel, baru start membaca balik.. Hiks.. Rak buku aku dah penuh dan dah tak boleh nk menampung buku yang ada.. Memang dah nak kena beli rak buku lepas ni.. Yang sedia ada terlalu kecil... Kot ada yang nak sponsor rak buku kat aku, kecik tapak tangan nyiruuuu aku tadahkan..Hahahaa.. Suka ati jerk ye mintak sponsor.. Haha!!

Oklah, kite jumpe di lain entry pulak ye.. Masih berbaki 3 buah novel yang dah aku baca untuk direview tapi tak punye masa terluang lagi... Tunggu yek...



Read More

Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Friday, August 4, 2017

23 comments
Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili  |  Alkesahnya nak dijadikan cerita.. Semalam aku bercuti disebabkan tak berapa nak larat pergi kerja.. Rajin la pulak memasaknya semalam... Dah alang-alang bercuti, bolehlah memasak, ye dak? Semalam aku bikin Ikan Keli Berlada.. Tabiat aku kalau masak ikan keli berlada ni, mesti aku buang semua bijik lada.. Memang tak lalu dek tekak nak makan bijik lada.. Bukanlah tak de langsung, ada juga tapi tak de la banyak.. Hehe.. Kemain aku kerjakan lada semalam.. Dengan tak bersarung tangannya.. Sarung tangan plastik tu dah habis.. Makanya, dah siap masak tu hangatlah wehhh tapak tangan ni... Berpijar-pijarrrr tapak tangan guweeee!!.. Tak senang duduk jadinya.. Untuk menghilangkan pijar ni aku pun suruhlah encik suami google cara untuk hilangkan pijar tangan akibat pedas cili.. Dapatlah beberapa cara dan aku cuma try 2 cara jerk.. Moh aku kasitau..

Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili
Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

Banyak caranya untuk hilangkan pijar ni sebenarnya, tapi aku upkan yang aku try aje la yek.. Sebab cara yang aku try tu memang berkesan.. Sekejap aje pijar tangan dah hilang..


Cara Untuk Hilangkan Pijar Tangan Akibat Pedas Cili

01. Ramas Beras

sumber foto : google

Cara pertama adalah dengan meramas beras... Rumah korang mesti ada beras kan... So, amek sedikit beras dan ramas beberapa minit sehingga rasa pijar tu berkurangan atau hilang... Pastu boleh la basuh tangan korang tu.. Aku cuba semalam memang berkesan.. Siap dapat tapak tangan yang lembut lagik hasil dari meramas beras tersebut.. Ekeke..


02. Rendam Tangan Dalam Air Garam

sumber foto : google

Lepas aku ramas beras tu, aku cuba pulak rendam tangan dalam air garam.. Saje je aku guna dua cara nak tengok berjaya ke idok.. Lepas aku ramas beras tu, masih ada sikit rasa pijar di hujung jari.. Jadi aku guna pulak cara kedua dengan merendam tangan dalam air garam beberapa minit.. Lepas rasa pijar dah hilang, bolehlah cuci tangan.. Hehe.. 

Memang berkesan kedua-dua cara ni.. Alhamdulillah, lepas hilang pijar tangan barulah aku ada selera nak makan nasi lauk ikan keli berlada yang aku masak tu.. Kalau tidak, dok berkibas-kibas ajelah tangan aku... Kalau korang terkena pijar tangan akibat lada, boleh la cuba 2 cara ni.. Atau pun, ada banyak lagi cara sebenarnya.. Korang boleh tengok kat link ni --->  https://siraplimau.com/cara-hilangkan-pijar-tangan-pegang-cili/

Selamat mencuba.. !!


Read More